Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 7:Who's Going To Be The Top?
25 November 2009 | 9:42 AM | 0 comments

Pagi itu Aishah pergi ke sekolah lebih awal memandangkan hari ini dia bertugas untuk mencatat nama murid yang lewat ke sekolah.Berdiri di hadapan pagar dan bertembung dengan budak-budak elit bukanlah sesuatu yang dibanggakan.Selesai tugas dia terus masuk ke kelas.

Sudah lima bulan di St.Jacob,Aishah berasakan keadaan masih sama.Ya,dia memang ahli pasukan sorak tapi dia tetap budak loan di kalangan budak-budak elit.Sebagai satu-satunya budak loan dalam upper six,rasanya dia hanya aman apabila melihat wajah Dafi yang ikhlas menemaninya.Selain Dafi,mungkin Nadia dan Stacy.

Rakan sekelasnya?Dayana dan Marsha memang langsung tidak menerima kehadirannya sehingga saat ini.Isma?Isma tidak mengganggunya lagi tapi Isma dalam dunianya sendiri.Akasha?Akasha sepatutnya perlu dikembalikan kepada Majlis Belia dan Sukan.Tetapi Puan Khadijah meletakkan Akasha di dalam reban di Taman Sains St.Jacob.Setiap hari Aishah akan cuba mencuri masa untuk memberi makanan kepada Akasha.

Akem?Walaupun mereka pernah berkongsi Akasha,Akem tetap dengan perangainya.Pembuli!

“Essei terbaik Bahasa Melayu untuk lima bulan berturut-turut..Aishah!”

Aishah tersentak apabila mendengar namanya dipanggil.Suasana kelasnya senyap sunyi bagai dilanda garuda.Hanya Cikgu Hairi tersengih-sengih di hadapan.

“Aishah..datanglah.”Panggil Cikgu Hairi sambil menunjukkan essei 8 helai yang bertajuk ‘Pengangguran:Masalah Atau Malas?’.

Aishah bangun sambil membetulkan skirt pengawasnya.

“Huk!Huk!Teacher’s pet Cikgu Hairi..huk!Huk!”Marsha berpura-pura batuk.Aishah tidak mengendahkan kata-kata Marsha.(Pedulik ah..aku yang study susah-susah..)

“Tahniah Aishah!”Cikgu Hairi tersenyum.Aishah sekadar mengangguk.Sekilas pandang dia ternampak satu bayangan tubuh tinggi lampai di muka pintu.Mimpi ngeri.(Ergh..Akem..!)

“Assalammualaikum,cikgu!”Akem mengangkat tangannya kepada Cikgu Hairi seperti Tok Siak lagaknya.

“Waalaikumussalam,kenapa?Nak panggil kenduri ke?Hehe.“Cikgu Hairi tersengih.

“Bukan cikgu..saya nak jumpa…Aishah!”

“Hoh?”Aishah memandang kehairanan ke arah Akem.Marsha dan Dayana naik cuak.Isma walaupun sudah ada Zul turut memasang telinga.Malahan seluruh kelas saspens.

“Silalah.”

“Terima kasih,cikgu.Jasamu dikenang.Guru Pembina jiwa bangsa!Ayuh,Aishah!”

Giliran Cikgu Hairi pula terkebil-kebil.(Nak kempen Pemuda Umno ke apa budak ni?).Aishah terasa langkahnya berat tapi dia turuti juga langkah berat itu mengikut Akem ke luar kelas.

“Kau nak apa?”Tanya Aishah malas.

“Aku nak kau ajar aku Bahasa Melayu.”Akem tersenyum bangga.

“Hek?”Aishah memandang Akem dengan rasa jaki. “Punyalah banyak kelas tuisyen kat KL ni,kau datang kat aku?Lagipun kau orang Melayu,apa yang susahnya Bahasa Melayu?”

“Kelas tuisyen aku kena bayar,engkau free..muahahaha..memanglah aku orang Melayu,tapi dah memang budak lelaki mana terror Bahasa Melayu.Jumpa aku lepas praktis kat padang ragbi petang ni..kalau kau terus balik,aku belasah karang!Faham?”

“Kau tunggulah sorang-sorang!”Aishah masuk semula ke kelasnya.Malas nak melayan karenah Akem.

“Aku tunggu kau lepas praktis ragbi.Tak datang,kau siap!Pukul 6!”

*****

“Okey,St.Jacob..cukup praktis untuk hari ni..dan Marsha stop with that spirit fingers.So old school.”Isma menggerak-gerakkan kesepuluh-sepuluh jari tangannya memerli rutin yang tak dapat ditinggalkan Marsha.

Marsha mencebik mulutnya.Dia bingkas bangun terlebih dahulu dan tidak menyertai sorakan terakhir.Isma tidak mempedulikannya.

“St.Jacob!”Jerit Isma,semua gadis-gadis pasukan sorak meletakkan tapak tangan di atas tapak tangan rakan yang lain beramai-ramai.

“St.Jacob hottest!”

Selepas sorakan itu.Kesemua ahli pasukan sorak bersurai. Aishah berjalan pantas ke arah basikalnya.Dia teringatkan kain ampaian yang belum diambil.Langit di atas sudah agak mendung.Basikal itu dikayuhnya mengalahkan orang merempit.

Mujurlah dia sempat sampai rumah sebelum hujan turun.Malam ini dia tinggal seorang diri.Abah bermalam di Kuantan kerana meniaga di Jom Heboh.Selepas sembahyang Isyak,Aishah menggoreng keropok lekor yang terdapat di dalam peti sejuk.Teringin pula dia nak makan keropok dalam suasana dingin dan hujan.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8.20 malam.Tiba-tiba Aishah teringatkan sesuatu.(Rasanya aku ada janji dengan sesiapa tak?).

*****

Akem melihat jam Omega di tangan kanannya.(Sudah pukul 8.21 malam).Hujan semakin lebat mencurahi padang ragbi.(Mana minachi ni?).

Akem memeluk tubuhnya yang dingin.Dahinya panas.Perutnya berkeriut kelaparan.Hidungnya terasa gatal dan bergerak-gerak.

“Aaaa…aaa…aaachoooommmm!”

*****

Aishah menguis-nguis perlahan bulu Kiki.Anak kucing itu semakin nakal dan menggigit jarinya dengan lembut.(Macam mana Akem boleh takut dengan kucing?Ish..ish..).

Aishah membeliakkan matanya.Dia mula teringatkan sesuatu.

“Aku tunggu kau lepas praktis ragbi.Tak datang,kau siap!Pukul 6!”

Aishah segera bangun mendapatkan baju hujannya.Baju hujan Hello Kitty itu segera dipakainya dan dia terus keluar mendapatkan basikalnya.

Akal fikirannya kuat mengatakan Akem sudah pulang ke rumah tapi buat masa ini dia lebih mempercayai suara hatinya.

*****

Hujan masih lebat ketika Aishah sampai ke sekolah.Dia menghampiri jaga yang menjaga pagar sekolah.

“Pak cik,ada budak lelaki kat padang ragbi tak?’

Ada..entah apa masalahnya.Pakcik ingat pukul 10 nanti pakcik halau aje.”

“Okay,pakcik..saya bawa dia keluar.”

Aishah menunggang semula basikalnya dan menuju ke padang ragbi.Dari jauh dia dapat melihat Akem duduk mencangkung di tepi padang sambil memeluk tubuh.Wajahnya pucat lesi dan badannya terketar-ketar.

Aishah meletakkan basikalnya di tepi tiang.Dia mengambil payung dan baju hujan ayahnya yang berwarna hitam dari raga basikalnya.Payung itu dibuka kerana tempias hujan semakin lebat menyebabkan wajahnya juga dibasahi hujan.Perlahan-lahan dia menghampiri Akem yang menggigil kesejukan.

“Err..aaa..”Aishah kematian kata.Akem mendongak dan melihat Aishah berdiri di sebelahnya.

“Mana kau pergi?Aku belasah karang!”

“Yang kau bengong sangat tunggu dalam hujan buat apa?Aku tak janji pun nak datang jumpa kau.”

Akem tidak menjawab.Badannya menggigil.Dia melihat baju hujan yang dibawa Aishah. “Bak sini!”

Akem mengambil baju hujan itu dan memakainya.Dia bangun dan masih lagi berpeluk tubuh.Badannya panas dan perutnya berkeriut semakin kuat.Terasa loya.Dia memandang serius ke arah Aishah.

“Aishah..aku..aku..”

Aishah terkebil-kebil melihat wajah Akem menghampirinya.

“Aku..”

Wajah Akem semakin menghampiri wajah Aishah.Malah Aishah dapat merasakan hembusan nafas Akem yang hangat.

“Kau jangan nak mencabul!”Spontan Aishah menampar pipi Akem.

“Aku nak termuntah..bwekk!!”

Aishah tergamam melihat baju hujan Hello Kitty kesayangannya dipenuhi muntah Akem.Bau spaghetti yang sudah basi pun ada.(Geramnya!!!!!).

“Eeeiii..pengotor!Bodoh!”Aishah membelasah kepala Akem bertalu-talu dengan payungnya.

“Oii,sakitlah!!!!”

Jeritan Akem seiring bersama titis-titis hujan yang lebat ke bumi.

****

Akem berasa pening-pening lalat.Dipegang dahinya sendiri.Masih panas.Demam.Dia meraba-raba jam loceng di sebelahnya.(Sudah pukul 10.00 pagi..).

Mujurlah hari ini hari Sabtu.Akem melihat baju pajama Ultraman yang dipakainya.(Ini zaman bila punya baju ni?).

“Pak Syed!Pak Syed!”

Jeritan Akem memenuhi rumah banglo mewah 5 tingkat di atas bukit itu.Seorang butler yang kemas bertuksedo menghampirinya.

Ada apa tuan?”

“Macam mana saya balik rumah?”

Ada budak perempuan call rumah mengatakan tuan kena belasah kat padang ragbi.Dia call guna handphone tuan.”

“Belasah?”Akem menuju ke cermin dan melihat ada bengkak di pipi dan dagunya.(Tak guna punya Aishah betul-betul dibelasahnya aku!).

“Tuan okey?Di bawah ada perempuan yang nak jumpa tuan.”

“Perempuan?Tinggi ke pendek?”

“Err..pendek,tuan.”

“Pendek ye?”(Sahih Aishah!). “Panggil dia masuk bilik saya.”

“Baik,tuan.”

Pak Syed mengundur diri.

Akem bingkas bangun dan mencapai majalah Time lalu digulungnya.(Kau belasah aku ye?Aku tak pernah belasah perempuan..sekarang meh aku ketuk-ketuk manja sikit).Akem bersedia di belakang pintu bilik.Bersedia.Pintu biliknya terbuka.

“Hamik kau Aishah!”

“Aduh..”

Akem tergamam melihat Mila menggosok-gosok dahinya.(Alamak!).

“Sorry Mila,Akem ingatkan Aishah..”

“Aishah!Aishah!Aishah!Asyik-asyik Aishah!”Mila menjerit seperti orang lupa diri.“Takkan Aishah nak masuk bilik Akem?”

“Sorry..Akem betul-betul tak sengaja.”Akem melemparkan majalah Time dengan wajah bekas Presiden Amerika George Bush ke bawah katil.

“Akem,we need a break.Kalau macam ni gayanya..kita takkan ke mana..”Mila cuba untuk mengugut Akem.Dia memandang serius ke wajah Akem.Dia pasti Akem pasti kecut perut dengan ugutan perpisahan itu.

Tiba-tiba Akem bingkas bangun dan membuka pintu.Dia mencekak pinggangnya dengan selamba.

“Baiklah..kalau Mila nak break dengan Akem.Keluarlah..Akem nak tengok Spooky Kitaro.Bye bye..”

Mila tersentak mendengar kata-kata Akem.(Apa?)

*****

Sejak tidak mendapat balasan selepas mengugut memutuskan hubungan dengan Akem,Mila semakin manja dengan Akem.Dia sekadar mengugut untuk memutuskan hubungan dengan harapan lelaki nombor satu di St.Jacob itu akan memujuknya kembali dan menjauhi Aishah.Malangnya,Akem tidak mempedulikan ugutannya.Mila terpaksa menukar strategi.Menatang Akem bagai minyak yang penuh.

Dafi dan Aishah terkebil-kebil melihat Mila yang tidak pernah berenggang langsung dengan Akem.Akem di pusat sumber,Mila pun di pusat sumber.Akem di kelas,Mila di luar kelas.Tak boleh berenggang langsung.

“Tak de chance la macam ni.”Dafi menepuk meja café sekolah.Bergegar gelas teh o ais limau yang dipesannya.Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan Mila kembali.Tapi hampa.

Aishah sekadar memandangnya dengan wajah kehairanan.(Jiwang jugak Si Dafi ni nak mendapatkan Mila).

Dafi mengerutkan dahinya.Seolah-olah memikirkan sesuatu.Dia memandang ke arah Aishah.Terukir senyuman di bibirnya.

“Dafi ni kenapa?”

“Aishah!Dafi ada idea,tapi awak sudi tak tolong Dafi?”

“Tolong apa?”Aishah semakin kaget.

“Entah,kau nak suruh Aishah tolong apa?”Tanya Aril yang baru sampai sambil duduk di atas kerusi.Dafi berbisik ke telinga Aril.Selepas itu kedua-dua mereka memandang Aishah dengan pandangan yang tajam sambil tersengih-sengih.

“Hoh.korang jangan!”Aishah menutup dadanya dengan buku teks Ekonomi.(Pandangan yang gatal betul!).

“Ha..ha.. petang ni Aishah mesti ikut kitaorang..ha..ha..”Dafi ketawa nakal sambil mengangkat kening kanannya.

*****

Mama Gaga’s Model Agency And Grooming.

Aishah membaca signboard besar ala billboard yang terdapat di bangunan tiga tingkat di Jalan Bukit Bintang itu.

“Siapa yang nak kena grooming?”

“Aishahlah!”Dafi menarik tangan Aishah masuk ke dalam bangunan itu.Aril mengikut belakang mereka dengan teruja.

Masuk ke dalam bangunan itu mereka terus masuk ke dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti sebuah studio yang besar.Terdapat juga sebuah pentas runway ala-ala America Next Top Model.

Di saat itu keluar seorang ‘gadis’ cantik berpakaian hot dan ‘seksa’ ala Beyonce Knowles.Dia melangkah hebat di atas pentas runaway itu dengan diiringi lagu ‘Single Ladies’.

‘Gadis’ itu menghampiri Dafi dan Aril dengan wajah yang ceria.

“Dafi..Aril..sayang,honey,baby..lama tak jumpa you all.Last sekali masa show collection Mama kat KLCC ..mmuah!Mmuah!”

Aishah terlopong apabila melihat ‘gadis’ itu mencium pipi Dafi dan Aril tambah-tambah lagi mendengar suara ‘gadis’ itu.(Huh,abang rupanya!Garau betul..).

“You all bawa siapa ni?”

‘Gadis’ itu memandang Aishah yang lengkap dengan pakaian sekolah.

“Hah,ni kawan baik Dafi,namanya Aishah.Dafi nak Mama Gaga grooming Aishah sampai jadi orang tak kenal siapa Aishah lagi.”

“I suka you..sebab dia comel.”

“Hehe..”Aishah tersengih sampai ke telinga.(Saya memang shomel!).

“Eew..jangan ketawa macam tu.Bad smiling..banyak yang perlu ditukarkan.Tambah pakej lagi.Table manner,social manner..”

“Okay mama!”Dafi menghulurkan kad kredit platinum kepada Mama Gaga.Mata Mama Gaga bersinar seperti mendapat ‘suami’ baru.

“Okay baby..dalam masa satu hari,everything is gonna change..move your lazy butt..”Mama Lady menolak Aishah menuju ke bilik yang lain.

Aril menghampiri Dafi yang tersenyum puas.

“Kau rasa Aishah tu boleh berubah menjadi hot urban chick ke?”

“Pasti..terutama di St.Jacob!”Dafi mengangguk-angguk yakin.Aishah akan berubah imej dan akan menundukkan Akem yang pastinya akan meninggalkan Mila serta merta.Dia yakin!

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries