Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 11
22 January 2010 | 10:41 AM | 0 comments



karya:white lily


Sebulan selepas kejadian, bunga-bunga cinta semakin mekar di hati Akim dan Aishah. Perhubungan yang sudah pun menaiki satu fasa baru terus diperkukuhkan. Meski pun kesibukan melanda, itu bukan alasan untuk tidak saling berhubungan antara satu sama lain. SMS dan YM sebagai penganti diri.

“Morning, Cik Nana.” Akim menegur setiausahanya.

“Morning. Hi bos. Happy nampak!” (Mimpi apa la boss aku ni sejak akhir-akhir ni? Tiba-tiba pula good mood).

Nana mengekori Akim masuk ke biliknya.

“La, selama ni I tak happy ke?” Akim menyoal Nana, pelik dia dengan kenyataan Nana.

“Frankly speaking, you tak pernah ceria pagi-pagi. Kalau tak, monyok memanjang.”

“Oh yeah? Takkan la I macam tu. You ni kan ada-ada je.”

“Anything boss?”

“Emm, tak kot. I dah breakfast. Rasanya lepas ni you dah tak perlu susah-susah buat kopi untuk I.”

“Boss, I rasa macam dah terbau-bau nasi minyak pula.” Nana menyakat.

“Hahaha. Just pray for me okeh.” Akim tersengih.

“Dah agak dah. I’m happy for you. I will, boss. Takkan la I nak doakan benda yang bukan-bukan untuk boss I yang sorang ni kan.”

“By the way, any appointment for me today?”

Sambil Nana membacakan senarai appointment. Akim mengeluarkan Blackberrynya. Menaip sesuatu dengan senyum melebar.

*****

Blackberry Aishah berdering menandakan ada SMS yang masuk.

Menatap nama yang tertera di skrin, hati Aishah berbunga. SMS dibaca.

Pertama kali aku bahagia kau menerima diri ini

Insan biasa punya kelemahan dalam menempuhi cabaran

Aku juga tak mengharapkan intan permata kemewahan

Cinta yang murni keikhlasan hati

Semoga BERKEKALAN KASIH KITA…

SMS dibalas.

Jadilah kau sahabatku, kekasih dan teman

Hanya itu yang kuharapkan

Dalam susah dalam senang kita seiringan

Semoga ikatan berkekalan

Butang send ditekan. Aishah tersenyum.

Interkomnya berbunyi.

(Isk, menganggu betul. Baru nak feeling)

Butang interkom ditekan. “Claudia, anything?”

“Boss, ada bunga untuk you. You want to receive it?”

“Ok.”

Pintu terbuka. Claudia masuk dengan sejambak bunga ros merah.

“One more thing, I nak keluar dah ni. Lusa final renovation untuk Wisma Kamil kan?”

“Yup.”

“Kalau macam tu, inform Vince to summarize all the renovation details. Once I balik nanti, I check with him.”

“Ok boss.” Claudia berlalu pergi meninggalkan Aishah yang tertanya-tanya.

Sampul surat yang berisi kad diambil. Penuh debar Aishah membukanya.

My Luv, Aishah Najwa

Kamu ada di dalam aku

Aku ada di dalam rindu

Sedang ingatkan mu

Lelaki ini yang selalu mencintamu selalu
Tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku

Lelaki ini,

Hakim Najmi

Sekali lagi Aishah tersenyum. Kad itu dikucupnya. Bunga dan kad tersebut diletakkan kembali di atas meja. Dia mengambil briefcase dan bersiap-siap untuk keluar. Sesampainya di dalam kereta, enjin dihidupkan. Handsfree disarung ke telinga. Pantas dia menghubungi Akim sambil memandu ke destinasi yang hendak dituju.

*****

“So, itu sahaja appointment you untuk hari ni. Oh ya, sebelum I terlupa. Tan Sri nak jumpa you. Katanya nak update pasal projek yang kita baru dapat last week.”

“Ok. Please prepare all the documents to me. You pun tau la kan Tan Sri tu banyak soal. Karang kalau I tak dapat jawab, menanah la telinga dengar bebelan.”

“Bukan ke Tan Sri tu your dad?”

“Sebab dia my dad la I kena buat full preparation.”

Akim mengerling telefonnya yang berdering melagukan lagu I’m Yours. Tertera nama my luv.

“That’s it.” Nana yang mengerti segera meninggalkan Akim. Memberi ruang untuknya menjawab panggilan.

“Hello, sayang. Rindukan I ke?”

“Hahaha. I just wanna say thanks for the flowers and kata-kata indah dalam kad tu. You know what, I really appreciate that.”

“You dah dapat ek bunga tu? Suka tak?”

“Sangat suka. Thanks. Buat susah-susah je kan.”

“La, susah apanya. Bukan orang lain pun kan. Ke you nak I bagi juga pada aweks-aweks lain? Claudia ke…”

“Berani buat la. Gatal!”

“Jealous juga you ni rupanya. Sayang, I kena jumpa daddy ni. Talk to you later ok. Take care. Jangan nakal-nakal tau. Luv you darling.”

“Owh, ok. Luv you too honey.”

Talian ditamatkan. Bergegas Akim menuju ke bilik daddynya. Nana yang menanti di luar menyerahkan kesemua fail untuk dibawa bersama.

*****

“Come. Lama tak jumpa. Kamu sihat?”

Mereka bersalaman.

“Aishah sihat. Uncle sihat?”

“Orang tua macam ni la. Kadang-kadang datang juga penyakitnya.”

“Mana ada tuanya. Still hensome maa…”

“Haha. Pandai kamu mengusik Uncle ya. By the way, Uncle panggil ni sebab nak minta Aishah renovate our meeting room. Uncle rasa macam dah boring pula dengan design tu. Boleh?”

“Sure, Uncle. Sure. What type of design you want?”

“Yang tu Aishah kena deal dengan anak Uncle, Dia yang akan tentukan. Ha, tu pun dia. Let me introduce both of you.”

Aishah berpaling.

“You buat apa kat sini?”

“Felix?”

“Laa…You all already knew each other?” Dato’ Benard Chua terkejut.

“Apa pula tak kenalnya daddy. Ni la buah hati si Akim.”

Aishah menyiku lengan Felix. Felix mengaduh kesakitan.

“Oh, really? Good choice. Pandai Akim pilih. Aishah, Akim tu budak baik tau. Walau pun, dia ada angin sikit, but still good person.”

Merah muka Aishah menahan malu. Felix tersengih.

“Since you all dah kenal, senang la nak berdiskusi. Felix, nilah orangnya yang design your room.”

“Ye ke? Tak sangka orang yang design bilik I rupanya orang yang I kenal sangat-sangat. Ramai tau yang puji your design. Impressive!”

“Tak la. Biasa-biasa je.”

“Aishah, I tahu la you tu rendah tapi tak perlu la kot merendahkan diri.” Felix mengusik.

“Amboi, kenakan I nampak!”

“Ok. I need to go. Felix, you can discuss with Aishah regarding the renovation. Choose the best design. I know that Aishah will help you about this. Kan Aishah?

“No sweat Uncle.”

“Uncle pergi dulu. Nanti sampaikan salam uncle pada your parents. And also to Aril.”

Aishah mengangguk. Sekali lagi mereka bersalaman.

“Sorry la. Daddy I kena entertain klien dari Jepun. Jom, I tunjukkan you bilik tu.”

“Takpe. I faham. Busy man, isn’t it?”

*****

Hafiz duduk termenung. Suasana bising di Starbuck’s Sunway Pyramid sedikit pun tidak menganggunya. Serabut kepalanya memikirkan cara untuk mendapatkan cinta Aishah. Rambut yang kerinting bertambah kerintingnya.

(Makin lama makin rapat pula dia dengan mamat perasan macho tu. Isk, apa aku nak buat ni?)

“Ehem, tengah fikirkan cara nak rebut si buah hati ke?”

Seorang wanita yang tidak dikenali sama sekali oleh Hafiz berdiri di hadapannya.

“Ek elleh. Kita ni kenal ke?”

“Kenal tak kenal tu perkara kedua. I tau apa yang you fikirkan.” Tanpa di suruh, dia terus duduk di hadapan Hafiz.

“Maksud you?”

“I Rubisa. You ni boyfriend Aishah kan? Opps, bekas boyfriend Aishah. Tersilap pula.”

Huluran tangan disambut. Hafiz memasamkan muka. (Perli la tu!)

“Macamana you tahu?” (Dia ni ahli sihir ke?)

“Adalah. Tapi I tahu yang I boleh tolong you pisahkan Akim dengan Aishah. Then, you boleh la dapatkan Aishah balik.”

“Motif?”

“Dendam kesumat!”

(Uih, ngerinya. Tapi, boleh percaya ke minah ni?)

“Kalau you tak percayakan I, takpe. It’s up to you.” Rubisa bingkas bangun.

“Nanti dulu, apa plan you? Lagi satu I nak tanya, apa hubungan you dengan dorang?” Hafiz segera menerpa.

Rubisa tersenyum sinis. Dia duduk kembali.

“I jalankan peranan I, you jalankan peranan you. This is win-win situation, Hafiz. You dapat apa yang you nak and I pun dapat apa yang I nak. We are in the same track. Deal?”

“Deal. Tapi, apa plan you?” Hafiz teruja.

Rubisa tersenyum. Kemenangan bakal berpihak padanya.

*****

“Abang. Ni ada bungkusan untuk abang. Nah!” Ika menghulurkan bungkusan kotak kepada Akim.

“Eh, sejak bila pula Ika jadi PA abang ni?”

“Ala, memang Ika nak jumpa abang pun. Dah alang-alang kan. Apa salahnya kalau Ika yang bagi. Siapa kasi?” Ika yang sememangnya kepochi,tertinjau-tinjau untuk mengetahui isi kandungannya.

“Sibuk jelah dia ni.”

Akim membuka bungkusan itu. Di dalamnya terdapat tiga cupcakes yang comel dan cantik. Tertulis perkataan I serta terlukis gambar hati dan juga karikatur wajah Akim tersenyum. Akim tertawa kecil. Kad comel yang disertakan sekali di bukanya.

My sweety, Akim

Kau tersenyum, ku terpaku

Cahya diwajahmu hanyalah untukku

Sinaran matamu menusuk ke kalbu

Tak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman

Lalu hati pun berkata segala untukmu

Satu masa nanti pasti kau temui

Tabahkanlah hati jangan lupakan Ilahi

Pasti tiba bahagia

Tak mungkin sendirian

Tercipta dalam lagu berkumandang

Terukir dalam mimpi

Kau ku sayang

With luv,Aishah

Akim tersenyum persis seperti yang terlukis di salah satu cupcake yang diterimanya. Kalau la senyuman itu bersifat elastik, rasanya boleh sampai ke telinga dia tersenyum.

“Wanginya bau dia. Abang bagilah Ika tengok.”

Pantas Akim menutup kotak yang diterimanya tadi. Tepat matanya memandang Ika. “Ika ni takde kerja nak buat ke?”

Ika mencemuh. “Elleh, nak tengok pun tak boleh. Kedekut! Taik hidung masin! Huh!”

“Alala, merajuk pula adik abang ni. Nak tengok sangat kan. Nah!” Kotak disuakan kepada Ika.

Ika yang tadinya muncung, tersenyum kembali.

“Alahai, cantiknya cupcakes ni. Bagi Ika satu ek? Mesti sedap kan.”

Belum sempat Ika mengambilnya, Akim merampas kotak itu. Terkedu Ika dibuatnya.

“Aip!!! No way. Ika tak boleh makan cupcakes ni!”

“Dah tu, nak buat? Takkan nak buat frames pula!” Perli Ika.

Akim mengangguk. “Pandai Ika. Macam tahu je apa yang abang fikirkan.”

Ika terlopong. Dia menepuk dahinya. “Adoyai, memang sah la abang aku ni mereng tahap dewa!”

“Mereng pun mereng la Ika. Abang tak kisah pun.”

“Encik Hakim Najmi, cupcakes tu fungsinya untuk dimakan! Ntah apa-apa la dia ni.” Ika mula membebel. Pening dia melihat kerenah abangnya.

“Ni kan hak abang. Ikut suka abang la nak buat apa pun.”

“Isk, orang lain pun bercinta juga. Tak la sewel macam abang ni. Malas la Ika nak layan abang. Angau betul!”

Akim ketawa. Sebaik sahaja Ika hilang bersama bebelannya, Aishah dihubunginya.

“Sayang, I dah dapat cupcakes tu. Thanks.”

“Penat tau I buat semalam. Sorilah kalau hodoh sikit. Hehe..”

“No la. Cantik sangat.”

“Tapi tak tahula pula rasanya sedap ke tak. Kalau tak sedap, sori sangat-sangat tau. I ni bukan la terror sangat macam Chef Zaida tu.”

“Eh, I takkan makan la cupcakes ni.”

“Aik, habis tu you nak buat apa? Takkan la nak buat frames pula Encik Akim ooiii…” usik Aishah.

“You pun macam Ika ek. Macam tau-tau je apa yang I fikirkan.”

“What!!!” Aishah menjerit di hujung talian. Terkejut dengan tindakan Akim. “Sayang, cupcakes tu untuk dimakan la.”

“Not for me.”

“You ni kan, ada-ada je tau. Sayang, we talk later ok. I ada appointment dengan klien ni.”

“Ok sayang. Thanks again for the cupcakes.”

“Special for you dear. Daa~”

“Daa~”

Akim tersenyum lagi. Cupcakes tadi diperhatikannya. Terharu dengan keikhlasan Aishah.

(Aishah, aku memang dah cinta mati kat kau!)

*****

“Hai bro! Buat-buat sibuk nampak.”

Akim tercegat. Tangan kanannya dimasukkan ke poket manakala tangan kirinya memegang hujung kaca mata ray ban.

“Oii, apa mimpi datang opis aku ni?”

Kedua sahabat berpelukkan.

“La, kena tunggu mimpi baru boleh datang ke?”

Akim duduk di sofa yang telah disediakan. Felix mengambil tempat disebelahnya.

“Haha, bukan tu maksud aku. Tetiba je muncul. Apa cer?”

“Mana ada apa-apa. Saja je drop by ke sini.”

“Kau nak apa-apa tak? Coffea? Tea?”

“Eh, tak payah. Aku baru je minum tadi.”

“Kau tau tak, rupanya yang design bilik aku ni awek kau bro.”

“Aku tahu, Aishah ada cerita kat aku semalam. Dan, dan kau declare dia awek aku kat depan bapa kau ek. Mentibang laut!”

“Haha, Dia bagitahu kau ke? Ala, bapa aku tu sporting la. Siap puji kau lagi. Baik punya.”

“Apa cer Qhaud ha? Sibuk sangat ke dia tu?” Soal Akim.

“Tulah. Aku pun tak sure. PA dia kata dia pergi oversea.”

Perbualan mereka berdua terganggu apabila telefon di bilik Felix berdering. “Jap ek. Phone bunyi pula.”

Felix berlari mendapatkan telefon yang terletak di atas meja.

“Hallo. Ha, kau ke Qhaud. Panjang umur. Baru je aku dengan Akim sebut nama kau. Ada je mamat tu kat sini. Kejap, aku buat loud speaker.”

Butang speaker ditekan. Felix kembali duduk di sebelah Akim.

“Bro. Kau mana menghilang ni?”

Qhaud ketawa di hujung talian. “Hilang menda! Aku kat Hong Kong ni. Ada urusan bisnis. Rindu aku ke wei?”

“Ek elleh. Siapa yang rindu kat kau? Baik aku rindu kat awek aku.” Akim mengekek.

“Uiks, Akim dah ada awek! Berita sensasi ni. Yang aku tahu Felix rujuk balik dengan ratu atlit, si Akma. Yang kau pula, siapa perempuan yang malang tu?”

“Siapa lagi? Aishah la. Kau kenal kan dia tu.” Felix membocorkan rahsia.

“Felix! Aku baru nak buat surprise. Tunggu dia balik Malaysia dulu, baru bagitahu. Spoil la kau!” Akim menyampuk. Dahi Felix ditepuknya.

“Aishah? Aishah Najwa ke?”

“Ha la. Aishah mana lagi.” Sambung Felix.

“Oh, yeah? Mana kau kenal dia?” soal Qhaud. Cuba menyembunyikan reaksi sebenar.

“Yang tu, kena tunggu kau balik sini dulu. Baru kitaorang cerita, kan Akim.”

“Eh, kejap ek korang.”

Kedengaran suara perempuan memanggil Qhaud. Bertanyakan menu makanan yang hendak dipesan. Akim dan Felix saling berpandangan. Tertanya-tanya, siapakah gerangan wanita itu.

“Sori korang. Kita cerita pasal apa tadi?”

Suasana sunyi.

“Oit, aku tanya korang ni? Tidur ke!” Qhaud separuh menjerit.

“Qhaud, suara siapa tadi?”

“Suara siapa Felix? Kau ni merepek apa?”

“Dah la Qhaud. Aku pun dengar juga. Cerita la kat kitaorang. Siapa perempuan tadi?”

“Hahaha, Adalah. Tunggu aku balik sana. Nanti aku cerita. Got to go now. Take care guys. Bye.”

Tanpa menunggu lama, talian dimatikan oleh Qhaud.

“Siot la dia ni. Tak sempat kita nak risik siapa perempuan tu?”

“Takpe. Relaks arr. Nanti dia balik Malaysia, kita soal-siasat habis-habisan.”

“Yeah. Aku setuju tu. Hikhikhik…” Felix membuat tanduk dikepalanya. Akim juga mengajuk tindakan yang sama. Kemudian, kedua-dua mereka ketawa.

*****

“Boss, Qhaud on the line. Nak sambung ke?”

“Ok. Thanks Claudia.”

Panggilan bersambung…

“Hallo Encik Qhaud. Lama tak dengar cerita. Sihat?” Aishah berbasi-basa

“I sihat je. Amboi, ada teman baru sikit pun tak inform I ye?”

“Teman baru?”

“Yelah, I ni ntah orang ke berapa yang tahu.” Qhaud berpura-pura merajuk.

“Hey, you cakap apa ni?”

“Bertuah Akim dapat girl yang baik macam you.”

“La, pasal tu ke? Mana you tau ni?”

“Tadi I call Felix. Kebetulan Akim ada kat situ. Maka terbocorlah rahsia.”

“Owh. You kat mana ni?”

“Hong Kong. Ada urusan bisnis. Frust I bila dapat tahu you dengan Akim.” Ada nada kecewa dari

kata-kata Qhaud

“Yolah tu.” Aishah ketawa. (Mamat ni biar benar!)

“Aishah, I serious la. Maybe I lambat sikit kot. Tapi takpe. I still happy kalau Akim yang jadi pilihan. I kenal Akim tu dah lama. Korang memang sepadan.”

“Qhaud, I tak tahu nak cakap apa. Tapi…”

“I faham. Aishah, I memang sukakan you. Dari dulu lagi. Tapi hati you bukan milik I. Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak dapat apa yang kita nak. Maybe kita sesuai sebagai teman and not as a couple. Kawan I ada bagitahu, mendoakan orang yang kita sayang itu boleh membahagiakan kita. Tu yang I buat untuk you.”

“Kawan you? Siapa?”

“Biarlah rahsia. Ngeh..Ngeh.. Dia juga yang membuka mata I untuk terima sebarang kekecewaan yang melanda. Lepas I break dengan Rubisa, totally my life flat. Then I jumpa you. I thought you boleh ubat kekecewaan I, tapi tak mungkin you terima I lepas kes Rubisa serang you hari tu. I kenal you sangat.”

“You right. I tak tahu apa yang menyebabkan si Rubisa salah anggap. For the beginning, I rasa I boleh harapkan you. Tapi I tengok Rubisa betul-betul sayangkan you. I ni perempuan. For sure I tahu perasaan dia. Maybe dia ada buat mistake. Biasalah. Manusia tak sempurna kan. I rasa ada lagi peluang untuk both of you. That’s why, I cuba jarakkan hubungan kita. Sampailah I jumpa Akim. Ada beberapa perkara yang buat I menyenangi dia. Sebab tu tanpa ragu dia jadi pilihan I.”

“Hahaha, takde jodoh antara kita kot. Apa pun, I happy untuk you and Akim. Kalau Akim buat perangai, I cepuk dia cukup-cukup. Jangan bagi peluang dia buli you.”

“Tak beraninya dia buli I. Sakat I ada la.” Aishah ketawa mengenangkan telatah Akim.

“Tu memang hobi sampingan dia. Si Akma tu dari dulu lagi dah jadi mangsa. Now, beralih pula pada you.”

“Thanks Qhaud. Thanks for understanding.”

“Takde hal la. Ok la. Balik Malaysia nanti, kita borak panjang. Take care.Bye.”

“Bye.”

Talian di matikan. Aisah terpana mendengar pengakuan Qhaud. Sememangnya dia lelaki yang baik. Tapi Aishah tak mampu untuk membohongi dirnya sendiri. Dalam hatinya kini, hanya Akim yang bertakhta. Tiada lelaki lain.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries