Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 3:Petualangan Duo BFF
21 November 2009 | 7:11 PM | 0 comments

Aishah tergamam melihat tayar basikalnya tinggal sebelah.Dia gelabah mencari tayar basikalnya.

“Mana tayar basikal belakang aku?Mana?”

Matanya terpandang sampul surat yang diletak di dalam raga basikal.Aishah membuka sampul surat berwarna biru muda itu.

DENDA SEBAB KAU SIBUK KAT PADANG RAGBI TADI.AMIK NOT 500 NI PERGI GANTI BALIK TAYAR BESKAL KAU.SELAMAT BERJALAN!

AKEM

“Akem!!!!!!!!”

Jerit Aishah sekuat hatinya.(Geramnyaaaaaaa!!!).

Dipandangnya sekeliling.Teman-teman sekolahnya sudah pun balik.Dia mengetap bibirnya geram.(Tak guna punya Akem..).

Ada masalah lagi?”

“Dafi..bukan awak dah drive tadi?”

“Saya tertinggal towel kat toilet.Huh,tayar dah ilang?”

“Macam tu lah.”

“Meh le saya hantarkan.”

“Tayar ni?”

“Nanti saya call kedai setle kan basikal awak.Besok pun awak datang sekolah dengan sayalah.Okay?”

“Okay.Let’s go!”

Aishah melompat girang.Satu sebab tak perlu jalan kaki.Kedua sebab dapat naik Jaguar lagi.

*****

“Akem,jangan main dengan kucing tu!”

“Alah mama,kejap je..”

“Mama cakap jangan..janganlah.Kenapa degil sangat ni?”

“Kejap je mama.”

“Akem nak kena rotan ni.”

“Kucing cakar..sakit!!Mama!Mama!...Mama!”

Akem bingkas bangun dengan keringat di dahi.“Mama!”

Hatinya berdebar-debar.Dia mengesat peluh yang mengalir lebat.(Bermimpi rupanya aku..)

Sudah lama dia tidak mimpikan arwah mama.Kini mama kesayangannya hadir semula dalam mimpinya.Malah sempat pula mamanya memarahinya ketika berusia 6 tahun dalam mimpi itu.

Akem tersenyum sendirian.(Selain daripada mama hanya Aishah yang berani memarahi aku..).

“Sengal betul budak tu.”Akem bercakap sendirian.Dia teringatkan bagaimana Aishah memanggilnya bodoh dan pekak.Malah gadis itu ingin membakar bulu hidungnya.(Dia ingat bulu hidung aku ni macam bulu hidung beruang?).

Hatinya geli hati memikirkan Aishah yang pasti pulang berjalan kaki petang tadi.(Esok lusa kalau dia cari pasal lagi dengan aku..siap!).

Akem memeluk bantal Optimus Prime.Cuba melelapkan mata dan memikirkan langkah seterusnya untuk membuli Aishah.

*****

Pagi itu Akem datang awal lagi.Bezanya kali ini bukan untuk menghantar kerja khusus tetapi untuk memberi tepukan gemuruh buat Aishah.Dia kaget seketika apabila mendapati basikal itu sudah berada di tempat letak kenderaan murid.Sudah sempurna dengan dua tayar.Akem melihat jam di tangannya.

“Baru pukul 6.50 pagi.Takkan dia kayuh basikal sebelum Subuh?”

Akem menjenguk-jenguk kelas Aishah dengan lehernya yang panjang.(Gelap lagi..mustahil dia nak bergelap dalam kelas).

Hampir 15 minit dia berdiri di situ.Bersilih-ganti pelajar yang datang.Malangnya bayang Aishah pun dia tak nampak.Seketika dia bersandar di tiang,sekejap dia duduk bertinggung.

Sebuah kereta Startech Jaguar berhenti di depannya.Akem mengeluh kecil.(Huh..Dafi..bwek..).Sinikalnya tidak panjang apabila melihat gadis yang menumpang kereta Dafi.(Aishah!)

Aishah turun daripada kereta Dafi tanpa mempedulikan Akem.Pelajar-pelajar lain berbisik sesama mereka apabila melihat Aishah datang bersama Dafi.Gossip yang bisa menambahkan lagi populariti nama Aishah.

“Kenapa kau datang dengan dia?”

“Kau peduli apa?”Aishah menolak Akem ke tepi.

“Kau biadab.Kau sepatutnya didenda sebab mencampuri urusan budak-budak elit!”Akem meninggikan suaranya.Satu perbuatan yang menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.Dafi cuba untuk masuk campur.Aishah menggelengkan kepalanya.

“Kau budak elit ke?Kumpulan Elite ke?Feminin ke?Aku peduli apa?Boleh ke tepi,aku ada kelas la.Kau bukan budak sekolah ni?Kau pun mesti ada kelas kan?”

“Baru pukul 7.05 kelas apanya?”

“Opss sorry..aku ada duty..sapu sampah.”Aishah cuba berlalu pergi tapi Akem terus mencapai tangannya.Aishah tergamam.Sepantas kilat buku yang dipegangnya digunakan untuk mengetuk kepala Akem.Bertalu-talu.

“Adoi,sakitlah bodoh!”Akem melepaskan tangan Aishah dan menggosok-gosok kepalanya.

“Lain kali jangan suka-suki nak pegang tangan anak dara orang tau.”Aishah mengacah buku teks Sejarah ke kepala Akem.Akem memejamkan matanya takut dibelasah lagi.

“Jom Dafi.”

Dafi tersenyum sinis sambil melambai tangan ke arah Akem.“Bye bye Akem..”

Akem membetulkan rambutnya yang huru-hara dikerjakan Aishah.(Kau tu perempuan..kalau lelaki dah lama aku belasah!).Pelajar-pelajar yang mengelilinginya tersengih melihat dia dikerjakan Aishah.

“Apa tengok-tengok?Aku belasah sorang-sorang karang!”

Pelajar-pelajar junior yang lain semuanya berterabur lari mendengar ugutan Akem.

*****

Jam di dinding sudah menunjukkan jam 2.30 petang.Aishah sibuk menyiapkan esei Pengajian Am tanpa mempedulikan Dayana dan Marsha yang sibuk bergossip mengenainya.Dia sudah lali dipulaukan rakan sekelas kerana Akem atau digossip dengan Dafi yang memang tak ada hubungan dengannya.Perkara itu sudah berlarutan berminggu-minggu.

“Hei,Aishah..kau keluar saja la dari sekolah ni.”Tiba-tiba Marsha muncul mencekak pinggangnya yang sediakala ramping.

“Kau tau tak kau tu menyemak..m.e.n.y.e.m.a.k..menyemak!”Dayana menuding jarinya ke dahi Aishah.

“Boleh tak korang jangan ganggu aku?”Aishah menepis tangan Dayana dan terus menulis esei.

“Kau jangan main kasar!”Marsha menolak Aishah hingga dia terjatuh dari kerusi.Lututnya berdarah kerana terjatuh di atas lantai konkrit.

“Keluar lah..”Dayana cuba mengheret Aishah tetapi Aishah membatukan dirinya.Hanya mereka bertiga di dalam kelas.Murid yang lain dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

“Korang jangan kacau aku!”Aishah cuba bangun tapi dihalang oleh Marsha.

“Apa motif kau cari pasal dengan Akem dan kemudian couple dengan Dafi?Nak cepat popular?”Marsha menolak kepala Aishah dengan kasar.

“Aku tak nak cari pasal dengan korang.Sudahlah..”

“Sudahlah?Sini kau..”Marsha menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengheret Aishah keluar dari kelas.Dayana membantu BFF.Beberapa orang pelajar junior yang melihat kejadian itu hanya mendiamkan diri.

“Tempat kau hanya layak kat sini!”

Kedua mereka menghumban Aishah ke parit kecil di belakang sekolah.Aishah jatuh terperosok ke dalam parit.Luka dilututnya berasa ngilu.Ngilu yang amat sangat kerana dia diheret di atas pasir batu.Dia membisukan diri,dia boleh membelasah Marsha dan Dayana sekaligus tetapi dia tak mahu dipotretkan sebagai gadis yang suka membelasah sesama sendiri.

“Hoi,korang buat apa?!”

Suara keras Akem mengejutkan Marsha dan Dayana.

“Akem kitaorang buang Aishah dalam parit.She deserved right?”Marsha menghampiri Akem sambil memegang lengan Akem.Dia tersenyum puas.

Akem melepaskan tangan Marsha dengan kasar.Dia menjeling tajam ke arah Marsha dan Dayana.Seketika dia memandang ke arah Aishah yang terperosok di dalam parit dan membatukan diri.

“Korang balik!Balik rumah tanak nasi lagi bagus!”Jerkah Akem seperti harimau mengamuk.

“Tapi..tapi..kitaorang buat ni demi Akem.”Dayana cuba memujuk dengan memegang tangan Akem.Akem menepis tangan itu.

Ada aku suruh?Pergi balik!Karang aku belasah karang!Balik!”

Marsha dan Dayana saling berpandangan.(Kejamnya..).Perlahan-lahan mereka berdua berundur meninggalkan Akem dan Aishah.

“Korang tengok apa?Balik!”

Pelajar-pelajar junior yang melihat kejadian itu lintang-pukang berlalu dari situ.Akem menggelengkan kepalanya.(Sengal!).Dia melompat masuk ke dalam parit yang tidak berair itu.

“Kau ni kenapa?Tak melawan?Nak mati?”Akem cuba untuk mengangkat Aishah.Aishah menepis tangan Akem.

“Kau baliklah..nanti aku bangun sendiri!”

“Hah..tengking!Dengan aku garang sangat.Dengan minah dua orang tadi tu kau biar aje diorang tenyeh kau!”

“Sejak bila kau caring sangat pasal aku ni?”

“Caring?”Akem terdiam. “Ceh,tak de maknanya!Kau tu hanya boleh dibuli oleh aku saja..bukan minah mengeja dua orang tu!Lain kali kalau kau biar diorang buli kau,aku bunuh kau!”

“Boleh tak jangan menjerit?Kau bukan satu blok daripada aku.Aku boleh nampak bulu hidung kau dari sini.Kau ni sikit-sikit nak bunuh..kau banyak tengok siri CSI ke?”

“Banyak la kau punya CSI.Okeh..takkan kau nak duduk sini sampai malam?”Akem cuba berlembut.

“Lutut aku sakitlah.Aku rasa ngilu nak tegakkan.”

Akem melihat lutut Aishah yang sedikit membengkak.

“Sekurang-kurangnya biarlah aku angkat kau keluar dari sini.Kau dah macam sampah Alam Flora dah kat sini.”

“Tak pe Akem,kau balik dulu..”

“Aku angkat kau..”

“Tak nak..kau balik dulu.”

“Excuse me,korang dating dalam parit ke?”Suara Cikgu Hairi menerjah ke telinga Akem dan Aishah.

“Tak,cikgu..Aishah ni..”

“Saya terjatuh dalam longkang cikgu.Saya mengantuk lantas terjatuh.”Aishah tersengih dengan daun kering di atas kepalanya.Cuba berbohong tahap skema.

“Apa lagi Akem?Angkat Aishah naik atas,bawa dia ke bilik sakit.”

“Memang saya nak angkat dia pun..tapi..”

“Tak de..tak de hal..cepat angkat aku..”Aishah menghulurkan tangannya kepada Akem.(Kau ni depan Cikgu Hairi cakap banyak pulak!).

Akem yang sedikit keliru menyambut tangan Aishah dan mengangkat Aishah naik ke atas.Sampai di atas Aishah segera melompat daripada dukungan Akem.Namun kesakitan lututnya menyebabkan dia memaut lengan Akem.

“Mari saya temankan kamu berdua ke bilik sakit.Akem kamu tahu nak bandage?”

“Saya kan Pengerusi PBSM kat sekolah,cikgu.Jom letak bandage..sengal!”Akem menjelirkan lidahnya kepada Aishah.

“Apa kamu kata?”Cikgu Hairi mengerutkan dahinya.

“Panggilan manja,cikgu..sengal..”Aishah cuba membetulkan situasi.“Saya panggil dia bengong.”

“Oh,macam tu ye bebudak sekarang..masa zaman saya dulu kitaorang panggil baby ke,sayang ke,abang ke..”

“Cikgu,jom..bilik sakit.”Akem tersengih.(Karang dia buka sejarah awek-awek 90-an dia mahu menanah telinga..).

Aishah mengeluh kecil.Terpaksa dia berbaik dengan Akem di hadapan Cikgu Hairi.

****

Minuman jus limau di hadapannya langsung tak tersentuh.Apa yang diperkatakan Mila langsung tak memasuki mindanya.

Akem teringatkan peristiwa di bilik sakit.

“Sakitlah..kau ni kasar!”Aishah cuba melarikan kakinya.Ubat iodine berwarna kuning yang diletak Akem bisa membuat dia pengsan.

“Bukan aku yang kasar..memang ubat ni pedih..sengal.”Akem mengambil bandage dan membalut lutut Aishah.

“Korang dah siap belum?Saya nak kunci bilik ni.”Cikgu Hairi duduk di atas sofa menemani pelajarnya.

“Sikit lagi cikgu..”Akem tersenyum.Dia memandang tajam ke arah Aishah.“Kalau kau biar minah dua orang tu buli kau,aku tembak kau dengan M16.”

“Akem..Akem..”

Akem tersentak apabila mendengar namanya dipanggil Mila.

“Ya?”

“Akem dengar tak apa Mila cakap?”

“Apa?Sorry,Akem letih.Latihan ragbi petang tadi teruk sikit.”

“Kesiannya.Tak..Mila tanya,minggu depan boleh tak kita tempah pakaian untuk prom tahun ni?”

“Prom?”

“Ye..hujung tahun ni kan ada prom.Akem dah janji nak bawak Mila..ke ada akak senior yang Akem nak bawa.Isma ke.”

“Isma?Tak de lah.Oh pasal prom tu..Akem bawak Mila la.Okey minggu depan kita tempah pakaian.”

“Thanks sayang.”

Akem mengangguk-angguk sambil tersenyum.Fikirannya masih melayang-layang kepada Aishah.(M16 kejam sangat..tembak pakai senapang kayu guna peluru terung belanda pun kira dah gamat..hehehe…Aishah..Aishah..).

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries