Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 8:Sudah Jatuh Ditimpa Akem
26 November 2009 | 8:36 AM | 0 comments

Dafi dan Aril mundar-mandir di ruang tamu Mama Gaga’s Grooming.Sesekali mereka melayan wifi di Blackberry dan Iphone masing-masing.Kalau tidak pun mereka melawan menuding jari minah Afrika mana yang paling seksi di Star Walk.

“Tu yang macam Halle Berry tu hot.”

“Aku suka yang macam Tyra Banks tu Aril.”

“Tyra Banks pe ntah macam Oprah Winfrey je.”

“Ceh!”

Tiba-tiba lampu di studio digelapkan.Lampu highlight dipancarkan ke pentas runway.Dafi dan Aril saling berpandangan.(Who’s gonna be the top?The top!The top!).

“Mama Gaga mempersembahkan the new invasion..Aishah with her new image Sorority Girl!”Suara Mama Gaga berkumandang di sebalik speaker dan serentak dengan itu terdengar lagu ‘She Wolf’ daripada Shakira.

♪There’s a she wolf in the closet..Open up and set her free..Auuuuuu..There’s a she wolf in the closet…Let it out so it can breath (inhales, exhales)..♫

Aishah keluar dengan gaya layer ala Jennifer Aniston di dalam ‘Friends’ musim kedua.Mekap gothic tapi masih sweet ala Demi Lovato dalam video klip ‘Here We Go Again’.Sepenuhnya daripada Mac.Sehelai jaket berbulu Tiffany & Co. dipasangkan dengan kemeja ketat Bottega Veneta.Skirt kulit Versace yang dipakainya dipadankan dengan tight skin dengan warna yang sama daripada koleksi musim panas Guess By Marciano.But tinggi Jimmy Choo menambahkan lagi kehangatan.Pewangi DKNY Be Delicious fresh blossom pula memenuhi rongga hidung Dafi dan Aril.Kukunya yang telah siap medicure bersinar-sinar menyilau mata.

Dafi dan Aril ternganga.(Impressive!).Dafi terperanjat apabila melihat seluruh ruang studio Mama Gaga dipenuhi umat-umat lelaki daripada keturunan muda sampai pak cik bertongkat tersengih-sengih memandang Aishah.

“Wow..what’s a hot babe.Eventhough she’s a kinda petite..but she makes me nerves.”Seorang lelaki Jepun dengan pelat ‘broken English’disebelahnya memandang Aishah dengan wajah yang semacam.Bunyi pelatnya ala Hiro Nakamura bercakap Bahasa Inggeris dalam siri ‘Heroes’tetapi gayanya persis pelakon Ikuta Toma.Tampan.

“Dude,that’s my friend.Get the hell out of here!”Dafi meninggikan suaranya.

“Sorry..I don’t mean anything..well..hait!”Lelaki itu menunduk hormat sambil menunjukkan kamera digital Canon yang dibawanya. “My name is Han.I work as a photographer for one of the biggest men magazine in Japan.Your friend is really kawaii and Japanese guys had a thing for a high school’s girl.”

“What’s kind of thing? In a good way or a bad way?”Dafi masih menekankan suaranya.Bukannya dia tidak tahu apa yang difikirkan lelaki Jepun mengenai budak perempuan sekolah menengah.

“Don’t get me wrong.In a good way.A fame.If you don’t mind,I would love to take her picture.”

Dafi dan Aril saling berpandangan.Aishah yang turun dari pentas runway bersama Mama Gaga menghampiri mereka.

“Kenapa Dafi?”Aishah mengerutkan dahinya kehairanan.

Nippon ni photographer majalah lelaki di Tokyo.Dia nak ambil gambar Aishah sekarang.Awak mahu ke?”

“Gambar apa?”Aishah menutup dadanya dengan jaket berbulu.(Jangan gambar tut tut dah..).

“Don’t worry.Nice pictures.If you agree,I’ll take your pictures right here right now..in front of your friends.My new assignment is to shoot any beautiful high school girls around Asia.It’s for limited issue..Asian’s high school chic.”Han seolah-olah dapat memahami apa yang dikatakan Aishah.

“Which magazine?”Mama Gaga bertanya.

“Anan”Han menghulurkan kad namanya.

“Anan?”Mama Gaga,Dafi dan Aril bertanya serentak.(Biar betik!)

“Anan?”Aishah kebingungan.(Detective Conan aku tau la.Sinichi Kudo hehe..).

*****

“Anan adalah majalah lelaki yang paling top kat Japan and even di translate dalam banyak bahasa dan dipasarkan hampir di seluruh Asia.”Dafi menerangkan kepada Aishah.

“Selebriti Jepun yang top je mampu muncul dalam magazine tu macam Takuya Kimura,Hideaki Takizawa,Takeshi Kaneshiro,Jun Matsumoto atau Yutaka Takenouchi.”Aril menambah lagi penerangan.“Untungnya mamat tu diberi assignment untuk shoot mana-mana bebudak sekolah menengah yang dia rasa kawaii untuk isu majalah bebudak sekolah menengah Asia.”

“Maksudnya?”Aishah masih kebingungan.

“You are gonna be famous baby,gonna be famous..dan Akem akan melupakan Mila untuk gadis yang lebih popular seperti Aishah.”Dafi tersenyum puas.

Startech Jaguar XKR berwarna hitam itu meluncur laju ke Kampung Baru.

*****

Selepas kelas grooming penerimaan budak-budak elit terhadap Aishah semakin berubah.Apatah lagi poster gambarnya memperagakan agensi model dan grooming Mama Gaga dapat dilihat di sekitar Jalan Bukit Bintang.

Rakan-rakan kelasnya sudah ada yang berbual-bual mesra dengannya.Isma cuba-cuba merisik jika ada job model fotografi untuknya.Harapan besar untuk menjadi model fotografi atau iklan memandangkan ketinggian yang tidak membenarkan untuk menjadi model catwalk.Dayana dan Marsha masih bebal tapi mereka sudah tidak berani membulinya seperti dulu lagi.

Paling menghairankan budak-budak junior telah menubuhkan kelab peminatnya.Cinderella Aishah.Bagi mereka Aishah tidak ubah seperti Cinderella.

Ironiknya,Akem semakin menjauhkan dirinya.Semenjak poster besarnya terpampang,Akem kelihatan cuba mengelak daripada bertembung dengannya.Memang Aishah berasa aman kerana tidak dibuli dalam jangka masa itu.Tetapi dia berasa janggal.Aishah mengeluh kecil.(Apakah itu bererti rancangan Dafi untuk mendapatkan Mila gagal?).

“Kak Aishah Tingkatan 6 Atas A1 cover majalah Jepun!”

Jeritan seorang pelajar junior tingkatan satu menggegarkan seluruh sekolah.Budak lelaki itu berlari-lari sambil menjerit jeritan yang sama dengan memegang senaskhah majalah Anan.

Aishah tersentak mendengar jeritan itu.Dafi dan Aril menghampirinya sambil membawa senaskhah majalah.

“Souvenir.”Dafi meletakkan majalah itu di atas meja Aishah dan berlalu keluar.dari kelas Aishah sambil tersenyum.

Aishah mengambil majalah itu.Wajahnya dengan aksi menaiki motosikal besar Virago di dalam studio Mama Gaga terpapar di cover majalah lelaki Jepun itu.

Matanya terbeliak melihat bahunya terdedah kerana tanpa disedarinya jaket berbulu Tiffani & Co itu sedikit terlondeh.(Ayok!)

*****

Lelaki itu melihat Aishah dikerumuni pelajar-pelajar yang sebelum ini asyik membulinya termasuk Marsha dan Dayana.Mereka berbual mesra dan sibuk menanyakan pengalamannya bergambar untuk majalah Anan.Seolah-olahnya tiada apa yang berlaku sebelum ini.Mereka menyanjung Aishah sedangkan sebelum ini mereka tidak sudi pun memandang wajahnya.Leaki itu memerhatikan mereka sehingga akhirnya Aishah tinggal seorang diri.

Lelaki itu memandang ke kanan dan ke kiri,suasana sekolah agak lengang kerana waktu persekolahan sudah tamat.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Tekad.Dia melajukan langkahnya ke arah Aishah.

“Aishah!”

Aishah hampir terperanjat mendengar namanya dipanggil seseorang.

“Siapa..”

Belum sempat Aishah menghabiskan kata-katanya,sehelai sapu tangan hinggap di hidungnya.Satu bau yang aneh menusuk-nusuk ke dalam hidungnya.Perlahan-lahan anak matanya terbeliak ke atas dan kelopak matanya terpejam.Badannya lembik.Aishah dapat berasa badannya terawang-awang.Melayang-layang seperti didukung seseorang.

Bau kloroform itu ternyata melemahkannya.

*****

Perlahan-lahan Aishah membuka kelopak matanya.Kabur.Semakin lama semakin jelas.Lelaki yang menculiknya tadi tersenyum dengan memegang sebotol soda dan bertuksedo.

“Arghhhhhhhh..penculik!”Spontan Aishah menendang lelaki itu dan mengambil kayu golf di sebelah meja kopi dan memukul lelaki itu berkali-kali.

“Hamik!Hamik!Yaaaaaah!”

“Aduh..aduh..kejap..”Lelaki itu cuba memberikan penjelasan tetapi tidak diizinkan.Sebaliknya Aishah terus membelasahnya sepenuh tenaga seperti Powerpuff Girls menghentam Mojo Jojo.

“Aishah!”

“Akem???!!”

Aishah melepaskan kayu golf itu.Akem yang berdiri di muka pintu sambil memegang senaskhah majalah terlopong melihat lelaki di hadapannya dibelasah teruk.

“Pak Syed?”Akem mendapatkan Pak Syed dan membangunkan.Lelaki itu bangun sambil berjalan tercapik-capik.Akem menggelengkan kepalanya.(Ganas!).Dia memandang ke arah Aishah sambil mencekak pinggang.

“A..a..apa kau buat?”Aishah kembali memegang kayu golf yang dicampaknya.Akem mengambil kayu golf itu dan membuangnya ke tepi.

“Sebenarnya apa yang kau buat?”Akem menunjukkan majalah yang dipegangnya tadi.Aishah kaget melihat Akem memegang majalah Anan dengan muka kulit hadapan dirinya.

“Apa maksud kau..apa yang aku buat?”

“Majalah Anan ni majalah lelaki..kau tau tak apa yang orang lelaki fikir bila tengok kau dengan skirt pendek dan jaket terlondeh ni?!!Sengal!”Akem meninggikan suaranya.

“Kau ki..ki..kisah apa?”

“Aku bukan nak kisah tapi nak cerita.Bukan setakat Dafi..Nubhan..Aril..semua budak lelaki kat Asia akan mimpikan..mimpikan kau waktu malam!Waktu malam!”Akem menekankan perkataan ‘malam’ dengan matanya yang semakin membulat.

“Mimpikan apa?”Aishah memandang Akem.Tak faham.

“Mimpi apa?”Akem menelan air liur.Wajahnya kemerah-merahan seperti menahan malu.Dia mundar-mandir seperti orang hilang arah.Sekilas dia memandang wajah Aishah.“Mimpi..mimpi..hoh,kau ni takkan tak faham?Aku belasah karang!”

“Belasahlah kalau berani!”Tengking Aishah kembali.(Mimpi..mimpi..sepak karang baru hilang mimpi).”Kau peduli kenapa?”

“Mestilah aku peduli,aku kan warga Malaysia yang bertanggungjawab.Kalau Marsha dan Dayana buat macam ni pun aku marah.Lagi satu yang kau pose bagai nak rak kat Mama Gaga sampai boleh accident kereta tu kenapa?Kau nak semua lelaki kat yang lalu depan tu accident setiap kali tengok poster kau?Hah?Hah?”

“Jadi ini motif kau culik aku?”

“Culik?Bukan culiklah..aku paksa kau datang je.”Akem tersengih.

“Kau..”Aishah menarik nafasnya.Cuba bersabar.“Kau tak boleh suka-suki pengsankan orang dan bawa balik rumah.Aku report polis baru tau.”

“Sebenarnya..”Akem mengambil sebuah buku daripada beg galasnya.Dia mengambil beberapa helai kertas daripada dalam bukunya.“Markah ujian BM aku bulan ni.”

Aishah mengambil kertas ujian itu dan melihatnya.(Hoh..38 aje?).

“Hari tu aku dah minta kau ajar aku..tapi kau belasah aku pakai payung.”Akem menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.

“Aku..minta maaf pasal tu..”Aishah terkebil-kebil mengingatkan sesuatu.Rasa seperti dia tidak buat salah.“Hoh,aku belasah kau pasal kau muntah atas aku.”

“Aku muntah pasal aku demam tunggu kau dalam hujan.”

“Aku tak janji pun nak jumpa..”Aishah bersuara perlahan.

“Jadi..untuk menjamin kau ajar aku.Aku mintak butler merangkap penjaga aku Pak Syed bawa kau ke rumah aku.Kau boleh ajar aku tak?”Akem memandang ke arah Aishah dengan muka minta simpati.Matanya berkaca seperti watak kucing Puss In Boots dalam cerita Shrek.

Aishah menarik nafasnya dalam-dalam dan dilepaskan.Dia mengangguk perlahan.

“Bagus!”Akem tersenyum gembira.Dia mencampak majalah Anan itu ke bawah dan dipijak-pijaknya“Aku tak suka majalah ni!Majalah yang merosakkan minda..bagero!”

Aishah kehairanan melihat Akem yang emosi(PMS?).Akem kemudiannya kelam kabut seperti lipas kudung mendapatkan buku nota Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.

Aishah menanggalkan kot pengawasnya dan duduk di atas sofa di dalam bilik Akem.Perutnya berkeriut lapar.

Dia lantas membuka balang yang berisi coklat Ferrero Rocher.Diambilnya satu dan dimakannya.Akem duduk di sebelahnya dan meletakkan buku nota dan Tatabahasa Dewan itu di atas meja kopi.

“Okey,hari ini kita nak belajar pasal apa?”Akem bertanya sambil tersengih puas.Seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelumnya.

“Kita mula daripada asal-usul Bahasa Melayu.Kau tahu tak?”

Akem tidak menjawab pertanyaan Aishah.Matanya memandang tepat ke wajah Aishah.Aishah terkebil-kebil.

“Kenapa?”

“Aishah..ada..”

Akem merapatkan dirinya kepada Aishah.Aishah mengundurkan badannya.

Ada apa?”

Ada kat pipi..”

“Pipi apa?”Aishah mengundurkan lagi dirinya ke belakang.Akem semakin menghampirinya.

Ada..”

“Akem..”

Ada coklat..”Akem cuba mengelap pipi Aishah yang dilekati coklat.Malangnya Aishah sudah pun berada di penghujung sofa.Dia tidak dapat mengimbangkan badannya.

“Akem!”

Aishah menjerit sebelum terjatuh ke atas karpet.Akem cuba mendapatkan Aishah.Malangnya dia pun turut terjatuh di atas Aishah.Satu posisi yang tidak begitu membanggakan.Bak kata bijak pandai,sudah jatuh ditimpa Akem.

“So..sori..ada coklat kat pi..pipi..”Akem tergamam melihat Aishah yang masih comot dengan coklat di pipi dan wajah yang kemerah-merahan.Jantung kedua mereka berdegup kencang..dup,dup..dup,dup..

Serentak dengan itu pintu bilik Akem terkuak.

“Akem..Mila nak..”

Mila membeliakkan mata melihat Akem di atas Aishah.Mulutnya terlopong.

Aishah segera menolak Akem.Dia mengambil kot pengawasnya dan keluar daripada bilik itu.Mukanya kemerah-merahan.(Budak-budak pergi kem,bengong punya Akem!).

*****

Dafi memandang Mila yang sedang beremosi.Pagi-pagi lagi Mila memintanya ke atas bumbung Dewan St.Jacob.Terpaksa Dafi skip kelas Dr.Lee Lam Thye.Dafi memeluk tubuhnya.Mindanya terfikirkan Cikgu Hairi.(Kalau Cikgu Hairi nampak aku dengan Mila berdua kat sini..tak pepasal kena kahwin free..huh..).

“Dia peluk Aishah..dalam bilik dia..eeiii,keji betul!”

Bentak Mila sambil menghentak-hentakkan kakinya.Mila mengesat air matanya.Geram.

“Dafi dah cakap..Akem bukannya baik sangat pun.Tapi Mila nak jugak kat dia.”Dafi memegang bahu Mila cuba memujuk.Atau dalam versi peribahasa,menangguk di air keruh.

“Mila tak peduli..Mila dan Akem sekarang dah putus..over..cerai talak tiga tak boleh rujuk kembali!Benci Akem!”Mila menjerit sekuat-kuat hatinya.Berterbangan burung-burung merpati di atas bumbung Dewan St.Jacob.Dafi tersentak.Risau juga takut-takut kedengaran dek Cikgu Hairi.Dia menghampiri Mila.

“Jangan risau,Dafi kan ada.”Dafi tersenyum.Walaupun lari sedikit daripada rancangan,yang penting Mila sudah putus dengan Akem.

“Dafi,maafkan Mila.”Mila memeluk Dafi.

Ketika satu perasaan aneh menyelubungi Dafi.Jantungnya tidak berdebar seperti dulu.Rasanya seperti memeluk adik sendiri.Bukan!Perasaannya lebih seperti memeluk patung Chibi Maruko kepunyaan adiknya sambil menonton Naruto Shippuden.Langsung tak ada maknanya.(Apa yang dah jadi dengan aku?).

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries