Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : babak peluk Akim,Noni dapat perhatian
06 November 2009 | 6:36 PM | 0 comments
oleh : murai batu
credit : www.murai.com

KL, 6 NOVEMBER 2009: Selepas tengok drama Kau & Aku di Astro minggu lalu, Murai Batu makin seronok pula melayan drama lakonan bakat baru seperti Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila dan Farish Aziz ini.

Ramai juga memberikan komen positif dan tidak kurang mengkritik drama itu terutama dari segi lakonan. Antaranya, ada pihak kurang setuju dengan pemilihan Mila dan mahu tempat Mila digantikan dengan Aishah AF7. Biasalah, semua kan masih baru, lama-lama nanti OK lah tu.

Ada juga komen tentang babak Noni terjatuh di pangkuan Akim. Kata mereka aksi itu macam sengaja dibuat-buat. Tapi kata mereka Akim tentu suka dengan adegan tersebut dan cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Noni. Alah, janganlah macam tu, semuanya kan hanya lakonan.

Dari segi lakonan, Murai Batu perhatikan, Ika Nabila, Farish dan Noni lebih bersahaja, mungkin sebab mereka sudah lama berlakon berbanding yang lain.

Dalam pada itu, bintang-bintang Kau & Aku akan turun ke gelanggang bola Ahad ini untuk kejohanan EPLx Kosmo Football Fever anjuran akhbar Kosmo! Pasukan mereka itu yang bergelar Fantastik Murai telah ditubuhkan oleh murai.com.my untuk menetang pasukan lain dari pagi sampai ke malam. Ia berlangsung di Sports Planet Shah Alam, Seksyen 16. Datanglah bersorak kalau ada masa.

Dan bagi mereka yang minatkan si Noni pula, jangan lupa bertandang ke Gempak Desa Astro bersama Mawi dan ramai lagi artis di Kluang, Johor esok, Sabtu.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries