Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : geng sorak murai dikehendaki sekarang..
03 November 2009 | 10:38 PM | 0 comments

credit : www.murai.com
Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR, 3 NOV 2009: Sempena program EPLx Kosmo Football Fever pada Ahad, 8 November yang akan diadakan di Sport Planet Shah Alam, Seksyen 16, portal murai.com.my akan memeriahkan pesta tersebut dengan membuka gerai di sana.

Selain itu, murai.com.my juga akan menghantar pasukan futsal yang disertai pelakon drama Kau & Aku sebagai pemain. Pasukan yang disertai Akim, Aril, Hafiz, Amar, Yazid, Mila, Anita Baharom dan Ika Nabila akan dinamakan Fantastik Murai.

Tambah menarik, murai.com.my juga memberi peluang kepada GengMurai yang ingin menjadi pasukan sorak Faratik Murai untuk menyokong Fantastik Murai.

Untuk menyertai Faratik Murai, anda mestilah warganegara Malaysia yang berumur dari 12 tahun ke atas.

"Kami nak GengMurai datang memeriahkan perlawanan ini. Jadi kami buka kepada sesiapa saja untuk menyertai Faratik Murai. Apa yang penting, anda mestilah sporting, ceria, tahan lasak dan kreatif. Bagi yang bersekolah, anda perlulah meminta izin ibubapa penjaga dulu sebelum menghantar penyertaan," kata Eksekutif Pemasaran murai.com.my, Roy S Joackim.

Katanya, sesiapa yang terpilih menyertai Faratik Murai, anda bakal menerima t-shirt eksklusif murai.com.my yang tidak dijual di mana-mana kedai. Selain itu, anda juga boleh membawa seberapa ramai kawan untuk mengecohkan suasana sepanjang perlawanan.

Program ini akan bermula dari jam 2 petang hingga 2 pagi. Namun, perlawanan yang melibatkan Fantastik Murai bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam saja.

Sementara itu, kepada semua peminat bola sepak, anda boleh menyaksikan perlawanan lintas langsung kelab Chelsea dengan Manchester United bermula jam 11 malam hingga 2 pagi di skrin besar yang disediakan.

Lebih menarik, anda juga boleh menyertai Fantasy Football yang menawarkan hadiah bulanan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 di gerai stadiumastro.com iaitu gerai yang sama dengan murai.com.my. Pendaftaran untuk Fantasy Football adalah percuma!

Jadi, apa tunggu lagi, sertailah Faratik Murai kerana anda juga berpeluang bermesra dengan artis Fantastik Murai. Untuk menghantar penyertaan, anda perlulah e-mel foto, nama penuh, no kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon serta slogan menarik kenapa anda perlu dipilih sebagai ahli Faratik Murai.

Hantarkan penyertaan anda di webmaster@murai.com.my sekarang. Tiada bayaran dikenakan. Cepat! Ia terbuka kepada 10 GengMurai sahaja.

p/s : spe yg berminat leh la try...

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries