Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 13
25 January 2010 | 10:51 AM | 0 comments

karya:white lily

Majlis makan malam Akim bersama bakal keluarga mertuanya berjalan tanpa sebarang masalah. Aishah dan Marsha di dapur, menolong mummy mereka manakala Akim bersama-sama dengan Tan Sri Qamal Ariffin dan Aril di ruang tamu. Bersembang santai setelah aktiviti makan berakhir.

Aril memandang Akim penuh tajam. Sedari tadi reaksinya agak dingin membuatkan Akim kecut perut. Risau akan penerimaan Aril terhadap dirinya. Tapi mengenangkan kata-kata Aishah sebelum mereka ke mari Akim sedaya upaya cuba untuk berlagak tenang.

(Adoyai, dia ni pandang aku macam nak cari gaduh je!)

Aril pula sebenarnya ingin bercakap dengan Akim secara in person. Ada beberapa watikah yang ingin disampaikan. Tapi kehadiran daddynya membuatkan tindakan itu terbantut. Seboleh mungkin, dia tidak mahu melibatkan daddynya. Sedang rancak berborak, telefon bimbit daddynya berdering. Aril tersenyum. (Yes! Peluang ni. Sure daddy jawab call tu. Lepas ni, boleh la aku cakap dengan Akim face to face)

Tepat jangkaan Aril. Daddynya meminta diri sebentar bagi menjawab panggilan meninggalkan Akim dan Aril berdua. Menambahkan lagi ketidakselesaan Akim.

“Bro, boleh kita bercakap sekejab. Kita borak kat luar.”

Akim mengangguk. (Sudah!) Tenang dia mengikut Aril keluar.

“Actually, Ecah selalu cerita pasal Akim kat abang. Abang tau apa je yang berlaku. Ecah tak boleh sorok walau seinci pun dari abang.” Aril memulakan bicara.

“Saya tau. Aishah ada bagitau saya yang dia rapat sangat dengan abang.”

“Macamana Akim sayangkan Ika, macam tu lah juga pentingnya Aishah dalam hidup abang. Abang tahu semua kisah Akim. Siapa kawan-kawan Akim, keluarga dan juga tentang cinta. Abang dah selidik latar belakang Akim.”

(Uiks, abang ipar aku ni bukan calang-calang orang ni. Semua benda dia tau) Tenang Akim mendengar bicara selanjutnya.

“Abang yakin dengan pilihan dia. Abang rasa Akim boleh bahagiakan dia. Cuma satu je yang abang minta, Akim jangan sesekali sakitkan hati dia macamana Hafiz dah buat.”

“Insya-Allah, saya takkan sakitkan hati dia. Sebenarnya selain daripada family, Aishah la orang yang terpenting dalam hidup saya.”

“Bagusla kalau macam tu. Korang kena saling percaya. Ada yang dengki dengan hubungan korang.”

Tersentak Akim mendengarnya. “ Maksud abang?”

“Akim tau apa yang abang maksudkan. Pandai-pandailah tepis dan elak.” Aril ketawa. Akim juga turut ketawa.

“Tapi, ingat! Kalau ada apa-apa yang jadi dengan Aishah, abang tak teragak-agak untuk belasah Akim cukup-cukup! Ingat!” Aril memberi amaran.

Akim menelan air liurnya. (Huih, dah la dia ni ada black belt. Masak lemak cili api aku nanti)

“Jangan risau. Abang takkan belasah fizikal Akim. Cuma mungkin akan berlakunya penderaan jiwa. Trust me! Tu lagi sakit tau.” Aril tersenyum.

“Abang ni pandai berfalsafah ek? Saya dah mula blur dah ni.” Akim tersengih. (Poning palo den)

“Haha..Tulah bakat terpendam. Tapi serious, abang nak Akim jaga Aishah elok-elok. Jangan sakiti hati dia. Ok?” Bahu bakal adik iparnya dipeluk.

“Saya faham.”

“Bagus…Bagus…” Bahu Akim ditepuknya.

“Hah! Ni ada pakatan apa ni? Lain macam je.” Aishah muncul dengan mencekak pinggangnya.

“Pakatan apa? Pakatan Rakyat ke?” Soal Aril.

“Abang jangan nak tipu Ecah. Baik cakap?”

“Mana ada apa-apa la. Kan, Akim.”

Akim mengangguk.

“Yelah tu. Abang ni bukan boleh percaya sangat. Abang bagi khutbah ke kat Akim?” Aishah masih belum berpuas hati.

“Khutbah mende? Hari ni bukan hari Jumaat pun.”

“Dah tu, buat apa kat sini? Akim, abang I cakap apa kat you?”

“Tak cakap apa-apa pun la sayang.” Jawab Akim.

“Ntah dia ni. Suka fikir bukan-bukan. Kitaorang just having man’s talk. Orang perempuan mana boleh tau.”

“Betul…Betul…Betul…” Akim dengan gaya upin ipinnya.

“Ye ke ni? Akim, better you bagitau I. Tak payah takut dengan abang I ni.”

“Laa, dia ni. Tak percaya pula. Dah la. Akim, jom masuk. Jangan layan dak kecik ni.”

“Orait.” Mereka berdua bergandingan masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Aishah yang mula menghidu sesuatu.

(Boleh pula budak dua orang ni tag team! Peliknya)

Aishah masih lagi berdiri di luar. Memikirkan apakah butiran bicara abangnya dengan kekasih hatinya.

“Ecah! Mummy suruh masuk. Belum shift Aishah lagi jadi mak guard.” Jerit Aril menambahkan lagi sakit hatinya.

(Mak guard dia panggil aku. Nak kena tau abang ni! Terjejas reputasi aku depan Akim. Hisk!)

*****

“Sayang, thanks sebab sudi dinner dengan family I.” Aishah menghantar Akim ke keretanya.

“Takde hal la. Small matter je.” Akim tersenyum.

“Abang I cakap apa tadi kat you?” Aishah bersandar pada kereta.

“Ler, tak puas hati la tu selagi you tak tau details kan.” Akim mengusik menerbitkan cebikan di wajah Aishah.

“Ke ada pakatan sulit antara you dengan Aril tu?”

“Haha, bukan la sayang. Peringatan dari seorang abang ipar kepada adik iparnya.”

“Cop, Aril tu ada adik ipar ke? Setahu I kak Marsha tu anak tunggal. Mana pula datangnya adik ipar tu ye?” Giliran Aishah pula mengusik.

Akim berpura-pura tidak mendengar. Mukanya ditarik empat belas. Sedikit merajuk dengan kenyataan Aishah.

“Haha, sayang I bergurau jelah.” Tangan Akim digengamnya. Cuba memujuk buah hatinya.

“You pun, jangan la bergurau benda-benda macam ni. Kecik tau hati I.” Akim membalas genggaman itu.

“Alala… I usik you je. Cute juga kalau you merajuk ek?”

“I memang cute dalam apa jua situasi tau.” Akim taknak mengaku kalah.

“Dalam kurungan, perasan!”

Sama-sama mereka tertawa.

“Abang you just ingatkan I, suruh jaga adik dia yang satu ni elok-elok. Jangan sakitkan hatinya.”

“Aril memang camtu. Prihatin la konon.” Aishah ketawa.

“I faham keadaan Aril. Rasanya I pun akan lakukan tindakan yang sama untuk Ika. Si abang sayangkan adiknya sangat-sangat. Cuma mungkin kadang-kadang adiknya yang degil sikit.”

“You cakap untuk Ika or perli I ni?”

“Both. Hehe…”

“Selain Aril dan family I, you antara orang yang paling I sayang.”

“I tau. By the way, daddy I cakap apa kat you pagi tadi?”

“Owh, dia say congrats kat I sebab dah berjaya ceriakan balik hati anak dia yang suram. Ubah you dari mereng ke normal. Tu Ika yang cakap. Bukan I.”

“Har..Har…Ika tu yang sengal. Berani dia jatuhkan reputasi abang dia yang macho ni.”

Aishah ketawa. Akim sekadar senyum. Melihat tawa di wajah Aishah cukup menggembirakan hatinya.

“Sayang…” Lembut Akim memanggil kekasih hatinya.

“Hem…”

“Apa cerita si Hafiz? Apa lagi dia nak?”

“Hafiz? Biasala dia. Tak faham bahasa. I pun tak tahu nak guna bahasa apa lagi. Agaknya kalau guna bahasa urdu baru faham kot.”

“Amboi, marahnya dia.” Hidung Aishah dicuitnya.

“Mestilah! Tak abis-abis dengan trick kuno dia tu. Cuba untuk pengaruh I tapi kesian kan. Tak lut langsung. Haha…”

“Dia cakap apa?”

“Something bad about you.”

“Abis tu, you percaya ke?” Wujud nada risau dalam diri Akim.

“Sayang, buat apa I percayakan mamat pysco tu. Buang masa la!”

“Tu yang buat I sayang kat you ni.”

“I tau.”

“Ok la. I balik dulu. Esok kite jumpa lagi.”

“Ok. Thanks again for coming.”

“Take care. Sweet dreams.”

Kepala Aishah diusap lembut.

“You too dear.”

Enjin kereta dihidupkan. Cermin kereta diturunkan. Akim memandang Aishah sambil tersenyum. “I love you sayang.” Akim mengenyitkan matanya.

“I love you too.” Flying kiss diberi oleh Aishah. Disambut oleh Akim. “Drive carefully. Jangan memecut pula.” Aishah memberi peringatan.

Aishah masuk ke rumahnya sebaik sahaja Akim meninggalkan villanya.

“Eh, daddy dengan mummy mana? ” Aishah bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke sofa empuk. Duduk di sebelah abangnya yang sedang menonton rancangan Tom Tom Bak. Disisi abangnya, Marsha setia menemani.

“Dorang ada kat atas. Sesekali bagi la chance kan.” Aril tersengih. Marsha mengelengkan kepalanya.

“Haha… Takda cerita lain ke? Cerita ni pun layan.” Aishah mengambil remote control lalu menukar siaran.

“Tulah. Sis pun dah bosan. Ntah apa-apa ntah.”

“Ecah..”

“Abang nak cakap apa, cakap la. Ecah tahu ada benda yang abang nak katakan.”

Aril memandang isterinya. Marsha menganggukkan kepalanya. Lembut dia menepuk paha suaminya. Memberi sokongan.

“Abang cuma nak Ecah tahu yang abang sayang sangat kat Ecah. So, abang taknak tengok adik abang ni sedih. Abang tau Ecah sayangkan si Akim. Tapi, Ecah juga kena sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.”

Aishah menutup suis televisyen. Rasanya perbualan abangnya lebih menarik perhatian daripada siaran tv. Dia duduk mengadap abangnya.

“Maksud abang?”

“Takda apa. Abang nak ingatkan je. Kukuhkan nilai kepercayaan antara korang. Kalau Ecah ada apa-apa masalah, jangan segan-segan cerita kat abang. Ok?”

“Kalau segan nak cerita dengan abang Aril, Ecah boleh cerita dengan sis. Mana la tau kot-kot lebih selesa cerita dengan perempuan.” Marsha menyampuk.

Aishah mengangguk.

“Lagi satu, jangan bagi ruang dalam hati Ecah untuk dilukai.”

“Ecah tau. Thanks abang for the reminder.”

Aril memeluk adiknya dengan penuh kasih. Perlahan rambut adiknya diusap. Dalam hatinya, mendoakan agar adiknya itu sentiasa gembira dan harapannya dengan keadaan Akim mampu mengembalikan keceriaan dalam hidup Aishah.

“Ha, phone bunyi tu.” Suara Marsha memecah suasana.

Deringan blackberry Aishah menandakan ada SMS yang masuk. Segera Aishah mencapai phonenya.

“Dari Akim la tu.” Aril meneka.

Aishah tersenyum simpul. (Tau takpa)

“Nama pun orang tengah bercinta kan. Macam la you tak biasa.” Marsha mengusik.

“Ok la. Aishah naik dulu, Malas nak kacau abang dengan sis berdua-duaan.”

“Yelah tu. Good Night Ecah.” Aril ketawa. (Malu konon)

“Good night.” Jawab Aishah ringkas.

Aishah naik ke biliknya. SMS dari Akim dibaca.

Genggam erat janjiku

Sematkan di dalam hatimu

Moga cinta makin mekar

Mengharumkan hidupmu

Aishah tersenyum. Mindanya berfikir untuk membalas SMS tersebut. (Ha, idea!)

Cinta ini kupersembahkan

Setulus hati kasih kepadamu

Seandainya engkau mengerti

Hanya kau yang ku miliki dalam hidupku

Terus mereka berbalas ayat-ayat cinta sehinggalah mata masing-masing memberi isyarat untuk beradu.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries