Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

17:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
02 September 2009 | 11:06 PM | 0 comments

Datuk Azis hampir-hampir melelapkan mata apabila telefon rumahnya berdering-dering minta dijawab.Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.(Aneh!).Jarang telefon rumahnya berdering pada waktu ini kecuali telefon bimbit yang pastinya berkait dengan hal kecemasan.

“Hello..”

Suara garaunya tidak disambut pemanggil telefon.

“Hello,siapa yang telefon ni?”

“Papa.”

Panggilan ‘papa’daripada si pemanggil telefon menggetarkan hatinya.Rasanya sudah lama dia tidak mendengar suara itu.Rasanya sudah 3 tahun.

“Papa..maafkan saya..”

Datuk Azis membisu.Masih tergamam.

“Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni..benda yang banyak menyesalkan hati saya..saya perlukan papa.”

Datuk Azis menghela nafasnya.

“Papa masih..”

“Papa tak marah..malah,papa ikuti perkembangan kamu..papa sayang kamu,Aliff.”

“Saya pun sayangkan papa..saya perlukan papa..”

Sedu sedannya tidak dapat ditahan.Perlahan-lahan air mata jernih mengalir di pipi Datuk Azis.Aliff meluahkan kekesalannya.

*****

Langkah Farah terhenti apabila mendengar tangisan seorang lelaki di dalam rumah abangnya.Perlahan-lahan pintu ditolak.Aliff menyapu-nyapu air mata yang membasahi pipinya.

“Abang okay ke?”

“Abang okay..abang telefon papa tadi.”

Farah terperanjat mendengar kata-kata abangnya.Rasanya sudah lama kedua mereka berpatah arang berkerat rotan.Aliff tidak menjejaki di rumah mereka di Kuala Lumpur kecuali berjumpa dengannya di pejabat.Begitu juga papanya yang tidak menjenguk abangnya di sini,tetapi mengizinkannya untuk menziarahi abangnya.Pendek kata,dia pengantara antara mereka berdua.Abangnya betul-betul naik angin apabila papanya hendak memperisterikan model setahun jagung itu dan papanya pula cukup berang dengan kata-kata hinaan abangnya.Akhirnya,papa terus menduda dan abangnya berkelana di sini.

“Baguslah.Apa yang abang cakap dengan papa?”

“Abang minta papa bawa emak dan ayah Aishah ke sini.”

“Abang nak buat apa?Macam mana abang tahu alamat ibu bapa Aishah?”

“Diaorang berhak tahu apa yang berlaku kepada anak diaorang.Abang jumpa kad yang tertulis alamat diaorang dalam diari Aishah.”

“Diari Aishah?Abang baca diari dia?”

“Tak,abang buka info je.”

Aliff meletakkan sebuah diari kecil berwarna merah di atas meja kopi di hadapannya.

“Buat sementara waktu biar Farah pegang.”

Aliff tidak mempedulikan tindakan Farah yang mengambil diari kecil itu.Fikirannya menerawang kepada papanya dan keselamatan Aishah.

Farah keluar dari rumah abangnya dan menuju ke homestay.

(Aku harus baca diari ni!)

Langkah terakhir Farah untuk mengetahui alasan sebenar Aishah meninggalkan Akim.Walaupun tidak bermoral.

Farah terlanggar cermin sisi Storm yang ditinggalkan tuannya.Cermin sisi kereta itu diperbetulkan.Farah memandang diari merah itu dan Storm kuning dihadapannya.Silih berganti.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepas.

(Farah,Akim milik Aishah.Akim milik Aishah).

Farah menggeleng-gelengkan kepalanya.(Perkara mengarut apa yang terlintas di fikirannya ni?Kenapa pula dia berdebar mendengar nama Akim?)

Diari merah itu digenggam erat.

*****

Bunyi durian terjatuh di atas atap zink pondok kecil itu mengejutkan Akim yang asyik menyuluh lampu suluh ke atas.

“Hah tu bunyi durian jatuh,Pak Cik Raja.Jom gi ambik.”

“Kalau kau nak kepala kau bocor,kau pergi ambil sekarang.Tunggu.Tahun kuda ke apa kau ni lahir.Tak sabar-sabar.”

Aishah ketawa kecil melihat Akim dimarahi lelaki tua berambut putih panjang yang meminta mereka memanggilnya Pak Cik Raja.Akim menjuih bibirnya.Masih terserlah sifat keanak-anakannya walaupun sudah bergelar COO Mokhzani’s.

“Aishah dah okay?”

“Okay dah Pak Cik Raja.Sukses.”

Aishah menunjukkan ibu jarinya.Sejam sebelumnya dia terjerit-jerit apabila lelaki tua itu membetulkan urat yang terseliuh di buku lalinya.Sampai lebam-lebam tangan Akim digenggamnya kerana menanggung kesakitan.Terpaksa pula orang tua itu mengurut tangan Akim.

“Kau kena belajar mengurut nih nanti si Aishah tu dah beranak nanti..”

“Apa pulak saya nak mengurutnya?Tahu le laki dia nanti upah bidan.”Pantas Akim menjawab.Mukanya ditarik panjang.Mengalahkan muka kuda belang.

“Tengah malam pun bidan nak tidur dengan kau?”

“Laki dia la yang tidur dengan bidan.Bukan saya.”

Aishah tidak mempedulikan kata-kata Akim.Dia sibuk menyuluh buah durian daripada mendengar bebelan Akim.

“Kau tak nak kahwin dengan Aishah ke?”

“Tak.”Bunyi suara Akim separuh merajuk.Entah merajuk kerana Aishah tidak menidakkan atau merajuk dengan soalan merapu Pak Cik Raja.

“Habis yang kau kendong dia macam mak monkey tu?”

“Takkan saya nak biar dia terlentang tengah hutan kot pak cik.Saya mungkin jahat tapi saya tak zalim.”

“Yang kau terjun sama dengan dia?Kau ingat kau Jack Dawson?You jump,I jump?”

Akim terdiam seketika.Dijelingnya ke arah Aishah yang nampak lebih teruja dengan buah durian berbanding perbualannya dengan Pak Cik Raja.

“Habis tu pak cik,nak harapkan bakal laki dia selamatkan dia.Lembik kena tikam memanjang.Hampeh!”

Aishah menolak kepala Akim dengan jari telunjuknya.

“Eh,bakal laki aku tu baru lepas operation.Kalau tak jangan terjun sungai.Terjun bungee pun boleh.”

“Ye lah tu,bakal laki kau tu hebat.Boleh le hantar sukan terjun kat Paralimpik.”

(Penat-penat je aku selamatkan dia..siamang gagap betul!).

Aishah mengeluh.Malas dia nak melayan Akim.Pak Cik Raja tersenyum sinis melihat telatah mereka berdua.

“Marah-marah sayang.”

“Apa?”Serentak Akim dan Aishah bertanya.

“Kamu berdua ler.Mulut marah,benci..hati sayang sebenarnya.”

“Tak de maknanya.”Aishah memaling muka ke arah lain.

“Saya pun tak de maknanya,pak cik.Lainlah kalau Farah.Cantik,lawa..cun semuanya ada.”

“Kau pergilah kahwin dengan Farah tu.”

“Kau kahwin dengan Aliff tu,karang aku kahwin dengan Farah.”

“Tak payah tunggu aku,balik esok kau kahwin dengan Farah tu.”

“Pedulik le,tak payah tunggu esok.Kalau nak malam ni aku kahwin dengan Farah.”

“Kahwinlah,ada aku kisah?”

“Habis tu yang kau membebel kenapa?’

“Mulut aku..aku punya pasal ler nak membebel.”

“Oi!”Pak Cik Raja mencekak pinggangnya.“Korang ni macam monyet terlepas ke Madagascar.Karang bantut durian aku nak gugur.Diam boleh tak?”

Kedua mereka membisu.Pak Cik Raja menggeleng-gelengkan kepalanya.(Karang aku ketuk dengan kulit durian kat kepala memasing baru tau).

“Dia yang tinggalkan saya,pak cik.”

Akim meluah rasa.Masih tidak berpuas hati.Aishah menghela nafasnya.Bosan dengan sikap Akim.Dia mengubah tempatnya dan duduk di sebelah Pak Cik Raja.

“Empat tahun pak cik saya setia dengan dia.Kemudian dia tinggalkan saya.Macam tu saja.Macam tak de makna.”

Pak Cik Raja memandang Akim.Nampak serius air muka pemuda itu.Berubah karektor wajahnya yang nakal.Di alih pula pandangannya kepada Aishah.Wajah gadis itu kelihatan tenang.Tapi pengalamannya mengatakan gadis itu menyembunyikan sesuatu.Riak wajahnya tersimpan seribu rahsia.

“Akim,pak cik rasa dah tiba masa kita kutip durian yang gugur tu.”

Pak Cik Raja menepuk bahu Akim.Akim pantas keluar dari pondok kecil itu membelah kegelapan malam.Jejak kakinya kasar memijak dedaun kering.Rasa amarahnya jelas dengan bunyi derapan langkah kakinya yang kasar.

“Aishah,pak cik tak tahu apa yang kau sembunyikan.Tapi,kesabaran ada tahapnya.Akim dah banyak bersabar dengan kamu,itu maknanya dia betul-betul sayangkan kamu.Apapun rahsia tu,pak cik rasa Akim berhak tahu.Jangan biar dia terus curiga kat kamu.”

“Pak cik..”Air mata jernih mula bergenang di mata Aishah.Satu perasaan yang cuba ditahannya sejak Akim membebel mengenai siapa bakal suaminya.Sebenarnya dia sakit hati dengan kata-kata Akim.Mereka bukan lagi berusia 18 tahun untuk bercakaran sebegitu.Jika Akim bersabar dengannya,dia seribu kali bersabar dengan Akim kerana dia memahami kepedihan Akim.Dia menerima apa saja kata-kata Akim kerana dia cuba menyelami keperitan Akim.Hanya kerana dia bijak bersikap tenang bukan bererti dia tidak terluka.Cuma dia tidak sepantas Akim yang bisa meluahkan apa yang dia rasa.Segala hempedu dan sembilu ditelan hidup-hidup olehnya.Orang hanya melihat dia tersenyum dan keras hati terhadap Akim.Hakikatnya,hanya dia dan Tuhan yang tahu.Mungkin kalau dia luahkan perasaannya sepertimana Akim,satu Sungai Nil belum tentu dapat mengisi air matanya.Perasaan sebak itu ditahan.

“Aishah,siapa pun pilihan kamu.Pilihlah orang yang benar-benar kamu cinta.Bukan kerana simpati atau terhutang budi.Tapi terpulanglah kat kamu.Pak cik sekadar memberi pendapat.”

Lelaki tua itu tersenyum memandang Aishah.Aishah membalas senyuman sambil mengesat air matanya yang masih ditahannya daripada berhamburan keluar.(Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ada di hati Aishah,pak cik).

“Pak cik banyak nih nak angkat.Echah,jangan curi tulang,angkat sama!”

Pak Cik Raja ketawa kecil mendengar jeritan Akim.

“Dia memang macam tu ye?Cepat angin dan cepat sejuk?”

“Ye.”Aishah cuba tersenyum.(Dia memang tak pernah berubah.Cepat marah tapi cepat sejuk.Baran tak tentu pasal tapi baik hati)

Lamunan Aishah tenggelam dalam tawa Akim yang beriya-iya mengutip buah durian yang gugur.

*****

“Sekejap lagi kita sampai.”

Datuk Azis tersenyum memandang ibu bapa Aishah yang di bawanya bersama.Roslan dan Fauziah tersenyum kembali.Adik kecil Aishah,Haziq memandang di luar tingkap melayan panorama semulajadi yang indah.

Pertama kali dia mendengar nama Aishah,hatinya bimbang.Apakah Aishah yang sama bekerja dengan Ramli?Mungkin juga Aishah lain.Dia cuba mencuri pandang jika ada gambar Aishah di rumah ibu bapanya.Malangnya tiada.Kalaulah Aishah yang sama yang dikenalinya,tentu dia malu sendiri kerana gadis itu juga pilihan Aliff.(Harap-harapnya tidak!).

“Datuk,ada perkembangan baru mengenai anak kami?”

“Dia dalam keadaan selamat.Polis sudah menemui jejak mereka.Cuma mereka sudah pergi jauh dari jejak yang dijumpai.InsyaAllah Encik Roslan,mereka selamat.”

“Mereka?”

“Ya,mereka.Dia dengan kawannya lagi sorang..emm,siapa nama ya?Hah,Afiq.”

“Afiq?”Roslan dan Fauziah saling berpandangan.Roslan menarik nafasnya dalam-dalam.Sejak peristiwa ah long itu,Aishah langsung tidak menemui mereka.Hanya sesekali dia membuat panggilan dengan kata-kata dia selamat.Nak bertanyakan keluarga kakak iparnya segan pula sejak penolakan peminangan keluarga Fatimah yang dibuat anaknya.Tak tahu apa yang dibuat anak sulungnya.Tahu-tahu bunga hutang itu sudah selesai.Tiada angin,tiada ribut,Aishah hilang di hutan pula.

Pemandu kereta pantas membelok Lamborghini Diablo itu masuk ke satu lorong sempit.Tidak jauh dari situ kelihatan anak-anak rusa berkejar-kejaran di sebuah ladang khas.Haziq melonjak kegembiraan melihat anak-anak rusa itu.

Datuk Azis pula tidak dapat melindung sebak di hatinya apabila melihat seorang pemuda yang tinggi lampai menunggu kedatangannya di hadapan banglo lama yang menyimpan seribu kenangan antaranya dan arwah isterinya.

Lamborghini itu berhenti betul-betul di hadapan Aliff.Aliff pantas membuka pintu kereta penumpang hadapan dan terus memeluk Datuk Azis.

“Papa,maafkan Aliff,papa.Maafkan Aliff.”

Mukanya disembam di atas bahu papanya.Seperti anak kecil Aliff menangis tersedu-sedan meluahkan kekesalannya.Hampir-hampir terbunuh dan kehilangan Aishah,semua peristiwa itu menyedarkan Aliff yang dia tak mahu kehilangan orang yang disayanginya.Terutama papanya.

“Aliff..papa dah lama maafkan Aliff.Papa pun buat silap.Kita sama-sama buat salah dan sama-sama memaafkan diri masing-masing.”Datuk Azis cuba bertenang walaupun dia juga sebak.Air mata anaknya dikesat.Datuk Azis tersenyum.

“Papa bawa ibu,ayah dan adik Aishah.”

Aliff mengesatkan air matanya.Dia cuba tersenyum ke arah keluarga Aishah.Tangan Roslan dan Fauziah disalam dan dikucupnya.

“Pak cik,mak cik..maafkan saya di atas kehilangan Aishah.Tak sepatutnya saya biar dia ikut memburu.”

“Benda dah nak jadi,nak.Kita doakan dia selamat.”Walaupun hatinya tidak betah dengan kehilangan Aishah,Roslan cuba untuk tersenyum.

“Saya ada perkara lain nak dibincangkan dengan pak cik dan mak cik.”

“Perkara lain?”Datuk Azis mengerut dahinya.Tak tahu pula ada perkara lain yang ingin dibincangkan Aliff.Melihat Aliff keseorangan,Datuk Azis terasa ada sesuatu yang kurang.

“Eh,Farah mana?”

Aliff memandang disekelilingnya.Storm yang diletak di bawah pokok itu telah hilang.(Ke mana pula Farah pergi?).

*****

Mata Farah berhenti membaca sehingga baris terakhir di dalam diari merah itu.Farah menghela nafasnya.Perlahan.Deruan angin yang berhembus di tasik buatan manusia itu meniup lembut rambut Farah.

(Hebatnya dugaan Aishah.Kalau aku di tempat dia pun belum tentu aku dapat menghadapi semua ini dengan tenang).

“Engku Mahani,dahsyatnya.”

Dia teringat kata-kata Adam yang memintanya tidak mencampuri skandal keluarga Mokhzani.Ini sudah-sudah betul skandal.(Mengalahkan Desperate Housewives!).

Diari itu dipeluknya erat-erat.Bahaya.Dia perlu mengembalikan diari ini ke tempat asalnya sebelum tuannya yang sebenar pulang.

“Hai,sorang je?”

Kehadiran seorang pemuda berkulit cerah mengejutkan Farah.

“A’ah tak..datang 5 orang.Dah nak balik dah ni.”

Lima orang?”Lelaki itu memandang sekeliling kawasan tasik itu.(Bela hantu ke apa awek ni?)

“Saya nak balik.”

Farah pantas bangun.Tanpa disedarinya gambar Aishah dari dalam diari tercicir ke atas tanah.Lelaki itu mengambil gambar yang terjatuh itu.Dahinya berkerut.

“Eh,nanti dulu!Awak kenal Aishah?”

Langkah Farah terhenti.Dia memaling ke arah belakang.Memandang lelaki itu.

“Awak kenal Aishah?”

‘Ops,saya tanya dulu.”

“Memang saya kenal dia.Awak?”

“Dia tak kenal saya.Tapi saya kenal dia.Saya Aweera,sepupu Akim..lebih kuranglah.”

Aweera menghulurkan tangannya.Salamya tidak disambut.Farah kelihatan curiga dengan kehadirannya.

“Sepupu Akim?”

“Ya.Jawab pertanyaan saya,awak siapa?”

“Saya Farah Diana.”

“Farah Diana Datuk Azis?Tunang Adam kan?Adik Aliff.Wow,cerita ni semakin menarik.”Aweera tersenyum nakal.

“Awak ni siapa?FBI?Semua awak tahu.”

“Itu tak penting.Yang awak pegang tu diari Aishah?”

“Tak,diari saya.”Farah memeluk diari itu seeratnya.Bimbang jika jatuh ke atas tangan orang yang tidak sepatutnya.

“Ye la tu,diari awak tapi gambar Aishah?”Aweera menunjukkan gambar Aishah yang tercicir.“Jangan risau,saya tak akan ambil diari tu.Saya cuma minta awak bagitau saya hanya mengenai Engku Mahani jika nama dia ada dalam diari tu.”

“Bagaimana saya harus percaya awak?”

“Saya akan ceritakan tujuan saya.Rahsia saya.Tapi percayalah,kita di pihak yang sama.Selain menyelamatkan diri saya sendiri,secara tak langsung saya rasa saya juga cuba menyelamatkan Akim dan Aishah.”

Farah memandang dari atas ke bawah.(Macam licik je mamat nih).

“Okay,awak pegang kunci kereta saya.”Aweera menyerahkan kunci keretanya. “Kita pergi ke satu tempat di mana orang ramai.Awak boleh bawa Storm Akim tu.”

Farah mengerutkan dahinya.(Huh,semua dia tahu!)

“Okay.”Farah mengambil kunci kereta Aweera. “Kita pergi Taman Ular.Awak belanja tiket.Kalau awak tipu saya,saya humban awak masuk dalam kandang ular sawa.”

Aweera tersenyum sambil menuruti jejak Farah.

(Garang tapi cantik)

*****

Engku Mahani melempar telefon bimbitnya jatuh ke atas lantai.Berderai.

(Mana Burn bodoh?Sudah dua hari tiada khabar berita mengenai Aishah.Sudahlah tak dapat ditembak.Dibiarkan sesat di hutan dengan cucu aku!)

Berita hadapan mukasurat Malay Mail dengan kisah kehilangan gadis bernama Aishah dan Afiq sudah cukup memanaskan hati Engku Mahani.Dia pasti pemuda yang kononnya bernama Afiq itu cucunya.Afiq Hakim.

“Keterlaluan!”

Jiwa dan perasaan Engku Mahani tidak tenang.Aishah kembali bersama Akim.Bila-bila masa sahaja rahsianya bisa terbongkar.Dia tidak mahu dirinya dibenci Akim.Tidak.Cukuplah Engku Ahmad membencinya.Dia memerlukan Akim.

*****

Walaupun sudah tua Pak Cik Raja masih gagah menggalas bakul berisi buah durian.Dengan bertopi dan rambut panjang yang diikat lagaknya seperti mendiang David Carradine dalam siri ‘Kung Fu’.Akim di belakangnya memerhati langkah Aishah yang agak perlahan.Aishah mengimbangi badannya ketika melangkah di atas batu-batu kecil yang berlumut di sungai yang jernih itu.

“Ops..”

Dia hampir-hampir terjatuh apabila kakinya terpijak lumut yang licin.Mujur Akim segera mencapai tangannya.

“Pegang tangan Akim.Jangan sombong.Nanti jatuh karang,tak cantik dah muka yang comel tu.”

Akim membebel sambil memegang erat tangan Aishah.Aishah menulikan telinganya dengan bebelan Akim.

“Akim ni kalau jadi perempuan,tak tahulah macam mana.Membebel aje.”Pak Cik Raja tersengih melihat keletah anak muda di belakangnya.

“Aishah ni pak cik,degil sangat.Kaki dia baru aje sembuh.Dah berlagak nak meniti batu ni sorang-sorang.”

“Pak cik boleh tak suruh Akim diam.”Aishah mengadu.Memohon simpati.

“Okay,Akim diam.”

Akim berpura-pura menutup mulutnya dengan zip.Aishah ketawa kecil melihat kelakuan Akim.Pak Cik Raja menggeleng-gelengkan kepala.(Dah kata dah,marah-marah sayang).

Setiba di seberang sungai.Ketiga-tiga mereka berhenti seketika untuk meneguk air kosong.

“Lagi dua kilometer sampai le kat kampung.”Pak Cik Raja mengesat peluh yang membasahi dahinya.Bakul berisi durian diletakkannya ke tepi.

“Dua kilometer?Wah,mahu tercabut kaki saya.”

“Kitaorang tambah lagi tiga kilometer.”Muncul suara asing dengan selaras senapang muncul di dahi Akim.Aishah tergamam dengan sebilah parang yang diacu di lehernya.Begitu juga sebilah parang diacu di leher Pak Cik Raja.

Akim kenal benar dengan senapang itu.Ya,senapang patah Aliff yang dipinjamnya.Lebih daripada itu dia juga kenal penyangak yang mengacukan senapang ke dahinya.Ya,lelaki sama yang mengganggu Farah.

“Ayam masak madu pun sedap!”

Lelaki yang mengacu parang di leher Aishah ketawa terbahak-bahak.

Aishah memegang erat tangan Akim.Akim juga tidak melepaskan tangan Aishah.Anak matanya saling berpandangan dengan anak mata Pak Cik Raja.Mereka harus melakukan sesuatu.

Lima orang penyangak kampung yang mengelilingi mereka memberikan pandangan mata yang kotor terhadap Aishah.Akim perlu bertindak pantas.

(Cepat Akim..fikir dan bertindak!)


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries