Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 15
27 January 2010 | 9:45 AM | 0 comments
karya:white lily

“Ye Nana, ada apa?” Akim menjawab telefon sebaik sahaja keluar dari Maybank.

“Encik Akim, just nak confirmkan pasal lunch reservation dengan Cik Aishah tu. Jadi ke?”

“Owh, yang tu. Tak jadi la. I kena jumpa Nubhan. Ada problem dengan payment.”

“So, I inform Cik Aishah dulu la.”

“Takpa. I call dia sendiri. Nanti you tolong inform Ika dengan Tan Sri ok.”

“Orait boss.”

Sejurus selepas perbualan dengan Nana berakhir, segera Akim menghubungi Aishah.

“Hallo, hi sayang.” Suara Aishah kedengaran.

“Hi. Sayang, I tak dapat la nak lunch dengan you hari ni. Ada problem. So I need to see my client. Sorry okeh.”

“It’s ok la sayang. I faham. Hal kerja kan.”

“Thanks sayang. Malam nanti kita jumpa ok.”

“Ok. Take care sayang.”

“You too. Bye.” Akim mematikan talian. Dia tersenyum. SMS dihantar kepada Aishah.

Sayang, sori again. Lain kali kite lunch 2gether ok. Luv you very strong.

Seperti biasa, Aishah akan membalas kiriman SMS itu.

It’s ok la sayang. Jangan risau. Luv you too naughty boy. =)

Akim tersengih. (Naughty boy dia panggil aku. Naughty pun naughty la yang penting senyuman tu milik aku…Aishah…Aishah…)

“Hai, senyum sorang-sorang nampak. Terkenangkan buah hati ke?” Satu suara menegur Akim. Dia berpaling.

“Eh, Rubisa. You buat apa kat sini?”

“I ada urusan sikit kat sini. Ternampak you. Tu yang I datang tegur. You sihat?”

“I sihat je. You, apa cer?”

“I pun sihat. Takda yang menarik pun.”

“I see. Oklah. I got to go now. I kena jumpa klien ni. Lain kali kita jumpa lagi.”

“Akim. Sekejap. Sure you tahu kisah I dengan Qhaud kan?”

“Yup, so?”

“You tak rasa ke Qhaud tu dah berubah?”

“Berubah? No la. I tengok dia sama je. Actually, I taknak campur personal both of you. Qhaud is my bestfriend. Apa je keputusan yang dia buat, as a friend I akan support.”

“Baiknya hati you kan. Sayang pula kalau Qhaud tak reti nak appreciate. Lagi-lagi kalau dah sampai tahap kawan makan kawan. So, sad.”

“What are you trying to say?”

“Nothing. Just reminder from me to you. Setahu I your girl rapat sangat dengan Qhaud. Better you careful. Takut nanti you pula yang merana.”

Akim tersenyum mengejek. Jengkel dia dengan kelakuan Rubisa.

“I tahu dorang memang close. Nothing personal between them.”

“You jangan terlalu yakin sangat. I ingatkan you je. Dia kenal Qhaud dulu sebelum mengenali you. Dia juga antara punca Qhaud tinggalkan I.”

“Qhaud tinggalkan you? Bukan ke you yang tinggalkan dia? Soal Akim.

“Kalau dulu bergaduh teruk mana pun kitaorang akan berbaik balik. You pun tahu kan. Tapi kali ni memang dia dah buang I dalam hidup dia.

“Is it? Bukan ke you dah ada Rizal? Buat apa lagi cari Qhaud?”

“You jangan nak perli I pula!” Rubisa mencuka.

“I tak perli you pun. You terasa ke?”

“Just forget it about that. Dia tak cerita kat you ke yang dia selalu lepak kat opis Aishah?”

Akim terdiam.

Rubisa tersenyum melihat reaksi Akim.

“Memang takda la tu kan. Kesian you Akim. Apa pun, you just be careful dear. Takut pula kot-kot dorang tu ada skandal. Who knows right? Tak pasal-pasal jadi macam kes Mila pula.”

“You simpan jelah fitnah you tu. Better you jaga hal you sendiri, Rubisa. Aishah tak sama macam you and Mila.”

“Sekurang-kurangnya I tak curang. Bukan macam Aishah. Still lagi ada affair dengan Qhaud dan Hafiz walau pun dah ada you. Kesiannya.”

“I tak percaya!”

“Terpulang pada you. Okla. I pergi dulu. Chow.”

Rubisa dengan aksi mengada-ngadanya membuatkan Akim nak termuntah darah. (Yark! Perempuan spesis apa la ni)

*****

“Sayang…kalau I tanya sikit boleh tak?”

“Tanyalah. Kalau jawapannya ada pada I, I akan jawab.” Aishah membetulkan rambutnya yang di tiup angin. Hembusan angin di Jambatan Perdana Putrajaya bertiup agak kencang. Mungkin menandakan hujan bakal mencurah turun.

“Apa hubungan you dengan Qhaud?”

“Qhaud?”

“Ha ah. Apa sebenarnya hubungan you dengan dia?”

“Sayang, hubungan I dengan Qhaud sekadar kawan.” Terkejut Aishah mendengar soalan itu.

“Masa kat kolej dulu?”

“Kat kolej? Sama juga. As a friend. Macamana I kawan dengan Felix, macam tu la juga dengan status Qhaud. Kenapa tiba-tiba you tanya ni?”

“Nothing. I cuma nak kepastian je.” Akim tersenyum hambar.

“Kepastian apanya? Takkan you meragui hubungan I dengan Qhaud!” Nada suara Aishah mula bertukar.

“I minta maaf kalau soalan I tadi buat you marah. I’m just asking. That’s all.”

“Apa yang menyebabkan you tanya soalan macam ni kat I?”

Akim membisu.

“Akim, I tanya you ni. Jawab la!”

“Actually, tadi siang I terserempak dengan Rubisa. Dia cerita pasal both of you.”

“Dia cerita apa kat you?” Aishah cuba mengawal emosinya.

“Betul ke Qhaud tu selalu lepak opis you?”

Aishah ketawa. “Sayang, mana la ada Qhaud tu selalu lepak opis I. Macam la dia takda kerja lain nak buat. For your info, Rubisa pernah datang serang I kat opis. Tuduh I ada affair dengan Qhaud. Gila la perempuan tu. ”

“Dia serang you?”

“Yup. Akma pun ada time tu. Tapi I nak takut apa. Tuduhan dia tak berasas langsung. Kebetulan je Qhaud drop by kat opis I. As a friend tak salah kan.”

“Betul you dengan Qhaud takda melibatkan soal perasaan?”

“Akim…” Tangan Akim diraihnya. “I dengan Qhaud tu kawan je. You jangan la risau. Ok? Dalam hati I, ada you sorang je.”

Akim mengangguk. Hatinya cuba membuang perasaan curiga yang mula menjengah.

*****

Pintu bilik Akim dikuak. Kelihatan Akim berada di balkoni biliknya. Memandang ke luar. Masih

lagi berpajama tidur.

“Hai, anak bujang mummy ni tak pergi opis ke?”

Akim berpaling. Segera dia mendapatkan mummynya yang duduk di atas katil. Dia merebahkan kepala di pangkuan mummynya.

“Hari ni rasa macam kurang sihat la. Akim ingat nak stay kat rumah je.”

Pelik Puan Sri Tira Yuhanis melihat kelakuan anaknya. Akim tak pernah berkelakuan sebegitu rupa. Sesakit mana pun, hal pejabat tidak akan diketepikan sama sekali.

“Akim ada masalah ke? Mummy tengok macam tak bermaya je.” Rambut anaknya diusap lembut.

“Tak la. Akim kurang tidur je. Nanti ok la ni. Mummy jangan risau .”

“Mummy panggil Doktor Farha ye?”

“Tak payah la mummy. Maybe Akim penat je kot. Lepas tidur nanti, ok la balik.”

“Betul ni? “

Akim mengangguk.

“Kalau macam tu, mummy turun dulu. Kalau Akim nak makan apa-apa, inform mummy. Nanti boleh mummy masakkan.”

Akim bangun lalu memeluk mummynya. “Thanks mum.”

Puan Sri Tira Yuhanis tersenyum. “ Kalau Akim ada benda nak cerita dengan mummy, you can share with me. Remember that. Mummy turun dulu.”

Akim melepaskan keluhan. Semalaman dia tak dapat tidur sebaik sahaja menerima MMS daripada Rubisa. Fikirannya buntu. Dua MMS yang menyebabkan fikirannya kusut.

*****

“Sayang, what’s wrong with you? Ika inform I yang you tak masuk opis.” Lembut suara Aishah kedengaran.

“I penat sikit. Malam tadi tak boleh tidur.”

“Kenapa? Apa yang you fikirkan?”

“Entah la. I pun tak tahu. Aishah, I penat la. Nanti I call you balik ok.”

“Ok. You take care.”

“You too sayang.”

Talian dimatikan. Aishah merenung gambar di atas mejanya. Pelik dengan reaksi Akim tapi dia cuba untu berfikiran positif. Mungkin Akim benar-benar kepenatan.

“Ck Aishah, are you ready?” Claudia tercegat di hadapannya.

“Sorry?” (Bila pula dia ni masuk?)

“Are you ok, boss? Tadi I ketuk pintu pun you tak dengar. Tu yang I masuk sebab wakil dari FitriReza Associates dah sampai. So, all of them in our meeting room now.”

“Ok. You dah bawa semua dokumen kan?”

Claudia mengangguk.

“Kalau macam tu, jom. It’s not nice to let our clients waiting.”

*****

Akim merenung MMS yang diterimanya semalam. Hatinya masih lagi berbelah bagi sama ada untuk mempercayainya atau tidak. Jauh di sudut hati, dia merasakan tak mungkin Aishah akan mengkhianatinya sama seperti yang dilakukan oleh Mila. Tapi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sama seperti dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Mila, namun tetap dikhianatinya apabila dia ditinggalkan semata-mata Mila mahu kembali ke pangkuan kekasih lamanya Hafiz.

“Honey, kenapa you buat I macam ni? Apa salah I?”

“I tak bahagia dengan hubungan kita ni. I rasa better kita break off je!” Selamba Mila bercakap menambahkan lagi sakit hati Akim.

“Takkan tiba-tiba je. Takda angin, takda ribut tup-tup you nak break! You tahu kan I sayangkan you. Ke I ada sakitkan hati you. Please let me know?” Akim memegang tangan Mila yang diletakkan di atas meja tapi Mila menarik tangannya.

“You tak buat salah apa-apa pun. You terlalu baik untuk I tapi sayangnya hati I bukan untuk you.”

“What! Tak mungkin.”

“Bro, apa yang tak mungkinnya. Her heart belongs to me. So, better lu back off!” Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri mereka berdua.

“Lu siapa? Tiba-tiba masuk campur!”

Akim berdiri. Mila juga turut berdiri. Lelaki tadi mendekati Mila.

“Gua kekasih dia la dol. Kan dia dah break off dengan lu. Tak reti-reti lagi ke!”Hafiz memeluk bahu Mila. Hati yang sakit bertambah parah.

“Mila, apa semua ni?”

“Yup. Dia kekasih I,Hafiz.”

“Hafiz? Bukan ke Hafiz tu ex-boyfriend you?”Soal Akim.

“Not anymore. Lu yang ex-boyfriend dia sekarang.”Hafiz menuding jari ke dada Akim. Segera Akim menepis.

“Ok la. I rasa you faham niat hati I tadi kan. So, Akim you lupakan jelah I. That’s nothing between us anymore. Jom, sayang.” Mila menarik tangan Hafiz untuk beredar dari situ. Sempat lagi Hafiz berpaling dan menunjukkan simbol L di kepalanya.

Peristiwa itu masih lagi segar dalam ingatan Akim. Sungguh dia tak menyangka Mila akan meninggalkannya. Dan kini bila kelukaan hatinya terubat dengan kehadiran Aishah, muncul pula insiden yang tak disangka-sangka.

(Soal Hafiz tu aku boleh la terima lagi sebab mamat kerinting tu yang gila talak tapi dengan Qhaud ni…) Akim berteka-teki di dalam hatinya.

(Tak mungkin dorang ada affair. Mungkin juga ya sebab dia kenal Qhaud sebelum aku. Apa lagi dugaan yang nak menimpa ni.)

Akim mengarukan kepalanya. (Better aku tanya Aishah sendiri. Dok pening-pening bukan dapat jalan penyelesaian pun.)

SMS dihantar kepada Aishah. Akim menunggu balasan SMS tapi hampa. (Mana pula dia ni?)

Akim mendail nombor telefon Aishah tapi tak berjawab. Dia menghubungi pula pejabatnya.

“ID Enterprise. Selamat pagi?”

“Pagi. Aishah ada?”

“Cik Aishah tengah mesyuarat. Siapa sana?”

“Hakim Najmi. Lama dah ke dia mesyuarat?”

“Oh, Encik Hakim. Tak la. Baru je. Encik Hakim boleh tinggalkan pesanan. Nanti saya inform Cik Aishah.”

“Ask her to call me back. Urgent.”

“Ok. I’ll inform her.”

“Thanks.”

Talian dimatikan.

*****

“Cik Aishah, tadi Encik Hakim call. He asks you to return call.” Rini menyapa setelah melihat ketuanya selesai mengiring kliennya beredar.

“Ok. Nanti I call dia. Thanks.”

Sesampai di biliknya, Aishah menghubungi Akim.

“Sayang, you busy ke?” Akim menyoal sebaik sahaja panggilan berjawab.

“I ada meeting tadi. Kenapa ye?”

“Lunch ni you free tak?”

“Untuk you sayang, I akan kosongkan jadual I.”

“Good. Lunch nanti I ambik you at your office.”

“Ok.”

Interkom di tekan. “Claudia, cancel my lunch appointment with ZA 8 & Co. You set other appointment with them.”

“Noted, boss.”

*****

“Hi, I nak jumpa dengan your boss. Dia ada tak?” Hafiz menyapa Rini yang sedang menyemak invois.

“1 sec. I check dengan Claudia first.”

Hafiz mengangguk. Panggilan telefon yang diterimanya menyebabkan dia beredar seketika bagi menjawab panggilan.

Rini memandang sekilas. Satu butang di tekan. (Mana pula Claudia ni? Call boss terus la.)

“Yes, Rini?” Suara Aishah kedengaran. Rini menarik nafas lega.

“Cik Aishah, Hafiz ada kat sini. Dia nak jumpa you.”

“What! Rini, you inform dia yang I baru keluar then tak masuk opis balik. Macamana pun, you kena buat dia tinggalkan tempat ni. Ok?”

“Ok, Cik Aishah.”

Rini menunggu Hafiz yang masih lagi menjawab panggilannya.

Lima minit kemudian, Hafiz mendapatkan Rini semula.

“So, your boss ada?”

“Dia takda la. Baru je keluar and tak masuk opis balik. Maybe, straight balik rumah kot.” Rini tersenyum. Cuba memaniskan muka.

“I see. Kalau macam tu takpela. You inform your boss yang I cari dia.”

Rini mengangguk.

Hafiz beredar dari situ. Di waktu yang sama, Akim telah pun sampai. Awal daripada waktu yang dijanjikan.Dapat dia melihat kelibat Hafiz keluar dari pejabat Aishah. Hafiz pula yang sememangnya tidak mengecam kereta Akim tidak perasan akan kehadirannya.

(Apa pula mamat ni buat kat sini?)




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries