Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 10:Saat Ku Kejar Kau Lari
30 November 2009 | 10:10 AM | 0 comments

Akem melilit bandana berwarna merah di kepalanya.Dia menumbuk telapak tangannya dengan penuh semangat.Gayanya seperti Bruce Lee naik syeikh.

“Pakcik,saya akan mengayuh basikal dengan semangat!”

Pak Sarip yang mengiringnya dengan motosikal kapcai mengangguk.Akem menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengayuh gerai bergerak yang juga merupakan basikal beroda tiga.

“Yahhhhhhhhhhhhhhh!”

Akem mengayuh dengan laju ke destinasi yang dituju.Jalan TAR masih jauh lagi di hadapan.Aishah memandang Akem dengan seribu pertanyaan.(Apa masalah dia ni sebenarnya?)

Perlahan-lahan dia menutup pintu rumahnya.Tanda tanya bermain-main di mindanya.(Mungkinkah beliau mengalami PMS?)

*****

Suasana di banglo 5 tingkat itu seperti biasa disirami lampu yang suram.Pendingin hawa tidak mampu menyejukkan hati Akem yang tidak keruan.

Farid dan Lisa duduk menghadap Akem

“Perkembangan terbaru?”Tanya Lisa dengan serius.

“Perkembangan terbaru?Badan saya bertambah kembang dengan 2 kg!”Akem tersengih.

“Hoh!”Farid menepuk kepalanya.“Perkembangan dengan Aishah la!”

“Oh..”Akem mengerut-ngerut dahinya memikirkan sesuatu.“Abah Aishah dah suka saya.”

“Okay..itu dah bagus.Aishah dah suka Akem?”Tanya Lisa lagi.

“Entahlah..dia tengok saya macam nak lari je.”

“Hmm,dah ajak dia ke prom?”Lisa bertanya lagi dan lagi.

“Prom?Alamak!”Akem menepuk dahinya.Terlalu sibuk dengan Pak Sarip pada hari itu,dia langsung tidak meluangkan masa dengan Aishah.

“Dah parah ni..”Farid menggelengkan kepalanya.Dia merenung ke mata Akem.“Kejar dia..kalau dia lari,kejar dia sampai dapat.Tapi,sebagai lelaki buat juga persediaan kalau ditolak.Yang penting kejar dia dan luahkan perasaan!Berusaha!”

Akem mengangguk.Hatinya membara dengan semangat baru.(Kejar!Kalau dia lari,kejar jugak sampai dapat!)

*****

Aishah memakirkan basikalnya di tempak letak basikal.Jam di tangan menunjukkan pukul 7 pagi.

Perutnya berkeriut.Pagi tadi dia tak sempat bersarapan kerana terlewat bangun daripada waktu yang sepatutnya.Dia meninjau-ninjau jika terdapat kereta Dafi.Boleh juga dia bersarapan bersama Dafi.Malangnya,bayang Startech Jaguar XKR itu belum kelihatan.Dia berjalan menuju ke kelasnya.

Sebelum melalui kelas dia cuba menjenguk ke kelas Nadia dan Stacy.Tapi kedua-dua mereka juga belum sampai lagi.Aishah mengambil keputusan untuk meletakkan dahulu beg sekolahnya sebelum ke café.

Sampai di kelasnya,dia melihat Isma dan Zul sibuk mengulangkaji nota-nota kecil untuk STPM yang bakal menjelma.Aishah tersenyum.(Bagus,couple study!).

Selepas beg galasnya diletakkan di bangkunya.Aishah menuju ke café.Dia memeluk badannya yang kesejukan.Cuaca pagi itu agak dingin.Dinginnya sehingga ke tulang hitam.

Setibanya di café ada beberapa orang pelajar sedang bersarapan.Tak ramai.Semuanya junior.Aishah pergi ke kaunter layan diri dan mengambil sudu dan nasi lemak yang sudah siap berbungkus dengan daun pisang.Abang Rizal tuan punya cafe tersenyum memandang Aishah.

“Aishah nak minum apa?”

“Abang Rizal bagi Aishah milo panas ye.”Aishah membalas senyuman Abang Rizal dan duduk di tempat kegemarannya.Hadapan televisyen.

Buletin pagi ditayangkan di skrin plasma 42 inci itu.Pemberita memaklumkan tentang pengeboman terbaru Israel di Palestine.Berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa.Aishah mengetap bibirnya geram.(Tak habis-habis Israel ni dengan perangai jahanam!).Aishah mula membayangkan dia seorang superhero seperti watak Storm dalam X-Men.Biar dia keluarkan panah kilat untuk kesemua tentera Israel yang tidak berhati perut itu.Biar hangus terbakar manusia-manusia laknat itu.

“Aishah!”

Angan-angan Aishah hilang sekelip mata apabila mendengar namanya dipanggil.Akem tersengih di hadapan pintu café sambil memegang sebatang kayu hoki.Aishah mengerutkan dahinya.(Apa pulak?).

“Aishah!”

Akem berlari ke arahnya dengan kayu hoki itu diangkat ke udara.

“Aahhh..”Aishah bingkas bangun dan melarikan diri dengan sudu di tangan kanannya.Melihat kayu hoki di tangan Akem,Aishah tidak memikirkan perkara lain kecuali Akem ingin membelasahnya.

Bersungguh-sungguh dia lari seperti acara marathon kategori profesional.Akem di belakangnya terus mengejar.

“Aishah!!Tunggu!!”

“Aahhhhhhhh..tolong!!!”

Kedua mereka merentasi padang ragbi berhadapan bilik guru.Cikgu Hairi yang sedang memeriksa buku terhenti seketika melihat mereka berdua.

“Kak K,bebudak dua orang tu buat latihan program MSSM ke?”

Puan Khadijah turut menjenguk ke luar tingkap.Dipandangnya Cikgu Hairi.“Kalau ye,bagus benarlah sampai uniform pun tak bertukar.”

Merentasi padang ragbi,adegan kejar dan lari itu melalui pula kawasan dataran perhimpunan.Akem tidak berputus asa mengejar Aishah.Kata-kata abangnya melekat bagai gam di mindanya.

Kejar dia..kalau dia lari,kejar dia sampai dapat..”

Tapi tak sangka pula yang Aishah pantas berlari.Tercungap-cungap Akem dibuatnya.Nafasnya naik turun dengan keringat membasahi baju putihnya.

“Aishah,tunggu!!!”

Aishah tidak mempedulikan panggilan Akem.(Nak tunggu?Nak mati?).Lokasi merentas sekolah bertukar pula ke tempat letak kenderaan murid.Lariannya yang kencang menyebabkan dia tidak mampu berhenti mengejut apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya di hadapan.

“Dafi!”

Dafi hampir terjatuh apabila dilanggar Aishah.Aishah segera bersembunyi di belakang Dafi.Akem memperlahankan lariannya dan berhenti di hadapan Dafi.

“Korang ni kenapa?”Dafi mengerutkan dahinya.(Main aci ligan ke apa?).Dia yang baru tiba mengunci keretanya.

“Akem..nak pukul..”Jawab Aishah pendek.Nafasnya naik turun menahan lelah berlari.

“Aku nak pukul?”Akem bertanya kehairanan.Dia melihat kayu hoki di tangannya.“Oh..bukan..bukan..kayu hoki ni budak junior punya.Aku nak simpan dalam stor sukan.Tapi aku ternampak kau tadi..aku..aku nak cakap satu benda kat kau.”

“Kau nak cakap apa?”Tanya Dafi.

“Aku nak cakap dengan dia..bukan dengan kau.”Akem kelihatan sedikit berang.

“Apa yang kau nak cakap dengan Aishah,cakaplah dengan aku.”

“Kau siapa?Abang dia?Paksu dia?”

“Aku kawan baik dia kat sini.Kau tu pembuli!”

Dahi kedua-dua mereka saling melekat seperti lembu hendak bergaduh.Aishah meleraikan kedua mereka dengan melompat ke tengah.

“Korang janganlah..asyik-asyik..nak gaduh..”Aishah menolak Akem dan Dafi jauh antara satu sama lain.Kedua-dua mereka saling merenung tajam antara satu sama lain.

“Okay..”Aishah menarik nafasnya. “Akem,kau nak cakap apa?”

“Ha?”Akem tersentak dengan pertanyaan Aishah.Dia menggaru-garu kepalanya.“Aku..nak..”

“Nak apa?”Tanya Dafi lagi.

“Kau boleh diam tak?”Akem mendengus kasar.Dia memandang ke arah Aishah. “Aku..nak..aku..nak..”

Akem terhenti apabila melihat pelajar junior yang lain turut mengelilingi mereka.Sibuk untuk mendengar apa yang ingin dikatakan Akem.Aishah menanti kata-kata Akem dengan sabar.Dafi di sebelahnya sudah menunjukkan muka yang bosan.

“Aku nak..aku nak..nak bagi kayu hoki nih!”Akem meletakkan kayu hoki itu ke tangan Aishah.Dia berlalu sambil mengetuk-ngetuk dahinya sendiri.(Potong betullah si Dafi ngan bebudak junior!)

“Bukan ke dia yang nak simpan kayu hoki ni dalam stor?”Tanya Aishah kehairanan sambil memegang kayu hoki itu.

“Pembuli!”Dafi mencemuh sambil mengambil kayu hoki itu. “Sini kayu hoki,Dafi yang simpankan dalam bilik stor.”

Dafi mengambil kayu hoki itu dan berlalu ke bilik stor sukan.

Aishah membuka kot pengawasnya.Uniform sekolahnya dibasahi keringat.(Tak pepasal aku masuk marathon pagi-pagi nih..)

*****

Beberapa orang pelajar sekolah menikmati hidangan tengahari di Pizza Hut.Di satu sudut sepasang suami isteri muda cuba menyelesaikan masalah cinta seorang remaja yang kantoi mengorat.

“Yang kau pergi kejar betul-betul buat apa?”

“Abang Farid yang cakap..kejar,kalau dia lari pun kejar..”

Lisa ketawa mendengar kata-kata Akem.

“Abang Farid berbahasa ler..bukan bermaksud betul-betul macam tu.Kau ni tetiba bendul la pulak.Dahlah kejar dengan kayu hoki.Ingat filem Tamil ke?Dey,tambi!”

Akem tidak menjawab.(Ye lah..ye lah..).Dia mengambil sekeping pizza Hawaiian Supreme dan dijamahnya.

“Cari waktu yang sesuai..macam..Kak Lisa dengar dia cheerleader kan?Hah,masa latihan ragbi,jumpa dia lepas latihan.Tapi jangan Akem bagi bola ragbi pulak kat dia.”

Lisa ketawa kecil sambil menutup mulutnya.

“Terima kasih Kak Lisa.”Akem menjawab sedikit geram.“Boleh tak Abang Farid dan Kak Lisa makan diam-diam?Saya nak study sambil makan garlic bread.”

Akem menyuap garlic bread ke dalam mulutnya sambil membaca nota-nota formula yang berwarna-warni.

“Dia bengang ler tu..”Farid berbisik ke telinga Lisa sambil ketawa kecil.

Akem tidak mempedulikan gelagat abang dan kakak iparnya.Secara kasarnya dia membaca nota-nota kecil itu.Hakikatnya pandangan matanya menembusi kertas-kertas kecil itu terus ke wajah Aishah.

*****

Hari Selasa merupakan hari kegemaran Aishah ke sekolah.Sebabnya?Setiap hari Selasa pihak sekolah akan mengadakan tayangan amal di sekolah.Dengan hanya harga tiket RM2,mereka bukan sahaja dapat menonton filem malah memberi sumbangan sebanyak RM1 daripada RM2 itu untuk badan-badan kebajikan terpilih.

Aishah tersenyum melihat Dafi masuk ke dalam kelasnya.

“Hai,Aishah!”

“Hai,Dafi!”

Dafi mengambil kerusi di sebelah Aishah dan duduk di situ.

“Rehat nanti buat apa?”

“Rehat nanti makanlah..takkan Aishah nak melancong ke Pulau Sibu pulak.”

“Haha,buat kelakar.Tak de Dafi nak ajak Aishah temankan Dafi ke pusat sumber.Dafi ada lima buah buku terlewat hantar.”

“Hmm..jadi,Dafi nak Aishah pujuk Mahfuz kawtim pasal buku tu,ye?”

“Pandai pun..sebab pengawas yang skema tu hanya dengar cakap Aishah saja..tapi tu sebab sampingan aje.”Dafi tersenyum.

“Sebab sampingan?Sebab utama?”

“Sebab utama?Hemmm..nak ajak dating,boleh?”

Aishah tersentak dengan pertanyaan Dafi.Dafi memandangnya dengan pandangan mata yang lembut.

“Dafi tunggu di pusat sumber nanti.Okay,selamat belajar.”

Aishah terdiam.Matanya tidak berkelip.

Dafi keluar dari kelas Aishah dengan senyuman yang manis.Tanpa pengetahuannya,Akem memandangnya dengan seribu kemarahan.

(Selangor Darul Ehsan..ceh,kau nak potong barisan!).

*****

Kringgggggggg!

Loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat.

Aishah mengemaskan buku-buku di atas meja.Kepalanya berpusing-pusing memikirkan kata-kata Dafi.(Betul ke dia ajak aku dating?Ke dia buat kelakar?).

Aishah menghela nafasnya.Apapun sebagai teman yang paling rapat di St.Jacob,Aishah tidak keberatan menemani Dafi untuk menghantar 5 buah buku pinjaman yang lewat dihantar.

Aishah membetulkan mindanya.(Yang penting,Dafi kawan baik aku kat sini).Wajah Akem yang tersengih muncul pula di fikirannya.Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya.(Tetibe pulak si bengong muncul!)

Aishah keluar dari kelas dan menuju ke pusat sumber.Aishah mengelak apabila seorang budak junior tingkatan satu berlari dengan kencang sepanjang corridor.Hampir-hampir melanggarnya.

“Abang Akem dan Abang Dafi bertumbuk!!!!!!!!!”

Jeritan budak junior itu menyebabkan langkah Aishah terhenti.(Apa?)

“Abang Akem dan Abang Dafi bergaduh di bilik tayangan!!!”

Jeritan kedua budak junior itu langsung memberi tindak balas untuk Aishah menaiki tingkat 3 bangunan sekolah.Ramai pelajar yang mendengar jeritan itu turut menuruti langkah Aishah.

Kesemuanya berlari ke bilik tayangan tingkat 3 seolah-olahnya berlangsung pertandingan ulangan tinju antara Mike Tyson dan Evander Holyfield.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries