Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:Akim: Saya Bukan Playboy
09 December 2009 | 6:24 PM | 0 comments
KREDIT:http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4314
by Miss Ayu
| 8 Dec 2009
Penglibatannya dalam dunia hiburan baru setahun jagung. Masih jauh ketinggalan berbanding artis-artis yang sudah mencipta nama. Tetapi populariti empunya nama Afiq Hakim bin Ahmad atau nama popularnya Akim, semakin melonjak. Malah, dia dipuja dan digilai oleh ramai wanita di luar sana.

Apa hebatnya anak muda ini? Pelik juga memandangkan dia bukanlah juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh. Hanya tempat ketiga. Mungkin tidak keterlaluan kalau GUA katakan Akim popular kerana dirinya sering dikaitkan dengan wanita. Seorang demi seorang artis wanita yang digosipkan dengan dirinya.

Mula-mula Aishah, selepas itu Dayana, kemudian Mila dan baru-baru ini, Stacy. Boleh tahan juga pemuda yang berasal dari Johor Bahru ini. Baru berusia 18 tahun, sudah ramai wanita yang singgah di hatinya. Sebab itulah ada yang kata Akim ini ‘playboy’.

Dakwaan ini bagaimanapun, di sangkal oleh Akim. Menurut Akim, dia bukan ‘playboy’. Cuma orang yang suka bercerita tentang dirinya, yang kononnya bercinta dengan nama-nama yang disebutkan tadi.

“Saya bukan ‘playboy’. Semua wanita yang pernah dikaitkan dengan saya itu hanyalah kawan rapat. Kami tidak pernah bercinta seperti yang orang sangkakan. Memang saya pernah keluar dengan Aishah, Dayana, Stacy dan Mila tetapi bukan berdua-duaan. Kami keluar dengan beberapa rakan yang lain,” jelas Akim berterus-terang.

Ditanya mengapa dia menjadi sasaran gosip dan bukannya orang lain, Akim memberitahu mungkin kerana dia masih muda dan atas sebab itu banyak mata yang memerhatikan dirinya.

“Saya pun tidak tahu sebab sebenar saya terus-terusan dikatakan bercinta dengan beberapa orang wanita. Mungkin kerana saya masih muda lagi. Apabila saya mula rapat dengan seseorang, orang salah sangka dan ingat kami bercinta.

“Hakikatnya, mereka hanyalah kawan baik. Mudah-mudahan dengan penjelasan ini, peminat akan jelas dengan dengan semuanya. Kalau saya bercinta, saya akan setia pada yang satu. Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan ‘playboy’!” tambah Akim yang mengakui dirinya sedikit tertekan dengan semua gosip cintanya itu.

Ingin bersaing dengan Faizal TahirTinggalkan kisah peribadi. Pasti ramai yang ingin tahu apa persediaan yang dibuat oleh Akim untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-24. Maklumlah ini kali pertama Akim bakal beraksi dalam acara berprestij itu. Bukan satu tanggungjawab mudah untuk pastikan lagu dendangannya “Bengang” mampu memberi saingan hebat kepada lagu-lagu yang turut bertanding.

“Setakat ini saya sudah duduk berbincang dengan pihak pengurusan tentang persembahan yang bakal saya bawakan pada malam kemuncak itu. Tetapi belum ada kata putus. Saya juga ada buat beberapa kajian tentang persembahan yang sesuai.

“Memandangkan lagu “Bengang” penuh emosi, mungkin saya akan tampil solo di atas pentas. Tengoklah macamana nanti,” cerita Akim yang kini sedang rancak berlatih vokal dengan Enfiniti Productions Sdn Bhd (Enfiniti).

Dalam masa yang sama Akim turut memberitahu yang dia sangat berharap Faizal Tahir akan pulih menjelang AJL nanti. Ini kerana dia terlalu ingin bersaing dengan ‘Superman’ Malaysia itu.

“Bagi saya Faizal Tahir mempunyai vokal yang cukup mantap dan dia mampu memberi saingan hebat kepada mereka yang bertanding. Harap Faizal sempat sembuh kerana saya ingin berentap dengan dia.”

Beralih ke bidang lakonan pula, Akim mengakui yang dia masih perlu banyak belajar bagi mempertingkatkan mutu lakonannya. Ini kerana lakonannya dalam drama muzikal ‘Kau dan Aku’ nampak kaku dan kurang penghayatan.

“Saya tahu ramai yang kata lakonan saya kaku kerana kurang penghayatan. Ekspresi wajah saya juga kurang. Apa yang boleh saya katakan, berlakon sangat berbeza dengan nyanyian. Secara peribadi, saya rasa berlakon lagi susah. Saya lebih suka menyanyi.

“Tapi, ini bukan bermakna saya sudah serik berlakon hanya kerana telah dikritik, tetapi jiwa saya lebih dekat dengan nyanyian. Selepas ini kalau ada tawaran berlakon, saya masih akan terima jika skripnya bersesuaian. Dalam masa yang sama, saya akan terus berusaha dan memperbaiki mutu lakonan saya,” jelas Akim.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries