Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 15:Kita Bersama Mengejar Mimpi
05 December 2009 | 12:41 PM | 2 comments

Akem melihat jam tangan Omega di tangan kanannya.Sudah pukul 10 pagi.Sesekali dia meninjau-ninjau jika ada kehadiran orang yang dinanti.Tapi batang hidung Aishah langsung tidak kelihatan.

Remote control di tanggannya.ditekan-tekan.Sekejap rancangan MTV,sekejap Nickelodeon dan sekejap Astro Vaanavil.Semuanya diredah.Dia tersandar di bantal.Putus asa.Agaknya Aishah tidak akan datang pagi ini.Rasa nak buang air kecil tiba-tiba menjelma.Tetapi Abang Faridnya pun belum sampai lagi.Diambilnya telefon bimbit di tepi meja kecil.Nombor Farid didail.

“Abang Farid kat mana?Saya nak rasa nak buang nih..kejap lagi sampai?Okay..okay..cepat sikit tau..”

Kakinya tidak bergantung lagi.Cuma masih bersimen.Doktor pun hairan bagaimana tulang kakinya cepat bercantum.Hairan bin ajaib.

Pintu bilik wad dikuak.

“Hah..Abang Farid..huh..Aishah?”

Aishah muncul di hadapan pintu dengan membawa beberapa botol susu.

“Kenapa kau terkejut?Kan kau suruh aku datang?”

“Err..err..”Mati kutu Akem dibuatnya.Rasa nak buang hajat kecil semakin membara.Aishah pula muncul di saat-saat ini.

“Kau kenapa?”Aishah menghampirinya.

“Kau boleh tau jauh sikit..aku rasa tak selesa..”Akem cuba mengundurkan badannya.Bulu romanya meremang menahan niat.

“Kau ni kenapa?Aku karate kang!”Aishah membuat aksi karate lantas mengkarate bahu Akem.Akem rasa seperti hendak menangis menahan hajatnya.

“Ah!!!Aku tak peduli!”Akem mencapai botol kosong di bawah almari dengan tangan panjangnya.“Keluarlah..aku nak kencing!”

“Eii..ngok lah kau nak kencing masa aku datang!”Marah Aishah.

“Aku tak peduli..kau tak nak keluar..karang aku buang depan kau!’

“Bodohlah kau!”Aishah mengambil botol kosong itu dan mengetuk kepala Akem bertalu-talu.

“Wooi..woii..kau janganlah buat macam ni..aku tak tahan nih!”Akem cuba menghalang ketukan itu dengan tangannya.

“Kenapa ni?”Satu suara meleraikan pergaduhan kecil mereka.

Aishah berhenti mengetuk.Akem terkebil-kebil melihat Datuk Aris berdiri dengan wajah yang serius di hadapan pintu.Farid di belakangnya kelihatan agak takut dengan Datuk Aris.

(Alamak..apasal daddy dah pulang?)

*****

Pak Sarip mencedok air dari baldi berwarna merah.Air itu disimbah ke atas gerai bergeraknya.Basikal beroda tiga itu dicuci dengan menggunakan air sabun.Dia bersungguh-sungguh mencuci kenderaan punca rezekinya.

“Abang..”

Suara itu.Pak Sarip berasa seperti sembilu menyucuk hati mendengar suara itu.Suara yang pernah bertakhta di hatinya satu ketika dulu.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.Wanita itu masih cantik seperti dulu.Cuma pakaiannya terlalu mewah.Itu perbezaan yang ketara.

“Macam mana kau tahu rumah aku?”Pak Sarip membuang cebisan kain buruk ke dalam baldi yang berisi air bersih.

“Saya tahu..dari kawan Aishah..anak tiri saya.”Datin Nasya bersuara perlahan.

‘Hah..akhirnya kau nak cari Aishah?Selepas 14 tahun?”Pak Sarip tersenyum sinis.Dia meraba-raba kotak rokok di dalam sakunya.Diambilnya sebatang rokok dan diapit ke bibirnya.Tangannya terketar-ketar menyalakan api rokok dengan mancis.Perasaan marah yang cuba diselindungkan.

“Saya dah jumpa pun dia.”Tanpa dipelawa Datin Nasya duduk di atas anak tangga rumah kayu itu.

“Ye ke?Dia tak bagitau aku pun.”Asap rokok keluar melalui hidungnya.Berkepul-kepul.“Mungkin dia sendiri malu dengan emaknya.”

“Abang..”Datin Nasya menarik nafasnya.Wajah mantan suaminya dipandang dengan serius.“Apapun yang terjadi di antara kita,Aishah tetap anak saya.”

“Anak?Huh..anak..kau pandai beranak je.Anak tu kau tinggalkan masa dia umur 5 tahun.Saat dia perlukan kau.Emak jenis apa kau ni?”Pak Sarip membaling rokok yang baru dihisapnya ke bawah.Rokok itu dipijaknya sehingga lunyai.

“Ya,memang saya salah kerana meninggalkan Aishah untuk mengejar cita-cita saya.Tapi abang pun salah juga.Sejak 14 tahun lepas sehingga hari ini abang masih mengayuh basikal beroda tiga yang sama.Abang tak pernah memikirkan untuk lebih maju daripada dulu.Saya bermula dari model picisan dan kini saya mempunyai agensi model saya sendiri.Tuhan takkan mengubah nasib hambanya kecuali mereka sendiri yang mengubahnya!”Suara Datin Nasya agak meninggi.

“Cakap pandai.Apa pula hukumnya isteri yang meninggalkan suami dan anak?”Pak Sarip masih berkeras.Tangan semakin berketar.

“Sebab itu saya cakap,saya bersalah.Tapi abang pun bersalah.”Datin Nasya memakai cermin mata hitam Christian Dior dan mengangkat punggungnya dari situ.

“Apa yang kau nak?!”Pak Sarip menjerit.Geram.

“Saya cuma nak hak saya sebagai emak Aishah.Saya tetap emak dia.Dia sudah berumur 19 tahun.Saya tak berhak menuntut hak penjagaan kerana dia sudah dewasa.Saya cuma harap abang jangan menjadi penghalang antara saya dan anak saya.”

Datin Nasya berjalan ke arah kereta Rolls Royce yang sedia menantinya dengan pemandu beruniform putih.

Pak Sarip berdiri terpaku di situ.Air mata lelakinya bergenang dan mengalir di pipi cengkungnya.Perasaan marah dan geram berbaur bersama sedikit rindu terhadap mantan isterinya.Meluap-luap dan tak pernah padam.

*****

Datuk Aris memandang Aishah dari atas dan bawah.Lagaknya seperti pegawai polis memeriksa pesalah.

Aishah terdiam di luar wad VIP itu.Hanya dia dan Datuk Aris.Farid menemani Akem di dalam wad.

“Awak siapa?Buah hati Akem?”

“Huh?Err..tak,datuk..saya cuma kawan sekolah.”Aishah sedikit gagap.Pertanyaan sedemikian tidak diduga olehnya.

“Hem..macam mana awak boleh kenal Akem?Bapa awak penjual makanan ringan di Jalan TAR kan?Selalunya Akem memilih kawan yang sama status dengannya.”

Soalan Datuk Aris menimbulkan rasa geram di hati Aishah.Telinganya terasa pedih.

“Saya tak tahu.Datuk boleh tanya anak datuk tentang hal itu.Saya harap datuk tak babitkan abah saya.”Suara Aishah kedengaran tegas.

“Tapi awak setuju dengan kata-kata saya..status awak dan Akem berbeza.Apa motif di dalam persahabatan awak dan dia?”

“Datuk!”Wajah Aishah kelihatan kecewa.“Saya tak pernah minta bersahabat dengan anak datuk.Datuk boleh tanya seluruh warga St.Jacob bagaimana Akem membenci saya dan begitu juga saya.Saya cuba mengelak untuk berbaik dengannya.Tapi datuk,persahabatan itu datang dengan sendiri.Orang yang saya paling benci itu menjadi salah seorang lelaki yang penting selepas abah saya.Saya bukan kekasih dia tapi Akem penting buat saya.Bukan kerana rupa atau harta..kerana dia Akem.Sekalipun dia anak gelandangan,dia tetap penting buat saya.”

Aishah mengesat air matanya.Geram,sedih dan kecewa dengan pertanyaan Datuk Aris.Seolah-olah persahabatan mereka berlandaskan wang ringgit semata-mata.Murahan dan tidak bermakna.

“Terima kasih.”

Datuk Aris menepuk perlahan kepala Aishah.Aishah tersentak.Dia tidak mengerti ucapan terima kasih yang dilafazkan Datuk Aris.

“Terima kasih?Terima kasih untuk apa?”

“Terima kasih kerana mengubah Akem.”Datuk Aris tersenyum.“Maafkan saya kerana ingin menduga awak.”

Aishah terkebil-kebil.Keliru.(Menduga?)

“Saya mengikuti perkembangan awak dan Akem melalui Pak Syed dan abang Akem,Farid.Mungkin tanpa awak sedari ada mata-mata yang memandang awak dan Akem.”Datuk Farid terdiam seketika.“Sebenarnya..Akem terlalu manja dengan mamanya.Semenjak pemergian isteri saya,Akem berubah sikap.Dia baran dan sombong.Saya pun tak tahu kenapa,mungkin dia cuba melindungi kesedihannya.Mungkin juga salah saya yang membiarkannya begitu.Dia tidak pernah menghormati sesiapa kecuali saya,abangnya dan kakak iparnya.Awak telah mengubahnya.”

Datuk Aris menuding jarinya ke arah Aishah.

“Awak mengubahnya menjadi lelaki yang menghormati orang lain tanpa mengira status.Mengubahnya menjadi seorang yang penyabar dan pemaaf.Mengubahnya menjadi lelaki yang berani menghadapi ketakutannya,Mengubahnya untuk mencintai sekolah dan masa depannya.Mengubahnya supaya bersahabat dengan semua orang dan tidak memukul orang mengikut hatinya.”

Aishah terdiam.Secara kasarnya dia tidak menduga yang Akem berubah kerananya.

“Apa yang perlu saya lakukan untuk membalas jasa awak?’

“Datuk..”Aishah terharu.Pelbagai perasaan berbaur di dalam hatinya.

“Saya bangga kerana syarikat saya menaja biasiswa awak..tapi itupun saya rasa tidak cukup untuk membalas jasa awak.Jangan ketepikan Akem..bimbing dia menjadi manusia berguna.Anak lelaki tak guna saya hanya dengar cakap awak.”Seloroh Datuk Aris sambil tersenyum.

“Saya percaya sifat-sifat positif Akem datang daripada datuk.”Ujar Aishah sambil membalas senyumannya Datuk Aris.

“Ha..ha..ha..”Datuk Aris ketawa terbahak-bahak sambil berlalu masuk ke dalam wad.Aishah tersenyum lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Akem dan Farid saling berpandangan.Tidak mengerti lagi tidak memahami.

*****

Pejam celik..pejam celik..peperiksaan STPM bakal menjelang esok hari.Di saat pelajar-pelajar lain seronok bercuti,pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas terpaksa bertungkus-lumus menelaah pelajaran di saat-saat akhir.

Akem tidak lagi memakai simen tetapi dia tidak dibenarkan berlari untuk tempoh beberapa bulan lagi.Dia membaringkan diri di atas rumput hijau yang terbentang luas.Matanya sayup memandang awan di langit biru dengan burung yang berkicau-kicauan.Tenang rasa hatinya.

“Hoi,ekau nak study ko..nak membuto?”

Wajah Nubhan yang muncul di hadapannya mematikan kesyahduannya.

“Eii..kacaulah kau!”Akem bingkas bangun sambil menolak kepala Nubhan.Pagi itu bertempat di padang ragbi hampir keseluruhan pelajar STPM melepak di situ sambil belajar secara berkumpulan.Selain Akem dan Nubhan,terdapat juga Dafi,Aril,Isma,Zul,Nadia,Stacy,Marsha,Dayana,Hafiz dan Mahfuz.

“Dia rindukan Aishah tu..tu pasal tak boleh study.”Mahfuz ketawa kecil.

“Amboi,kau pandai ye sekarang Mahfuz..aku tarik-tarik telinga kau.”Usik Aril sambil menarik telinga pengawas pusat sumber yang paling skema di St.Jacob.

Semua yang ada di situ ketawa melihat gelagat Aril dan Mahfuz.Akem juga turut ketawa.Ingatannya melayang kepada Aishah yang berada di kampung neneknya di Kuala Selangor.Dia tidak sabar menanti Aishah pulang semula ke Kuala Lumpur untuk peperiksaan STPM.

Buku nota Ekonomi dibukanya.Helaian hadapan.

Akem yang bengong,

Study elok untuk STPM walaupun aku tak de.Hei,kau percaya aku kan?Aku percaya kau!Menuju puncak menara gading tujuan kita.Kita bersama mengejar mimpi!

P/S:Kalau kau tak dapat result gempak..aku belasah kau!:D

Yang mempercayai kau,

Aishah

Entah bila Aishah menconteng buku notanya.Bagi Akem,tulisan itu menjadi sumber inspirasinya untuk menghadapi STPM.Senyuman manis terukir di wajahnya. (Aku percaya kau..ya,kita akan bersama mengejar mimpi!).

*****

Nelayan-nelayan yang baru pulang memikul pukat masing-masing.Yang baru sampai ada yang menarik bot.Suasana agak riuh dengan pemborong yang mula tawar-menawar harga ikan dengan para nelayan.

Langit nampak indah dan kekuning-kuningan.Mentari di kaki bukit semakin malu untuk menjemput bulan mengganti tempatnya di kala malam.

Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Udara nyaman di tepi kuala itu dihidunya.Sesekali terhidu bau hanyir ikan.Tetapi dia sudah lali dengan bau itu.Tidak ada apa yang perlu didefinisikan sebagai bau busuk.

Walaupun menyampah dengan gelagat Akem,jauh di sudut hatinya dia tidak sabar untuk menghadapi STPM bersama Akem dan rakan-rakannya di St.Jacob.Malam ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula.

“Termenung jauh nampak.Ingat seseorang?”

Aishah tersentak dari lamunannya.Qhaud tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Aishah.

“Tak de lah.Cuma memikirkan pasal STPM esok.Cepatnya masa berlalu..hari yang dinanti pun dah tiba.”

“Aku ingat kau teringatkan pakwe kat sana.”

“Pakwe?Tak de lah..kawan banyak..kawan..kawan..kawan..dan kawan..banyak kawan.”Aishah tersenyum.

“Baguslah,mungkin aku masih ada ruang untuk hati kau..”

“Hah?”Aishah memandang ke arah Qhaud.

Janji itu.Dia hampir terlupa janjinya kepada Qhaud.Jawapan terhadap lamaran cinta yang akan diberikan selepas STPM.Sebenarnya dia sendiri keliru tentang makna cinta.Dia hanya tahu Napoleon Bonaparte atau Christopher Columbus bukannya kekasih atau pakwe.Dia hanya mengingati Hikayat Merong Mahawangsa bukannya lirik lagu Aku Cinta Padamu.Naifnya dia dengan rasa cinta.

Mentari semakin hilang cahayanya.Suasana senja bertukar perlahan-lahan daripada kemerahan kepada kebiruan.Kelip-kelip bercahaya menari-nari di tepi kuala,

Aishah mengeluh kecil.(Hai kelip-kelip..aku sudah rindu akan St.Jacob..bawa aku pulang segera terbang ke Kuala Lumpur dengan sayap kecil kalian!)

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries