Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Episod 2: Salah Sangka
15 October 2009 | 2:51 PM | 0 comments

13-Oct-2009 Oleh: Razif Rosdi
KREDIT:www.murai.com.my

Mila merasa Akim adalah budak yang baik disebabkan dia selalu menolongnya ketika diserang oleh Farah dan gengnya.

Tapi, pandangan itu berubah ketika melihat Akim menolong Lisa yang pengsan sebab terkena bola. Masa tu, Lisa bersandar di bahu Akim dan Akim tengah memicit kepala Lisa. Dalam benak Mila, Akim seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan untuk rapat dengan Lisa.

Selepas Lisa tersedar, ramai wartawan yang berkerumun dan menerjahnya dengan pelbagai soalan termasuklan soalan mengenai Akim yang amat mengambil berat terhadap Lisa ketika pengsan tadi. Tetapi, Lisa menjawab bahawa Akim bukanlah sesiapa dan hanya seorang budak teknikal yang bekerja di radio kolej Harmoni.

Sementara itu, Asraf pula menyalahkan Aril yang seharusnya menangkap bola yang dibaling Farish tadi. Mengapa Aril menghindar? Aril pun marah dengan Asraf sebab ikut menyalahkannya.

Mendengar soalan Noni pasal Akim, banyak yang beranggapan bahawa Noni sekarang ni semakin sombong.

Mendengar penjelasan Lisa tentang Akim, orang-orang beranggapan bahawa Lisa sekarang ni dah semakin sombong. Waktu di meja makan, Puan Luthfia dan Farish berbual tentang jawapan Lisa terhadap Akem yang baginya dia bukan sesiapa. Akem berpura-pura tak kisah dengan statement Lisa walaupun sebenarnya dia kecewa dan sakit hati terhadap sikap Lisa.

Farah yang merasa Mila adalah penghalang kejayaannya, mula menyusun langkah untuk menghancurkan Mila. Dia pun mula syak wasangka terhadap Mila dan Aril yang selalu berbual ketika bertembung. Farah pun syak mereka ada hubungan istimewa.

Suatu hari, Farah menegur Akim dengan ramah. Akim hairan sebab Farah menegurnya, apatah lagi setelah kejadian pada malam konsert lalu. Masa Farah sedangg berbual dengan Akem dan tengah berjabat tangan, dari jauh Mila melihat kejadian tersebut. Mila semakin yakin bahawa Akim adalah seorang playboy.

Dan kemarahan Mila semakin memuncak ketika melihat tangan Fitri ditarik oleh Akim masa di bilik berlatih muzik.

Apakah sikap marah Mila tersebut sebab Mila cemburu? Atau memang Mila ingin melindungi Fitri dari mulut buaya macam Akim?

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries