Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Ku Kejar Kau Lari:Chapter 16:And..The Reason Is You
06 December 2009 | 2:24 AM | 0 comments

Hampir dua minggu lebih menghadapi STPM bukanlah masa yang membanggakan buat Akem.Kalau boleh dia mahu habiskan cepat-cepat peperiksaan.Kertas yang terakhir iaitu Bahasa Melayu 1 memanglah matapelajaran yang tak digemari Akem.Mahu berdarah hidung dia menjawab soalan subjek itu walaupun sekadar soalan objektif.
“Sila letakkan pensel anda..”
Mendengar arahan keramat itu membuatkan Akem berasa ingin terbang tinggi seperti Superman.Rasanya bagai terlepas hukuman gantung seumur hidup.Dijelingnya Aishah yang berada tidak jauh di hadapannya.Walaupun di saat-saat akhir,Aishah masih mencuri masa untuk menyemak soalan.(Huh!)
Sebaik sahaja pelajar dibenarkan keluar daripada dewan.Sorakan kegembiraan mula kendengaran.
“Yahooooooooooooooooo!!!!”
“Merdeka! Merdeka!”
“Merry Christmas!”
“Happy Deepavali!”
“Jangan merokok!Muahahahaha!”
Akem terkebil-kebil mendengar pelbagai jeritan pelajar-pelajar lelaki.(Jangan merokok la puloks!).Nubhan menepuk bahunya dari arah belakang.
“Come on bebeh..jum kita pergi auditorium.”
“Auditorium?Ada apa?”Akem terpinga-pinga.
“Kita terlibat sebagai AJK prom.”
“Aik,macam mana boleh naik nama aku?”
“Aku yang tulis..hahahaha..”Nubhan ketawa nakal.
“Apehal lak?”
“Alah,Stacy beriya nak jadi AJK..dia minta aku join..takkan aku sorang je budak kelas kita?Jadi,aku tulis nama kau sekali..”
“Kau nih..gigirl betullah..jadi AJK prom pulak..tu kan keje pompuan.”
“Jangan risau..bahagian backdrop je..karang kita mintak le bebudak lain tolong sama..boleh aaa..boleh aaa.”Nubhan merayu bersungguh-sungguh.
“Kau pergilah sorang..tak nah ah.”Akem berjalan laju meninggalkan Nubhan.
“Aishah jadi AJK jugak tau..”
Secara automatik Akem berpatah balik apabila mendengar kata-kata Nubhan.Dia terus menarik beg galas Guess yang disandang Nubhan.
“Mari sahabatku!Tak sabar aku ingin berbakti untuk St.Jacob.”
Nubhan ketawa kecil.(Pigi rah!).
*****
Sampai di dalam auditorium,ada lebih kurang 15 orang pelajar di situ termasuk Aishah,Stacy dan Isma yang sedang berbual sesuatu dengan ibunya,Principal Tiara.Yang lain-lainnya merupakan pelajar tingkatan empat dan lima.
Aishah kelihatan terperanjat melihat Akem tersengih-sengih masuk bersama Nubhan.Sepanjang peperiksaan STPM ini mereka sekadar ‘hai hai bye bye’ kerana masing-masing sibuk menumpukan perhatian kepada STPM.Janggal pulak rasanya apabila memikirkan sepanjang minggu ini mereka akan bekerjasama untuk majlis prom ini.
Isma mendapatkan mikrofon dan mengetuk-ngetuk mikrofon.
“Testing..testing..1,2,3..4,5,6,..7,8,9..10,11,12..”
“Copeklah!”Nubhan separuh menjerit.(dua,tigo,ompek..semua nak dikira..ingat kuiz matematik ko apo?).Isma tersengih-sengih memandang ibunya yang berdehem kecil.
“Pertama kali tahniah buat anda semua kerana kita baru saja selesai menjalani peperiksaan STPM dan SPM.”
“Yeaaa..”Kesemua pelajar yang berada di auditorium itu bertepuk tangan dengan gembira.
“Sekarang..sampailah masa untuk majlis prom meraikan senior form five dan upper six!”
“Yeeehaaaa!”Kesemua mereka bertepuk tangan lagi.Principle Tiara yang sememangnya sporting turut menepuk tangannya bersama-sama Puan Khadijah dan Cikgu Hairi.
“Acara prom merupakan acara tahunan St.Jacob..sepertimana yang anda tahu..setiap tahun kita ada..party.”
“Yeaaaaa..”
“Kita ada..tarian..”
“Weee…”
“Yang penting..kita ada Homecoming King and Queen.”
“Fewitt!”Akem dan Nubhan semakin galak.
Aishah terkebil-kebil mendengar kata-kata Isma.(Kira untung juga aku masuk sekolah ni..kalau tak,tak merasa aku prom segala..).
“Dan juga Cikgu Hairi yang akan monitor disiplin pada malam itu.”
“Alaaaaaa..”
Cikgu Hairi hanya tersenyum mendengar respons pelajarnya.(Dah habis exam..cikgu bagi chance korang nak ala..).
“Sekarang saya mempersilakan our beloved principal,Puan Tiara..my mummy.”
Principal Tiara mengambil mikrofon dari Isma.Dia tersenyum manis melihat para AJK prom tahun ini.Semuanya kelihatan bersemangat.Maklumlah kepala masing-masing dah ringan.
“My beloved students,tahniah kerana anda berjaya menjalani STPM dan SPM dengan selamat.Okay sebagaimana yang anda tahu,majlis prom ini diadakan untuk meraikan senior St.Jacob iaitu student form five dan upper six.Anugerah Homecoming King dan Queen untuk pelajar upper six dan seratus peratus undian daripada rakan-rakan anda di malam prom nanti.Saya ada berita baik untuk anda..”
Principal Tiara mengeluarkan sekeping surat daripada sampul surat.
“Tema malam prom itu ialah ‘Fairy Tales’..jadi saya harap anda pakai kostum yang sesuai.Untuk lantai tarian,saya namakan segmen itu ‘Sehati Berdansa’..ini istimewa sikit.Sebab..”
Semua mata memandang ke arah Principal Tiara.wanita berusia 40-an yang masih cantik bergaya itu tersenyum manis.
“Sebab..kita mengundang juri khas merangkap pengacara untuk segmen itu iaitu..”
Principal Tiara sengaja membisu seketika.Menguji kesabaran pelajarannya.
“Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya!”Jerit Principal Tiara sambil mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar.Terutamanya Nubhan dan Akem.
“Scha!Scha!Aku minat Scha..aku minat Awan Dania.Cun gila!”Nubhan tersenyum riang.
“Aku pun..aku pun..aku minat Scha..”Akem turut bergembira.“Boleh aku tangkap gambar dengan dia..boleh..”
Nubhan menekup mulut Akem sambil memuncungkan bibirnya ke arah Stacy dan Aishah di hadapan mereka.Kedua mereka memandang Nubhan dan Akem seperti hendak makan.Tambah-tambah Stacy.(Ohh,Nubhan..kau minat Scha?Aku kerjakan kau nanti..kalau kau mati pun aku bangunkan dan kerjakan kau!)
“Apa lah Scha..aku tak minatlah..uwek!Tak minat Scha!Aku minat Fahrin.”Kata Akem sambil menolak tangan Nubhan.Sedikit gabra.
“Samolah den..den pun minat Abang Fahrin..hensem,gagah dan sesuai diteladani.Principal,teruskan..mahap ler.Kami berdua memang peminat Fahrin,minat sangat dia berlakon cito Nur Kasih.Scha?Huh!Tak minat langsung!”Nubhan menggeleng-gelengkan kepala.Bimbang Stacy akan mengamuk.
Akem mencebik bibirnya.(Bila masa pulak Fahrin berlakon Nur Kasih?).
Principal Tiara hanya ketawa kecil melihat gelagat Nubhan dan Akem.Dia menyambung semula ucapannya.
“Saya harap AJK prom dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.Saya kembalikan taklimat ini kepada Isma.”
Isma mengambil semula mikrofon dari tangan ibunya.
“Baiklah..saya akan bahagikan tugas anda..”
Semua pelajar memasang telinga.
*****
Ramalanku benar belaka.Sememangnya dia ditugaskan dengan Akem untuk membeli barang-barang hiasan untuk Majlis Prom Fairy Tales yang akan diadakan di dewan sekolah.Aishah mundar-mandir menanti Akem menjemputnya di rumah.
Setelah apa yang mereka lewati bersama,Aishah akui ada kejanggalan dalam persahabatan mereka.Apapun Aishah bertekad untuk melayan Akem seperti biasa.
Pon!Pon!
Aishah hampir melompat mendengar bunyi hon kereta.Rasanya nak saja dia siku kepala pemandu Mazda RX7 berwarna biru dan putih.(Buat terkejut orang je!Dia ingat dia tu Takumi Fujiwara dalam Initial D?)
Akem menurunkan cermin keretanya.
“Cepatlah!Tunggu apa lagi?Tercegat macam tiang elektrik buat apa?”
Aishah menjelir lidahnya.(Membebel!).
“Eii..kau ingat kau tu puppy Paris Hilton ke apa?”Akem masih membebel walaupun Aishah sudah masuk ke dalam kereta.
“Jalanlah!!!”Aishah menjerit betul-betul di tepi telinga Akem.
Seperti dipukau Akem terus memandu kereta.Gegendang telinganya bergegar seperti baru mendengar bunyi enjin kapal terbang berlepas.
*****
Akem dan Aishah memasuki One Stop Party Shop di Desa Sri Hartamas.Kedai itu mengadakan promosi hebat sempena Krismas yang bakal menjelang.Kostum Santa Claus dan topeng Rudolph The Red Nose Reindeer dipamerkan di sana-sini.Agak menyukarkan Akem dan Aishah untuk mencari perhiasan berkaitan tema Fairy Tales seperti yang dipinta.
“Aaah..dah jumpa!”
Akem memeluk patung Grumpy yang berwajah garang.Lengkap dengan 6 orang kerdil yang lain seperti Doc,Sneezy,Dopey ,Bashful,Sleepy dan Happy.
“Snow White and 7 Dwarfs..pandai!”Aishah tersenyum memandang Akem yang seronok memeluk patung 7 Dwarfs.
“Yang ni tahu?”Aishah memeluk boneka udang galah yang berlampu.
“Tau.”Akem cuba berfikir.Dia tersenyum.“Sebastian The Lobster…Little Mermaid.”
“Pandai pun.Tapi..aku nak yang ni sangat-sangat.”Aishah menuju ke arah belon udara berbentuk 3 orang Cupid.Masing-masing memegang panah asmara.
“Cupid jenis apa ni?”Akem mengerutkan dahinya.
“Jonas Brothers..Night At The Museum 2?”Aishah memandang Akem.(Loh..takkan tak tahu?).
“Jonas?Eew..”Akem cuba membuat muka loya tetapi dia disiku Aishah.“Okaylah..janji aku nak 7 Dwarfs tu..dan lepas prom aku nak si Grumpy tu..hahahaha..”
Akem mencekak pinggangya sambil ketawa.Ketawa penuh kejahatan seperti Lord Voldermot.Aishah tidak memahami mengapa Akem begitu meminati Grumpy.Mungkin kerana wajah Grumpy garang sepertinya.
Selain boneka kisah dongeng Disney,mereka juga membeli beberapa hiasan tambahan seperti bunga dan lampu berwarna-warni.Nubhan berjanji untuk mengumpul kroni bagi menyiapkan replika kastil dan gerbang yang dibuat daripada polisterin.
Besar harapan mereka agar majlis prom itu berlangsung dengan gaya mood ceritera dongeng yang diharap-harapkan Principal Tiara.
*****
Sampai di dewan sekolah St.Jacob,suasana sunyi dan sepi.Akem dan Aishah saling berpandangan.Rasanya mereka orang yang terawal datang ke dewan itu untuk membuat persiapan majlis prom.
“Okay,kita letak dulu barang-barang ni kat sini.”
Aishah mengangguk mendengar arahan Akem.Dia membantu Akem meletakkan semua boneka-boneka dan bunga-bunga di tepi pentas.
“Kau nak air tak?”Akem bertanya sambil bingkas bangun menuju ke mesin minuman tin.Aishah menggelengkan kepalanya.
Akem mengerling ke arah Aishah sambil memilih-milih minuman tin yang dikehendakinya.Dia teringatkan kata-kata Lisa.(Ajak dia ke prom..).
Akem mengambil tin minuman 100 Plus dan berjalan menuju ke arah Aishah.Dia duduk di sebelah Aishah.Membuka air tin itu dan menghirupnya.
“Errr..malam prom ni kau..kau..”(Alamak..gagaplah pulak..)
“Dah datang dah penyakit gagap kau..tu lah..lain kali jangan suka tengok citer Shahrukh Khan..dia kan gagap..”
“Diam boleh tak?Aku nak cakap ni.”Akem memandang Aishah.(Tetibe Shahrukh Khan).
“Okay..kau cakap..cakaplah!”
Akem terdiam.Entah kenapa dia mati kutu.Lidahnya rasa berbelit-belit hendak membina ayat.(Sudi tak awak teman saya ke malam prom nanti?Huh..loya!Hoi,kau temankan aku malam prom!Huh..macam gangster.Dinda bolehkah menemani kanda malam prom nanti..ceh..lagi mengarut!).
“Aishah!”Akem memandang Aishah.“Jom,kita menari..”
“Kau ni dah buang tebiat ke apa?”
“Alah,jomlah!”Akem menarik tangan Aishah.Dia meletakkan tangan kiri Aishah di bahunya dan tangan kirinya di pinggang Aishah.Aishah tergamam.Seumur hidup dia tidak pernah menari.Tangan kanannya dipegang lembut Akem.
“A..aku..tak pandai menari..”Suara Aishah ada nada gementar.
“Tak pe senang je..satu,dua,tiga depan..satu,dua,tiga belakang..kiraaan yang sama juga untuk kanan dan kiri.”Akem tersenyum.
“Ta..ta..pi tak de muzik.”(Aku pulak yang gagap..)
Ada..”Akem bersiul sebuah lagu.Sambil bersiul dia membimbing Aishah mengikut langkah tarian yang betul.Lama kelamaan Aishah bisa mengikut langkah tarian Akem.Dia tersenyum puas.(Cilamak..sekali rasa macam Cinderella la..).
Akem terus bersiul.Aishah mengamati lagu yang disiulkan Akem.Irama itu bermain-main di mindanya.
“Lagu apa ni?”Aishah bertanya sambil menari.
“I’m not a perfect person..”Akem menyanyi sambil tersenyum.
“The reason!”Aishah menjerit.Akem mengangguk.Dia menarik Aishah ke tengah dewan dengan langkah tarian.
“There’s many things I wish I didn’t do”Akem menyanyikan lagi lagu nyanyian Hoobastanks itu. “But I continue learning..I never meant to do those things to you..”
Akem memandang tepat ke mata Aishah.Lagu itu seolah-olahnya lagu yang ditujukannya buat Aishah.Lagu kisahnya dan Aishah.Kisahnya yang membuli Aishah dan akhirnya dia berubah kerana gadis itu.Aishah juga terdiam memandangnya.Matanya jernih membalas pandangan Akem.
“And so I have to say before I go..”Akem cuba mengalih perhatian Aishah dengan menyanyi lagu itu dengan kuat.Dia sendiri gementar memandang mata bundar gadis di hadapannya.
“I found the reason for me..to change how I used to be..”Akem menguatkan lagi suaranya.Aishah ketawa kecil melihat gelagat Akem.
“A reason to start over new..and the reason is..you..”Akem bersuara perlahan.Tidak lagi kedengaran seperti nyanyian tetapi lebih kepada berbisik.Meniup ke telinga Aishah dan terus ke hatinya.Aishah tergamam.Pandangan mata mereka saling bertaut.
Perasaan yang tidak dapat dibendung lagi.Dia benar-benar sayangkan gadis di hadapannya.Tapi Akem sendiri keliru dengan Aishah.Apakah gadis itu juga menyukainya?Atau dia mempunyai orang lain?
“Aishah!”
Pegangan tangan Aishah hampir terlerai daripada genggaman tangan Akem.Tarian mereka terhenti.Aishah terperanjat melihat lelaki yang memanggil namanya.
“Qhaud..”Aishah bersuara perlahan.
Qhaud berdiri di hadapan pintu dewan sambil tersenyum.Di tangannya terdapat sejambak bunga.
Akem memandang lelaki di hadapan mereka.Perlahan-lahan dia melepaskan jari jemari Aishah.Tapak kakinya diundur satu langkah ke belakang.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries