Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 6
28 May 2009 | 9:21 AM | 0 comments

Aishah menjenguk-jenguk di ruang tamu.Kosong.Hairan.Pagi-pagi Ahad

lagi semua orang di rumah itu sudah keluar.

(Even si galah pun dah ghaib..sihat jer dah hilang)

Ko..nin..chiwa..koninchiwa…koninchiwaaaaaa!

Aishah tersentak mendengar bunyi sms pada telefon bimbitnya.Butang view ditekan.

‘ECHAH,AKU GI AMIK TIKET WAYANG FREE KAT OFFICE GALAXIE.JUMPA KAT MID VALLEY PUKUL 2.30.NAIK TEKSI NANTI CLAIM.AKU TAK BALIK UMAH,JUMPA DI SANA.CITER WOLVERINE-THE ORIGIN-akim ensem..:p’

(Kat bahagian akhir ada juga istilah mat perasan.Huh,bila masa dia amik nombor handphone aku?)

Aishah tersenyum sendirian.

(Alamak,nak pakai baju apa ek?)

Aishah masuk semula ke dalam bilik.Dia mengeluarkan hampir kesemua pakaiannya.Dipadankan satu persatu.Semuanya serba tak kena.

(Pakai skirt ni macam over pulak..tak nak ah!Tapi kalau pakai legging ni sopan sikit skirt nih!)

Disarungkannya top berwarna hitam di atas baby T berlengan panjang.Black and white..simple touch but nice.

(Bolehlah tu..alah,baru pukul 9,awal lagi).

Aishah sibuk pula mencari mascara,blusher dan eye shadow yang diletaknya entah di mana.

*****

Akim melihat jam di tangannya.Pukul 1.45 petang.(lambat lagi nih)

Pagi tadi dia mendapat panggilan dari majalah Galaxie untuk mengambil tiket wayang filem ‘Wolverine’.Alang-alang dapat 2 tiket percuma,hatinya terdetik untuk mengajak Aishah.Sementelah pulak motosikalnya meragam.Jenuh juga Akim mencari bengkel motor yang dibuka pada hari Ahad.Takut lambat diselenggarakan,lebih baik Aishah datang terus ke sini dengan teksi.

Sementara menunggu Aishah,Akim menjamu mata melihat kasut di Butik Converse.Kemudian dia masuk pulak ke Butik Radioactive.Ke hulur hilir melilau Akim masuk ke McDonald’s dan memesan fish o’fillet dan coke.Sedang dia asyik menikmati burger di situ,Akim terpandang satu wajah yang dikenalinya.Akim menguntumkan senyuman lalu menyapa gadis tersebut.

“Hai Cabby.”

“Hai..oh,Akim.”Cabby melemparkan senyuman manis kepada Akim/

“Akim ingat Cabby kat Sabah lagi.”

“Just back..Akim buat per kat sini?”

“Tengok movie..Wolverine.”

“Oh,Hugh Jackman,kita suka.Tapi dah full house.”

“Oh I see..sorang je ke?”

“Want to meet my friend.But she just SMS yang mummy dia tak bagi keluar.So Cabby chill makan burger dulu sebelum balik.”

“Oh..errm,wait a sec.”

Akim menaip SMS ke dalam telefon bimbitnya.Selesai menghantar SMS.Dia menghampiri Cabby semula.

“Actually Akim der tiket extra for Wolverine.Nak join?”

“Hmm..you ajak I dating ke ni?”

“Almost..pre dating.”

Kedua mereka ketawa serentak.

“For Hugh Jackman.Okay..I don’t mind.”

“Okay,for Hugh Jackman.Jom,nanti dah gelap,terduduk atas orang pulak.”

Akim menunduk seolah-olah memberi laluan hormat untuk Cabby.Cabby tersenyum.Kedua mereka berjalan seiringan masuk ke GSC.

“Don’t forget to vibrate your handphone.”

“Jangan risau..already.”Akim menunjukan telefon bimbitnya dalam mode silent sambil tersenyum manis.

*****

Aishah berlari-lari di tangga eskelator menuju ke tingkat atas Mid Valley.Itupun setelah dia tersesat antara North dan South.Sebelum jalan raya jem teruk dan pemandu teksi tersengih-sengih memandang meter teksi.

“Excuse me,I’m sorry..sorry.”

Aishah meminta maaf berkali-kali kepada orang ramai yang dilanggarnya di tangga eskelator.Sampai di GSC,Aishah melihat jam di tangannya.

(Alamak,dah pukul 2.28..)

Aishah memandang papan waktu tayangan filem.Lampu hijau sudah pun dinyalakan untuk filem Wolverine.

Aishah mengeluarkan telefon bimbitnya.

(Aduhai,bateri kong pulak!)

Dia terlupa untuk mengecas bateri sejak semalam.

` (Mana Akim?)

Aishah menghela nafasnya.Penat.Dia terduduk di atas karpet GSC.Penjaga tiket wayang menggeleng-geleng kepala melihatnya.Dia duduk bersimpuh.Timbul sedikit kekesalan di wajahnya.

(Mengapalah aku lambat?)

Aishah bangun dan menuju ke McDonald’s.Dia nekad untuk menunggu Akim.Mungkin Akim terlambat.

*****

Aishah melihat jam di tangannya.Sudah 2 jam dia menunggu rupanya.Perutnya terasa lapar.Pekerja McDonald’s pun asyik menjeling dirinya yang berada 2 jam disitu dengan hanya sebotol air mineral.

(Ah,kerek!Dah ler air mineral pun mahal.)

Aishah keluar dari McDonald’s dan menyusuri orang ramai yang baru keluar daripada menonton wayang dari sebuah pintu.Aishah tersentak apabila melihat Akim dengan seorang gadis.Dia menggosok-gosok matanya takut dia keliru kerana kelaparan.

Benar.Akim dengan seorang gadis.Mereka tidak berpegangan tangan.Tetapi kedua mereka kelihatan cukup mesra.Saling tersenyum dan diselang-seli ketawa kecil.

Aishah terasa hatinya tersentap.

Air jernih berkocak di matanya.Dia berpusing ke belakang,bimbang dirinya dilihat Akim.Akim pasti ketawa jika mengetahui dia datang ke situ.Memperbodoh-bodohkan dirinya untuk gurauan gila Akim.Aishah berlari pantas dengan hamburan air mata di matanya..berlari dan berlari..sehinggalah dia terlanggar seseorang.

“Ma..ma..maafkan..”Suara Aishah tersekat-sekat memohon maaf.

“Aishah?”

Aishah mendongak kepalanya melihat wajah yang memanggil namanya.

“Hafiz..Akim..”Aishah terus menyembam wajahnya ke bahu Hafiz dan menangis teresak-esak.Meraung.

Hafiz membiarkan Aishah menangis di bahunya.Dia cuma mendiamkan diri di antara tangisan Aishah dan pandangan orang ramai di sekeliling mereka.

*****

Berulang kali Hafiz menelefon Akim.Tak juga dijawabnya.Telefon di rumah pun cuma tinggal bibik sahaja.Geram juga Hafiz dengan sikap kawan baiknya itu.

(Kalau ya pun kau tak suka Aishah,janganlah membuli sangat!Apalah yang kau buli si Aishah kali ni?)

Hafiz memandang wajah Aishah.Mata yang bengkak.Hidung yang merah.Kasihan pulak Hafiz melihatnya.

“Aishah tak nak makan?”

Hafiz menyuakan jus limau di hadapannya.Nasi paprik dan jus limau itu langsung tidak disentuhnya.

“Wolverine..”Aishah bersuara perlahan.Masih ada sendu di hujungnya.

“Wolverine?”Hafiz bertanya kehairanan.

“Aishah tak suka Wolverine.”

“Okay,tak suka Wolverine.”

“Hugh Jackman pun.”

“Okay,Hugh Jackman pun.”Hafiz hanya melayan setiap kata Aishah.Hakikatnya dia sendiri tidak faham apa yang ingin dikatakan Aishah.

(Sebenarnya dia marah Akim ke Hugh Jackman?)

“Aishah tak nak minat satu pun watak daripada Marvel.”

“Okay,Hafiz setuju.Baik kita layan Sinchan kan?’

Aishah ketawa kecil mendengar kata-kata Hafiz.Dia mengesat air matanya dan memandang ke arah Hafiz yang sabar melayaninya yang kesedihan.

“Terima kasih sebab pinjamkan masa Hafiz.”

“Dan bahu.”Hafiz menunjukkan bahu kemejanya.

“Ye..dan bahu.”Aishah mengesat lagi air matanya.

“Alah,jangan menangis.Nanti semua orang kat sini ingat Hafiz pukul Aishah.”

Aishah ketawa kecil lagi.

“Hafiz satu-satu sahabat Aishah yang paling baik di Kuala Lumpur ni.”

“Terima kasih.”Hafiz tersenyum memandang Aishah.Ada sesuatu terbuku di hatinya.Tapi biarlah masa yang menentukan.

A shoulder to cry on and a friend to rely on.

*****

Hafiz membunyikan hon kereta selepas Aishah memasuki halaman rumahnya.

Akim yang memandang di luar tingkap mengetap bibirnya.Perasan amarah dan barannya meruap-ruap di seluruh pelusuk tubuhnya.

Aishah menolak daun pintu perlahan-lahan.Dia nampak Akim yang berdiri di tepi tingkap tetapi hatinya malas nak melayan.Dia berlalu di hadapan Akim yang masih berdiri tegak.

“Hoi,kalau kau nak keluar dengan Hafiz,bagitau dulu!”

Aishah tersentak mendengar tengkingan Akim.Air matanya mula berkaca.Dia cuba menahan.Tanpa menjawab apa-apa dia menaiki tangga.

“Kau ingat KL ni kampung?Esok-esok keluar paper muka depan.Tu yang kau mahu?”

Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Sabar.Dia meneruskan langkahnya ke atas.Air matanya masih di tahan.

“Kau memang degil!Kepala batu!”

“Diam!Diam!Kau diam boleh tak?Aku benci dengar suara kau!Aku benci tengok muka kau!Benci!”Deraian air mata Aishah mula berjuraian.Aishah berlari-lari masuk ke biliknya.

Akim terdiam mendengar tengkingan Aishah.Tetapi hatinya lebih sayu mendengar esak tangis Aishah.Dia terduduk di atas sofa.Akim tidak memahami mengapa Aishah begitu memarahinya dan hatinya remuk rendam melihat Aishah menangis.

Masuk ke dalam bilik,Aishah mengecas bateri telefonnya dan menghempaskan badannya ke atas tilam.Dia menangis tersedu-sedu.Dia benar-benar terasa dipermainkan Akim.

Ko..nin..chiwa..koninchiwa…koninchiwaaaaaa!

Aishah mengambil telefon bimbitnya dan membaca sms yang terpapar.

‘ECHAH,AKU JUMPA MEMBER KELAS.TAK JADI JUMPA KAU DI MID VALLEY.JUMPA KAT SALON IBU.AKU JUMPA KAU DI SANA.’

Message detailed:2.00 pm.

Aishah melemparkan telefon bimbit itu ke bawah.Berhambur isi bateri.Dia tak mahu ambil peduli apa erti di sebalik sms itu.

Di luar sana hujan turun dengan lebat,selebat sendu yang mencengkam di hati Aishah dan…Akim.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries