Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 13:Kau Perempuan Yang Aku Paling Suka
03 December 2009 | 12:55 PM | 0 comments

Akem menggelongsor melalui pemegang anak tangga.Wajahnya kelihatan ceria berbanding hari-hari yang sebelumnya.Sampai di bawah,Farid dan Lisa sedang bersarapan pagi.Butler kelurga mereka Pak Syed sedang menuangkan teh ke dalam cawan kosong.

“Selamat pagi Pak Syed!”Akem memeluk butler itu sambil mencium pipi.Pak Syed terperanjat sehingga hampir-hampir terjatuh teko teh.Farid dan Lisa saling berpandangan.(Huh?)

“My big brother..a very good morning!Mmmuah..”Akem mencium pipi Farid.Abangnya terkebil-kebil memandangnya.

“Kak Lisa..”Akem menghampiri Lisa dengan mulut yang memuncung.Sedia untuk mencium kakak iparnya yang cantik jelita.

“Haip!”Farid menggeleng-gelengkan kepalanya.Jari telunjuknya bergerak ke kanan dan kiri melambangkan tidak.“No..no..no..”(Agak-agak ah!)

Mematuhi arahan abangnya,Akem sekadar memeluk kakak iparnya.Lisa tersentak tapi masih tersenyum.“Okay..someone in happy mood.”

Akem menggalas beg sekolahnya dah tersenyum.

“Saya suka sekolah saya!”

Tangannya dijulang tinggi seperti patung Statue Of Liberty di New York.

*****

Dafi menunggu Aishah di pintu kelasnya.Dia tersenyum apabila melihat Aishah sampai.Senyumannya begitu manis dengan lesung pipit di kedua-dua pipinya.

“Hello..selamat pagi!”

“Selamat pagi,Dafi.Awal datang hari ni?”

“Yeah..untuk kembalikan nota awak.Thank you very much.”Dafi memulangkan nota-nota Aishah yang dipinjamnya.

“No hal..kita kan kawan?”Aishah tersenyum.

“Aishah..petang nanti after latihan pergi rumah Dafi.”

“Rumah Dafi?”

“Exam dah dekat..kita patut buat study group.Dafi rasa partner study Dafi should be you..err,okay ke?Awak don’t mind?”

Aishah terdiam seketika.Kepalanya berpusing-pusing memikirkan sesuatu.Sama ada dia ada rancangan lain atau tidak.Rasanya tidak.

“Okay.”

“Lepas latihan ragbi dan cheerleader..”Dafi tersenyum sebelum berlalu pergi ke kelasnya.

Aishah cuma mengangguk dan masuk ke dalam kelasnya.Walaupun tidak begitu ketara,Marsha dan Dayana saling berpandangan dengan rasa sinis dan syak wasangka.Sesuatu rancangan jahat bermain di minda mereka.Jauh di sudut hati,ada rasa tidak puas hati di hati mereka.Terutamanya..Marsha.

*****

4.00 petang,Padang Ragbi St.Jacob.

Pasukan ragbi yang diketuai Akem sedang melakukan warming up di padang.Dua hari lagi mereka akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan sekolah Edward All Boys School.Walaupun sekadar persahabatan,Akem dan pasukannya tidak boleh memandang enteng memandangkan Edward adalah musuh ketat St.Jacob.Tradisi turun-temurun nenek moyang mereka menyatakan Edward dan St.Jacob adalah seteru dalam sukan ragbi.

St.Jacob mesti menang..Edward takkan berasa senang..hati diorang takkan tenang..

Akem memerhati rutin tarian baru pasukan sorak untuk menghadapi perlawanan persahabatan itu.Ini adalah perlawanan terakhir sebelum bermulanya peperiksaan STPM.Sesi memanaskan badan diakhiri dengan berlari mengelilingi padang ragbi dua pusingan.Dia cuba mencuri pandangan ke arah Aishah.Sejak temujanji yang dipaksa itu,dia tidak sempat bersemuka lagi dengan Aishah.Masing-masing agak sibuk.Nak telefon,seganlah pulak.

“Akemmmmm..”

“Oh,mak kau!”Akem hampir-hampir melanggar Marsha dan Dayana apabila kedua-duanya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.(Dubuk betul!).

“Curi-curi pandang Aishah ke?”Marsha bersuara manja dengan matanya yang berkelip-kelip.

“Tepilah..buruk betul buat muka macam tu!”Akem menolak Marsha ke tepi.Marsha dan Dayana melopong mulut melihat tindakan Akem.Kedua-duanya berlari-lari anak mendapatkan Akem.

“Buruk..buruk I pun..I takkan layan dua lelaki dalam satu masa.”Marsha tersenyum sinis.

“Betul..betul..”Dayana menyampuk ala-ala Upin dan Ipin.

“Apa maksud kau?”Tanya Akem dengan wajah serius.

“Lepas latihan ni,Aishah ikut Dafi ke rumah dia.Bye..bye..”Marsha melambaikan tangan sambil berlalu pergi.Dayana di belakangnya sekadar menuruti sambil tersenyum sinis memandang Akem.

Akem memperlahankan langkah lariannya.Dia memandang Aishah yang sedang berehat sambil bergurau dengan Nadia dan Stacy.Pandangannya silih berganti dengan Dafi yang sedang berlari tidak jauh darinya.

Hati Akem menjadi panas.Dia cuba untuk bertenang,tetapi telinga terasa merah menyala.

******

Startech Jaguar XKR hitam itu memasuki ke sebuah rumah mewah di Bukit Antarabangsa.Dafi keluar dari pintu hadapan dan membuka pintu penumpang di sebelahnya.

“Silakan.Selamat datang ke teratak buruk Dafi.”

“Haha..buat kelakar..”Aishah keluar dari kereta dan mengikuti Dafi masuk ke banglo mewahnya.Keluasan yang lebih kurang besar rumah Akem tetapi rekaan dalamannya ala Inggeris.

“Nanti kita study di situ.”Dafi mengambil beg galas Aishah dan diletakkan di ruang tamu rumahnya.

“Nanti?”Aishah bertanya kehairanan.

“Nanti la sekarang saya lapar,awak lapar?”

“Sikit-sikit..”Aishah tersengih.

“Okay..jom pergi dapur..Dafi masakkan Aishah satu menu simple orang bujang..hehe.”Dafi berjalan ke belakang menuju ke dapur.Aishah tersenyum.(Dafi nak masak?).

“Welcome to the kitchen of Chef Dafi.Please sit down,mademoiselle.”

Dafi menarik kerusi dan mempersilakan Aishah duduk.Aishah menunduk hormat seperti lagak Cinderella sebelum duduk di atas kerusi.

“First,chef kena ambil bahan dari freezer dulu.”Dafi tersenyum sambil berlari ke arah peti sejuk.Aishah juga tersenyum.(Okay..)

Dafi meletakkan bahan-bahan yang diambilnya dari peti sejuk dan almari dapur di atas meja.Ada sosej,telur ayam,bawang putih,bawang besar,mentega,lada putih,sos cili dan sos tiram.

“Okay,mademoiselle,masakan hari ni bertajuk..Sosej and Omelette Belasah Aje!”

“Haha..menarik tuh..”sampuk Aishah.

“Ya betul,mademoiselle.Pertama,kita ketuk dulu telur.”Dafi mengetuk telur itu ke dahi Aishah.Aishah mengaduh kecil tapi masih tersengih.

“Masukkan telur ini ke dalam mangkuk..dan sedikit mentega..dan sedikt bawang besar..kita pukul sampai mati.”Dafi menghidupkan mesin pengisar untuk memukul telur itu.

“Selepas itu..”Dafi mengambil sebiji lagi telur ayam.

“Dafi!” Suara seorang wanita menarik perhatian Aishah.

“Yes..mummy..Dafi kat dapur.That’s my mummy.Actually stepmummy,tapi Dafi sayang dia macam mummy sendiri.”Dafi tersenyum sambil menjelaskan kepada Aishah.

Aishah berasa tidak sedap hati.(Kenapa aku rasa macam ni?)

Seorang wanita tinggi lampai berusia lewat 30-an masuk ke dalam dapur.Masih cantik dan bergetah seperti berumur lewat 20-an.Persis seorang model.Aishah tergamam melihat wanita yang dipanggil ‘mummy’ oleh Dafi.Wajah itu agak samar-samar dalam ingatannya.Tetapi hatinya berkeyakinan besar telahannya benar.

“Emak..”Tanpa disedari kata-kata itu terkeluar dari mulut Aishah.Datin Nasya terpaku di hadapan Aishah.Dafi juga terdiam mendengar kata-kata Aishah.(Emak?)

“Aishah?”Datin Nasya bersuara perlahan.Sedikit keliru.

Aishah berasa kecewa,terkilan dan marah.Dia berlari keluar dari rumah Dafi dengan sepantas kilat.Dafi cuba menghalang tetapi dihalang Datin Nasya.

“Emak?Can you explain about that,mummy?”Dafi agak bengang dengan kejadian yang baru berlaku.Apa yang dia tahu mummy belum pun berkahwin sebelum bernikah dengan ayahnya.Secara kasarnya itu yang dia tahu.

Datin Nasya terdiam.Di sebalik wajah dinginnya ada air mata yang bertakung.

******

Aishah menangis sambil berlari.Hatinya remuk.Rupa-rupanya benar seperti kata jiran-jiran neneknya di Kuala Selangor.Emak meninggalkan abah untuk mencari lelaki kaya.Mencari pangkat dan harta.Mencari status untuk dibanggakan.Abah dan nenek cuba menidakkan apa yang dikata dengan berdiam diri.Pedihnya hati Aishah.Paling aneh emak berkahwin dengan bapa Dafi.Kawan baiknya yang kini berubah status sebagai abang tirinya.

Aishah terhenti di sebuah tiang telefon.Dia rebah di situ dengan dadanya yang berombak menahan sendu.

Wonder pets!Wonder pets!Kami datang..membantu anak haiwan yang kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat..tapi bila bekerjasama semua jadi mudah..♫

Nada dering telefon yang berbunyi tidak dihiraukannya.Nada dering itu pastinya datang dari Akem.Nada dering itu berbunyi lagi..dan lagi..dan lagi..

“Aishah..”

Satu suara berbisik perlahan ke telinga Aishah.Datangnya dari belakang.Dalam keadaan sedih itu,Aishah tidak mempedulikan sesiapa pun.Dia dapat merasakan seseorang mengendongnya.Dirinya seperti terapung ke udara.Hatinya sudah berkecai dan semangatnya hilang di saat berjumpa semula dengan emaknya.Wanita yang bertanggungjawab meninggalkan anaknya demi kesenangannya.

*****

Datin Nasya duduk tersandar di atas sofa.Menanti kepulangan suaminya.Dia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Peristiwa 14 tahun lampau bermain di fikirannya.

“Abang,saya dapat kontrak sebagai model di Hong Kong.”

Lelaki yang berbadan kecil dan rendah itu memandang isterinya yang tinggi lampai.Wanita itu kelihatan ceria.

“Abang tak benarkan.”

“Apa maksud abang?”

“Maksud abang dah cukup jelas.Tidak!”Suara Sarip sedikit meninggi.

“Tidak?”Nasya mengerutkan dahinya. “Saya kahwin dengan abang masa umur saya 19 tahun.Setahun kemudian kita dapat Aishah.Saya berkorban menjaga Aishah.Saya lupakan sementara cita-cita saya untuk abang.Sekarang Aishah sudah 5 tahun,saya baru dapat peluang yang saya cita-citakan..dan..dan abang kata tidak?”

“Awak dah ada anak..abang yang bekerja,awak duduk rumah!”

“Apa?”Nasya menggeleng-gelengkan kepalanya.“Sebelum berkahwin pun abang dah tau saya part time model.Abang dah tahu sangat cita-cita saya!Nak kerja?Kerja menjaja makanan ringan?Sampai bila?”

“Awak menyesal kahwin dengan abang?!”Sarip meninggikan lagi suaranya.

“Memang menyesal!Saya kenal abang seorang graduan UM bukan lelaki yang menjaja makanan ringan!”

“Awak pun tahu situasi saya!Saya terpaksa meninggalkan pengajian saya kerana masalah kewangan keluarga kami.Awak memang hanya boleh senang dengan saya tapi tak boleh susah dengan saya.”Sarip sedikit kecewa.

“Saya tetap akan pergi.”Nasya berkeras.Kontrak modeling itu digenggamnya erat.

“Awak pergi..saya…saya ceraikan awak talak tiga.”Sarip bersuara perlahan sebelum keluar dari rumah.Nasya terperanjat dengan kata-kata Sarip.

Dia memandang Aishah yang sedang asyik bermain anak patung tanpa mempedulikan pertengkaran abah dan emaknya.Anak kecil itu dipeluknya erat.

“Apapun yang terjadi,emak tetap sayang Aishah..”

Ya,dia tetap pergi.Wajahnya yang cantik menjadi rebutan di Hong Kong.Tiga tahun kemudian dia berjumpa dengan ayah Dafi,Datuk Kamal.Duda beranak satu.Lelaki itu tidak mempersoalkan statusnya.Mereka berkahwin.Dafi dianggap seperti anaknya sendiri.Selepas 7 tahun baru dia mendapat anak hasil perkongsian hidup mereka berdua.Anak comel berusia 4 tahun itu sedang tidur nyenyak.Adik perempuan Dafi dan Aishah yang bernama Dafisha.

Datin Nasya mengeluh.Air mata sesal mengalir di pipinya.(Maafkan emak Aishah..).

*****

Mazda RX7 berwarna biru dan putih itu berhenti di sebuah lorong di Jalan Chow Kit.Aishah masih mendiamkan diri.Pandangannya kosong ke hadapan.

Akem di sebelahnya sekadar memerhati.Akibat sukar membendung api cemburunya,Akem pergi ke rumah Dafi.Kata-kata Marsha dan Dayana di padang ragbi bagai sembilu di hatinya.Sampai sahaja di sana dia tergamam melihat Aishah terjelepuk dalam keadaan tidak bermaya di tepi tiang telefon.Amarahnya bertukar simpati.Dia tidak tahu punca gadis itu menangis.Tapi dia tahu yang dia sayang sangat akan gadis di sebelahnya.Gadis yang bisa menenangkannya di saat dia marah.Yang membimbingnya menghadapi ketakutannya.Bukan kerana paras rupa atau harta,dia sayang gadis itu kerana gadis itu adalah Aishah.

“Kau nak bagitau aku sesuatu?”Akem cuba memecahkan kesunyian.

Aishah terdiam.Tidak menjawab pertanyaan Akem.

“Kenapa?Dafi ada buat sesuatu dengan kau?”

“Akem!”Aishah separuh menjerit.“Kau jangan tanya aku macam-macam boleh tak?Aku bukan girlfriend kau!”

Aishah mengambil telefon bimbit Sony Ericsson yang dibelikan Akem dan dicampakkannya ke wajah Akem.Mujur Akem menahan telefon itu dengan tangannya.Aishah membuka pintu kereta dan keluar berlari ke lorong hadapan yang agak gelap.

“Aishah!Tunggu!”Akem cepat-cepat keluar dari keretanya dan mengejar Aishah.(Apahal pulak nih?)

Akem kaget apabila melihat bayangan Aishah hilang dari pandangannya.Jantungnya berdebar-debar.(Mana dia pergi?)

“Cari ini ke?”

Seorang lelaki muncul dalam kegelapan sambil memaut leher Aishah.

“Chaq!”Akem menggigit bibirnya.Geram.

Chaq atau Camellus ialah kapten pasukan ragbi Edward All Boys School.Musuh ketat Akem di padang ragbi.Musuh ketat di alam realiti juga kerana Akem dan Chaq mempunyai cerita mereka sendiri.

“Kau ingat tak masa kau sengaja sepak kaki aku sampai patah dan aku tak boleh main ragbi tiga bulan?Kau tak ingatkan?Itu sebab kau sombong dan ego!”Chaq mengeluarkan pisau lipat dan menghunus ke pipi Aishah.

“Chaq kau jangan jadi gila..kalau kau nak bunuh,kau bunuh aku.”Akem cuba menteteramkan Chaq.Memang salah dirinya kerana sengaja mencederakan Chaq secara sengaja di padang ragbi atas alasan sukan.Tetapi itu dirinya yang dulu.Dirinya yang sombong sebelum mengenali Aishah.

“Takkanlah aku nak bunuh kau,kau ingat aku psycho ke?Sayang sungguh kau kat awek kau ye?”Chaq menguatkan lagi pautan tangannya di leher Aishah.Aishah tidak dapat bersuara kerana tercekik.“Aku dan kawan-kawan dah lama ikut kau..kau je yang bodoh tak tahu apa-apa.Hari ini dah sampai masanya menjelaskan hutang!”

“Apa maksud kau kawan-kawan?”Akem mengerutkan dahinya.

Chaq memetik jarinya.Lebih kurang 10 lelaki keluar dari belakang Chaq.Akem terdiam.Kalaulah tiada Aishah,dia mungkin sudah membelasah mereka semua.

“Semua budak-budak Edward benci dengan kesombongan kau.Tahniah!”

Lelaki-lelaki itu menghampiri Akem.Akem bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.Mereka mengelilinginya sambil tersenyum sinis.

“Apa kata kita main satu permainan?Kau boleh datang ambil balik awek kau ni.Syaratnya?Kawan-kawan aku akan terajang kaki kau sampai kau tak boleh main ragbi untuk menentang sekolah kami.Kalau kau pukul kawan-kawan aku..perempuan ni yang akan terima akibatnya.”Chaq tersenyum sambil bermain-main pisau lipat di wajah Aishah.

Akem menarik nafasnya.Dia bersedia.Langkahnya dimaju ke hadapan.Satu tendangan hinggap di kaki kanannya.Akem rebah mencium tanah.Aishah menangis melihat keadaan Akem.Pautan kuat Chaq tidak membenarkannya dia menjerit.Hanya air mata yang mampu mengalir.

Akem bangun semula dengan kaki yang terhenjut.Dia ke hadapan lagi untuk mendapatkan Aishah.Kali ini tendangan bertalu-talu datang dari hadapan,belakang dan tepi.Aishah cuma mampu menjerit di dalam hati.(Akem apa yang kau buat?Lawan diorang!Akem..kenapa?).

Kawan-kawan Chaq galak membelasah kedua-dua kaki Akem tanpa belas kasihan.Akem hanya pasrah dengan keadaan itu.Hanya satu nama bermain di fikirannya.(Aishah..Aishah..Aishah..).Dia semakin lemah dan tidak berdaya namun dia masih memandang Aishah di hadapan.Bimbang jika Chaq memungkiri janji dan mengapa-apakan Aishah.

“Cukup!”Chaq menjerit.

Kawan-kawannya berhenti sambil ketawa melihat keadaan Akem yang lembik.Chaq mengheret Aishah menghampiri Akem.

“Akem.”Chaq menendang lagi kaki Akem.“Aku tak nak kaki kau lumpuh terus.Aku cuma nak patahkan kaki kau supaya kau rasa apa yang aku rasa!”

Chaq menolak Aishah jatuh di hadapan Akem.Dia dan kawan-kawannya berlalu meninggalkan mereka berdua.Hatinya puas melihat Akem dalam keadaan sebegitu.

Aishah bangun dan mendapatkan Akem.Diribanya Akem dengan sendu tangisnya.

“Bengong!Kenapa kau tak lawan?”

“Nanti kau cedera..”Akem bersuara perlahan.

“Ngok..sebab..sebab apa kau peduli aku cedera ke tidak?”Aishah menangis tersedu-sedan.Akem cuba tersenyum sambil mengesat air mata Aishah.

“Sebab..sebab..Aishah binti..binti Sarip..kau perempuan yang aku paling..suka.”Akem tersenyum.Sesekali matanya terpejam menahan perit.Pandangan agak kabur.

Aishah memeluk Akem.Air matanya tidak henti jatuh berjuraian di pipi.Rambut pemuda itu diusapnya.(Bengong..kenapa kau suka aku?).

Bintang tidak kelihatan.Malam itu pekat dan gelap.Titis hujan turun renyai-renyai membasahi mereka.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries