Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 11:Tak Datang Aku Belasah!
01 December 2009 | 12:36 PM | 0 comments

Semua pelajar mengerumuni kaki lima bilik tayangan.Tiada seorang pun yang berani memasuki bilik tayangan.

“Berani kau ganggu Aishah!”

Akem mengepit kepala Dafi di bawah ketiaknya.

“Ah!Kau peduli apa!”

Dafi cuba menjatuhkan Akem dengan menendang betis Akem.Aishah berlari masuk ke bilik tayangan dan menolak Akem dan Dafi.

“Korang nih kenapa?Bergaduh pasal Aishah?”

Akem dan Dafi saling berpandangan.Mata mereka terkebil-kebil memandang Aishah yang sungguh emosi.Terpinga-pinga dan tidak mengerti.

“Cut!!!!”Nubhan menjerit dengan mukanya yang agak bengang.

(Cut?).Aishah memandang Nubhan di hadapan bersama Aril dan seorang gadis.Dia tergamam melihat Aril memegang video kamera.Paling membuatkan dia naik pucat apabila melihat t-shirt Aril yang tertera Kelab Filem St.Jacob.

“Humang aih!Ni apo kono eh?Yang ekau enterframe cito den napo?Kalau ekau nak jadi heroin,ekau masuklah kolab filem sekolah kito.Apo lah!”Nubhan membaling skrip filem pendek arahannya ke bawah lantai.

“Heroin?Tadi diorang se..sebut nama..Aishah..”Aishah sedikit gagap bercampur gabra.

“Saya pegang watak Aishah,minah bohsia rebutan diorang.”Gadis di sebelah Aril mengangkat tangannya sambil tersengih.Dafi menghampiri Aishah dan berbisik perlahan.

“Saya pegang watak Shamsul.”

“Aku watak Shahrul.”Sampuk Akem sambil tersengih.

“Korang wat citer apa ni?”Aishah mula naik angin.Terbayang-bayang wajah budak junior yang menjerit-jerit perihal pergaduhan Akem dan Dafi.Kalau dia jumpa lagi budak junior itu harus dicilinya mulut budak itu.

“Hah..cito den nih bertajuk KL Drift Menjerit Bohsia..mujur den arahkan untuk projek kolab filem jo.Kalau den arahkan filem untuk wayang,Yusuf Haslam pun menangis.Ekau nak join sekali ko?Den bagi ekau watak mak Aishah.”Nubhan tersenyum.

“Kepala hotak kau lah!”Jerit Aishah sambil berlalu pergi.(Dah ler letak nama aku jadi watak minah bohsia).Kesemua pelajar junior ke tepi untuk memberi laluan kepada Aishah yang nampak terganggu emosi.(Malunya!!!!!!!).

“Sampai hati dio marah den..awek den pun tak pernah eh tengking den macam tu.”Nubhan memandang Akem dan Dafi.“Awek pujaan ekau berdua lah tu!”

“Hush..mana ada..”Akem dan Dafi menggelengkan kepala.Kedua-duanya sibuk memandang siling dan kipas.

“Esok kito sambung..mengganggu mood den.Aril wrap dulu untuk ari nih!”

“Okeh tuan director!”Aril menyimpan handycam Sony itu ke dalam beg.Nubhan keluar dari bilik tayangan sambil diikuti Aril dan gadis yang memegang watak Aishah.

Dafi mencapai gitar kapok yang terletak di tepi televisyen.Dia duduk di atas kerusi sambil memetik gitar kepunyaan Cikgu Hairi.Akem menuruti langkahnya dan duduk di sebelah Dafi.

“Hoi..”

“Apa?”Dafi memandang Akem.

“Kau suka Aishah ke?”

“Kenapa kau tanya aku?”

“Kau memang suka soalan dijawab soalan?”Akem memandangnya serius.

“Kau pun sama.”Dafi menggoyang-goyangkan kakinya.Dia memandang Akem juga.“Kau rasa Aishah frust tak kita cuma berlakon bergaduh berebut watak Aishah?”

“Maksud kau?”

“Aku rasa dia ingat kita bertumbuk pasal dia..hehe..”

“Hehe..”Akem turut ketawa.Ketawanya terhenti secara tiba-tiba.Dia merenung tajam ke arah Dafi.“Hoi,kau ketawakan dia nape?”

“Marah nampak..woo,wooo..wait a minute.Kau dah suka dia kan?Patutlah.”Dafi teringatkan adegan kejar dan lari antara Akem dan Aishah,

“Kalau aku suka dia.Kenapa?”

“Tak de apa.”Dafi tersenyum menampakkan lesung pipitnya.Dia meletakkan semula gitar kapok itu di tempat asalnya.“Tahniah ler..tapi Akem,aku takkan mengaku kalah!Selamat berjaya!”

Akem memandang Dafi yang keluar dari bilik tayangan.Dia tersandar di kerusi.(Selangor Darul Ehsan,tidak syak lagi dia nak potong barisan!Secara kasarnya,markah aku kurang daripada Dafi pasal mamat tu memang dah baik benar dengan Aishah.Aku?).

*****

“Hello..”

Dafi menepuk perlahan kepala Aishah.

“Hello.Wah,ceria nampak!”Aishah tersenyum memandang Dafi yang mengendong 5 buah buku pinjaman yang lewat dihantar.

“Ini buku-buku yang lewat tu ye?”

“A’ah..kelmarin budak Nubhan tu minta kitaorang abiskan scene filem pendek dia.Jadi,jom!Kita pergi pusat sumber.”

“Nanti..nanti dulu.Pasal hal kelmarin,bukan ke awak tak baik sangat dengan geng Akem.Tapi,boleh pulak bekerjasama dengan diorang untuk filem pendek ni.”

“Hah..awak tak tahu perangai orang lelaki.Mungkin kitaorang bertekak kalau ada hal yang tak disetuju.Tapi kalau hal yang kitaorang boleh masuk,kitaorang okeh jer.Bukan macam orang perempuan,kalau bergaduh betul-betul nak bergaduh.Kitaorang chill..kalau datang hal yang tak patut,baru lawan belasah.”

Aishah terdiam.Sukar dia mempercayai kata-kata Dafi.(Ye ke?)

“Chill..pergi pusat sumber,jom!”Dafi menarik tangan Aishah.Aishah sedikit tersentak apabila Dafi memegang tangannya.Tambah-tambah dalam kawasan sekolah.

Akem kebetulan melalui hadapan mereka.Dia hampir tersedak ketika melihat Dafi memegang tangan Aishah.Tin air 100 Plus yang tidak sempat dihabiskannya dicampak ke dalam tong sampah.

“Korang nak ke mana?”

Akem berlari-lari ke arah Dafi dan Aishah.Dia sengaja berdiri di tengah-tengah menyebabkan tangan Aishah terlerai daripada pegangan Dafi.

“Pusat sumber.Nape?Kau nak ikut ke?”Dafi memandang Akem dengan sinis.Pergi ke pusat sumber adalah lokasi paling terakhir yang dikunjungi Akem dalam kawasan sekolah.

“Pusat sumber?”Akem mengerutkan dahinya.Tiba-tiba dia tersengih.“Aku suka pusat sumber!Jom study!”

Akem memeluk Dafi dan menarik kolar kot pengawas Aishah sambil berjalan ke pusat sumber.Ketiga-tiga mereka berjalan seiring seperti Bujang Lapok.

Aril dan Nubhan yang berada di dalam kelas menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Akem,Dafi dan Aishah.

“Kau tengok tu..pasal perempuan..dua-dua orang jadi kemaruk.”Aril masih menggeleng-gelengkan kepala.

“Memang..tak pasal-pasal,aku dengan kau dah jadi sahabat karib pulak.Hamik kau,checkmate!”

Buah catur queen diletaknya dihadapan king yang teperangkap dengan knight.Aril bertambah-tambah lagi menggelengkan kepala.(Alamak,boleh pulak aku kalah dengan mamat Pilah ni…)

*****

Aishah sibuk menyusun buku-buku yang baru dijilid ke atas rak buku di pusat sumber.Seorang lelaki berkaca mata tebal menghampirinya.

“Awak kawan ke dengan budak berdua tadi?”

“Budak berdua?”Aishah memandang Mahfuz.Tidak mengerti.

“Akem dan Dafi.”

“Oh..Dafi ya..Akem..entahlah.”Aishah tersenyum sambil mengambil lagi buku yang sudah dijilid dari dalam kotak.

“Aneh..”

“Aneh?”Aishah memandang Mahfuz.

“Ya..sebabnya Akem memang tak pernah masuk pusat sumber..dan Dafi memang tak pernah study kat sini.Pinjam buku mungkin..itupun 5 bulan yang lepas.”

“Baguslah,mungkin diorang dah berubah pasal exam semakin dekat.”

“Ataupun…diaorang sebenarnya..suka kat awak.”

Aishah terlepas buku The Cell karya Stephen King.Dia sedikit terkejut dengan kata-kata Mahfuz.Aishah tidak menjawab.Dia terus menyusun buku-buku itu walaupun dia bukan pengawas pusat sumber.

Sama ada kata-kata itu betul atau salah.Aishah membetulkan mindanya dan fokus untuk persediaan menghadapi STPM yang tidak berapa lama lagi bakal menjelang.Niatnya tetap satu.Datang ke St.Jacob untuk menerima pendidikan yang baik demi mengubah nasib abahnya dan dirinya sendiri.

(Aishah berusaha!)

*****

Akem melihat jam Omega di tangannya.(Dah pukul 2.30..mana Si Aishah ni?).

Sesekali dia bersiul kecil sambil bersandar di keretanya.Wajahnya ceria melihat kehadiran Aishah.Tapi sebaik Aishah menghampirinya,dia berusaha memadamkan keceriaan itu dengan berlagak serius.

“Hoi..”

Aishah memandang ke arah Akem.Mencebik bibirnya.(Apa kes hoi hoi..sepak kang pening berbaloi-baloi..)

“Apa?”Aishah menjeling tajam.

“Petang ni pukul 5 kat CM.Aku tunggu.”

“Hoh?”Aishah memandang kehairanan ke arah Akem.Akem menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal dan terus masuk ke dalam keretanya.

Akem menurunkan tingkap keretanya.

“Kau tak datang..aku belasah!”

Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan asap yang berkepul memenuhi ruang rongga hidung Aishah.Aishah terbatuk-batuk sambil menutup mulutnya.(Bengong!)

Kalau ikutkan hati,tak ingin Aishah mengikut kata-kata Akem.Tetapi dia teringatkan peristiwa Akem menunggunya di dalam hujan.Mahu tak mahu dia terpaksa juga menyetujui permintaan Akem.(Menyusahkan!)

*****

Suasana di Central Market agak lengang.Mungkin kebanyakan remaja melepak di Dataran Merdeka kerana terdapat persembahan percuma konsert artis-artis terkenal Malaysia di situ.Seorang lelaki berambut panjang sedang basking menyanyikan lagu Bob Marley ‘No Woman No Cry’.

Akem duduk di kali lima hadapan Watson.Cap berwarna hitam dengan logo Superman itu diangkat sedikit dan dilapnya dahi yang dipenuhi keringat dengan kleenex.Baju kemeja berkotak berwarna merah DKNY itu dikibar-kibarkan.Di dalamnya dipadankan dengan singlet putih juga dari jenama DKNY.Jeans D&G berwarna hitam itu agak ketat menyebabkannya dia tidak selesa dan agak panas.Hatinya bertambah panas apabila hampir setengah jam,batang hidung Aishah tidak kelihatan.

Dia tertunduk ke bawah.Keringat di dahinya menitis ke atas kasut LV berwarna putih yang dipakainya.

“Sorry,aku lambat.”

Aishah tiba di hadapannya dengan memakai topi baret berwarna merah.Baju T Chibi Maruko berbelang-belang yang dipakainya dan beg sling Winnie The Pooh di sisinya nampak kawaii.Begitu jeans paras lutut berwarna biru muda.Akem tersenyum.(Sejak-sejak keluar majalah Anan ni bertambah shomel pulak).

“Kenapa kau lambat?Jam kau habis bateri?Ke telinga pekak?”Akem bingkas bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya.

“Hoh!Kalau ikut aku tak datang pun tak de masalah..aku bukannya janji nak datang pun.Bengong.”Aishah menjuih bibirnya.

“Tapi..apa-apapun kau dah datang.Jom.”Akem menarik beg sling Winnie The Pooh yang dipakai Aishah.Terhuyung-hayang Aishah mengikutnya.

“Kau nak ke mana ni?”

“Aku tak pernah naik LRT la,jom kita naik LRT.”Akem tersengih.

“Eh,kereta kau mana?”

“Aku tak bawa kereta hari ni.Aku nak naik pengangkutan awam.Tadi aku naik teksi ke sini.Sekarang aku nak naik LRT.Lepas ni kita naik bas.Kemudian monorel..and then..”

“Rakit kau tak nak naik?Boleh kita berakit kat Sungai Gombak.”Sindir Aishah.

“Eh,boleh ke?”Akem bertanya serius.Nampak serius.

“Kau ni...,”Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Sabar.“Kau duduk KL sejak kecik,kau tak pernah naik hatta bas pun?”

“A..a..aku..aku tak pernah naik semua-semua tu..malah..malah..nih first time aku sampai CM.”Akem tertunduk sambil menguis-nguis putung rokok yang entah dibuang siapa.

Aishah memandang tepat ke mata Akem tanpa berkelip-kelip.(Kesiannya budak kaya nih..patutlah macam mereng jer..tak hidup normal rupanya..)

“Kau..kau tengok apa?Tapi…tapi..aku pernah naik kapal terbang.Kau tak pernah..hahahahahaha!”Akem mencekak pinggangnya sambil ketawa.

“Itu logik la jugak.Nih duduk KL tapi tak pernah naik bas ngan LRT.Jakun betul.”Aishah berlalu ke hadapan menuju ke Stesen LRT Putra Central Market.Akem menelan air liurnya.Menggaru-garu hidungnya dan perlahan-lahan menuruti belakang Aishah dengan muka seperti orang bersalah.

Selepas melintas jalan mereka menaiki eskelator ke kaunter tiket.Aishah menyiku lengan Akem.“Nak ke mana?”

Akem memandang papan tanda destinasi di atas kaunter itu.Dia menuding jarinya ke arah satu lokasi.

“KLCC dua abang.”Pinta Aishah sambil tersenyum.

Lelaki yang bertugas di kaunter itu menghulurkan dua tiket LRT kepada Aishah.Aishah menyiku lagi lengan Akem.“Hah,apa lagi.Bayarlah.Kau yang ajak aku jadi tourist guide kau.”

“No problemo.”Akem tersenyum sambil mengambil dompet Ralph Lauren dan menghulurkan kad master platinum.Aishah menepuk dahinya.(Bengong!)

“Sorry dik..kat sini kitaorang tak terima kad plastik.”kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

“Hoh?Kad plastik?Kad ni boleh beli dengan kau sekali!”Akem membentak kasar.Orang ramai yang beratur di belakang mereka menggelengkan kepala.

“Apa geleng-geleng?Belasah karang!”Jerit Akem kepada orang-orang di belakangnya.Aishah menghulurkan not sepuluh ringgit dan cepat-cepat mengambil bakinya sambil berlalu pergi.

Akem berlari mendapatkannya.

“Hoh..mana boleh kau yang bayar.”

“Habis tu?Nak tunggu kad kredit kau?”

Akem menghentikan langkahnya.Dia menghela nafasnya.Aishah memandangnya kehairanan.

“Dah..kenapa pulak?”

“Sebagai lelaki..aku rasa malu sangat dibelanja perempuan.”Akem duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya.

“Rileks ler..karang kau bayarlah balik kalau kau dah rasa malu sangat.Eleh,takkan merajuk kot.”Aishah menepuk topi yang dipakai Akem.Topi itu ke bawah dan menutup mata Akem.

“Ya betul.”Akem bangun sambil tersengih dan membetulkan semula cap yang dipakainya.

Bunyi LRT yang baru sampai mengejutkan Aishah.

“Akem,cepat!”

Aishah menarik tangan Akem dan kedua-dua mereka berlari masuk melalui pintu terakhir.Sebaik sahaja memasuki LRT.Pintu secara automatik ditutup rapat.

“Nasib baik sempat masuk.Kot tak berasap nak tunggu LRT lain.”

Akem terdiam dan tidak memberi sebarang tindak balas kepada kata-kata Aishah.Dia ternganga melihat tangannya yang digenggam erat Aishah.Aishah segera melepaskan tangan Akem.(Alamak..)

Aishah memaling ke belakang.Dia agak kaget melihat LRT itu hanya dihuni mereka berdua dan pasangan tua Tionghua di hadapan sekali.

“Biar betul LRT ke KLCC ada 4 orang saja.”Aishah berkata sambil duduk di atas kerusi.

“Kenapa?Kita salah naik ke?”Akem bertanya lantas duduk di atas kerusi.Jarak yang agak jauh dari Aishah.

“Selalunya sesak..sesak yang amat-amat.”Jawab Aishah kembali.

Akem tersengih sendirian.(Mungkin ini petanda Tuhan nak bagi yang jodoh aku dan Aishah kuat..hehehehehehehe..)

“Apa yang kau sengih?!”Aishah bertanya dengan nada yang tinggi.

Akem menggeleng-gelengkan kepala.Dia meletakkan earphone di telinga dan menekan punat play di Ipod.Senyuman tak habis-habis terukir di wajahnya sepanjang perjalanan.

LRT itu tiba-tiba terhenti sebaik sahaja memasuki terowong.Semua lampu terpadam.Jantung Akem berdebar kencang.Earphone itu ditanggalkan dan dia meraba-raba mencari Aishah dalam kegelapan.Merangkak-rangkak kerana bimbang tersalah langkah.

“Aishah!”

“Aku kat sini.”Satu suara kedengaran dan Akem dapat merasa seseorang memegang bahunya.

“Kau ke Aishah?”Akem masih meraba-raba.

“Akulah..boleh tak kau jangan raba betis aku?”Suara Aishah sedikit geram.

“Hoh!”Akem melepaskan tangannya.Akem dapat merasa Aishah menarik kolar bajunya.

“Kau duduk sini..diam-diam.”

Akem melabuhkan punggungnya di sebelah Aishah.

“Gelap..aku rasa sesak nafas.”Akem menelan air liurnya.Dia memegang erat tangan Aishah.

“Kau jangan mengada-ngada.Aku sepak karang!”Aishah cuba melepaskan pegangan tangan Akem.

“Aishah..betul..aku takut gelap..”

“Kau biar betul..punyalah membuli orang.Balik-balik kau takut kucing dengan gelap!Bengong ke apa?Jangan mengadalah dah nak sampai KLCC pun.Nanti elektrik dah okay,sampai ler!”Aishah membebel.

“Aishah..”Degup jantung Akem semakin kencang.Nafasnya naik turun.Tanpa diduga dia rebah di atas lantai LRT.

“Akem..Akem..”Aishah menggerak-gerakkan badan Akem dalam kegelapan itu.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.

(Aduh..dah pengsan la pulak!)

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries