Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 12:Temujanji Yang Tak Dijanji
02 December 2009 | 1:17 PM | 0 comments

Aishah menggerak-gerakkan lagi badan Akem.Tapi tubuh tinggi lampai itu langsung tidak memberi tindak balas.Dalam kegelapan itu Aishah meraba-raba telefon bimbitnya di dalam beg sling Winnie The Pooh.Sebaik ditekan,lampu skrin berwarna biru itu bercahaya.Aishah mendekatkan telefon bimbit itu ke wajah Akem.Ditunjalnya dahi Akem.Tak bergerak.Malahan matanya sedikit memutih.

(Takkan nak bagi CPR kot?Hush!)

Aishah memejamkan matanya dan menarik nafasnya dalam-dalam.Telefon bimbit Nokia itu diletakkan di tepi Akem.Dia pasrah jika itu saja caranya untuk menyelamatkan Akem.

“Bangun!!!”

Aishah menampar pipi Akem bertalu-talu.(Yah!Yah!Yah!Dan..yah lagi!)

“Wooo..”Akem bingkas bangun dengan kepala yang masih mamai dan pening.Dia terasa pipinya pedih seperti disengat lebah.Melalui samar cahaya lampu skrin Nokia 3310,Akem dapat melihat wajah Aishah yang tersengih sambil menunjukkan tanda peace.(Yo!)

“Eh,kita masih dalam LRT lagi ke?”Akem mendekatkan dirinya kepada Aishah.

“Kau janganlah mengada!”Aishah menolak badan Akem.

“Kau janganlah kejam sangat..”Akem mengambil Nokia 3310 Aishah supaya dia mendapat sedikit cahaya walaupun samar.

Aishah mengeluh kecil.(Pakailah telefon kau senirik,ngok..)

“Agaknya kenapa LRT nih terhenti?”Tanya Akem.Gelisah.

“Manalah aku tau..ada masalah elektrik kot..nanti okaylah.”

“Tapi..aku tak selesa.”Akem memegang dadanya.Masih berdebar-debar.

“Kau nih biar betul..”Aishah memandang Akem. “Dulu kau takut kucing..sekarang kau takut gelap?”

“Aku..aku..”Akem sedikit gagap.Baju kemejanya dipenuhi peluh.Nak ditanggalkan takut pula Aishah menjerit melihat dia hanya bersinglet.

“Aku apa?”

“Aku ada masalah..ailurophobia dan nyctophobia..”

“Apa tu?”Aishah mengerut dahinya.

“Fobia..fobia kucing dan..dan..gelap.”

“Hoh?Nape ye?”

Akem terdiam seketika.Seolah-olah berfikir.Dia memeluk lututnya.

“Dulu aku ada bela seekor kucing..Boy.Mana aku pergi mesti ada Boy,macam tu lah sebaliknya.Aku balik kampung nenek,Boy pun ikut.Tapi satu malam..”Akem terhenti sekali lagi.Dia menghela nafasnya.Sebaik lampu telefon Nokia itu terpadam,Akem cepat-cepat menghidupkannya semula.

“Satu malam tu..rumah nenek blackout.”Akem menyambung ceritanya.“Macam biasa bila blackout nenek nyalakan lilin.Masa tu aku ,Abang Farid ,nenek dan daddy di ruang tamu.Mama di dapur dengan Boy.Sekelip mata..tanpa kitaorang duga..rumah nenek terbakar...”

“Kemudian?”Aishah bertanya.Ingin tahu.

“Kitaorang terlupa mama.Nak masuk semula rumah dah teruk terbakar.Kami cuma mengharapkan bomba.Mama dapat diselamatkan ketika itu.Tapi 90% badan mama melecur.Mama sempat bagitau daddy yang kebakaran terjadi apabila Boy terkam lilin dan lilin tu menyambar langsir rumah nenek.Tiga hari kemudian..mama..mama..”Akem terdiam.Hatinya sebak mengingatkan wajah-wajah terakhir arwah Datin Faridah.Dia cuba menahan air matanya.

“Kalau kau rasa..kau nak menangis..kau boleh menangis..”Aishah bersuara perlahan.Timbul simpati di hatinya.

“Aku..aku..tak nak menangis..tapi..lepas itu..aku rasa takut dengan kucing dan gelap..semua tu..mengingatkan aku..”Akem cuba menahan sebaknya,tetapi tidak mampu.Bahunya bergoncang-goncang dengan sendu tangisannya.

“Akem..”Aishah memegang bahu Akem.

Akem menutup mukanya di lututnya.Rasanya sudah lama dia tidak menangis sebegini hebat.Aishah tergamam melihat Akem menangis di sebalik samar cahaya skrin telefon bimbitnya.Dia harus membantu Akem meredakan ketakutan dan kesedihannya.

“Bangun.”Aishah bangun sambil menarik tangan Akem.

“Kenapa?”Akem mengelap air matanya dan berdiri di sebelah Aishah.Sendunya masih kedengaran.Aishah mengambil telefon Nokianya yang dipegang Akem dan memadamkan skrin telefon itu.

“Hoh..kenapa kau padam?”Akem bertanya dengan nada yang resah.Jantungnya berdebar-debar.

“Kau mesti percaya aku.”Dalam kegelapan itu Akem hanya mendengar suara Aishah dan genggaman tangannya.Akem terdiam. Aishah mengulangi pertanyaannya.“Dengar tak?Kau mesti percaya aku.”

“Ok..aku percaya kau..”Jawab Akem perlahan.

“Kita cuma berjalan sikit saja ke pintu LRT yang kedua sebelum terakhir.Aku akan bimbing kau..dan kau mesti percaya aku..”

Akem menelan air liurnya.Suasana pekat kehitaman ini menyesakkan nafasnya.

“Baik,kita akan mula jalan.”Aishah menarik tangan Akem.Perlahan-lahan Akem menuruti langkahnya.Aishah meraba-raba di hadapan dan di tepi.

“Hati-hati satu langkah ke hadapan ada tiang.”

“Ok.”Jawab Akem sambil mengira satu langkah dan tangan kirinya meraba ke hadapan.Memang ada satu tiang.

“Sekarang kau tunggu..aku lepaskan tangan kau.”

“Aishah!”Akem mula gelisah.

“Jangan risau..kau tunggu dan dengar arahan aku..sekejap je..”Aishah melepaskan tangan Akem dan meraba ke hadapan dan tepi sebelum dia sampai ke pintu LRT yang dimaksudkan.

“Akem,kau percaya aku tak?!”Jerit Aishah.

“Aku percaya kau!”Jerit Akem kembali sambil berdiri tegak.

“Sekarang di sebelah kanan..kau cari kerusi semuanya ada empat.Hati-hati..”

“Okay..”Akem menarik nafasnya.Walaupun dia masih takut tetapi dia cuba mengikuti arahan yang diberikan Aishah.(Satu..dua..tiga…empat..).

“Aku dah jumpa kerusi keempat.”

“Baik..sekarang kau cuma maju satu langkah ke hadapan.”

“Okay..satu!”Akem melangkah ke hadapan dan dia terlanggar Aishah.”Sorry..”

“Tak pe..tak pe..”Mujur Aishah dapat mengimbang badannya.Dia memegang tangan Akem.“Sekarang kau pegang bahagian sebelah kanan kau..kau dapat tak rasa pintu LRT?”

Akem meraba-raba bahagian kanan yang dimaksudkan.Pintu LRT itu dapat dirasanya.“Ye..memang pintu LRT.”

“Bagus.Akem,setiap kali kau takutkan kegelapan.Kau ingat..yang kau percaya aku.Kau percaya Aishah dan kau mesti boleh menghadapi kegelapan ni dan apa saja trauma masa silam kau.Kau percaya aku tak,Akem?”

Akem terdiam.Perasaan terharu menyelubungi hatinya.

“Aku percaya kau..terima kasih..terima kasih Aishah..”Bisik Akem perlahan.Genggaman tangannya dan Aishah belum dilepaskan.Jauh di sudut hati kedua-dua mereka berasa terharu dengan apa yang berlaku.Pembuli dan yang dibuli bekerjasama.Si kucing dan si tikus yang akhirnya bantu-membantu.

Tiba-tiba lampu menyala dan LRT itu bergerak semula.

Akem dan Aishah melepaskan pegangan tangan mereka.Kedua-kedua kelihatan merah padam.Akem berpura-pura membetulkan kemejanya.Aishah pula sibuk mencari tiket LRT di dalam beg sling yang disangkut di bahunya.

Tidak sampai seminit,LRT itu sudah pun tiba di Stesen KLCC.Ironiknya,di situ orang ramai sesak menunggu untuk menaiki LRT ke destinasi seterusnya.Akem terperasan sesuatu yang aneh di hadapan LRT itu.

“Eh..bukan ke ada pasangan tua apek dan nyonya tadi?”Tanya Akem kepada Aishah.

“Memanglah ada..diorang..”kata-kata Aishah terhenti apabila melihat tiada sesiapa pun di dalam LRT itu kecuali mereka bedua.Bulu romanya meremang.Dia dan Akem saling berpandangan.Keduanya pucat lesi.Bunyi lagu tema ‘Twilight Zone’ bermain di minda mereka.

Sebaik sahaja pintu LRT terbuka,kedua-duanya berlari seperti tidak cukup tanah dan lantai.Berpeluh-peluh dahi Akem dan Aishah. (Agak-agak ah dah jadi cerita hantu la pulak!).
*****
Kedua-dua mereka hanya memperlahankan langkah ketika sampai di hadapan Nando’s.Akem dan Aishah duduk sebuah kerusi panjang di situ melepaskan lelah.

“X-Files betul..do you believe what we saw?”

“I want to believe..”Aishah menjawab sambil ketawa kecil.(Dah macam Agent Fox Mulder dan Agent Dana Scully ler pulaks!).

“Tu la pasal..tak sangka first time naik LRT boleh jumpa benda macam ni.”

“Menyesal?”

“Tak menyesal..pengalaman yang tak boleh lupa..hehe..”Akem tersenyum.Aishah memandang wajah Akem.Rasanya tak pernah dia melihat senyuman manis itu terukir di wajah Akem.

“Kau tengok apa?”

“Tak de..aku tengok..tu haha..baby tu..”Aishah menuding jarinya ke arah seorang wanita yang menolak kereta sorong bayi.

“Ye ke?Ke kau rasa aku nih sebenarnya baik hati dan tampan orangya..ngeh…ngeh..”Akem ketawa nakal.

“Rasa nak muntah..erkk..”Aishah berpura-pura muntah.(Bwek!Pigi rah!).

“Muntah tu muntah juga..kau..kau tak nak cerita pasal family kau kat aku?”

“Kau nak buat apa?Salasilah keturunan keluarga aku?”

“Tak de lah..sebagai kawan sekolah kau..aku nak tau juga kawan aku nih bahagia ke tidak..macam tu lah..”

“Ye ke?Perlu ke nak cerita hal family kat kawan sekolah?”

“Aku kenal abah kau..Pak Sarip.Baik sangat orangnya.Sorry kalau aku tanya,tapi emak kau..sekarang kat mana?”Akem berhati-hati melontarkan soalan.Aishah menghela nafasnya.

“Entahlah..aku pun tak tau..lepas dia cerai dengan abah..aku hanya ada abah..tu aje..hal dia..biarlah menjadi misteri.Apapun bukan salah ibu mengandung.”Aishah kelihatan tidak selesa membicarakan soal emaknya.

“Okay..lapar tak?”Akem cuba menyelamatkan keadaan.Karang tak pasal-pasal Aishah lari lagi daripada dirinya.

“Tak,kau lapar tak?”

“Aku pun tak lapar.Kita nak ke mana?”

“Kinokuniya..mau?”

“Boleh aje..jom!”

Kedua-dua mereka bingkas bangun mencari arah kedai buku Kinokuniya.Akem memandang Aishah yang begitu semangat mendengar nama Kinokuniya.Jarang Akem berjumpa gadis yang terlalu menyukai buku melebihi segalanya di St.Jacob.Tambahan pula gadis dari pasukan sorak.Selalunya mereka akan menuju ke arah Butik Marc Jacobs,Escada atau Emilio Pucci.Kalau dia keluar dengan Mila,jenuh dia menjinjing beg kertas.

Sampai di Kinokuniya,Aishah bertambah semangat memilih-milih buku.Akem sekadar menuruti langkah Aishah.Kalau berhenti pun,Akem cuma melihat buku biografi pemain bola sepak atau ahli-ahli sukan yang lain.Kalau dibeli pun belum tentu dibacanya.

Aishah kelihatan ceria apabila melihat himpunan buku shopaholic karya Sophie Kinsella.Karya siri shopaholic yang dipaparkan sentiasa mencuit hati Aishah.Tapi buku-buku itu diletakkannya semula.Bulan ini kewangannya tidak mengizinkan walaupun untuk membeli sebuah buku.

“Tak nak beli?”Tanya Akem.

“Tak naklah.Jom keluar.”

“Hemm..kau keluar dulu..aku nak survey buku-buku kejap.”

“Kau..suka buku?”Aishah bertanya sinis.

“Keluarlah..aku belasah karang!”Akem separuh menjerit.Orang ramai memerhatinya seketika sebelum masing-masing kembali membaca.

“Bengong.”Aishah berkata sebelum meninggalkan Akem.Geram.(Asyik-asyik nak belasah..patut tadi aku biar je dia pengsan dalam LRT..huh!).

Aishah menunggu Akem di hadapan pintu masuk Kinokuniya.Dia melihat jam di tangannya.Sudah pukul 6.30 petang.(Alamak..)

Aishah mengambil telefon bimbitnya di dalam beg sling.(Aik!)

Aishah menekan-nekan nombor di kekunci.Malangnya,skrinnya kosong.Lampu skrin bercahaya tetapi kosong.Aishah mengeluh kecil.(Masa ni lah juga nak rosak..)

“Jeng!Jeng!”Akem tiba-tiba muncul sambil membawa beg plastik yang berisi buku-buku di dalamnya.

“Apa ni?”Aishah bertanya.Hairan.

“Koleksi shopaholic yang kau suka..aku bagi kat kau.Nah!”Akem menyangkut beg pastik itu di tangan Aishah.Aishah membuka beg plastik itu.(Confessions Of A Shopaholic,Shopaholic Takes Manhattan,The Secret Dreamworld Of A Shopaholic ,Shopaholic Ties The Knot,Shopaholic And Sister,Shopaholic And Baby..biar betik!)

“Macam mana aku nak bayar balik ni?”

“Kau kena cuci baju aku..ha..ha..ha..”Akem ketawa jahat sambil mencekak pinggang.

“Aku tak nak ah..”Aishah cuba mengembalikan kesemua buku itu.

“Hoh!Aku gurau aje la.Tadi kau belanja aku naik LRT.Sekarang aku belanja kau buku-buku nih..”

“Ini dah berapa ratus,tiket LRT tak sampai sepuluh ringgit pun.”

“Aishah..aku bagi ikhlas..okay?”Akem memandang lembut ke arah Aishah.Aishah sedikit terganggu dengan pandangan Akem.(Apasal pula buat muka roman?).

“Okay..terima kasih..”

“Sama-sama.Aik!”Akem mengambil telefon bimbit Nokia yang dipegang Aishah.“Apasal telefon kau?Rosak?”

“Dah nak rosak..nak buat macam mana?”Aishah mengambil semula telefon itu.

“Mana boleh..jom pergi kedai handphone..ayuh!”

Akem menarik beg sling Aishah.Aishah terhuyung-hayang mengikut langkahnya.
*****
Orang ramai memerhati gelagat aneh Akem dan Aishah.Macam anak kena paksa ayah masuk tadika lagak mereka.

“Aku tak nah ah..”

Aishah memberatkan langkahnya.Akem tidak peduli dan terus menarik Aishah.Sekali pandang seperti Aishah sedang bermain ski apabila diheret Akem.

“Kau ni degil!Masuklah!”

Akem terus menarik Aishah sehingga dia berjaya membawa Aishah masuk ke kedai telefon bimbit Sony Ericsson.

“Yes,may I help you sir?”Seorang lelaki India menghampiri Akem dan Aishah.Sesekali dia mengerling ke arah Aishah yang kelihatan terpaksa masuk.

Akem memandang secara rawak telefon bimbit yang dipamerkan.Dia menuding jarinya ke arah sebuah telefon bimbit.Sony Ericsson C905 berwarna copper gold.

“I want this one.How much it costs?”

“Just RM1270 only,sir.”

“Okeh done!”

Akem tersengih mengangkat ibu jarinya.Aishah menyepak kaki Akem sehingga terlepas pegangan tangan Akem.Akem mengaduh kecil.(Adeh..)

“Gila kau..mahal tu..awak pun satu..RM1270 only..apa yang only?Lain ler RM50 only.”

Lelaki India itu terpinga-pinga dimarahi Aishah.Dia memandang Akem.

“Do you still want to buy this one,sir?”

“Yes..sekarang!”Akem menghulurkan kad kreditnya.Dia selamba membuka beg Aishah dan mengeluarkan telefon bimbit Nokia Aishah.Kad sim dikeluarkan dan telefon bimbit lama itu dimasukkan semula ke dalam beg Aishah.

Kad sim itu diberikan kepada lelaki India itu.Aishah terlopong melihat gelagat Akem.(Suka suki dia aje!)

Selesai urusan pembayaran,kedua mereka keluar dari kedai itu.Aishah memasamkan muka.Tidak puas hati dengan tindakan Akem.Dia berjalan laju ke hadapan meninggalkan Akem yang terpaksa mengejarnya.

“Kejap..kejap..”Akem mendapatkan Aishah.Dia mengambil Blackberry Bold yang dipakainya dan menghantar bluetooth ke telefon bimbit baru Aishah. Selepas itu dia mengambil telefon baru Aishah dan menghalakan lensa kamera ke arah mereka.“Okay..tengok sini..cheese!”

Mata Aishah bersilau dengan sinaran flash kamera Sony Ericsson C905.

“Lagi satu..cheese..cis bedebah!”

Blackberry Bold pula mengambil gambar Akem dan Aishah.Akem menekan sesuatu sebelum mengembalikan semula kepada Aishah.

“Bila aku call kau keluar ringtone nih dengan gambar kita..muahahahaha..”Akem menekan nombor Aishah di Blackberry Bold sambil berjalan ke hadapan dengan bangga.

Aishah mencebik bibirnya mendengar ringtone Wonder pets dalam Bahasa Melayu dan melihat gambar Akem yang tersengih dan muka Aishah yang mencuka di sebelahnya.(Ceh!Dia ingat aku girlfriend dia ke apa?)
*****
Teksi berwarna merah dan putih itu memasuki Jalan Raja Alang.Tiba di rumah kayu bercat hijau dan cklat,teksi itu pun berhenti.

Aishah keluar daripada teksi itu sambil membawa beg plastik yang berisi buku-buku dan kotak telefon bimbit.Dia mengetuk pintu penumpang hadapan.Akem menurunkan cermin teksi itu.

“Terima kasih sebab kau baik hati belikan aku macam-macam.”

“Tak de hal lah..”Akem tersenyum. “Kirim salam abah kau.”

“Okay,bye bye.”Aishah melambaikan tangannya dan menaiki anak tangga rumahnya.

“Aishah!”Jerit Akem.Aishah menoleh ke belakang.

“Aishah!Aku percaya kau!Terima kasih!”Akem menguntumkan senyuman manis sebelum menaikkan semula cermin teksi itu.

Aishah memandang teksi itu hingga hilang daripada pandangan matanya.Aishah terduduk di atas anak tangga.Dia tersenyum.(Terima kasih juga sebab mempercayai aku..)

Bintang-bintang di atas berkelip-kelipan.Kelihatan meteor melalui di awanan.Meteor yang merentas dari planet Zuhal ke bumi.Zuhal yang kononnya mengawasi zodiak Capricorn..di mana Akem dan Aishah bernaung tanpa mereka sedari.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries