Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 1
01 January 2010 | 8:25 PM | 0 comments

KARYA:WHITE LILY

Aishah memperkemaskan kedudukan kaca mata hitam LV yang dipakainya. Cuaca panas menghangatkan suasana. Sesekali dia menyeka peluh yang menitis di dahi. Pantas dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta. Selesai mengadakan pertemuan dengan wakil dari KhaiLuvRos Creative, dia harus segera kembali ke pejabat. Pembentangan untuk mesyuarat esok masih belum disiapkan sepenuhnya. Langkahnya terhenti apabila satu suara menyapa.
“Aishah Najwa kan?”
Aishah membuka kaca mata yang dipakai seraya memandang lelaki itu dengan penuh kehairanan. (Sapa pulak ni?)
“Do I you know gentleman?” penuh sopan dia bertanya.
Lelaki itu tersenyum lantas bersuara,
“Aii, dah tak kenal kita ke? Still remember insiden kat library?”
Aishah mengerutkan dahinya. Cuba untuk mengingati insiden itu.. Seminit berlalu.. Tiba-tiba..
“Haa!!!!Now I remember you. Qhaud Asyraff, Kolej Sri Cendana, architecture course right?”
Jeritan Aishah mengejutkan Qhaud. Dia mengangguk sambil mengurut dadanya bagi menenangkan diri dengan reaksi Aishah.
“Sorry kalau buat you terkejut. Hehe..” Aishah tersenyum, cuba menyembunyikan reaksi terujanya.
“Nampak macam rushing je? Leh pinjam masa you barang seminit dua? Jom lepak.”
“Owh, I wish I can but I can’t. I quite busy now. Well, maybe next time ya.”
“It’s ok. By the way, this is my card.. Boleh kita contact? If you don’t mind can I have yours?”
Aishah menyambut huluran kad itu dan memberikan kadnya pula kepada Qhaud.
“Thanks. I have to go now. Nice to meet you, Qhaud. See you again ok.”
Selesai bertukar salam, Aishah segera berlalu menuju ke keretanya. Qhaud memerhatikannya sehinggalah hilang di pandangan.
Qhaud tersenyum. Sekali lagi nama Aishah Najwa menjelma di fikiran. Terbayang kenangan ketika sama-sama menuntut ilmu di kolej. Aishah mengikuti jurusan Seni Reka Dalaman. Qhaud pula mengambil jurusan seni bina. Namun cuma sekerat jalan apabila dia menerima tawaran untuk menyambung pelajarannya ke London. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia menghabiskan pengajian di Malaysia tapi nasihat dari papanya menyebabkan tawaran itu diterimanya. Gadis itu sama sekali tidak berubah. Masih sama seperti lima tahun yang sudah. Khayalannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Dari bunyi nada dering, dapat dia mengagak si pemanggilnya.
“Alamak, mampus aku! Macamana la aku boleh lupa nie.” Dia menepuk dahinya pantas berlari masuk ke Armcorp Mall tanpa mempedulikan panggilan itu yang masih menjerit-jerit minta dijawab.
*****
Toyota Wish kepunyaan Aishah meluncur laju melalui Lebuhraya Persekutuan. Seperti selalu lebuhraya itu sesak dengan bilangan kenderaan. Penuh berhati-hati gadis itu memandu. Kerenah pemandu di Malaysia sememangnya sukar untuk dijangka. Lagu Teruskanlah nyanyian Agnes Monica berkumandang di radio. Aishah meninggikan volume radionya. Sambil menyanyi kecil dia mengikut alunan lagu. Tiba-tiba telefon blackberynya berdering.
(Isk, baru nak layan perasaan. Siapa pula yang call ni?)
Dengan malas, Aishah menyarung handsfree di cuping telinganya. Punat ditekan.
“Babe, you kat mane ek?”
Aishah melihat skrin telefon. (Nombor lain!)
“On my way to office. Babe you tukar nombor lagi ke?”
Terdengar tawa Akma di hujung talian.
“I have to la. Lately ni banyak gangguan. Pakai nombor ni barulah aman.”
“You tu yang gatal sangat. Orang minta nombor cepat je bagi.”
“Amboi-amboi, daringnya ayat. I setia pada yang satu okeh.”
“Hai, still ingat pada si dia ke?”
“Babe, bukan senang tau I nak lupakan dia. And bukan senang I nak cari pengganti.”
“I faham. Chill babe. Kalau dah jodoh tak ke mana. Eh, you tak fly ke?”
“I off two weeks. Bosan la pulak. Apa kata kita pergi shopping lepas you abis kerja?”
“Tak boleh la babe. I ada kerja nak kena settlekan. Very urgent. Lagipun, malam ni ada family gathering. Emm…apa kata lusa je kita pergi? Deal?”
“Orait. I tak kisah.”
“So, lepas kerja I balik villa. Tapi jangan risau. I tak stay sana.”
“Oklah. Drive carefully. Daa”
Batrisya Akma empunya nama. Rakan baik Aishah merangkap teman serumah. Perkenalan di kolej merapatkan mereka. Sehingga sekarang persahabatan utuh terjalin. Meskipun, mereka jarang berjumpa kerana karier Akma sebagai pramugari membataskan waktu, namun apabila punya masa terluang pasti akan dihabiskan bersama. Baru-baru ni mereka meluangkan masa selama 2 minggu bercuti ke Paris.
Aishah tiba di pejabatnya dan terus memasuki bilik. Kelihatan sejambak bunga terletak di atas mejanya. Butang interkom ditekan.
“Claudia, masuk bilik I sekejap.”
Jambangan bunga dibelek-belek oleh Aishah.
(No name! Peliknya)
Pintu diketuk dan muncul PAnya dengan senyuman terukir.
“Cik Aishah, tadi ada kurier yang hantar. So, I terima bagi pihak you.”
“Tu yang I pelik. Takda pula nama pengirimnya.”
“Peminat misteri kot!”
“I ni bukan artis. Mane la ada peminat-peminat ni. Pemenat ada la.”
Serentak mereka berdua ketawa. Aishah meletakkan jambangan bunga di sisinya.
“Anything Cik Aishah?”
“Oh, yes. You tolong bawak fail untuk pembentangan esok. That’s it.”
“Ok boss.”
Claudia berlalu untuk mendapatkan fail yang dikehendaki. Aishah membuka laptop Sony Vaio. Memeriksa email.. Begitulah rutin hariannya. Lima minit kemudian kesemua fail telah berada di atas mejanya. Memandang fail itu sekilas sebelum matanya terarah kembali di skrin komputer. Dia mengaktifkan yahoo messenger.. Belum sempat membaca pesanan yang dihantar semasa ketiadaanya, seseorang menghantar isyarat “buzz” diikuti dengan pesanan.
Mr. Pick: salam cik bulan. Cuaca panas hari ni. Harap-harap tak terkena impaknya. :D
Aishah tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Pesanan itu dibalas.
Cik Bulan: salam Mr. Pick. Maybe dengan petikan gitar boleh meredakan suasana hangat.
Mereka mula berbalas ym.
Mr. Pick : hahaha…lambat ari ni online? Bz ker?
Cik Bulan: lebey kurang macam tu la. Ni pun baru masuk opis. A lot of works need to do. Haih…
Mr. Pick: alorh, siannya dia.
Cik Bulan: u tak balik lg?byk keje ek?ke bt2 byk keje… ;D
Mr. Pick: heheh…I ni pkerja cnth. Mane bole bt cenggitu..
Cik Bulan: mane la tau kn. Gtg now. We talk later k.Daa~
Mr. Pick: ok. Tke cre.Daa~
Aishah menekan butang sign out. Hatinya sedikit berbunga. Sudah hampir lima bulan dia mengenali lelaki itu di laman siber. Perkenalan bermula di laman sembang membawa ke yahoo messenger. Entah mengapa dia seakan-akan selesa untuk berbicara secara maya dengan jejaka itu. Seperti berjanji kedua mereka belum bersedia untuk mengadakan pertemuan. Hatta untuk berbalas kiriman gambar juga tidak dialu-alukan mereka. Hanya mengikut fitrah alam. Mungkin sampai masanya kelak, pasti mereka akan berjumpa juga. Lamunannya terhenti dek ketukan pintu.
“Cik Aishah, is there anything that I can help you?”
“Emm…rasanya takda. So, you boleh la balik. I nak siapkan pembentangan esok. Just inform Pak Seman that I’m still here.”
Claudia mengangguk dan berlalu pergi. Secara jujur, dia amat mengkagumi ketuanya itu. Memiliki status anak Tan Sri bukanlah tiket untuk Aishah mendabik dada. Sebagai contoh, syarikat Aishah ID Enterprise didirikan atas usahanya sendiri. Apa yang lebih mengembirakan, ibu dan ayah majikannya bukan seperti ibubapa kaya tipikal lain yang mengawal setiap gerak geri anak-anaknya. Dia dan abangnya diberi kebebasan untuk memilih haluan hidup asalkan tidak melanggar batasan. Cuma si abang yang membantu urusan perniagaan keluarga mereka. Sesekali ada juga Aishah turun padang membantu sekadar mampu.
Claudia mulai berkemas untuk pulang. Sedang ralit berkemas, dia dikejutkan dengan ketukan di mejanya.
“You pun workaholic jugak macam boss ek?”
(Panjang pulak umur dia ni. Baru je sebut dah muncul)
“Takda la Encik Aril. I dah nak balik dah pun. Cik Aishah ada di dalam. Anything before I leave? Coffea maybe?”
“No, thanks. Just want to see my sis. Burn sihat? Lama I tak jumpa dengan dia.”
“Sihat je Encik Aril. Dia pun busy. Selalu pergi out station. Nasib baik my son ada. Kalau tak bosan juga duduk rumah sorang-sorang.”
“Orang lelaki, memang la macam tu. My wife kadang-kadang complaint juga. Nasib baik dia pun busy. So, tak la terasa sangat. By the way, send my regard to him ok.”
“I will.” Claudia membalas senyuman Aril.
“Erm, have a save journey.” Sempat Aril meninggalkan pesanan sebelum Claudia pergi.
*****
Aishah melihat fail yang tersusun di atas meja. Hatinya sedikit gerun mengenangkan pembentangan esok.. Meski pun selalu berhadapan dengan pembentangan, perasaan itu tetap masih ada. Apatah lagi bila mengenangkan latar belakang syarikat pelanggannya yang terkenal dengan sifat cerewet yang bukan kepalang. Bak kata muda mudi zaman sekarang, cerewet tahap gaban. Sedikit kesalahan, pasti mengundang masalah. Dia meneliti fail sambil mengadap komputernya. Sesekali jari runcingnya menaip sesuatu. Memeriksa sekali lagi slaid yang akan digunapakai untuk esok hari. Kedengaran pintu dikuak. Tanpa memandang Aishah bersuara,
“Claudia, you tak balik lagi ke?”
Aril tersenyum. Dia mengajuk suara Claudia.
“I belum balik lagi boss. Saja nak kacau boss.”
(Awat lain macam je suara si Claudia ni?? Tadi ok jer)
Aishah mengangkat kepalanya. Reaksi terkejut bercampur gembira dipamerkan. Pantas dia mendapatkan abangnya. Kedua beradik itu berpelukan..
“Bila abang balik?”
“Abang dah balik semalam. Ecah je yang tak tau. Adik abang ni workaholic sangat la.”
Aril mencuit dagu adiknya itu. Aishah mencebik.
“Elleh, cakap Ecah la. Abang pun sama kan.”
Kedua beradik itu duduk berhadapan. Aishah mengemaskan mejanya untuk memudahkan perbualan.
“Hahaha, perli abang yer. Ecah banyak kerja ke? Daddy bagitau abang yang esok Ecah ade big presentation.”
“Ha ah, betul la tu. Ecah cuak gak ni.”
Ala, chill babe. Abang yakin adik abang ni boleh buat punya. Lambat lagi ke?” Aril cuba menenangkan adiknya.
“Not sure yet. Kenapa ek?”
“Ha, buat-buat lupa la tu! Our family gathering. Kita nak dinner sama-sama kan.”
Aishah menepuk dahinya.
“Ya Allah, Ecah lupa la. Abang bagi Ecah 2 jam. Lagipun dinner start kul 9.00. Ada masa lagi kan.” Aishah tersengih.
“Sengih-sengih. 2 jam lama la. Apa abang nak buat kat sini?” Aril memandang sekelilingnya.
“Abang buat la apa-apa yang patut. Asalkan tak kacau Ecah. Dan yang paling penting jangan nak mengada-ngada shuffle kat sini pula. Abang ni bukan boleh percaya sangat! Boleh?”
Bulat mata Aishah memandang abangnya. Reaksi itu mengundang tawa Aril sambil menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Aishah pantas menyambung kerjanya. Aril pula sekadar berbaring di sofa yang terletak di hujung sudut bilik adiknya sambil membelek majalah. Sebagai pereka dalaman, Aishah bijak menggunakan ruang biliknya.
Seperti yang dijanjikan, Aishah menyiapkan kerjanya dalam masa dua jam. Lenguh badan mula terasa. Dia mengemaskan ruangan pejabatnya dan menutup suis komputer. Aishah tersenyum melihat gelagat abangnya yang sudah pun ketiduran di sofa empuk, menutup mukanya dengan majalah yang dibaca. Timbul akal nakal Aishah untuk mengusik abangnya itu. Diam-diam dia duduk menggadap abangnya. Aishah memetik setangkai bunga dari jambangan bunga yang diperolehinya. Dihalakan tangkai bunga itu ke telinga abangnya. Aril bingkas bangun dan mengosok-gosokkan telinganya. Aishah menghamburkan tawa.
“Ecah ni kan buat terkejut abang je tau!!! Ingatkan lipas la tadi.Isk budak ni.”
“Haha..apa la abang ni. Empuk sangat ke sofa tu sampai boleh tertidur ni.”
“Ha ah, yelah. Empuk sangat Cik Aishah Najwa. So, are you done?”
“Yup, Encik Aril Azari. Shall we?”
“Jom. Abang dah lapar. Naik kereta Ecah.. Abang tak drive.”
“Laa…dah tu, tadi datang sini naik apa?”
“Tumpang Obri. Tadi abang keluar dengan dia. Terlanjur nak ke sini, abang minta dia hantarkan. Eh, flowers again?” Tanya Aril sebaik terpandang sejambak bunga yang dipegang oleh adiknya itu
“Tulah. Ecah pun tak sure siapa pengirimnya. Nama takda dalam kad ni.”
Aishah menunjukkan kad itu kepada abangnya..
“Ntah-ntah Hafiz kot. Yelah, mana la tahu kan.”
“Takda maknanya!” (Hafiz? Tak mungkin!!!)
Aishah menutup suis lampu lalu mengunci pintu pejabatnya. Kedua beradik itu jalan beriringan menuju ke kawasan parkir kereta. Destinasi dituju, Villa Indah Tan Sri Qamal Ariffin.


from me wif luv,
white_lily
Thnx...
to all readers, happy reading...sori kalau ada kekurangan dalam ceritera ni...

Labels: ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries