CSI AISHKIM:Stacy, Akim berpisah
09 December 2009 | 6:28 PM | 0 comments

SEBELUM ini memang Diva ada dengar khabar angin yang mengatakan dua graduan AF, Stacy dan Akim bercinta. Tapi kedua-duanya tidak memberi apa-apa pengesahan.
Nak dijadikan cerita, Diva berbual dengan seorang kawan lama yang agak baik dengan budak-budak AF ini. Sebab dia ingat Diva tahu yang Akim dan Stacy memang bercinta, dia beritahu Diva bahawa budak berdua ini baru saja putus cinta.
Diva beritahu teman Diva ini yang Diva nampak Akim dan Stacy steady saja mesra bersama lagi. Entah-entah ini hanya cerita rekaan.
"Mereka memang sempat bercinta beberapa bulan. Tapi sekarang sudah putus. Tak serasi agaknya," begitu kata teman Diva ini lagi.
Bila Diva tanya tentang pengesahannya, dia kata, ramai yang dah tahu. Malah Akim sendiri macam tak boleh terima perpisahan dengan Stacy.
Oh, begitu ceritanya. Kalau setakat cinta sesama budak-budak AF ini memang tidak ke mana. Diva rasa yang berjaya kekal berkahwin, Khai dan Rosma saja. Yang lain-lain, hanyut ke laut.

Diva:Putus cinta tiga kali.
Labels: 6 DISEMBER 2009, akim, KOSMO, STACY, the hero