Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : Siapa Berjaya Mara Ke AJL 24?
21 November 2009 | 2:09 PM | 0 comments
credit : www.gua.com.my

Ini dia, 14 lagu yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 pada 10 Januari 2010. Keputusan dibuat juri profesional yang diwakili Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan, selaku ketua juri.

1. Aku Scandal (Hujan)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
3. Aurora (Estranged)
4. Bengang (Akim)
5. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
6. Dan Sebenarnya (Yuna)
7. Rindu Terhenti (Tomok)
8. Pakai Buang (Stacy)
9. Kau Aku (Aizat)
10. Pergi (Aizat)
11. Situasi (Bunkface)
12. Bencinta (Faizal Tahir)
13. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)
14. Masih Jelas (Hafiz)

Majoritinya, bakat-bakat baru dalam industri seperti Hujan, Black, Yuna, Bunkface, Akim dan Hafiz. Sementara Faizal Tahir, Aizat dan Stacy kembali bersaing semula di pentas AJL selepas pengalaman tahun lalu. Bagi Faizal, ini kali ketiga dia berentap di AJL.

Jika tahun lepas, dua lagu Faizal memasuki AJL, kali ini, giliran Aizat dengan lagu "Kau Aku" dan "Pergi".

Buat Tomok pula, walaupun sudah sedekad bergelar anak seni tetapi ini kali pertama dia berjaya menjejakkan kaki ke AJL. Sebelum ini dengan New Boyz, dia hanya mara sejauh separuh akhir.

Berlainan pula dengan Misha, penyanyi kedua berpengalaman di kalangan 13 finalis apabila sudah lapan tahun menceburi bidang nyanyian. Tetapi lebih bertuah daripada Tomok, Misha sudah dua kali meraih kemenangan di AJL iaitu pada AJL 18 dan 19 melalui lagu "Bunga-BUnga Cinta" dan "Pulangkan". Persoalannya, mampukah veteran AJL ini mengenepikan pesaing-pesaingnya untuk menjulang trofi Juara Lagu buat kali ketiga?

p/s:tahniah diucapkan kepada akim kerana berjaya ke AJL..aishkimmers,pe ag jom la kiter support akim kt AJL nty...=)

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries