Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Kau Dan Aku Bukan Drama AF
15 October 2009 | 4:49 PM | 0 comments

KREDIT:www.murai.com.my
Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2009: Bermula Sabtu, 24 Oktober 2009, drama bersiri terbaru yang paling ditunggu-tunggu, Kau & Aku akan ke udara di Astro Ria. Drama yang dilakonkan oleh ramai artis popular terutama bintang Akademi Fantasia (AF) itu dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan khususnya remaja.

Drama itu dibintangi oleh Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila, Raja Farah, Azizah Mahzan, Riezman, Sherry Merlis, Sabri Ali Khan penyanyi Nurul Huda Wahab, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom serta bakat Astro seperti Farish, Zoey, Amar.

Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul, berkata inilah drama bersiri yang terbesar terbitan Astro yang dihasilkan untuk tatapan penonton setia Astro terutama sekali golongan remaja yang mengikuti program AF.

"Kami yakin Kau & Aku bakal menarik perhatian penonton apabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang AF. Selain lakonan, penonton juga boleh melihat aksi artis-artis ini menari dan menyanyi pada setiap episod. Lebih menarik, terdapat 10 lagu terbaru untuk drama ini seperti Kau & Aku (Akim & Mila), Menatap Matamu (Aril) dan Jika Kau Berubah Fikiran (Mila)," katanya.

Sementara itu, Kau & Aku turut mengundang beberapa bintang AF yang lain seperti Hafiz, Stacy dan Dafi yang membuat penampilan istimewa.

Drama ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Portal hiburan rasmi drama bersiri ini; www.murai.com.my juga turut mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu runut bunyi dari drama bersiri ini secara online.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries