Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:AISHAH DALAM MINGGUAN MALAYSIA 15 DISEMBER 2009
17 November 2009 | 1:54 PM | 0 comments

AISHAH DALAM PANCAINDERA,MINGGUAN MALAYSIA,15 NOVEMBER 2009.
KREDIT:UTUSAN MALAYSIA

Aishah, Qhaud menyulam cinta?
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN

BAKAT kedua-dua penyanyi ini, Aishah dan Qhaud digilap menerusi rancangan televisyen realiti yang sama, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7). Kedua-duanya mempunyai nasib yang sama iaitu tidak layak menjadi finalis pada penghujung Konsert AF7 yang berlangsung 16 Mei lalu.

Ada satu lagi persamaan bagi kedua-dua penyanyi muda itu iaitu cita rasa hampir serupa dalam urusan memilih teman hidup.

Aishah atau nama sebenar Siti Aishah Bujang dan Mohd. Qhaud Abdul Rashid khabarnya sudah bertemu pasangan jiwa masing-masing. Bermula dengan hubungan rapat setelah digandingkan beberapa kali untuk membuat persembahan yang sama. Keakraban mereka juga telah diberitahu kepada keluarga kedua-dua pihak.

"Kami akui memang rapat. Kalau ada sebarang masalah, kami akan berbincang bersama. Tetapi tidak sampailah seperti belangkas, ke mana sahaja ada muka kami. Jangan pula salah ertikan hubungan ini kerana ia di peringkat permulaan sahaja. Tiada ada yang lebih-lebih.

"Aishah lebih suka gunakan istilah kami berkawan rapat sahaja. Soal kasih, sayang dan cinta kita bercerita kemudian," kata Aishah pada pertemuan baru-baru ini.

Tetapi tiada siapa yang tahu episod cinta bermula tanpa disedari mereka. Tidak kira sama ada dianjurkan oleh pihak Astro atau terlibat dengan jemputan persendirian. Memang mereka ditakdirkan bersama.

Kala rakan-rakan seangkatannya sukar untuk memberi persetujuan bagi sesuatu jemputan, hanya Aishah dan Qhaud sahaja yang lapang. Selepas kerap kali mengadakan persembahan yang sama, tiba-tiba perasaan itu muncul.

"Hubungan rapat antara kami memang secara kebetulan. Selalunya, tawaran nyanyian diberikan kepada Aishah dan Zizie (AF7). Disebabkan Zizie seringkali terikat dengan komitmen lain, Aishah akan bergandingan dengan Qhaud.

"Kebetulan Aishah tiada saudara di Semenanjung, jadi Aishah sering meminta tolong Qhaud untuk mengambil dan menghantar Aishah untuk membuat persembahan," kata gadis berusia 18 tahun.

Rezeki artis rakaman Dream Music Sdn. Bhd. ini juga semakin murah apabila menerima banyak undangan nyanyian. Aishah juga tidak sabar untuk merakam single terbarunya hujung bulan ini. Bagi artis baru sepertinya,ini umpama pasport yang menentukan dirinya masih diingati oleh para peminatnya.

Bagi Qhaud pula, aktiviti hariannya semakin terisi apabila mendapat tawaran untuk menjayakan projek saluran Astro 105 Oasis. Ia meliputi tugasan pengacaraan, berzikir, mengaji dan tazkirah yang dilakukan secara berperingkat.

"Jiwa Qhaud memang sebati dengan lirik-lirik kerohanian. Tidak kisahlah sekiranya genre pop rock, puisi atau nasyid sekalipun. Asalkan ia menyentuh tentang ketuhanan, pasti Qhaud akan teliti satu demi satu baitnya," kata Qhaud juga sudah merakam single terbarunya.

Penyanyi ini juga amat meminati lagu-lagu nyanyian Ramli Sarip dan M. Nasir kerana kebanyakannya berunsurkan kerohanian yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries