Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Episod 1: Hari Pertama Di Kolej
15 October 2009 | 1:52 PM | 0 comments
13-Oct-2009 Oleh: Razif Rosdi
KREDIT;www.mrai.com.my

Jam 5 pagi, Mila sibuk bersiap-siap pergi ke kolej. Dia amat teruja sebab hari ni adalah hari pertama dia akan mengikuti pengajian di kolej yang untuk capai impiannya menjadi penyanyi terkenal.

Di kolej, Mila dan Fitri (sepupunya) mengikuti uji bakat untuk konsert menyambut pelajar baru di kolej Harmoni. Ketika Mila sedang nyanyi, semua orang kagum. Disebabkan kemerduan suara Mila, dia dipilih Puan Norah untuk menyanyi di konsert itu nanti. Mila satu-sutunya wakil dari pelajar baru.

Di lain pihak pula, trio geng popular iaitu Farah, Anita dan Chihi baru balik bercuti. Mereka adalah pelajar tahun ke-2. Kekasih Farah iaitu Aril dan kawan baiknya Asraf (teman lelaki Anita) juga pelajar tahun 2. Mereka bersembang pasal percutian mereka di London dan Paris.

Mila sangat teruja hari ini dan tiba-tiba semangatnya hilang ketika berjumpa dengan Aril. Aril merupakan bekas teman lelaki Mila semasa sekolah menengah. Mila macam tak percaya akan berjumpa dengan Aril di kolej Harmoni.
Mila jadi resah sejak berjumpa dengan Aril. Berbeza dengan Fitri yang tertarik dengan Aril pada padangan pertama. Sejak berjumpa dengan Mila semula, Aril merancang untuk bersama Mila biarapun Aril kini sedang bercinta dengan Farah.

Pada malam konsert, Mila membuat bersembahan dengan baik sekali. Geng popular tak suka dengan kejayaan Mila. Lebih-lebih lagi, Mila dapat pujian dari Puan Lutfiah iaitu guru besar di kolej harmoni.

Lisa rasa cemburu dengan Mila walaupun persembahan dia sendiri memukau banyak penonton pada malam itu. Dia rasa tak suka Mila dapat sambutan meriah dan pujian dari orang ramai.

Adakah perasaan tersebut timbul kerana Lisa pernah lihat Akim selalu menyebelahi Mila ketika tengah bergaduh dengan Farah sebelum konsert bermula?

Atau sebab dia takut Mila akan menggantikan tempatnya sebagai penyanyi pujaan anak muda nantinya?

Keesokan harinya, Lisa mendapat kemalangan dan kepalanya terkena bola keranjang yang dibaling oleh Farish yang sedang bermain bola keranjang dengan Aril dan Asraf.

Akim yang kebetulan lalu dipadang bola keranjang cepat-cepat menolong Lisa yang dah jatuh pengsan. Farish meminta maaf dan memberitahu sekiranya Aril menangkap bola keranjang tersebut sudah tentu bola tersebut tak terkena Lisa.

Aril tak nak dipersalahkan. Ketika Lisa bersandar di bahu Akim, Mila lalu bersama Fitri. Mila terkejut tengok Akim memicit kepala Lisa yang tengah bersandar di bahunya.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries