Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 14:St.Jacob VS Edward
04 December 2009 | 12:32 AM | 0 comments

Akem tersengih di wad VIP dengan kedua kakinya tergantung dan disimen.Aril dan Nubhan menggeleng-gelengkan kepala mereka.

“Buruknya kau..terkangkang macam Optimus Prime hilang skru..haha..”Aril ketawa sambil diikuti Nubhan.

“Blahlah kau..korang berdua je ke?”Akem meninjau-ninjau bayangan Aishah.Dia pun tak tahu bagaimana dia boleh berada di hospital.

“Kitaorang satu team ragbi datang.Tapi nak lawat kau..kono lah ikut turn.Kot tak akak nurse yang cun tu suruh kitaorang patah kaki macam kau dulu baru leh masuk ramai-ramai..hehe..”Nubhan ketawa nakal.

“Owh..”Akem mengeluh kecil.(Aishah tak de lah..).

“Sapo eh belasah kau macam nih..den dah hangin satu badan.”Nubhan menggenggam penumbuknya.

“Chaq..”

“Chaq?Kapten Edward tu?Kau nak kitaorang belasah dia balik tak?”Sampuk Aril.

“Kau jangan menggunakan keganasan.Kito budak baik..lain eh Akem.dia memang lanun.”Nubhan tersengih.Akem memandang geram ke arah Nubhan.“Kau jangan marah..aku bergurau senda je.Lebih baik kita report polis.Kan lebih berhemah?”

“Tak payah..kalau polis nak suruh aku buat report pun,aku takkan babitkan Chaq atau budak-budak Edward tu.”

“Kau nak lepaskan dia?”Aril bertanya.

“Aku yang buat salah kat dia dulu.Dia bayar balik hutang dia.Settle.”

“Kau settle?Kan kau dah kena kad merah pasal kes tu.Apa motif dia nak patahkan kaki kau lagi?Lusa kita nak lawan tau?”Nubhan pula bersuara.

“Tak pe..aku akan suruh..”

Belum sempat Akem menghabiskan ayatnya mereka terganggu dengan bunyi ketukan pintu.Marsha dan Dayana berdiri di hadapan pintu sambil membawa sejambak bunga mawar berwarna merah.Kedua-duanya tersenyum sampai ke telinga.

“Alamak..aku tak nak..jumpa diorang..”Akem menutup mukanya dengan majalah.

“Serah kat aku.Hal kecik je.”Aril bangun dan menuju ke arah Marsha dan Dayana.Akem dan Nubhan saling berpandangan.

“Nak jumpa siapa?Kat sini ada tiga orang mamat jambu..korang nak jumpa siapa?”Aril tersenyum nakal.

“Eeeii..mestilah kitaorang nak jumpa Akem..kesian dia..”Marsha berkata sambil melambai-lambai ke arah Akem.

“A’ah..Akem..A.K.E.M..Akem..hihi..”Sampuk Dayana.

“Ohh..Akem.Kisahnya macam ni lah..korang kena bayar bunga emas dulu kalau nak jumpa Akem.”

“Bunga emas apa?You ni Raja Siam ke?Tak kuasa..”Marsha mencebik bibirnya.

“Raja Siam ke..Rajagopal ke..kalau korang langkah setapak je kena bagi bunga emas kat aku..bunga emasnya berbentuk..aku cium korang.hihi.”Aril ketawa nakal.

“Cium?Eew!Berani ke?”Tanya Dayana.

“Yang kau ni..nak jumpa Akem buat apa?Aku report Hafiz karang.Balik!”Aril memarahi Dayana seperti ayah memarahi anaknya yang enggan mandi.

Hidung Dayana bergerak-gerak seperti hendak menangis.Dia menekup mukanya dan berlari-lari anak pergi dari situ.(Huhu..huhu..huhu..).

“You memang kejam marah BFF I!”Marsha menuding jarinya ke dada Aril.

“You..kalau you tak masuk pun,I cium you nanti.”Aril mengangkat keningnya.Tersenyum nakal.

“What do you mean by that?”

“I ada kereta Lotus..kereta daddy I.You nak naik tak?”

“Ye ke?Wow!Lotus!I nak,I nak!”Marsha menepuk-nepuk tangannya seperti kanak-kanak mendapat gula-gula trick or treat semasa Halloween.

“Gediknya you..tapi I suka.You lupakan Akem,you couple dengan I,nak tak?”

“I nak Aril,I nak.Sukanya,oh..Lotus warna biru kat luar tu you punya la?”

“Takkan tukang kebun punya,I punyalah.Jom.”

“Jom..jom..”Marsha membaling bunga mawar yang dibawanya ke bawah lantai dan memaut lengan Aril.Aril mengenyit mata ke arah Nubhan dan Akem sebelum berlalu pergi.

Akem dan Nubhan ternganga luas melihat gelagat Aril dan Marsha.Akem menggelengkan kepalanya.(Senangnya dia mengayat..).

“Ehem..tadi kau nak kata apa kat aku?”Nubhan mengalihkan perhatian mereka untuk hal yang sebelumnya.

“Oh..aku akan bagi Dafi ganti tempat aku..walaupun aku tak begitu rapat dengan dia..tapi,dia layak menjadi kapten.”Akem kelihatan serius.Soal peribadi diketepikan demi kepentingan pasukan.Dia pun tak tahu apa yang terjadi antara Dafi dan Aishah.

“Oh,baguslah..Dafi ada di luar dengan Aishah.Nanti aku panggil dia.”

Akem terkebil-kebil.(Dafi ada di luar dengan Aishah?).

******

Dafi menepuk-nepuk perlahan kepala Aishah.Aishah memandangnya kembali sambil tersenyum.

“Tak sangka rupanya awak adik tiri saya.”

“Oh,awak dah tahu..”Aishah bersuara perlahan.Agak lemah.

“Pelik kan?”Ada nada kesal di dalam suara Dafi.“Sebenarnya,saya baru sedar yang saya sukakan awak..sukakan awak lebih daripada seorang kawan..”

Aishah memandang Dafi.Sedikit tergamam.Tak terlintas di hatinya Dafi juga turut mempunyai perasaan terhadapnya.Seketika dia juga terbayangkan wajah Akem dan Qhaud.

“Hem..walaupun kita sekadar saudara tiri..tapi saya rasa tak patut untuk meneruskan perasaan itu lagi terhadap awak.Cukuplah sekadar sayang antara abang dan adik..”

“Dafi..”Tak tahu kenapa tetapi Aishah berasa sebak dengan kata-kata Dafi.

“Kalaulah awak bukan adik tiri saya,saya takkan bagi peluang langsung kepada pembuli yang patah kaki tu.”Dafi berseloroh sambil tersenyum.

“Dafi..terima kasih sebab tolong Akem..”

Dafi mengangguk.Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi Aishah.Dalam kekalutan melihat Akem yang lemah.Aishah hanya teringatkan Dafi.Dia terus menghubungi Dafi untuk datang membantu mereka.Mujur Dafi sudi membantu Akem dan menghantarkannya ke hospital.Kalau tidak Aishah tak tahu apa yang terjadi kepada Akem.

“Kalau awak pun sukakan dia..balaslah cinta dia..”

“Siapa?”

“Siapa lagi?”Dafi memuncungkan mulutnya ke arah wad di mana Akem berada.

“Hush!Mana ada!Siapa cakap saya suka dia?”Aishah kelihatan gelisah.Dafi ketawa kecil.Dia menepuk-nepuk lagi kepala Aishah.

“Kita ada adik tau,baru umur 4 tahun.Comel macam awak.”

“Ye ke?Aishah tak nampak pun tadi?”Aishah tersenyum.(Tak sangka dia mempunyai seorang adik perempuan..selain seorang abang segera)

“Dia tengah tidur masa awak datang.Namanya Dafisha.”Dafi terdiam seketika.“Baru saya perasan..mummy namakan Dafisha sempena nama saya dan awak..Dafi dan Aishah..Dafisha.”

“Oh..”Suara Aishah hambar.Perasaan marah kepada Datin Nasya masih membara.Entah bila akan terpadam.Dia hanya tertunduk.

“Apapun kesalahan mummy,dia tetap emak awak,Aishah.Syurga itu di telapak kaki ibu.”Dafi berjalan di hadapan Aishah menuju ke wad VIP yang menempatkan Akem.Dia menoleh ke belakang. “Awak tak nak lawat Akem?”

“Oh..”Aishah perlahan-lahan menuruti langkah Dafi.Fikirannya masih menerawang mengenai emaknya.(Perlukah aku melupakan kesalahan emak?)

*****

Dafi dan Aishah masuk ke dalam wad ketika Nubhan sedang menyuapkan bubur ayam untuk Akem.

“Hah,dah datang pun,buruk benar den yang suapkan si Akem nih,meh Aishah..patutnya girlfriend yang suapkan boyfriend.”

“Hush!Mana pulak aku girlfriend dia?”Aishah kelihatan bengang diusik Nubhan.

“Apa pulak?Betullah tu!”Akem menyampuk sambil tersengih.

“Siapa nak jadi girlfriend orang yang bengong?”Aishah menjeling geram.

“Aku sampai patah kaki selamatkan kau,kau cakap aku bengong?Sengal!”

“Aku tak suruh pun kau selamatkan aku.Ngok!”

“Wooo..woo..relaks.”Dafi menolak Aishah menghampiri Akem yang terlantar di atas katil.Dia mengambil mangkuk bubur yang dipegang Nubhan dan diberikan kepada Aishah.

“Dengar cakap abang,suap dia makan.Adik kena dengar cakap abang.”Dafi tersenyum sambil menarik telinga Aishah.Aishah menunjukkan muka sakit apabila telinganya ditarik Dafi.

“Abang?Adik?”Akem dan Nubhan bertanya serentak.Simbol tanda tanya bermain-main di atas kepala masing-masing.

“Panjang cerita dia..yang pasti,aku baru tau Aishah ni rupa-rupanya adik tiri aku.”

“Ya Allah,aku bersyukur!”Akem menunjukkan muka yang amat lega.Tiba-tiba riak wajahnya berubah.“Hush,tapi dalam Islam adik beradik tiri lain ibu dan bapa boleh kahwin..hoh!”

“Kau jangan risaulah,aku takkan pandang Aishah lebih daripada seorang adik.”

“Ohh..”Akem tersenyum kembali.Rasanya ingin dia mencium pipi Dafi.Bakal abang iparnya.Dia mula membayangkan perkahwinannya dengan Aishah yang hampir menjadi realiti.(Perkahwinan di dalam taman bunga.Menaiki kuda.Bersanding di udara dengan memakai parachute.Bulan madu di Itali,Perancis dan England.Mendapat 10 orang anak..50 orang cucu..menunaikan haji bersama-sama di Mekah..).

“Kau berangan ke apa?”Nubhan bertanya.Dafi dan Aishah turut hairan melihat Akem tersenyum seorang diri macam baru menang loteri.

“Err..er..sorry..ermm,abang..eh,Dafi..”Akem tersengih.Dafi mengecilkan matanya.(Gatal benarlah tu..).“Dafi,aku nak minta kau gantikan tempat aku sebagai kapten untuk game dengan Edward nanti.”

“Akem,kau biar betul?Kau percaya aku?”Dafi mengerutkan dahinya.

“Aku percaya kau.Kau akan membantu Coach Aaron membimbing pasukan kita dan kalahkan Edward habis-habisan.Kau mesti hancurkan Edward dalam game ini.Walaupun sekadar persahabatan,St.Jacob mesti tundukkan Edward.”

Dafi memandang kedua belah kaki Akem yang patah dikerjakan Chaq dan budak-budak pasukan ragbi Edward All Boys School.Semangatnya membara.

“Akem,St.Jacob akan patah-patahkan semangat Edward seperti mana diorang patah-patahkan kaki kau.St.Jacob..victory!”Dafi menggenggam erat tangan Akem.

“Sekali lagi!”Jerit Nubhan.Dia turut menggenggam tangan Akem dan Dafi.

“St.Jacob..victory!”Akem,Dafi dan Nubhan menjerit serentak.Aishah terharu melihat semangat mereka bertiga.

“Opps..mana aci,kitaorang pun nak jugak!”Aril masuk semula ke dalam wad dengan pasukan ragbi St.Jacob.Walaupun dihalang jururawat,mereka tidak peduli.Mereka ramai-ramai mengerumuni Akem dan meletakkan tangan bersama-sama.

“St.Jacob!Victory!”

Semangat St.Jacob memenuhi setiap ruang hospital.Laungan itu berulang-ulang dan bergema.Aishah memandang keajaiban yang berlaku di hadapan matanya.

Tiada lagi geng Akem dan geng Dafi.Yang ada cuma St.Jacob dengan satu semangat berkobar-kobar..victory!

*****

Hari yang ditunggu sudah tiba.Perlawanan persahabatan antara Sekolah Menengah St.Jacob dan Edward All Boys School akan berlangsung tidak lama lagi.

Dafi di bilik persalinan memastikan kesemua 15 ahli pasukan ragbi St.Jacob memakai pad keselamatan.Mereka ada dendam peribadi dengan Edward dan dendam itu memungkinkan segala hal boleh berlaku.Keselamatan harus diutamakan.

Dafi juga bersedia menggantikan tugas Akem sebagai fly half.Walaupun agak gentar,dia yakin dapat menghadiahkan beberapa gol untuk St.Jacob.Coach Aaron masuk ke dalam bilik persalinan.Dia sedikit kesal kerana Akem tidak dapat berjuang pada hari ini.Namun jauh di sudut hati,Coach Aaron yakin Dafi dapat memikul tanggungjawab sebagai kapten dan juga fly half.

“St.Jacob!”Coach Aaron berdiri dengan anak-anak buahnya mengelilinginya.“Walaupun kapten anda semua tiada,saya pasti anda semua dapat bekerjasama dan membenamkan Edward All Boys School.”

“Victory!”Kesemua ahli pasukan ragbi bersorak.

Coach Aaron tersenyum melihat semangat anak buahnya.Walaupun dia hanya kembali beberapa bulan lepas kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.Dia bangga kerana Akem berjaya melaksanakan tugasnya membimbing mereka.

Dafi terduduk di atas bangku.Cabarannya begitu besar.Dia mengambil telefon bimbit Nubhan di dalam beg Adidas.Panggilan video 3G didail ke nombor abang Akem,Farid.

“Hello Kapten Dafi!”Akem tersenyum di dalam skrin Nokia N97 Dafi.

“Hello Kapten Akem..”Dafi tersenyum kembali.

“Dafi,kita mesti menang!”Akem mengangkat ibu jarinya.Bersemangat.

“Ya..kami akan lakukan untuk kau.Mahfuz akan 3G kau untuk siaran langsung di sini.Kau terus guna handphone abang kau.”

“Aku tau la,Blackberry Bold aku takde video call.Okay,St.Jacob victory!”

“St.Jacob Victory!”

*****

Persembahan pancaragam sekolah yang diketuai oleh Zul baru sahaja berakhir dengan marching lagu Ikenai Taiyou dari Orange Range dan We Will Rock You dari Queens.Pasukan sorak yang diketuai Isma menyambung acara pembukaan dengan rutin tarian dan sorakan yang hebat.

Ketika dilambung ke udara.wajah Akem bermain-main di minda Aishah.Terbayang-bayang semangatnya untuk melihat St.Jacob menjadi pemenang.Wajahnya ketika mempertahankan Aishah daripada Chaq dan pelajar-pelajar Edward.Semuanya bermain semula seperti tayangan filem.Hari ini sorakannya bukan sahaja untuk pasukan ragbi St.Jacob malahan secara peribadi untuk Akem yang berada di hospital.Biarpun disindir penyokong fanatik Edward,dia tidak peduli.

Suasana di padang ragbi St.Jacob riuh rendah apabila kedua-dua pasukan masuk ke padang dan saling bersalam-salaman.

“Mana kapten korang?”Seorang ahli pasukan ragbi Edward bertanya sinis kepada Nubhan.

“Kapten kitaorang ada di belakang.Kenapa kau takut?”Nubhan bertanya geram.

“Oh,Dafi?Aku takuttt..haha..” Sampuk yang di belakang sambil ketawa kecil.

Nubhan menggenggam penumbuknya.Geram.Aril di belakang menenangkannya.

Akhirnya sampai giliran Dafi bertemu Chaq.

“Kapten baru..Dafi.Aku harap kau tak main kotor macam Akem.”Chaq tersenyum sambil menggenggam tangan Dafi.

“Dia dah berubah.Lagipun dia dah dikenakan kad merah dan digantung 3 perlawanan semasa dia tendang kau.Kau tak patut patahkan kedua-dua kaki dia.Kau hanya patah satu kaki saja kan?”Dafi menggigit bibirnya.Geram.

“Berani buat,berani tanggung.Aku harap pasukan kau dapat buat try banyak-banyak untuk buat conversion.Good luck.”Chaq melepaskan genggaman tangannya dan menuju ke posisinya sebagai fly half pasukan Edward.

Dafi dan rakan-rakannya membuat bulatan dan memaut bahu antara satu sama lain.Semangat mereka membara.

“St.Jacob victory!”

Pautan itu dilepaskan dan masing-masing mendapatkan posisi masing-masing.Wisel dibunyikan pengadil.

St. Jacob mendapat try pertama seawal minit ke-10 memberi peluang untuk mereka membuat conversion.Sebagai fly half,tendangan Dafi yang garang melepasi palang gol Edward.Kesemua penyokong St.Jacob bersorak gembira.Zul merancakkan lagi pukulan dram dan ahli pasukan sorak terus melakukan sorakan.

Tendangan pertama milik Dafi..Edward naik pucat lesi..St.Jacob!

Akem yang menonton melalui 3G menjerit gembira sambil memeluk Farid yang menemaninya di hospital bersama Lisa.Chaq tersenyum sinis ke arah Aishah yang sedang bersorak.Walaupun sedikit terganggu tetapi Aishah tidak mempedulikannya.

St.Jacob terus menggandakan asakan dengan melakukan fasa yang sedikit di bahagian forward.Asakan itu untuk back-line melakukan larian dan try melalui Obri dan juga Aril.Asakan dan asakan bertalu-talu.Berpuluh-puluh try memihak kepada pasukan St.Jacob.Edward agak kelam kabut.Jurulatihnya sudah mula menyepak bangku.Coach Aaron hanya tersenyum.Kagum dia melihat semangat anak-anak buahnya kali ini.Mereka langsung tidak memberi ruang untuk Edward melepasi palang gol mereka.

Pengadil meniupkan wisel sebagai tanda rehat sebelum memasuki babak kedua.Semua ahli pasukan ragbi mendapatkan 100 Plus dan masing-masing terus menegur minuman isotonik itu untuk memulihkan tenaga.Dafi mencari-cari tuala kecil untuk mengesat peluhnya.

“Dafi..”

Mila tersenyum sambil menghulurkan tuala kecil berwarna pink kepada Dafi.

“Terima kasih..Mila..”Dafi mengambil tuala itu sambil tersenyum kembali.

Pengadil meniupkan wisel.

“Dafi pergi dulu..”Dafi mencubit pipi Mila sebelum berlalu masuk ke padang.Hati Mila berbunga-bunga.Harapannya besar untuk bersama Dafi semula.

Babak kedua pula menyaksikan St.Jacob terus garang dalam usaha menambah lagi bilangan mata.Pasukan Edward cuba bangkit.Tapi segalanya serba tak kena seperti mereka dibomohkan walaupun hakikatnya tidak.Walaupun mereka berusaha menarik pemain St.Jacob supaya rebah ke bumi tetapi usaha itu hanya sia-sia.Pasukan St.Jacob seolah-olahnya dirasuki satu semangat.

Walaupun memasukkan barisan back line baru mereka tetap lembik dikerjakan St.Jacob.Minit-minit terakhir,Dafi mendapatkan bola untuk melakukan conversion hasil try daripada Nubhan.Dengan semangat berkobar-kobar dia menendang bola bujur itu.Berpusing-pusing.Semua orang menanti dengan hati yang berdebar.Sebaik sahaja bola ragbi itu melepasi palang gol St.Jacob,wisel ditiup menandakan perlawanan tamat.Semua ahli pasukan ragbi St.Jacob memeluk Dafi.

Seluruh warga St.Jacob berpesta dengan keputusan 45-00.Ternyata pasukan Edward dibelasah habis-habisan.Pasukan pancaragam memainkan semula lagu ‘We Will Rock You’.Pasukan sorak mebuat pelbagai aksi gimnas.

Aishah berlari ke arah Dafi,membuat split sebanyak 3 kali sebelum mendarat dengan gayanya.

“Wow!”Dafi tersenyum melihat aksi Aishah.

“Tahniah..akhirnya Edward kena belasah gila-gila!’

“Ya,betul!”Dafi dan Aishah saling memberi tepukan high five.

“Dafi..”Chaq menghampiri Dafi sambil menghulurkan tangan.Dafi dan Aishah berpandangan antara satu sama lain.

“Ye,kenapa?”

“Aku nak ucapkan tahniah kepada team kau.Semoga Akem cepat sembuh!”Chaq tersenyum sebelum berlalu pergi.Selamba.

“Saya betul-betul tak faham perangai orang lelaki..belasah bagai nak rak lepas tu buat muka toya macam tak de apa-apa.”Aishah menggeleng-gelengkan kepala.

“That’s why man from mars and woman from venus.Totally different!”Dafi tersenyum.

“Dafi..Aishah..Akem nak cakap.”Mahfuz menyerahkan telefon Nubhan kepada Dafi.

*****

Akem gembira melihat wajah Dafi dan Aishah di skrin telefon melalui Experia abangnya.

“Kapten Dafi,tahniah!Gile best betul korang main,geram aku kat sini.”

“Hah,kau kena minum susu banyak-banyak.Ambil benda yang ada kandungan kalsium supaya tulang kau cepat sembuh dan main ragbi lagi!”

“Dafi..terima kasih kerana kau dan kawan-kawan belasah diorang tahap menjatuhkan air muka.”Akem tersenyum puas.

“Tak de hal lah..hoi kau tak nak cakap dengan Aishah ke?”Dafi menunjukkan Aishah di sebelahnya.Aishah memuncungkan bibirnya melihat aksi Dafi.

“Aishah?”Akem tersipu-sipu.Dipandangnya Farid dan Lisa yang semakin dekat dengannya.Sibuk mendengar apa yang diperbualkan.

Menyedari Akem memandang mereka.Perlahan-lahan kedua suami isteri itu dengan muka poyo mengundur diri dan keluar dari wad.

Akem memandang semula ke arah skrin telefon.

“Hai,rindu aku tak?”

Aishah mengerutkan dahinya.Dafi di sebelahnya ketawa mengekek sebelum meninggalkan Aishah.

“Okay,kita buat bahasa isyarat,”Akem tersenyum.“Esok pagi,lawat aku di hospital.Kalau ya tunjuk penumbuk,kalau tak mahu tunjuk karate.”

Aishah menunjukkan penumbuk sambil menjelirkan lidahnya.

“Haha..cute.Okay,last..lagi sekali aku tanya,rindu aku tak?Kalau rindu,matikan telefon..kalau tak rindu panggil semua budak-budak sorak yang cun tu lambai-lambai kat aku.”

Sekelip mata talian itu dimatikan.Akem ketawa mengekek seorang diri.Dia tersenyum sambil memeluk bantal.(Rindu juga kau kat aku ye?Ngeh..ngeh..)

*****

Aishah menekan-nekan pad nombor tetapi malangnya skrin telefon Nubhan gelap gelita.Dia memanggil Nubhan.’

“Nubhan,aku rasa bateri kau dah kong.”

“A’ah ye la..tadi kan Si Mahfuz buat telecast 3G dekat Akem.”

Nubhan mengambil telefonnya dari tangan Aishah.

Aishah menuju ke arah pasukan soraknya sambil berfikir.(Apa agaknya soalan mamat tu tadi?).

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries