
Qhaud memerhati sekeliling Sekolah Menengah St.Jacob.Kagum melihat bangunan-bangunan elit yang bercirikan zaman pemerintahan British.Aishah berjalan di belakangnya sambil membawa sejambak bunga yang diberikan Qhaud.
“Qhaud..”Aishah bersuara perlahan.
“Hem?”
“Aishah nak cakap..”
“Apapun Qhaud takkan berputus asa..”Kata Qhaud seolah-olah memahami isi hati Aishah.Aishah tergamam.
Dia datang jauh dari Kuala Selangor untuk Aishah.Menanti jawapan yang berkurun lama bagi dirinya.Sebaik diberitahu Pak Sarip yang Aishah di sekolah.Qhaud datang ke sekolah.Menyaksikan Aishah dan budak kaya yang pernah datang ke rumah Pak Sarip menari.Dia pasti ada sesuatu di antara mereka.Api-api cemburu marak membakar hatinya.Dia cuba bertenang dan dia hanya mahukan jawapan Aishah.
“Apa maksud Qhaud?”
“Sekalipun Aishah menolak Qhaud..Qhaud tidak akan berputus asa.”
Aishah terdiam.Dia tertunduk memandang lantai.
“Sekolah ini ada majlis prom
“Ya..”
“Aishah pergi dengan siapa?”
“Ha?”Aishah kelihatan terkejut.Baru teringat,tiada sesiapa yang mengajaknya.Lebih
“Boleh Qhaud temankan?”
Aishah memandang Qhaud.Serba salah.
*****
Aishah melambaikan tangan kepada Qhaud.Kereta Volkswagen Beetle ala Herbie itu hilang daripada pandangan matanya.Sebaik sahaja masuk ke dalam dewan,Aishah dapati AJK prom sudah memenuhi dewan.
Nubhan sibuk menyembur cat di atas polistrin.Akem di sebelahnya kelihatan serius membantu Nubhan.Sesekali dia menjeling ke arah Aishah.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Dia berjalan menuju ke arah Akem.
“Siapa tadi tu?Boyfriend kau ye?”Tanya Stacy yang muncul di hadapannya tanpa diduga.
“Err..dia..”
“Tak kisahlah siapa dia.Peliknya,Akem nampak macam marah je kau jumpa budak lelaki tu.”Sampuk Stacy sebelum sempat Aishah menjawab soalannya.
“Oh..”
Aishah terus berjalan tanpa mempedulikan Stacy.Dia berhenti di hadapan Akem dan mencuit lengannya.
“Err..kawan aku tadi..dia ajak aku ke majlis prom..”
“Oh..kau pergi dengan dia.Baguslah..pasal..pasal..”Akem menggaru-garu kepalanya.“Pasal aku dah ada..partner.”
“Oh?Baguslah.Aku ingat kau nak ajak aku jadi aku cakap kat dia..aku pergi dengan kau.Tapi kau pun dah ada partner so okay,aku pergi dengan dia.”Aishah berkata sambil terus berlalu.Mukanya tampak bengang.
“Aaa..”Akem menampar-nampar mulutnya.(Bodoh..mulut tak de insurans..).
Dia terkebil-kebil memandang Aishah yang sibuk membantu menghias dewan.Kenapalah dia boleh memberi alasan bodoh?
“Oii..copeklah angkat!”
Jeritan Nubhan mematikan lamunannya.Sahabat baiknya itu sedang mengangkat pintu gerbang seorang diri dengan muka yang nampak azab.
*****
Petang itu Aishah keluar bersama Dafi.Dia meminta pertolongan Dafi untuk mencari kedai yang menjual atau menyewa kostum dengan harga yang murah.
“Akem pergi dengan orang lain?Siapa?”Dafi mengerutkan dahinya.
“Pedulik dia lah..Aishah malu sangat terpaksa call Qhaud semula.Mujur la Qhaud sudi temankan Aishah.Dia..dia..dia ingat dia siapa?Ingat orang cair sangat dia menyanyi lagu ‘The Reason’ tu?Ingat..ingat orang suka sangat kat dia?Bengong!Ngok!”
“Ha..ha..ha..”Dafi ketawa terbahak-bahak.
“Dafi ni kenapa?”Aishah menampar bahu Dafi.
“Opps..sorry,tapi Dafi tak tahan tengok muka Aishah cemburu.Kelakar!Hehe..”
“Saya cemburu?Please.”Aishah mencebik bibirnya.
“
“Banyaklah cemburunya..”Aishah memasamkan muka.Sedikit merajuk.
Jaguar berwarna hitam itu berhenti di sebuah butik.Aishah memandang Dafi.
“Buat apa kita berhenti kat butik?Aishah nak beli kostum yang murah-murah je.”
“
“Mummy.”Dafi memeluk ibu tirinya dan mencium pipi Datin Nasya.Aishah tergamam melihat Datin Nasya.Dia belum bersedia untuk berjumpa wanita itu sekali lagi.
“Okay,Dafi ada hal..lagi sejam Dafi datang.Bye.”Dafi mencuit pipi Aishah sebelum keluar.
“Ta..ta..tapi..”Aishah
“Aishah..”Datin Nasya memeluknya secara tiba-tiba.Aishah hanya mengeraskan tubuhnya seperti patung.Janggal.
“I’ve got something for you.Come.”Datin Nasya tidak mempedulikan reaksi Aishah dan menarik tangan anak gadisnya ke sebuah bilik.
Di dalam bilik itu terdapat pelbagai sketch pakaian dan juga pakaian-pakaian yang cantik dan mewah.Terdapat juga gambar keluarga yang terdiri daripada Datuk Kamal,Datin Nasya,Dafi dan Dafisha.Aishah terkejut apabila mendapati ada gambarnya bersama Dafi ketika perlawanan persahabatan dengan Edward All Boys School.
“Aishah..”Datin Nasya memanggilnya sambil menunjukkan sebuah patung mannequin yang berpakaian gaun ala ballad yang lengkap dengan sayap ‘angel’ dan topeng masquerade.
“Juliet..”Aishah bersuara perlahan.Tapi ada nada girang dalam suaranya.Memang persis pakaian Juliet yang dipakai oleh Claire Danes dalam cerita ‘Romeo And Juliet’.Bezanya gaun di hadapannya labuh sedikit daripada yang dipakai Claire Danes.Sayap pari-pari dan topeng masquerade itu mencuit hati Aishah.
“Emak buatkan khas untuk Aishah..untuk prom.”
“Emak..”Aishah berasa sedikit terharu.Ingin memeluk Datin Nasya.Tetapi masih janggal.
Datin Nasya tersenyum puas.Sebagai ibu dia sudah cukup bahagia dapat menggembirakan anak gadisnya.Dia tidak terkilan dengan kedinginan Aishah.Dia tahu yang Aishah memerlukan masa untuk menerimanya semula.
Walaupun dia bukan isteri Sarip lagi,pertalian darah tetap memutuskan bahawa Aishah anaknya.Dia sayangkan Aishah melebihi nyawanya.Kesilapan yang lalu memberi sejuta pengajaran buat Datin Nasya.
*****
Dafi dan Nubhan bermain-main pedang permainan yang terdapat di Costume Empire .Aril sekadar melihat gelagat mereka sambil ketawa.Akem pula duduk di atas kerusi dengan muka sedih.(Beginilah nasib..diriku yang
“Aku rasa aku nak jadi lanunlah nanti.”Nubhan meletakkan semula pedang permainan itu di tempatnya.Dia membelek-belek kostum Jack Sparrow yang terdapat di kedai itu.
“Lanun?Stacy pakai baju apa?”Dafi turut menyimpan semula pedang itu.
“Ohh..dia pakai kostum Enchanted tu.”
“Jack Sparrow dengan Giselle?Sepadan sangatlah tu.”Aril menyindirnya.
“Kitaorang biasalah..pasangan gilo-gilo.Ekau dengan Marsha jadi apo pulak?
“Aku?Memandangkan aku yang tampan ni..aku mestilah menjadi Captain John Smith dan Marsha yang cantik menjadi Pocahontas.”
“Aku ingat kau nak jadi Shrek dengan Princess Fiona?Ha..ha..”Ketawa Nubhan dituruti Dafi.Kedua-duanya seronok membuli Aril yang entah saat bila tersangkut dengan Marsha.
“Ceh!”Aril memuncungkan bibirnya.“Kau Dafi?’
“Aku?Korang nih gigirl la cakap pasal prom.Aku pakai je apa yang ada.”Dafi tersenyum.
“Kau pergi dengan siapa?”
“Adalah..”Dafi mengenyit matanya.Membiarkan pertanyaan itu menjadi misteri.Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat Akem yang masih monyok.Dia menghampiri Akem dan menepuk bahu Akem.
“Aishah pakai gaun Juliet.”
Akem terkebil-kebil.(Juliet?)
******
Akhirnya malam yang dinanti-nantikan sudah menjelang.Majlis prom adalah acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan pelajar-pelajar senior St.Jacob.Mereka boleh menjemput sesiapa sahaja menemani mereka.Tapi syarat-syarat disiplin mesti dipatuhi.Cikgu Hairi turut hadir pada malam itu untuk memastikan tiada murid yang lupa diri.
Guru disiplin yang masih bujang itu kelihatan tampan memakai persalinan baju Melayu dan tengkolok ala Hang Tuah.Keris di pinggangnya mungkin memberi amaran bahawa tiada sesiapa boleh melanggar disiplin secara sebarangan.Dia turut dibantu pelajar-pelajar tingkatan empat dan enam bawah.
Qhaud membelok Herbie ke tempat letak kereta.Dia yang simple memakai kemeja dan tali leher tersenyum memandang Aishah.Mereka sudah lewat 40 minit.
Di dalam dewan berkumandang lagu ‘Party In The USA’ nyanyian Miley Cyrus.Principal Tiara begitu glamour dengan pakaian Cruella De Ville.Begitu juga guru-guru lain.Masing-masing begitu sporting.Puan Khadijah memakai kostum Proffesor McGonagall dalam Harry Potter dan Dr.Lee Lam Thye memakai kostum Proffesor Dumbledore.
Nubhan yang berpakaian Jack Sparrow tersenyum bersama Stacy yang bergaun ala Giselle.Pasangan Captain John Smith dan Pocahontas,Aril dan Marsha turut menari riang.Dayana hadir bersama Hafiz dengan menjadi pasangan Aladdin dan Princess Jasmine.Begitu juga Isma dan Zul yang nampak sepadan sebagai Snow White dan Prince Charming.Nadia yang berpakaian ala Christine Daae hadir bersama Phantom Of The Opera iaitu tunangannya bernama Riz yang memakai topeng masquerade sebelah muka.Tiada siapa yang tahu jejaka berambut panjang itu ialah tunangnya kecuali sahabat baiknya,Stacy.
Di atas pentas pasangan Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis ini.Kedua-dua pengacara ‘Sehati Berdansa’ itu nampak seronok melayan karenah pelajar-pelajar St.Jacob.
“Saya lihat ada Jack Sparrow,Hercules dan Cicakman pun ada!”Fahrin kelihatan terkejut melihat Mahfuz yang memakai kostum Cicakman.
“Ye Fahrin,tema prom malam ini ialah ‘Fairy Tales’.Kisah dongeng.Jadi Cicakman tiada harapan menjadi Homecoming King.”Sampuk Scha.
Semua pelajar mengetuk kepala Mahfuz yang tersalah tema.Mahfuz hanya tersengih.(Pedulik ah!).
“Awak?Cicakman?”Tanya seorang gadis cantik yang memakai kostum Rerama.Mahfuz menelan air liurnya melihat gadis cantik di hadapannya.Walaupun bertopeng,dia tahu gadis cantik itu ialah Diana Danielle,pelajar tingkatan
“Saya suka Cicakman!Jom menari!”Diana menarik tangan Mahfuz ke tengah lantai tarian.Mahfuz semakin tersengih.(Pucuk di cita..ulam mendatang..ho..ho..ho!).
Di hujung dewan,Mila duduk sendirian sambil meneguk punch oren.Dia menanti Dafi dengan sabar.Walaupun Dafi tidak mengajaknya ke prom,tapi dia pasti Dafi akan kembali kepadanya.Dia memakai gaun berwarna merah jambu yang ditempah khas ketika masih bertemankan Akem.Tiada sebarang kostum.Mila geram juga kerana Principal Tiara memberi tema majlis di saat-saat akhir.
Pintu dewan terbuka lagi.Satu lagi pasangan melangkah masuk.
“Saya ucapkan selamat datang untuk pasangan..Edward dan Bella?”Fahrin mengerutkan dahinya.(Betul ke?)
Semua mata tertumpu kepada Dafi dan pasangannya yang baru masuk dengan berpakaian serba hitam dan bermekap pucat serta berkanta lekap warna kuning ala Edward Cullen dan Isabella Swan.
“Saya tak pasti sama ada Twilight adalah cerita dongeng tapi saya pasti yang Bella itu ialah..Acha Septriasa!”Jerit Scha.
Semua pelajar bertepuk tangan menyambut kehadiran idola remaja itu.Dafi tersenyum memandang Acha di sebelahnya.Acha bukanlah kekasihnya tetapi merupakan kenalannya.Dia mengenali pelakon Indonesia itu semasa berkunjung ke Jakarta dua tahun lepas semasa mengikuti show Jimmy Choo di sana.Matanya lembut melihat Mila yang agak kecewa.Entahlah,yang pasti buat masa ini hatinya terkunci untuk Mila atau sesiapa sahaja.Luka di hatinya memerlukan waktu untuk sembuh.Sembuh untuk melupakan Aishah dan menerima gadis itu seratus peratus sebagai adiknya.
“Baiklah,saya rasa semua pelajar sudah hadir..sekarang kita mulakan segmen..”Fahrin terhenti sambil memandang Scha.
“Sehati berdansa!”Jerit Fahrin dan Scha serentak.
Semua pelajar bertepuk tangan.Yang mempunyai pasangan masing-masing bersedia di lantai tarian.
“Ingat..chemistry tarian anda adalah penting.Selain undi yang sedia ada di tangan principal anda.Kami berdua juga akan mengadili anda sebagai Homecoming King and Queen!”Kata Fahrin lagi.
Dafi memerhati sekelilingnya.(Mana Aishah dan Akem?)
“Tunggu apa lagi?Kita mulakan sekarang!Music please!”Jerit Scha pula.
Suasana dewan berkumandang dengan lagu ‘Love Story’ nyanyian Taylor Swift.Irama yang memukau hadirin di dalam dewan.
We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony of summer air
Pintu dewan terbuka lagi.Semua pasangan yang sedang menari memandang ke arah Aishah yang lengkap berpakaian ala Juliet.Tangannya memaut lengan Qhaud yang berdiri di sebelahnya.Semuanya terpukau melihat Aishah yang comel itu di dalam persalinan Juliet yang anggun.
Dafi tersenyum memandang Aishah.(Comel..).
Melihat seseorang di tepi pintu gerbang,Qhaud melepaskan pegangan tangan Aishah.Aishah memandang Qhaud dengan hairan.
“Qhaud?”
“Aku rasa..sudah sampainya masa untuk aku berputus asa..”Qhaud tersenyum sambil menuding jari ke arah hadapan.Aishah melihat arah yang ditunjukkan Qhaud.Akem yang berpakaian dan bertopeng masquerade ala Romeo seperti Leonardo Di Caprio di dalam ‘Romeo and Juliet’ menunduk hormat di hadapan Aishah.
See the lights,
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
You say hello
Little did I know
“Shall we dance?”Akem menghulurkan tangannya.
Aishah menyambut tangan Akem sambil berbisik perlahan ke telinga Qhaud.“Terima kasih..”
Qhaud mengangguk.Hatinya sedikit patah.Tapi dia yakin lambat laut hati yang patah itu bisa juga sembuh.Jika Aishah untuknya,gadis itu pasti akan kembali jua kepadanya.Jika tidak,biarlah dia berbahagia dengan jejaka pilihannya.
Akem menarik Aishah ke tengah lantai tarian.
“Mana pergi partner kau?”Tanya Aishah.
“Partner aku?”Akem tersenyum manis.“Partner aku ada di hadapan aku.”
Aishah tersenyum malu.Mukanya kemerah-merahan.
That you were Romeo you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said
Menari mengelilingi dewan mebuatkan Aishah terasa sebak melihat rakan-rakan St.Jacob yang amat disayanginya.Tiada lagi perasaan hasad dan dengki.Warna-warna kasih sayang tertera di wajah masing-masing.Yang paling penting,jejaka di hadapannya.
“Aku..aku suka kau.Suka seperti Romeo menyukai Juliet..kau suka aku?”Akem memandang tepat ke mata Aishah yang terlindung di sebalik topeng masquerade.Dia pun tak tahu di mana dia mendapat keberanian untuk meluahkan perasaannya.
“Aku pun suka Akem yang bengong,ngok..”Aishah menangis kerana terharu.“Tapi sentiasa melindungi aku sepertimana Romeo melindungi Juliet..ya,Akem..aku suka kau seperti Juliet menyukai Romeo.”
Akem tersenyum gembira.Tangan Aishah digenggamnya lebih erat.
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
Aishah semakin sebak apabila melihat Datin Nasya dan Datuk Kamal hadir bersama abahnya,Pak Sarip.Mereka kelihatan gembira dan duduk semeja dengan Datuk Aris,Farid dan Lisa.Farid dan Lisa melambai-lambai tangan mereka ke arah Akem sambil menunjukkan ibu jari.(Berusaha!).
Akem tersenyum melihat gelagat abang dan kakak iparnya.(Nak usaha apa?Dah dapat pun..).
“Teruskan menari kerana pada masa yang sama kami akan umumkan siapa yang dinobatkan sebagai Homecoming King dan Homecoming Queen!”Kata Fahrin sambil memegang mahkota raja dan Scha memegang mahkota permaisuri.Kedua-dua mereka berjalan ke arah lantai tarian.
Semua pasangan yang sedang menari berdebar-debar menunggu keputusan.Kecuali Akem dan Aishah yang berada di dalam alam mereka sendiri.Sesekali Akem mengesat air mata kegembiraan Aishah.
“Pelajar yang dinobatkan sebagai Homecoming King and Queen ialah..Akem dan Aishah!”Jerit Fahrin dan Scha serentak sambil meletakkan mahkota ke atas kepala Akem dan Aishah.
Kedua-dua mereka terkejut tapi masih bisa tersenyum.Semua orang di dalam dewan bertepuk tangan dengan penuh kegembiraan.Tiada siapa lagi yang menidakkan kehadiran Aishah.Tiada juga yang membantah keputusan undian itu.Yang pasti,tiada siapa lagi yang menjadi penghalang antara Akem dan Aishah.
Langkah tarian diteruskan dan mereka masih lagi saling memandang.Bunga-bunga cinta yang kian bergelora antara Sang Romeo bernama Akem dan Julietnya,Aishah.
..Cause we were both young when I first saw you
*****
Tiga bulan kemudian..
Akem sungguh tidak menyangka dia mendapat pointer 3.80 dalam STPM.Paling tidak disangkanya dia mendapat A untuk Bahasa Melayu.Akem tersengih.(Inilah untungnya dapat makwe yang rajin study..ngeh..ngeh..)
Aishah di hadapannya lagilah berwajah bangga.Menjadi pelajar terbaik kebangsaan dengan pointer 4.00.Rakan-rakan yang lain juga mendapat keputusan yang hebat.Bertambahlah tinggi martabat St.Jacob.Pricipal Tiara pun senyum memanjang.
“Saya Karam Singh Walia dari Buletin TV3.Saya ingin menemuramah Cik Aishah.Boleh?”Seorang lelaki benggali berbadan besar bersama lelaki yang memegang video kamera TV3 menghampiri mereka.
Aishah dan Akem saling berpandangan.(Masuk TV3 la pulak..).
“Err..boleh..”Aishah tersenyum.
“Siapa yang menjadi sumber inspirasi Cik Aishah untuk berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi pelajar terbaik STPM peringkat kebangsaan?”
“Sudah semestinya abah saya,Encik Sarip bin Maulud.”
“Selain daripada abah,siapa lagi?”Tanya wartawan itu.
“Rasanya..abah saya saja kot.Tak de yang lain.”Jawab Aishah.
“Hoh!”Akem menyiku lengan Aishah.“Aku bukan sumber inspirasi kau ke?”
“Huh?Apa pulak?Abah aku lah..”Aishah menyiku kembali lengan Akem.Karam Walia Singh terpinga-pinga melihat gelagat mereka.Video kamera masih rolling.
“Aku
“Romeo,romeolah..boyfriend tu boyfriend ler..tapi sumber inspirasi aku abah!”
“Mana boleh!”
“Cakap banyak pulak,baling kucing karang!”Ugut Aishah.Pergaduhan ala-ala manja dan sayang itu masih berterusan.
Karam Walia Singh memandang ke arah video kamera.
“Begitulah tuan-tuan dan puan..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula Aishah dan Akem.Terima kasih.”
Video kamera ditutup.
Labels: AISHAH, akim, ku kejar kau lari