Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 9:Memikat Hati Bakal Mertua!
28 November 2009 | 11:57 PM | 0 comments

“Dia peluk kau?!!”

Mulut Zizi dicekup oleh Aishah.

“Perlahanlah sikit..karang abah dengar..”Aishah melepaskan cekupan tangannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.Zizi yang tidur di rumahnya untuk parti slumber hujung minggu ternganga mulutnya.

“Dia lelaki pertama yang peluk kau..”kata-kata Zizi terhenti.Dia memandang ke arah Aishah yang kelihatan tergamam memikirkan sesuatu.(Lelaki pertama yang peluk aku?).

“Kau kena kahwin dengan dia!”Zizi menuding jaringnya ke hidung Aishah.

“Hush!”Aishah memandang kembali ke arah Zizi.“Agak-agak ah..benda tu insiden..bukan sesaja..takkan kitaorang nak kena kahwin pasal dia terpeluk aku?”

“Kau sendiri yang cakap hanya suami kau aje boleh peluk kau kan?Kan?”

Aishah mengeluh kecil.(Memang la..tapi dah jadi macam ni?Huh?Maknanya Akem dah rampas kuasa veto bakal suami aku!Humang!”

“Bencinya!!!!!!!!!!!!”

Jeritan Aishah memenuhi ruang rumahnya.Zizi menekup telinganya.Abahnya di dapur hampir-hampir terlepas pinggan nasi.

*****

Banglo mewah 5 tingkat di atas bukit itu disirami lampu yang malap.Hujan yang turun renyai-renyai sejak hari Jumaat tidak berhenti.Datuk Aris ke Perancis selama sebulan untuk urusan perniagaannya.Di sebalik cahaya malap itu terlihat satu susuk tubuh lelaki di hadapan meja study.

Akem duduk meneleku dagunya sambil memandang gambar Mila.Gambar gadis itu ditelangkupnya ke bawah.Aneh.Dia langsung tidak berasa patah hati berpisah dengan Mila.Bukan sahaja Mila,Nadia atau sesiapa sahaja gadis sebelum ini yang pernah diwar-warkan sebagai teman wanitanya.Mereka itu bukan calang-calang gadis.Selain Mila yang merupakan penyanyi remaja popular yang kaya-raya,Nadia merupakan anak datuk dan yang lain-lainnya juga dengan status hebat masing-masing.

Sebaliknya hatinya menjadi tidak keruan dengan anak penjual sosej dan nugget di Jalan TAR.Dia dapat rasakan fikirannya serba tak kena.Entah bila dia berperasaan sedemikian.Tahu-tahu saja dia tersa hatinya bagai dipanah petir.Akem tersenyum sendirian.

“Alamak..adik abang dah senyum sorang-sorang!”

“Huh?”Akem memandang lelaki kacak tinggi lampai yang berdiri di muka pintu biliknya.Di sebelahnya seorang wanita cantik jelita.Terdapat juga beberapa buah bagasi di sisi mereka.

Memperkenalkan!Farid Kamil bin Datuk Aris.Satu-satunya abang kandung Akem.Berkulit cerah.Sedikit berjerawat tetapi manis.Seorang pereka kasut terkenal yang kini menetap di Hollywood.

Di sampingnya isteri kesayangannya,Lisa Surihani binti Tan Sri Ariff.Seorang bekas model yang pernah menjadi duta Cover Girl Asia.Menawan,lemah lembut dan bijak bistari.Pendek kata pasangan suami isteri yang sedondon lagi sehati berdansa.

“Macam dah jatuh cinta?Bukan ke sebelum ni dah banyak teman wanita tapi tak pernah senyum sorang-sorang?”Lisa meletakkan tangan ke atas bahu Akem sambil tersenyum manis.

“Hush,Kak Lisa nih..mana ada!”Akem bangun sambil mencekak pinggangnya.

“Kalau dah jatuh cinta,cakaplah..Abang Farid dan Kak Lisa memang sangat-sangat memahami rasa jatuh cinta.”Farid mencuit manja pipi isterinya.

“Hush!”Akem melompat comel seperti arnab.(Bermesra-mesraan di hadapan budak bawah umur!).Akem memandang hairan ke arah abangnya.“Abang Farid dan Kak Lisa balik Malaysia buat apa?”

“Abang Farid nak jaga kau sepanjang ketiadaan ayah.”

“Saya dah besar la..nak jaga buat apa?”Akem cuba mengalih perhatian daripada topik senyum seorang diri.

Perbualan mereka terhenti apabila mendengar nada dering Oggy And The Cockroaches.Akem melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.(Aishah?)

“Hoi,kau nak apa?”

Farid dan Lisa saling berpandangan.

“Beg apa?Hoh..beg sekolah kau ye?Kau ni lembap betul tinggal beg sekolah..hoh?Nanti aku hantar.”Akem menamatkan panggilan dan mundar-mandir seperti orang hilang arah sambil tersengih.

“Sini.”Lisa mengambil Blackberry Bold itu daripada tangan Akem sambil mencari nombor yang memanggilnya tadi.Akem tergamam sehingga mati akal untuk menghalang tindakan kakak iparnya.

“Aishah.Namanya Aishah.”Lisa tersenyum memandang Farid.

“Aishah..sedap nama tu kan sayang?Macam nama isteri nabi.Hemm..”Farid merenung tepat ke mata Akem.“Rasa apa?”

“Rasa apanya?”Akem tidak faham pertanyaan abangnya.

“Bila dengar suara dia tadi,rasa apa?”

“Hush!Mana ada rasa apa-apa.”

“Sini..”Farid menarik Akem dan meletakkan tangannya ke dada Akem.Dia menggeleng-gelengkan kepala.“Hmm..jantung dah berdegup kencang.”

“Apa maksud Abang Farid?”

“Bila nampak dia ada rasa macam nak kejar tak?”Tanya Farid lagi seperti doktor cuba memberi rawatan kepada pesakit.

“Kejar sebab nak buli..kot.”Akem tersengih.Farid memandang isterinya.(La pulak!).

“Okay.Bila dia kena buli dengan orang lain,ada rasa tak nak tumbuk orang yang buli dia?”

“Mestilah.Tak patut membuli budak kecik macam dia kecuali saya.”

“Degup jantung kencang,rasa nak kejar dia dan geram sangat bila orang lain buli dia.Confirm!Akem dah jatuh cinta!”Farid menuding jarinya ke wajah Akem lantas tangannya yang sebelah lagi membuat aksi pistol.

“Ya betul suamiku.”Lisa menyandar ke bahu suaminya dengan jarinya membuat aksi pistol juga.Melengkapkan posisi poster filem Mr. and Mrs.Smith.

“Hoh?”Akem memandang hairan ke arah abang dan kakak iparnya.Dia terduduk di atas sofa dalam keadaan pasrah.Dia memegang dadanya.Degup jantungnya berdegup kencang.“Ini dah teruk..saya rasa hati saya macam dah terkena kejutan elektrik akibat litar pintas.Hoh,macam ni ye rasanya jatuh cinta?Apa saya nak buat?”

Lisa mengambil beg galas yang terletak di tepi sofa dan memberinya kepada Akem.“Ambil beg ni dan beri kepada dia tapi jangan cakap kasar-kasar.Yang penting ajak dia pergi ke majlis prom hujung tahun ni.Jangan tunggu lambat-lambat nanti diambil orang.”

“Huh?”Akem berkelip-kelip mata memandang kakak iparnya.(Majlis prom?Kenapa aku tak fikir?)

“Jangan ler lembap sangat.Jom kita pergi sekarang!”Farid menarik tangan Akem dan berlari ke arah pintu meninggalkan Lisa yang tersenyum melihat gelagat mereka.

*****

Akem berjalan perlahan-lahan ke rumah Aishah.Sesekali dia berpaling ke belakang dan melihat abangnya menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda berusaha.

Akem menarik nafasnya panjang.

“Assalammualaikum..”

“Waalaikumussalam..”Aishah menjenguk ke luar tingkap.(Dah datang pun si bengong).

Dia membuka pintu dan menuruni anak tangga.

“Err..nih..beg..”Akem tergagap-gagap.

“Huh,kau lah..kidnap aku suka hati sampai aku terlupa beg.”

“Err..aku nak mintak maaf pasal kes hari tu.”

Aishah teringat insiden tidak membanggakan antaranya dan Akem di rumah Akem.Mukanya kemerah-merahan.

“Tak de apahal ler..insiden je..”

“Aku..aku..aku..”

“Kau ni apahal gagap macam tak cukup vitamin C?”

“Aku..aku..aku..nak..”

“Nak apa?Nak pelempang?”

“Kau amiklah!”Akem membaling beg galas Aishah tepat ke mukanya.Aishah hampir-hampir terjatuh tapi sempat mengimbang badannya.Bibirnya diketap.Geram.(Bengong!).

Akem menggaru-garu kepalanya sambil kembali ke arah kereta.Farid menepuk dahinya sambil mengeluh kecil.(Alamak!).

*****

Farid dan Lisa mundar mandir di hadapan Akem yang duduk sugul di hadapan mereka.

“Parah ni.”Farid menepuk kepala adiknya yang terdiam membisu.(Kenapa kau tak pandai ambil hati perempuan macam abang kau?).“Makwe-makwe dulu macam mana tackle?”

“Dulu?Err..dulu diaorang yang approach saya dulu.Dulu saya rasa bermakwe.Sekarang..sekarang rasa macam nak buat isteri.”Akem tersengih.

“Gatal!Kau habiskan sekolah dulu.”Farid menepuk lagi kepala adiknya.“Tapi Abang Farid sokong kau.Belajar tu belajar juga.Tapi kalau dah jumpa cinta sejati.Jangan lepaskan!Berusaha tangga kejayaan!Malaysia boleh!”

Akem mengangguk-angguk tanda setuju dengan semangat abangya.

“Idea!”Lisa memetik jarinya.Dia memandang Akem.“Nak dapat anaknya,tackle bapanya dulu.”

“Hush!Kak Lisa ingat saya ni gay ke apa?”

“Bukan tackle nak mengorat.Tackle hati bapanya.Tunjuk Akem ni lelaki yang baik.Kenalah pikat hati bakal mertua baru dapat bakal isteri.”Sampuk abangnya tanda setuju dengan cadangan kakak iparnya.

“Hah?Nak buat apa?”

Akem mengeluh kecil.(Sewel betul abang dan kakak ipar aku nih..patutnya dia suruh aku study untuk STPM..tapi disuruhnya aku tackle hati bapa Aishah..tapi seronok juga..hehehehehhehe..).Akim tersenyum nakal.

*****

Pagi-pagi Ahad itu Aishah bangun awal untuk menggoreng pisang goreng untuk abahnya.Zizi sudah pun pulang ke Kuala Selangor semalam.Pisang itu kekuning-kuningan di dalam minyak masak.Aishah duduk di atas kerusi.Dia teringat perbualannya dengan Zizi tentang Qhaud.

“Walaupun kau dah ada insiden dengan budak kaya tu..kau jangan lupa janji kau kat Qhaud?”

“Tu lah pasal..”Aishah teringatkan janjinya dengan Qhaud sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.

Beberapa bulan sebelum ini..

“Aishah suka Qhaud?”

“Kita kawan dari kecik..mestilah suka.”

“Lebih daripada kawan?”

Aishah terdiam.

“Qhaud tak paksa.Tapi Qhaud ikhlas.Qhaud tunggu jawapan Aishah selepas STPM nanti.Janji?”

Aishah serba salah.Dia tersenyum.

“Okay,Aishah janji.”

“Sementara itu..kita tetap kawan.Jangan malu-malu pulak dengan Qhaud.”

Aishah mengangguk perlahan.

“Assalammualaikum!”

Kedengaran satu suara memberi salam di luar rumah.Aishah dan Pak Sarip saling berpandangan.Masing-masing memerhati jam di dinding.(Baru pukul 7.30 pagi).

“Waalaikumussalam.”Jawab Pak Sarip sambil berjalan membuka pintu.Aishah memperlahankan api dan menuruti abahnnya di belakang.

“Selamat pagi pak cik!”

(Hoh!).Aishah tersentak melihat Akem yang tersengih di hadapan tangga rumahnya sambil membawa tiga buah tin cat.

“Selamat pagi.”Pak Sarip memandang Akem atas dan bawah.“Kamu ni kawan Aishah kan?”

“Ya pakcik.Sayalah kawan Aishah yang paling rapat di St.Jacob.”Akem meletakkan tin-tin cat itu dan segera mencium tangan Pak Sarip.

(Hoh lagi!Mana ada rapat pun?).Aishah terkebil-kebil memandang Akem.(Disampuk jembalang ke apa mamat nih?)

“Apa tujuan kamu datang pagi-pagi ni?”

“Tujuan?Oh..saya nak tolong catkan rumah pakcik sempena raya haji yang bakal menjelma nih.”

“Raya haji?Kan lambat lagi raya haji?”Pak Sarip mengerut dahinya kehairanan.“Tapi,tak pe lah..kalau kamu rajin nak mengecat rumah pakcik.Kamu masuklah minum kopi dulu.Aishah buat lagi satu kopi untuk kawan kamu nih.”

Pak Sarip berlalu masuk ke dalam rumah.Aishah mencekak pinggangnya sambil memandang tajam ke arah Akem.Akem menaiki tangga sambil tersenyum.Sempat dia menepuk-nepuk kepala Aishah.“Aishah,buat kopi satu lagi ye..hehehehehe…”

Aishah mencebik bibirnya.(Bengong!).

Seorang lelaki dan wanita memandang dari jauh di dalam kereta BMW.Kedua mereka saling tersenyum.

“Setakat ini segalanya berjalan dengan lancar.Jom pekena roti canai.I dah lama tak makan roti canai kat Malaysia.”

“Okay,hubby..let’s go!”Lisa memandu kereta itu keluar dari Jalan Raja Alang.

******

Hampir 3 jam rumah kayu itu sempurna dicat oleh Akem dengan bantuan Pak Sarip.Aishah bersimpuh di sebalik pintu.Cuba mendengar perbualan abahnya dan Akem.

“Kalau kita cat warna pink pun okey juga pakcik.”

“Kamu nak buat rumah pakcik jadi rumah Pink Panther?”

“Pink Panther?Hahahaha!”Akem ketawa terbahak-bahak sambil dituruti ketawa Pak Sarip.Aishah mengerut dahinya.(Amboi,sakan abah..dengan aku pun tak pernah dia ketawa cenggini..).

Kedua mereka duduk di atas tangga sambil melihat rumah kayu yang telah disiap warna dengan gabungan hijau dan coklat.Semangkuk kerang rebus dan sepiring sos cili diletak di tepi tangga.

“Pakcik tengok dah macam warna kek pandan pun ada.”

“Hehe..pakcik suka kek pandan ke?Nanti saya belikan.”

“Kamu nak belikan?Silaplah..patutnya pakcik cakap dah macam warna pizza.Boleh kamu belanja pakcik pizza kan?”

“Hahahaha..”Akem ketawa sambil mengelap air matanya.“Pakcik nih kelakar pulak.Mula-mula saya tengok pakcik serius.”

“Kamu ingat pak cik serius?Don’t judge a book with it’s cover.”Pak Sarip memintal-mintal misainya yang melentik.

“Betul,pakcik.”Akem cuba mengopek kerang rebus tetapi tidak berjaya.

“Kamu ni anak orang kaya,terus siap makan isi kerang.Sini pakcik kopekkan.”Pak Sarip mengopek kerang rebus untuk Akem.“Nah.”

Akem terdiam apabila Pak Sarip menyuap isi kerang rebus itu ke dalam mulutnya.Dia menjamah perlahan-lahan sambil memandang jauh.Daddy nya sendiri pun tidak pernah menyuap makanan untuknya.Sejak kecil sampai besar dia hanya makan sendiri dengan sudu dan garfu.Saat itu dia merindui mama.Hanya mama yang memanjakannya begitu.

“Kenapa Akem?”

“Tak ada pakcik.”Akem mengesat air matanya yang mengalir tanpa disedari.Dia memandang ke arah Pak Sarip.“Petang ni pakcik buat apa?”

“Pakcik pergi jual nugget dan sosej.Kenapa?”

“Saya ikut.”Akem tersenyum.

Pak Sarip memandang hairan ke arahnya.Aishah yang hanya terdiam tadi memunculkan diri di luar tingkap.Dia juga memandang hairan ke arah Akem.

Akem tidak mempedulikan wajah kaget dua beranak itu.Isi kerang yang telah siap dikopek dimakannya lagi.Yang pasti,dia cukup senang dengan Pak Sarip.Kalaulah Pak Sarip bukan abah Aishah pun dia tetap senang dengan personaliti lelaki tua di sebelahnya.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries