Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 10
21 January 2010 | 10:36 PM | 0 comments


karya:white lily

“Akim, nice to meet you again!.” Hafiz senyum mengejek.

“You buat apa kat sini?” Soal Aishah. (Kenal pula dia dengan si Akim ni)

“Sepatutnya I yang tanya you. You buat apa kat sini?”

“Hei, I nak pergi mana pun apa kena mengena dengan you. Suka hati I la! Sibuk je!” Aishah bengang.

“Tapi kenapa dengan dia ni?” Tunjuk Hafiz ke arah Akim.

Akim yang berada di situ mula berasa tidak selesa. (Apa relation dia dengan Aishah??)

“I berhak keluar dengan sesiapa pun yang I suka and you takda hak langsung nak halang I! Eeeiii, dahlah! Malas I nak layan you. Buang masa je. Akim, jom.”

Berang dengan tindakan Aishah, Hafiz menarik tangan Aishah dengan kasar.

“Wait. We need to talk.”

“I taknak cakap apa-apa pun dengan you. It’s over! Lepaskan tangan I.”

Aishah merentap tangannya namun tidak dilepaskan oleh Hafiz. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Malangnya tidak dipedulikan Hafiz. Semakin kuat Aishah meronta semakin kuat la juga genggaman Hafiz menyebabkan Aishah mengaduh kesakitan. Akim yang melihat kejadian itu mula masuk campur.

“Relaks la. Lepaskan tangan dia. Kan boleh bincang cara elok.” (Lebih-lebih plak dia ni!)

“Lu jangan masuk campur. Ni awek gua. Lu berambus!” halau Hafiz. Masih lagi tangan Aishah tidak dilepaskannya.

“Correction! I bukan awek dia. Kitaorang dah putus.” Jerit Aishah.

“Owh, ni kes gila talak la ni!” Sinis Akim menyindir Hafiz.

Mendengarkan kat-kata Akim, Hafiz tercabar. Tangan Aishah dilepaskan dan sebiji penumbuk hinggap di pipi Akim. Terduduk Akim dek penangan Hafiz yang tak terduga. Segera Aishah mendapatkan Akim.

“Rasakan! Lu nak tunjuk hero kan.” Hafiz meludah. Cuba untuk memprovok Akim.

Akim bingkas bangun dan serangan di balas. Aishah tak sempat untuk menghalang. Serangan berlaku dengan pantas. Penumbuk Akim membuatkan Hafiz terbaring. Akim mengambil kesempatan untuk menumbuknya sekali lagi. Kolar baju Hafiz direntapnya.

“Dengar sini, gua tak tahu apa masalah lu dengan dia. Tapi, bukan ni caranya cakap dengan perempuan. Lu ni tak reti hormat perempuan ke!”

Aishah cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi tidak dipedulikan oleh Akim yang seolah-olah naik hantu. Mujur Felix muncul lalu menarik Akim bagi mengelakkan kejadian lebih buruk dari berlaku.

“Chill, bro. Relaks.” Felix mengemaskan pautannya pada Akim. Dia faham sangat perangai Akim sekiranya lelaki ni hilang kawalan.

“Hafiz, bukan ke you dah ada Mila. Yang you sibuk sangat hal Aishah ni kenapa?” Akma menyampuk. (Sah Aishah dengan Akim di dalam situasi yang sama!)

Aishah disisinya mendiamkan diri.

“Jangan ingat lu bawak geng gua takut. Lu better watch out! Gua akan musnahkan hidup lelaki yang dekat dengan dia. Remember this! Aishah Najwa, I takkan biarkan you hidup bahagia dengan lelaki lain kecuali I! You, Akma. Jangan masuk campur. Kalau tidak…”

“Lu jangan nak ugut-ugut awek gua. Better lu berambus sebelum gua benam-benam lu dalam laut ni.” Felix mula bersuara apabila melihat reaksi Hafiz yang over.

“Gua akan pergi. But remember this. Akim, kalau gua boleh buat Mila buah hati kesayangan lu tinggalkan lu just like that, gua pun boleh buat benda yang sama pada Aishah. Sama ada lu tinggalkan dia atau dia tinggalkan lu! We will see!!”

“Felix, lepaskan aku. Biar aku selesaikan hal aku dengan mamat poyo ni.”

“Akim, control baran kau tu. Takkan kau nak meringkuk dalam penjara kot. Buang masa la layan orang bodoh macam ni.”

“Lu takkan pernah menang Akim! Takkan!” Hafiz meninggalkan mereka dengan ketawa yang dibuat-buat yang mana membuatkan Akim panas hati.

“Takda muka lain ke yang aku kena jumpa selain dari muka dia tu! Semak betul!” Akim berlalu pergi setelah Felix melepaskan pautan.

“Relaks la. Adoyai, emo plak mamat ni.” Felix menepuk dahinya.

“You all tolong carikan ais. Biar I yang pujuk Akim.”

“Ok. You cakap dengan dia elok-elok tau. Akim tu baran sikit.”

Aishah mengangguk. Dia menuruti Akim yang berjalan tanpa arah tujuan. Sesekali kakinya menyepak siput dan cengkerang di pasir pantai.

“Kesian siput dengan cengkerang tu. Dorang tak bersalah.”

Akim berpaling. Aishah berhenti. Tepat mereka memandang antara satu sama lain.

“Macamana you boleh kenal dengan Hafiz?” soal Akim dan Aishah serentak.

Akim mengeluh. “Dialah punca Mila tinggalkan I. Betul ke dia ex you?”

Aishah mengangguk. “ Dia tinggalkan I sebab Mila. Maybe sesetengah orang susah nak lupakan cinta pertama.”

Wajah Aishah redup seredup cuaca yang bertukar. Akim mencuri pandang wajah itu.

“Maybe. Tapi pada I, apa yang dah lepas tu lepas la. Buat apa nak kenang lagi.”

“I minta maaf pasal hal tadi. Tak pasal-pasal pipi you bengkak.”

“Bengkak kat pipi I ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan sakitnya hati I.”

“I faham. I tak sangka kita melalui perkara yang sama. Tentu Mila tu cukup bermakna dalam hidup you kan.”

“Tu dulu. Tapi sekarang I nak nyahkan dia dalam hidup I. Semua ni takdir, Aishah. I percaya ada hikmah di sebalik kejadian.”

“Woi, korang! Stay sini la.” Mereka sama-sama berpaling apabila mendengar jeritan Felix.

“Jom la pergi bawah pondok tu. Pakcik tu selagi tak pergi selagi tulah dipanggil-panggilnya.” Ajak Akim.

“Nah, ais.” Akma menghulurkan sebungkus ais kepada Aishah setelah mereka berdua sampai.

“Nak buat apa dengan ais ni?” Akim bertanya.

“Buat tuam lebam kau la. Kang hilang plak macho tu. Aishah yang suruh aku cari.” Felix mengusik.

“Ala, bukan teruk pun. Sikit je ni.”

“No, Akim. You duduk sini. Biar I tuamkan. Biar bengkak tu surut sikit.”

Tanpa bantahan Akim duduk di sebelah Aishah. Dengan berhati-hati Aishah menuam bengkak di pipi Akim. Sekali lagi Akim memandang wajah ayu milik Aishah yang tampak kusyuk sehinggakan tidak menyedari wajahnya diperhatikan.

Akma dan Felix tersenyum. Sesekali mereka berdua berbisik-bisik. Kehadiran Hafiz membuatkan plan mereka menjadi mudah.

“Ha, yang korang bisik-bisik ni kenapa? Nak lebam juga ke?”

“Ayo, garangnya dia. Relaks la Kim. You ni jangan la marah-marah. Kan nurse tengah rawat you tu.” Giliran Akma pula mengusik. Felix sedang asyik mengunyah keropok udang yang dibeli.

“Akim, ni kot masa yang sesuai.”

“Kau diam la Felix. Jangan sibuk!”

Aishah pelik dengan kata-kata Felix. (Takkan la mamat ni ada hati kat aku kot?)

*****

“Babe, you dah siap ke? Kita nak pergi dinner dengan budak-budak tu.” Akma menegur Aishah yang sedang menonton Berita Utama.

“I dah siap lama dah. You tu yang lembs. Bersiap mengalahkan orang nak kahwin.” Aishah mencebik.

“Ala, jangan la marah. Jom, karang kita lambat pula.”

“Jom, Ha, tu bunyi orang ketuk pintu. Mesti buah hati you kan.” Aishah mengusik Akma.

“Buah hati I je la. Buah hati you pun ada sekali tau.” Akma serang balas.

“I mana ada buah hati. Pandai-pandai je.”

“Soon, dear. Soon.”

Akma menuju ke pintu. Aishah mencari alat kawalan jauh untuk menutup tv.

Pintu dibuka. Hanya Felix yang kelihatan.

“B, mana best friend you?”

“Eh, tadi dia kata nak pergi dulu dengan Aishah.”

“Pergi apanya? Aishah ada ni hah.”

“Betul. Dia cakap dengan I tadi. Takkan Akim buat hal pula kot.”

“Apsal bising-bising ni?” Aishah yang tadi menutup tv mendengar akan kekecohan yang berlaku.

“Akim takda call you ke? Dia ada inform tak dia pergi mana?”

Aishah menggelengkan kepalanya. Pelik dengan pertanyaan Felix.

“Macam nilah. Kita cari dia. Tak jauh kot Akim ni pergi. Maybe dia tenangkan fikiran lepas kejadian petang tadi kot.”

Tiga rakan tadi mencari seorang rakan mereka yang hilang. Tindakan Akim membuatkan mereka risau. Mereka kembali ke tempat petang tadi. Ternyata Akim berada di situ.

“Bro, kau buat apa kat sini? Kau tahu tak kau dah buat kitaorang risau.” Felix menegur Akim yang membelakangi mereka.

Akim berpaling. “Aku ok la. Takkan la aku nak balik KL macam tu je kan.”

“Yelah, at least inform la mana you pergi.” Aishah menambah.

“Sorry.”

“Ok. Jomlah pergi makan.”

“Nanti dulu. I ada benda nak cakap.”

“Cakap je lah!” Akma naik angin. (Mamat ni apa kes la!)

Felix mencuit Akma. Memberi isyarat untuk berbisik. Akma merapatkan badannya.

“Kenapa dengan you ni b?”

“I rasa Akim nak proposed Aishah kot.” Felix berbisik.

“Kalau camtu kita gerak la. Takkan nak stay sini. Malu plak dorang nanti.”

Felix mengangguk. “ Kim, kitaorang gerak dulu la.”

“Tak. Korang stay je sini. Aku nak korang jadi saksi.”

Aishah semakin tidak keruan (Saksi menda pula ni. Mamat ni dah sewel ke apa!)

“Aishah, peristiwa petang tadi buatkan I berfikir. Apa yang dah jadi adalah takdir. Allah pisahkan Mila dari I untuk ketemukan I dengan you. Dan Dia juga pisahkan you dengan Hafiz mungkin untuk berjumpa dengan I.”

“Akim, jangan buat I pening boleh tak?”

“Ha ah la. Kitaorang pun.” Jawab Akma dan Felix serentak.

Akim menarik nafas. Cuba untuk mengumpul kekuatan.

“Petang tadi I rasa tercabar bila Hafiz buat macam tu. Walau apa pun alasannya, dia tak boleh berkasar. Apatah lagi bila I rasa I dah mula sukakan you. I nak persahabatan ni melalui satu lagi anjakan paradigma.”

Aishah mendengar dengan teliti. Begitu juga dengan Akma dan Felix. Akim menyambung…

“Aishah Najwa… Bersaksikan bulan yang terang malam ni dan dua orang kawan I yang mereng tahap gaban tu, sudi tak you jadi someone special in my life as officially?”

Tersedak Felix mendengar kata-kata Akim. (Mereng dia panggil aku! Katak puru punya budak) Akma disebelah menepuk lembut belakang Felix.

Reaksi Felix yang tersedak tidak sedikit pun menganggu Akim. Tangan Aishah diraihnya. Tepat Aishah memandang mata Akim. Degupan jantung Akim, Felix dan Akma berdetak dengan kencang. Jawapan masih ditunggu dari mulut Aishah.

Seminit berlalu…

Dua minit berlalu… Masih tiada jawapan dari Aishah.

Minit ketiga…

“Akim, I tak tahu nak cakap apa. I terkejut sangat. Perkara ni berlaku terlalu pantas. Tapi, kejadian petang tadi I rasa memberi petanda untuk …” Perbualan Aishah terhenti.

Akim semakin resah. Felix dan Akma turut kegelisahan.

Aishah menyambung kata-katanya yang terhenti. “Untuk I menerima you, Hakim Najmi as officially also be someone special in my life.” Aishah tersenyum.

Akim melonjak kegembiraan. Felix dan Akma turut berkongsi saat-saat indah. Seperti biasa, Akma yang emo menitiskan air mata.

“Thanks sebab membenarkan I menghuni ruang di hati you.” Akim memegang tangan Aishah penuh erat.

“Same here. Benarkan I mengubat luka di hati you. Tapi ada satu permintaan dari I.”

“Just name it. I akan cuba tunaikan.”

“Jangan sewenang-wenangnya you percayakan setiap kata-kata dari Hafiz. I kenal Hafiz. Dia berkebolehan mempengaruhi orang lain. You jangan la dengar kata-kata dari orang lain. Please ask me straight to the point. No more secret.”

“I will, Insya Allah I takkan terpengaruh.” Genggaman tangan semakin erat.

Akim dan Aishah sama-sama tersenyum. Mereka memandang Akma dan Felix.

“Thanks korang.”

“Untuk apa?” Serentak Felix dan Akma menyoal Akim.

“Elleh… Pura-pura tanya pula. Bukan ke ni semua plan korang?”

“Babe, kitaorang nakkan yang terbaik untuk you all. Kalau jadi okla. Kalau tak, nak buat macamana kan.” Akma memeluk bahu Aishah.

“Lagipun, korang nampak sepadan. Apa salahnya kan.” Felix menyampuk. Bahu Akim diraihnya. Aishah dan Akim berada di antara Akma dan Felix.

“Eh, aku macam pernah je lalui situasi ni.”

“Akim, apa maksud you?” Soal Aishah. Nampak dia sedikit pelik.

“Dulu kan sayang, ada orang tu proposed awek dia depan I dengan Qhaud. Macam sama pula. Kitaorang nak blah tapi mamat tu tak bagi. Kononnya suruh jadi saksi. Yang perempuan tu pula dok terkulat-kulat. Yelah, masa tu bodoh-bodoh alang lagi. Parents hantar sekolah suruh belajar tapi dorg bantai bercinta pula. Haha…” Panjang lebar Akim membuka rahsia.

“Kureng la you. Ingat lagi ek peristiwa tu. Malu je.”

“Ntahnya kau ni Akim. Bocor la rahsia aku dengan Akma.”

“Maunya tak ingat. Gila kelakar muka si Akma dengan Felix time tu. Kitaorang nak gelak guling-guling dah. Tapi terpaksa tahan. Jaga hati punya pasal.”

“Dahlah tu. Sikit-sikit je la bahan aku. Jom la makan. Lapar dowh!”

“Yelah. Jom. Apa pun bro, Aku still nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kau dengan Akma.”

“Don’t mention it. Kita kan best friend.”

*****

Bunyi deruan ombak melegakan perasaan Aishah. Terasa sungguh tenang. Aishah berdiri di balkoni chaletnya. Mengadap lautan yang terbentang luas. Indah alam ciptaan Ilahi. Peristiwa malam tadi membuatkan dia tersenyum.

“Selamat pagi orang sebelah.” Satu suara yang cukup dikenali menyapa Aishah.

“Selamat pagi.”

Berada antara sebelah menyebelah membuatkan mereka boleh berbual melalui balkoni masing-masing.

“Cerianya pagi ni. Dah mandi ke belum?” Akim mengusik.

“Hallo, I pagi-pagi dah mandi tau. Ntah-ntah you yang tak mandi lagi ni. Macam baju semalam je.”

“Hahaha.. I basuh muka je. Jap lagi baru mandi. Si Felix tengah mandi. Kena la tunggu turn kan.”

“Dalam kurungan, alasan!”

“Cewah, dah pandai ek pakai ayat dalam kurungan tu. Bagus-bagus. Cepat you belajar.”

“Tentulah. Dah selalu sangat dengar Akma guna ayat tu.” Aishah tersenyum.

“Akma mana? Takkan tak bangun lagi kot.”

“Hey, jangan nak mengumpat I ok. I dah mandi tau. Wangi lagi ni hah.” Akma muncul secara tiba-tiba.

“You ni kan Akma. Cepat je muncul kan. Pantang sebut.”

“Mestilah. I ni cepat alert. Eiii, you tak mandi lagi ek Akim. Patut la ada bau yang tidak menyenangkan.”

“Blah la. I tak mandi dua hari pun masih terpelihara tau baunya.”

Akma mencebik. Aishah tersenyum.

“Dah la. Malas nak kacau orang dating. I tau setengah jam lagi you dengan Felix dah siap!” Akma memberi arahan seperti Mak Dara dalam cerita Ibu Mertuaku.

“Yelah, makcik.”

“You suka benar sakat si Akma tu kan.”

“Hahaha..Bukan takat I je. Qhaud pun sama. Akma tu tahan disakat. Tu yang best tu. Dia bukan jenis perempuan cengeng walaupun sedikit emo. Hehehe…”

“Tang tu I setuju.”

“Eh, Felix dah siap mandi tu. I mandi dulu ye sayang. Nanti kita breakfast sama-sama. I kena siap cepat kang makcik tu membebel plak. Kalah mulut nenek I.” Sengaja dua ayat yang terakhir dikuatkan.

“Akim!!! You jangan nak perli I.” Akma menjerit dari dalam.

*****

Akim dan Aishah selesai menikmati sarapan. Akma dan Felix hilang entah ke mana.

“Akma dengan si Felix tu memanjang je hilang kan.” Aishah memulakan bicara.

“Agaknya dorang tu suka main hide and seek kot. Tu yang memanjang je hilang. Ala, macam yang you cakap semalam, dorang jarang spend time berdua. Bagi la chance.” (Bagus pun budak dua orang tu hilang. Nak berduaan pun payah. Ada je yang sibuk enterframe. Kacau daun betul!)

“Haha, apa plan kita hari ni?” Aishah bertanya selepas menghabiskan baki air minumannya.

“Well, my princess ni nak pergi mana? You ada apa-apa plan?”

Aishah mengeleng kepalanya.

“I pun takde plan juga. Macam ni la. Kita jalan-jalan kat area sini. Menikmati keindahan alam katanya.”

“Sesekali jadi pencinta alam, syok kan.”

“Jom. Silakan tuan puteri.” Akim menundukkan kepala seolah-olah memberi penghormatan kepada Aishah. “Kejap. Phone bunyi. Adik I ni dah macam mak tiri. Sibuk je call dari semalam. Haih. Apa kata you pula yang jawab. Dia kan baik dengan you.”

Blackberry Akim bertukar tangan.

“Hello.”

“Hello. Aik, macam kenal je suara ni?”

“Ika, dah tak cam suara sis ke?”

“Maknanya sis memang ada kat situ dengan abang sekali la ek?”

“La, memang le kitaorang cuti sekali. Dia tak inform ke?”

“Ada. Tapi Ika tak seberapa nak percaya. Abang tu suka sakat Ika.”

“Tang tu sis setuju. Dia memang raja sakat.” Akim membulatkan matanya mendengarkan kata-kata Aishah.

“Sis, pass phone kat abang. Nak kena tau abang ni.”

Akim yang mendekatkan telinganya untuk mendengar perbualan mereka tersenyum. Akim mengambil semula telefonnya.

“Ha, puas hati? Ika yang tak percaya dengan abang. Yelah. Abang tahu. Ok. Bye.”

Sekali lagi Akim tersenyum.

“Kenapa senyum-senyum ni?”

“Adik I suruh jaga you. I pun pelik, siapa sebenarnya adik beradik dia ni. I ke you?” Akim pura-pura merajuk.

“Hahaha, dengan adik sendiri pun nak jealous. Akim…Akim…”

“I tak jealous pun. Suka ada la. At least adik I ada kakak untuk dia berkongsi kasih.”

“Apa kata malam ni kita buat BBQ. Mesti best kan. Ajak la Akma dengan Felix join da club.” Spontan Aishah mendapat idea dan tanpa menunggu lama Akim mempersetujuinya.

“Kalau camtu, kejap lagi kita keluar pergi cari bahan. Nanti I suruh Felix check dengan chalet ni kot-kot dorang ada buat sewa tempat BBQ. ”

*****

Seperti yang dirancang, dua pasangan kekasih melakukan aktiviti BBQ. Pelbagai ragam dapat dilihat walaupun mereka cuma berempat tapi meriahnya mengalahkan 40 orang.

“Ni siapa punya idea nak buat BBQ ni? Nasib baik chalet ni boleh sediakan tempat. Tapi, kira layan la juga.” Felix mengomel.

“Sah-sah la idea awek aku. Nak harapkan awek kau, idea dia memanjang je shooping. Tak mencabar minda langsung!”

“Elleh, you ingat Aishah ni bukan kaki shopping ke? Dia pun 2 x 5 dengan I juga tau.” Akma membela diri.

“Ye ke? Sayang, you pun ada hobi pelik macam Akma sewel ni juga ek?”

Akma mencampakkan kipas sate kepada Akim apabila mendengar perkataan sewel diucapkan.

“Yup. Tu kira aktiviti utama kitaorang bila spend time together.”

“Allah, sama aja rupanya dorang ni.” Akim menepuk dahi.

“Baru kau tahu. Kalau dah namanya perempuan tu, perempuan la juga.”

“Hahaha..Tu aku setuju. Felix, tambah lagi arang tu. Jap lagi boleh la kita start bakar.”

“Ala, sekarang pun dah boleh bakar. Korang ni beli bahan macam 20 orang nak makan. Beli sikit-sikit sudah.”

Akma dan Aishah mengambil alih tugas dengan membakar bahan makanan laut yang telah dibeli. Felix dan Akim pula lebih ke arah tugas menyakat. Ada je yang menjadi bahan cerita.

Selesai menikmati hidangan Aishah duduk merenung bulan dan bintang yang berkerdipan. Udara malam sungguh menyamankan.

“Hey, kenapa duduk kat sini? Tak join sekali dengan Akma ke?” Akim menyapa. Sweater yang dipakainya disarungkan pada bahu Aishah.

“Thanks. I taknak kacau daun. Kenapa you tak join dorang?”

“Sama seperti jawapan tadi. Taknak jadi tiang lampu. Apa yang you fikirkan ni?’’

“Nothing. Sekadar menikmati keindahan malam. Tengok bulan, bintang.” Tunjuk Aishah ke langit.

“You suka tengok bulan ke?”

“Indah sangat. Bila fikiran berserabut, I akan tenang bila dapat tengok bulan or bintang. You should try.”

Akim terkejut. Seolah-olah pernah mendengar kenyataan tu.

“Cara you cakap macam I pernah dengar tau.”

“You dengar kat mana?”

“Jap, I fikirkan.” (Bulan, bintang, serabut, tenang….Aduh, mana aku pernah dengar ni?)

Akim mengetuk-getuk kepalanya. Ketawa Aishah melihatnya.

“Tak payah la kot sampai ketuk-ketuk kepala. Kang tak pasal-pasal sewel macam si Akma tu.” Sakat Aishah.

Akim tersengih. Masih lagi cuba untuk mengingatinya.

“Hah! Now I remember. I ada member chatting. Dia pakai nickname cik bulan. Dia pun ada juga hobi macam you. Orang perempuan memang suka tengok bulan, tengok bintang ek?”

(Cik Bulan. Macam pernah dengar je!)

“Akim, macamana you kenal dengan cik bulan tu?”

“Owh, mula-mula kitaorang kenal melalui chat room pastu membawa ke ym. Tapi tak pernah jumpa pun.”

“Oh, god!”

“Kenapa ni sayang?”

“Are you Mr. Pick?”

“Ha ah. Eh, macamana you tahu nickname I ek?” Akim tiba-tiba teringat sesuatu. “Ya Allah. You cik bulan ke sayang?”

Aishah mengangguk. “What a small world.”

“Semua ni macam dirancang kan. Jodoh agaknya.”

“Hanya dia yang maha mengetahui.” Jawap Aishah penuh makna.

“Walau apa pun, I janji I akan cuba sedaya upaya menjaga hubungan ni. I taknak kehilangan you.”

Jari jemari mereka bertaut. Dua hati berjanji di bawah sinaran rembulan. Bersaksikan bintang yang berkerdip.

“Akim, kita sama-sama jaga hubungan ni. Kelemahan dan kekurangan kita atasi sama-sama. Mungkin macam klise kan sebab hubungan kita ni still baru lagi.”

“Itu bukan alasannya. Kita sama-sama ada sejarah dan pastinya taknak sejarah tu berulang lagi. Aishah, I nak you jadi suri dalam hati I selamanya. Bukan orang lain. Only you!”

“Thanks, Akim.”

“Don’t mention it. Aishah…”

“Ye sayang?”

Akim tersenyum bahagia mendengar ungkapan sayang dari Aishah. “I lapar la. Jom makan. Karang malaun dua orang tu balun semua. Bukan boleh percaya sangat tu!”

“You ni kan Akim. Suka-suki je bagi gelaran kat orang. Jom.”

Aishah menarik tangan Akim lalu menyertai Akma dan Felix yang tampak berselera sungguh menikmati makanan.

*****

Pagi yang gelap bertukar cerah. Hari terakhir mereka berada di sini. Tepat pukul 2.00 petang nanti mereka akan pulang ke KL. Aishah dan Akim berada di pantai. Menikmati bayu laut dan angin sepoi-sepoi bahasa. Mengambil peluang bercanda di pasiran.

“Akim rasa macam taknak balik pula.”

“Laaa, kenapa pula. Nak tinggal sini ke?” Aishah menguis pasir pantai.

“Kalau tinggal sini dengan you, I sanggup la.” Akim tersenyum.

“Tapi, kan kita sama-sama ada tanggungjawab kat KL tu… Lagipun, bukan jauh jaraknya. Lain kali kita boleh bertandang lagi ke sini.”

“Tempat ni bermakna untuk I. Sayang pula nak tinggalkan. Tapi takpa. Macam yang you cakap tadi, kita boleh datang balik kat sini kan.”

Aishah mengangguk. “Tau takpa.”

“Sayang…” Akim yang tadinya mencangkung sudah pun berdiri. Menunggu kedatangan ombak. Timbul idea nakalnya untuk menyakat Aishah yang ralit menguis pasir pantai.

“You ada apa nak ca…” Belum sempat Aishah menghabiskan kata-kata, Akim menghentakkan kakinya lalu memercikkan air laut. Habis kebasahan Aishah dibuatnya.

“Akim!!! Habis la basah baju I. Eeeeiii….” Bergema suara Aishah menjerit.

“Ala, apa salahnya mandi untuk kali kedua. Hahaha…” Akim berlari meninggalkan Aishah yang mengejarnya.

“You ni kan memang suka sakat I tau. Geramnya!!!”

Sebaik sahaja Akim dapat dicapainya, Aishah menghadiahkan cubitan. Akim pula yang menjerit.

“Sayang…stop it. Sakit la. Ok…Ok… I minta maaf.”

Aishah pura-pura merajuk. “Malas nak layan you. Suka tau sakat I.”

“Ala, bucuk-bucuk. Jangan la merajuk. Senyum sikit.” Akim memandang Aishah.

“Tak mau!” Aishah membelakangi Akim.

Segera bahu Aishah diraihnya. “Cik bulan kalau merajuk buruk tau!”

“Elleh. Biarlah. Buruk pun buruk la. I tak kisah.”

“Hahaha. Buruk pun I tetap sayang kat you tau. You tetap cantik di hati I.” Akim melutut.

Harus nyatakan ku biarkan engkau pergi. Membuatku terpuruk rasa ingin mati. Derita yang menjerat kapan akan berakhir…hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku. Aku cinta…ooo…Aku cinta…

“Sedap juga suara you ek. Tak sangka pandai nyanyi juga Encik Hakim kita ni.” Aishah tersenyum.

“Laaa, you baru tau ke. Dah ramai dah orang cakap camtu kat I.” Akim menarik kolar bajunya. Sedikit riak.

“Dalam kurungan, perasan!!!”

Tangan Aishah digenggam erat. Berdua mereka bersama menikmati keindahan alam yang terbentang luas.

Nun di sana, seorang lelaki memerhati dengan api cemburu yang menyala-nyala.

(Tunggulah pembalasan dari gua!)



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries