Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 14
26 January 2010 | 10:17 AM | 0 comments
karya:white lily

Sekali lagi pantai PD dijejaki. Jika dulu Akma dan Felix turut pergi bersama, kali ni hanya Aishah dan Akim. Tiada bayang sahabat baik mereka itu.

Burung berkicauan menyanyikan irama rindu seolah-olah menyambut kepulangan semula mereka. Tempat yang menyaksikan cinta mereka terpatri.

Bertemakan pot luck mereka berdua bergurau senda meraikan cinta bersaksikan pasir pantai dan ombak laut yang setia. Aishah menunjukkan skil memasak dengan menyediakan menu nasi goreng tuna dan sandwich berintikan mayonis tuna. Akim juga menunjukkan skilnya. Bukan skil memasak sebaliknya skil menjadi pembeli bijak. Minuman Ceres Orange, dua potong kek buatan Secret Recipe dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Katanya kalau semua dah memasak siapa pula yang nak membeli. Kesian pula pada mereka yang menjadikan makanan sebagai punca pencarian rezeki.

Akim memerhatikan Aishah yang sibuk menyusun atur hidangan di atas tikar. Sememangnya wajah Aishah cukup mendamaikan hatinya.

“Sayang, you kalau tak pandang I tak boleh ke?” Merah muka Aishah bila menyedari Akim merenungnya.

Ala, bukan orang lain pun. Awek kita juga kan. Ke you nak I renung awek orang lain?” Akim mengusik.

“Amboi, ada hati juga nak menggatal ek!” Marah Aishah. Tapi disambut tawa oleh Akim. (Pulak, awat ketawakan chek ni??)

“Hahaha, takkan la I nak menggatal pula. Nak jaga you sorang pun payah tau. Lagi-lagi bila mentibang laut tu tak reti bahasa. Suka nak rebut you dari I kan. Isk, buat I nak letupkan muka dia je.”

“Mentibang laut? Siapa tu?” soal Aishah, pelik.

“Si mamat kerinting tu la.”

Ketawa besar Aishah mendengarkan gelaran yang diberi oleh Akim kepada Hafiz barusan tadi. (Mentibang laut, mamat kerinting. Sesuai benar gelaran tu untuk kau Hafiz)

“You ni kan memang pakar bagi gelaran kat orang kan. Sayang, you nak makan apa dulu? Nasi or sandwich?”

Akim menggelengkan kepalanya lalu tersengih. “I kenyang je bila dengan you. Tak rasa lapar pun.”

“Yolah tu. Nop, you kena makan juga. Penat I masak. Rasa la sikit. Please…” Pujuk Aishah.

Tepat Akim memandang mata Aishah. Aishah pula membulatkan matanya.

“Huish, jangan la buat muka cenggitu. Dah macam mak tiri je. Yelah sayang. I nak makan sandwich dulu. Nanti baru makan nasi ok.”

“Ha, macam tu la. Suruh makan pun payah kan. Babap karang.” Aishah menghulurkan bekas berisi sandwich kepada Akim.

Seperti biasa Akim mengetuai bacaan doa. Suka Aishah dengan situasi itu. Yalah, zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang nak baca doa makan. Haih…

“So, macamana sandwich tu sedap tak?” Aishah menanti reaksi dari Akim.

Secara tiba-tiba Akim mengerutkan mukanya lantas memegang perut. Wajahnya kesakitan. Aishah yang melihatnya mula kaget. (Puloks, apsal plak ni)

“Sayang, you letak apa dalam sandwich ni?” Nada Akim menahan kesakitan cukup membuatkan Aishah penasaran.

Cepat-cepat dia mendapatkan Akim lalu dipangkunya. “I just letak tuna, mayonis, ngan black pepper. Kenapa ni? You jangan la buat I risau. Pelik sangat ke rasanya?”

“Ntah la. Tadi kat perut. Sekarang ni dah melarat ke jantung I. Adeh, menusuk ke kalbu.” Akim memegang hatinya. Perit riak muka Akim.

Aishah yang semakin risau mula gelabah. Reaksi Akim membuatkan dia tidak keruan. “Sayang, kita pergi hospital la ek. Jangan la buat I risau macam ni. Akim…” Tonasi Aishah mula bertukar. Ada nada sendu di hujungnya. Menahan tangis barangkali.

“Aishah, sandwich you ni kan…”

“Akim, kenapa ni? Kita pergi hospital ye.” Mata Aishah mula berkaca.

“Sanwich ni rasa sedap sangat. I terasa cintanya. Tu yang menusuk ke kalbu.” Akim menyeringai. Mengenyit matanya pada Aishah.

Aishah terdiam. Geram wajahnya memandang Akim. Mata yang berkaca tadi mengalirkan air mata.

(Alamak!)

“You tau tak betapa risaunya I tadi? Jangan main-main macam ni boleh tak!” Ditolaknya Akim dengan kasar. Aishah berdiri lalu menuju ke pantai. Segera Akim mengejar.

“Sayang, nanti dulu.” Tangan Aishah di raih. Mereka berhadapan antara satu sama lain. Akim memandang Aishah. Tiada reaksi darinya. Aishah tunduk memandang pasir pantai. Perlahan-lahan dagu Aishah diangkatnya. Akim mengusap air mata yang terbit di mata Aishah.

“Sayang, I minta maaf kalau gurauan I tadi buatkan you sedih. Please jangan nangis sebab I. You buat I rasa bersalah sangat. Sorry, sayang.”

“Sayang…please la jangan buat gurauan macam tu. Kalau I ada heart attack tadi, sah-sah you dah datang kenduri I malam ni! Suka ke?” Sekali lagi air mata membasahi pipi.

“Sayang, jangan cakap macam tu. Takmo..Takmo…” Akim mengusap lembut air mata itu. “I sayang you sepenuh hati I, seluas pantai ni. I taknak kehilangan you dalam hidup I. You pelengkap hidup I. I tak boleh kehilangan you. I nak jaga hati you macam I menjaga hati I sendiri. You nyawa I, Aishah Najwa. I nak you bahagia.””

“Promise?

“I promise. I taknak air mata you. I cuma nak senyuman you. Boleh kan?”

Aishah mula tersenyum. “Lain kali jangan buat macam tu lagi tau!” Lurus jari telunjuk Aishah memberi amaran keras kepada Akim.

“Orait bebeh.” Akim mengangkat tangannya tanda bersumpah.

Aishah tersenyum. Akim meraih Aishah dalam pelukannya.

“Sayang, sebagai tanda maaf I ada something untuk you.”

“Hah?”

Akim mengenggam tangan Aishah membawanya kembali ke tempat tadi.

“You duduk sini kejab. I’ll be back!”

Aishah melihat Akim menuju ke keretanya. Bonet dibuka lalu mengeluarkan sesuatu. Aishah cuba untuk meninjau tapi tak nampak pula. Maklum la comel sangat kan.

Akim tiba dengan senyuman. Barangan yang dikeluarkan tadi disorokkan di belakangnya.

“You ambik apa?”

Akim melutut. Aishah cuba untuk curi-curi melihatnya.

“Aip, jangan tengok! Haha… Takda apa sebenarnya. Only this!”

Akim menghulurkan sejambak bunga kepada Aishah. Geleng kepala Aishah menerimanya.

“Padanlah you tak bagi I masukkan barang dalam bonet kereta. Rupanya sorokkan benda ni. Naughty you.” Aishah menarik lembut hidung Akim.

“I tau you sukakan bunga. Ada lagi satu.”

“Apa lagi ni?”

“Syhhh….” Akim meletakkan jari telunjuknya ke bibir Aishah. Petanda untuk gadis itu mendiamkan diri.

Aishah menjadi pelik dengan telatah Akim. (Apa saja la dia ni!)

Akim duduk di sebelah Aishah. Gitar yang sememangnya di bawa tadi dicapainya.

“Ehem…Brbrbrbrbrbrbrbrbrr…” Akim membuat babbling. Membetulkan placement suaranya.

Aishah ketawa. (Macam-macam la dia ni)

“This song dedicated to my special lover, Aishah Najwa.” Akim mengusap rambut Aishah.

Gitar dipetik. Alunan lagu indah mula kedengaran. Akim melantunkan suaranya persis penyanyi professional. Melagukan bait-bait indah untuk gadis pujaan hati yang berada di hadapannya.

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh Aishahku kau begitu,

sempurna....


Tepat dia memandang Aishah. Aishah juga membalas pandangan tersebut. Mata mereka saling terpesona. Keduanya tenggelam di dalam irama cinta.


Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh Aishahku kau begitu,

sempurna....

“Oh, dear… It’s so sweet of you. ” Aishah menepuk tangan apabila Akim selesai dengan

persembahannya.

Akim tersenyum.

“Special for you. Suka?”

“Gila tak suka. Sangat terharu tau. Thanks sayang.”

“No sweat. Erm, agak-agak you la kan. Kalau I masuk AF lepas tak?” Akim meletakkan lengannya pada gitar.

“Sayang, confirm you pergi final punya.”

“No lah. Suara I bukan sedap mana pun. Ntah-ntah minggu pertama dah out.”

Sama-sama mereka berdua ketawa.

Suasana berjalan dengan penuh bahagia. Warna-warna cinta mewarnai. Selesai makan, mereka menjamu mata dengan menyaksikan keindahan matahari terbenam di ufuk barat. Memancarkan rona jingga tatkala senja mula berlabuh. Janji yang terpatri terus diperkukuhkan. Bersama mereka mengharapkan episod bahagia menjadi milik mereka.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries