Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 16
27 January 2010 | 7:03 PM | 0 comments
karya:white lily

“Sayang, awalnya you sampai?” Terkejut Aishah dengan kehadiran Akim.

“Kenapa, you takut I tahu kecurangan you ke?”

“Wait, you cakap apa ni?”

“I nampak tadi Hafiz keluar dari pejabat you. Any explaination for that?”

“I tak jumpa dia pun. Memang dia ada datang sini tapi I taknak jumpa dia. I tak tahu motif dia ke sini?”

“Ye ke? Ke you memang dah rujuk dengan dia. Rasanya selalu sangat kot dia ke sini.”

“You tak boleh tuduh I macam ni!” Kecewa Aishah dengan tuduhan tak berasas Akim.

“Tuduh apanya! I nampak dia baru je keluar dari sini.”

“Pernah ke I tak inform you kalau dia ke sini?”

Akim terdiam.

“Tak pernah kan. Look, I takkan balik semula pada dia. Itu takkan terjadi!”

“Ye ke? Jangan yakin sangat. Mana la tau kot-kot you berbalik semula pada dia.”

“Akim! Sampai hati you cakap macam tu. Kalau pun tinggal dia sorang je lelaki kat muka bumi ni, I takkan pilih dia. Never!”

Riak muka Akim berubah melihat reaksi Aishah.

“How bout Qhaud?”

“Qhaud again! Kan semalam I dah jelaskan semuanya. Takkan you tak percaya?”

“I memang nak percayakan you. But, this thing make me wondering.”

Akim menunjukkan MMS yang diterima dari Rubisa.

“Mana you dapat gambar ni?”

“Jangan tanya I mana I dapat. Any explaination for this?”

“Kalau tak salah I, masa ni I lunch dengan dia kat Secret Recipe. Tapi tu first time I keluar dengan dia after we lost contact.”

“Kuatnya memori you. Sure you ingat tarikhnya kan?” Sindir Akim.

“I tak ingat tapi yang I tahu tu sebelum I kenal you.”

“Maknanya memang betul la you ada affair dengan dia?”

“Affair apanya. I dengan dia just a friend. Tak melibatkan perasaan pun. Tak lebih dan tak kurang dari tu. Cuba you bagitau I mana you dapat gambar ni?” Aishah memujuk. Hatinya meronta-ronta ingin tahu siapa pengirimnya.

“Itu tak penting.”

“Tapi ianya penting bagi I. Telling me?” Desak Aishah.

“Rubisa.”

Panas hati Aishah mendengar nama itu keluar dari mulut Akim. “ So, are you trust her?”

“I don’t know.”

“Akim, you tak percayakan I ke?”

“I don’t know! Jangan banyak tanya boleh tak?”

“What do you mean by you don’t know? Then you nak I tanya siapa? Si Rubisa tu!”

Keadaan mula tegang.

“Akim…” Bicara Aishah lembut. Dia cuba untuk menenangkan keadaan. “You paranoid sangat la sayang. I takda apa-apa dengan dia. Trust me! Cuma you dalam hati I.”

Berang Akim dengan kenyataan Aishah. Bingkas dia bangun. “ Yup. I je yang paranoid kan. Sudah la! Our lunch cancel. I dah takda selera!”

Akim meninggalkan ruang pejabat Aishah meski pun, Aishah menjerit memanggil namanya. Namun, tidak dipedulikan Akim.

*****

Aishah balik ke rumah dalam keadaan lesu. Mengingatkan insiden tadi membuatkan hatinya sebal. Entah apa yang meracuni fikiran Akim sehinggakan dia boleh berfikiran begitu.

“Hi dear. Apsal muka monyok ni? Gaduh dengan Akim ke?” Akma muncul menyebabkan Aishah terkejut.

“Bila you balik?”

“Tengah hari tadi.”

Akma perasan akan perubahan temannya. Aishah tidak seperti biasa.

“Babe, you ok ke?”

“Yup. I’m ok. Why?’

“You macam ada prob je... Gaduh dengan Akim?”

Aishah memandang Akma yang menanti jawapan darinya.

“I nak tanya you satu benda boleh? Tapi you kena jawab sejujur-jujurnya.”

“Apa dia?”

“You percaya ke kalau I ada skandal dengan Hafiz and Qhaud?”

Akma memandang Aishah. Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak. “ Gila apa? Dah hilang akal! I tak percaya la.”

“Reason?”

“I tak rasa you akan balik semula pada Hafiz lepas apa yang dah jadi. I know you very well dear. Pasal Qhaud pula, I tak rasa you ada perasaan dengan dia. Kalau tak, dari dulu lagi you all dah boleh couple. Maybe boleh dikategorikan sebagai teman tapi mesra. Kenapa ni?”

“Akim. Dia ingat I ni ada affair dengan dorang. Dia dapat MMS gambar I dengan budak berdua tu. Tapi, frankly speaking I takda feeling pun dengan dorang tu. Entah la.”

“MMS?Mana Akim dapat?”

“Sure you terkejut. Rubisa yang send.”

“Minah senget tu! So, Akim percaya ke?”

“Tu lagi satu buat I pening. Tetiba nak curiga kat I. Ntah apa-apa ntah.”

“You tak terangkan kat dia ke?”

“Dah. Tapi, orang tengah berangin kan. Bukannya nak dengar. Better bagi dia cool dulu. Then baru pujuk.”

“Aishah...Aishah...You memang memahami dia kan. Akim yang I kenal memang berangin satu badan. Chill ok.”

“Ok la. I nak mandi dulu. Nanti kita borak lagi.”

Aishah berlalu ke biliknya. Sebelum mandi sempat dia menghantar sms kepada Akim.

*****

“Oit, apsal tak reply sms tu?”

“Aku malas la. Takda mood.”

Felix pelik. “Aik, selama ni kalau dapat sms dari Aishah, bukan main lagi senyum kau. Gaduh ke bro?”

“Aku pun tak tahu nak cakap apa. Kalau kau tengok ni apa tanggapan kau?”

Akim menghulurkan telefonnya. Tanpa banyak soal, Felix mengambilnya walau pun hatinya tertanya-tanya.

“Ni gambar Aishah dengan Qhaud. Lagi satu ni pula gambar dia dengan Hafiz. So?”

“Kau rasa dorang tu ada affair ke?”

“Kim, satu gambar boleh membawa banyak maksud tau. Tak semestinya gambar ni menunjukkan ada affair yang berlaku antara dorang. Aku rasa pasal Hafiz tu tak mungkin. Kau pun tahu kan kes mamat tu dengan Aishah. Tapi, takkan dengan Qhaud pun kau nak curiga kot.”

“Mana la tahu kan. Zaman sekarang ni kawan sendiri pun bukan boleh percaya sangat.”

Terbeliak biji mata Felix mendengarnya. “Bro, takkan kau tak percaya kat Aishah. Ok. Aku boleh terima kalau kau tak percayakan Aishah. Yelah, korang kira baru tak baru la kenal. Tapi, kita kenal Qhaud bukan sekejap tau. Dari zaman sekolah lagi. Memang la dia tu sedikit buaya tapi takkan la nak ngap member punya. Gila kau! Tak mungkin itu terjadi.”

“Tapi, dorang kan dah kenal dulu sebelum aku couple dengan dia.”

Felix ketawa. Geleng kepala dia mendengar kenyataan Akim. “Listen here. Kalau dorang tu nak couple, aku rasa dulu lagi dorang dah couple. Tapi tak kan. Dorang kawan je la. Istilah zaman sekarang ni. Teman tapi mesra.”

“Banyak la kau teman tapi mesra.” Akim ketawa mendengar istilah tersebut.

“Betul apa aku cakap. Tak semestinya bercinta kalau rapat. Eh, mana kau dapat gambar ni?”

“Rubisa.”

“What! Rubisa ex si Qhaud tu?”

“Ha la. Qhaud tu ramai ke ex dia yang nama Rubisa. Kau ni pun.”

“Laa...terang-terang dia ada hidden motive. Takkan la tu pun kau tak boleh fikir.”

“Kalau dia betul macamana?” Duga Akim.

“Ikut la kata hati kau, bro. Satu je yang aku nak pesan. Jangan sampai jadi macam aku dengan Akma dulu sudah. Kau lupa ke? Sebab mulut Amylea, hubungan kitaorang berantakan. Sampai si Akma tak percaya kat aku. Kau pun tahu kan betapa sengsaranya aku kehilangan dia. Fikirlah.”

(Betul juga kata Felix tu. Tapi...)

*****

Insiden tersebut menjadi titik permulaan hubungan hambar antara Akim dan Aishah. Rubisa masih lagi meneruskan agendanya. Begitu juga dengan Hafiz. Pemergian Akim ke Melbourne atas urusan kerja kerana menghadiri seminar selama sebulan cukup menambahkan sendu dalam hubungan mereka. Aishah tiada pilihan melainkan menyusuri Akim ke Melbourne. Lelaki itu masih lagi tidak mahu menjawab panggilan mahupun sms darinya. Mujurlah Ika memberitahu yang abangnya menghadiri seminar kalau tidak pasti Aishah tidak tahu menahu.

Kelibat wanita berdiri di tepi tasik amat dikenali oleh Akim. Pantas dia menegur.

“Apa you buat kat sini?”

Aishah berpaling. Akim terkejut melihat perubahan Aishah yang tampak lesu dan badannya sedikit susut.

“I cari you la. Kalau tak buat apa I ke mari.” Aishah cuba untuk tersenyum.

“Motif?”

“I nak selamatkan hubungan kita. I taknak hubungan ni tergantung. We have to make decision.”

“Maksud you?”

“You tahu apa yang I maksudkan. Akim, I sayangkan you sangat-sangat. Tapi kalau you dah tak boleh percayakan I lagi, apa yang I boleh buat kan. You fikirlah apa yang terbaik untuk kita. I terima apa je keputusan you.” Tenang Aishah bercakap melahirkan rasa bersalah pada diri Akim. Tapi masih lagi lelaki itu mengawal emosinya.

“Kenapa, you dah jumpa pengganti I ke?” Sindir Akim.

“You can say whatever you want to say. Kalau I dah ada pengganti, I takkan ke mari cari you kat sini. I tahu you ada lagi seminggu kat sini. Esok I balik Malaysia. You fikirlah. Hopefully, after you balik nanti, you akan dapat buat keputusan. Jangan siksa I macam ni. Assalammualaikum.”

Aishah terus pergi meninggalkan Akim.

Bahu Akim di tepuk.” Bro, siapa tu? Cantik!”

Fuad, rakan perniagaan yang dikenalinya semasa seminar. Pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu menjadi teman sebiliknya.

“Awek aku la.”

“Awek? Korang tak macam couple pun. Peliknya. Ni mesti tengah perang saudara kan?” Fuad meneka.

Akim mengangguk lantas berkongsi cerita dengannya.

“Bro, ni simpton salah faham. Kalau sampai dia cari kau kat sini, bermakna memang dia sayang gile kat kau. Lagi satu, best friend kau tu takkan la nak sebat member punya. Emm, aku nak cakap lebih-lebih pun macam tak layak je kan sebab kita pun baru kenal. Tapi, kau buatlah tindakan ikut akal bukan mainan perasaan semata. Apa kata kau bersemuka dengan semua. Cari jalan tengah.”

*****

Empat hari kemudian Akim pulang ke Malaysia. Seminar yang berbaki seminggu dipendekkan. Dari KLIA dia mengarahkan pemandu limo membawanya ke kondo Aishah. Teringat akan nasihat dari Fuad membuatkan dia ingin menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dengan seberapa segera.

Terkejut dia melihat Mitsubhisi Lancer kepunyaan Felix berada di luar kondo Aishah. Pada waktu yang sama dapat dia melihat Felix dan Akma tergesa-gesa masuk ke kereta. Segera dia menyuruh pemandu limo berhenti betul-betul di sebelah kereta Felix. Felix yang berang keluar kerana limo tersebut menghalang perjalanannya.

“Bro, kau nak pergi mana?” Akim menegur Felix.

“La, kau ke Kim. Bila kau balik?”

Akim membayar tambang sebelum menyambung perbualannya dengan Felix. Akma yang menunggu di dalam kereta juga keluar.

“Aku baru sampai. Korang nak pergi mana?”

“Hospital. Dah dua hari awek kau masuk wad.”

“Sakit apa?” Akim mulai risau.

“Dia sengaja sibukkan diri daripada asyik fikirkan pasal hubungan korang. Makan entah ke mana. Memanjang je mengadap kerja.” Felix memberi jawapan.

“ Tu yang I masakkan sup ayam. Hopefully, selera dia ada.” Akma menunjukkan bekas makanan yang dibawanya.

“Aku ikut korang.”

*****

Baru saja Akim hendak memulas tombolpintu, telefonnya berdering.

“Felix, kau masuk dulu. Nanti aku follow. Jangan inform dia aku kat sini tau.”

Felix mengangguk. Dia dan Akma terus masuk.

Tak lama kemudian, urusan Akim selesai. Sekali lagi tombol pintu dipulas. Alangkah terkejutnya Akim melihat di sisi Aishah, Qhaud dengan bekas cincin di tangan. Riak muka Felix dan Akma juga gembira seolah-olah meraikan sesuatu. Kata-kata Rubisa dan MMS bermain di mindanya. Amarah Akim mula mengganas. Tangannya digengam erat. Tanpa sebarang tanda kemarahan dilepaskan. Tersungkur Qhaud apabila ditumbuk Akim.

“Akim, kau ok ke ni? Tiba-tiba nak mengamuk!” Felix mendapatkan Qhaud yang sudah terbaring. Ada cecair darah yang keluar dari tepi bibirnya.

“Aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang. Kalau kau nak sangat dia ni, ambik la. Tak payah nak bersandiwara belakang aku.”

“Apa maksud kau ni?” Qhaud sudah pun bangun dibantu oleh Felix.

“Jangan nak berlakon la. Cincin bagai. Aku tak bodoh okeh!”

“Akim, you dah salah sangka ni. Itu bukan apa yang you fikirkan.” Akma cuba untuk menerangkan keadaan.

“Sudah la. Selama ni aku butakan mata, pekakkan telinga bila dengar macam-macam cerita pasal korang berdua. Sepanjang aku kat Melbourne bukan aku tak tahu apa yang berlaku kat sini. Tapi, aku letakkan kepercayaan. Tak sangka. Rupanya telahan tu semua betul.”

“Sayang, listen. I dengan Qhaud mana ada hubungan. We just a friend.” Sedaya upaya Aishah cuba bangun tapi kudratnya yang lemah menjadi penghalang. Akma cuba membantu.

“Persetankan dengan kau punya sayang. Sayang konon! Belakang aku kau main cinta dengan dia ni. Kau fikir aku ni siapa! Patut la sampai ke sana kau cari aku. Tak sabar-sabar nak break sebab senang korang nak bercinta sakan kan!””

Mata Aishah mulai berkaca.

“Akim, kau dengar dulu apa aku nak cakap.” Qhaud cuba mencari ruang untuk memberi penjelasan.

“Kau nak cakap apa lagi? Mata aku belum buta. Aku nampak segalanya.”

“Kau dengar la dulu apa yang dia nak cakap.”

“Ha ah. Dengar dulu. Jangan nak melenting tak tentu pasal.” Akma bersetuju dengan Felix. Mereka berdua cuba untuk menjernihkan keadaan.

“Korang pun sama gak! Berpakat untuk kenakan aku kan. Aku je yang bodoh. Tak nampak ni semua. Betullah cakap Rubisa. Korang memang ada skandal belakang aku.”

“Akim!” Aishah separuh menjerit mendengar tuduhan Akim.

“Kim, kau lebih percayakan minah senget tu daripada kitaorang?” Felix mula hilang sabar.

“Memang! Sekurang-kurangnya dia tak hipokrit macam korang. Dah la.Malas aku nak layan korang!”

Akim berlalu pergi. Selepas beberapa langkah, dia berpaling.

“Qhaud, mulai hari ni kau bukan kawan aku lagi. Kau antara orang yang aku percaya tapi ini yang aku dapat? Macam ni ke kawan! Dan kau Aishah, mulai detik ni hubungan kita putus!”

Aishah tergamam. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Akma disisinya turut bersedih. Felix dan Qhaud cuba untuk mengejar Akim. Namun, dihalang Aishah.

“Biarkan dia pergi.” Suara Aishah perlahan. Air mata yang mengalir disekanya.

Suasana sunyi menyelubungi.

*****

Hubungan Aishah dan Akim masih belum pulih sepenuhnya. Walau pun dua bulan berlalu, masih belum ada tanda-tanda perselisihan faham akan berakhir. Akim masih lagi bersikap dingin. Panggilan telefon dan SMS tidak pernah dijawabnya. Konflik ni cukup meresahkan Aishah.

Sampul surat berisi surat tawaran melanjutkan pelajaran ditatapnya. Sepatutnya berita gembira ini ingin dikongsinya bersama Akim. Apatah lagi bila Akim insan yang memberikan sokongan apabila dia menyuarakan impiannya. Namun, detik ini ianya tidak dapat dikongsikan.

Aishah masih lagi terkilan dengan sikap Akim tempoh hari. Tanpa mendengar penjelasan, hukuman terus dilontarkan kepadanya.

(Mungkin benar, cinta Akim bukan untuk aku.)

Aishah melepaskan keluhan.

Sebelum dia pergi, Akim orang yang paling ingin ditemuinya.

(Tapi nak ke lelaki tu berjumpa dengan aku? Harap-harap Akma boleh tolong)

Surat tersebut dilipatnya semula. Aishah tekad dengan keputusannya. Dia sudah pun melakukan yang termampu tapi hati lelaki itu masih lagi tidak dapat membuka pintu hatinya untuk mendengar penjelasan Aishah. Dia pasrah.

*****

Pertemuan sepasang kekasih di petang yang hening menambahkan sendu. Cuaca mendung dan suram menyelubungi Taman Aman. Matahari menyorok di balik awan. Alam seolah-olah berkabung. Seakan-akan turut sedih di atas perpisahan yang tidak di duga. Tiada lagi bibit-bibit kemesraan. Semuanya tawar seperti kari tidak bergaram. Pahit, bak kopi tiada gula. Pertemuan terakhir kalinya bagi merungkai persoalan.

Bunyi derapan kaki mengejutkan Aishah dari lamunan. Hampir 30 minit menunggu, akhirnya Akim muncul dengan tiada langsung senyuman terukir.

“Akim… Thanks sebab datang jumpa Aishah.” Ada getar disebalik kata Aishah. Seboleh mungkin Aishah menahan emosinya.

“Tak perlu ucap terima kasih kat aku. Sampaikan jelah ucap terima kasih tu pada kawan baik kau, si Akma. Dia yang beriya-iya suruh aku datang. Kalau ikut hati, malas rasanya nak mengadap muka kau. Buat sakit mata dan hati je!” sinis Akim bersuara. Menambahkan perit di hati Aishah.

“Apa pun, Aishah tetap nak ucapkan terima kasih. Walau pun sebab terpaksa tapi Akim still datang juga.”

“Hem, kau nak cakap apa sebenarnya ni? Jangan buang masa aku. Cakap la apa yang kau nak cakap!”

Bentak Akim membuatkan Aishah tersentak.

(Sampai macam ni sekali kau berubah, Akim)

“Aishah pun tak berniat nak buang masa siapa-siapa. Aishah just nak bagi ni. Rasanya Aishah tak layak dan takda hak untuk menyimpannya.”

Aishah menghulurkan kotak berbunga-bunga kepada Akim. Akim yang sedari tadi tidak memandangnya mula berpaling. Menghadap Aishah lalu mengambil kotak itu.

“Kotak apa ni?”

“Dalam tu ada segala ceritera cinta kita yang Akim dah buang jauh dalam hidup Akim. Since Akim dah buat macam tu rasanya tak guna Aishah nak simpan lagi.”

“Memang pun aku dah buang kau jauh dalam hidup aku. Mengenali kau adalah satu kesilapan besar dalam hidup yang pernah aku lakukan!”

“Terima kasih sebab pernah buat Aishah bahagia. Aishah doakan Akim bahagia.”

“Aku tak perlukan doa kau! Tanpa kau aku dah cukup bahagia!”

“Sorry for everything..Selamat tinggal Akim.”

Aishah terus berlalu tanpa memandang ke belakang lagi. Berlalu sambil membiarkan air matanya jatuh menyentuh pipi. Sepantas langkahnya dihayun, sederas itu la juga air mata membasahi. Hati yang rawan tidak dapat ditahan. Akim sekadar memandang. Separuh hatinya ingin menghalang gadis itu pergi tapi keegoan yang setinggi KLCC membantutkan tindakan. Dia hanya terpaku bersama kotak yang masih dipegangnya. Kotak itu dipandang. Perasaan ingin tahu akan isi kandungannya membuak-buak. Perlahan-lahan ikatan tali yang terikat cuba dileraikan. Belum sempat dileraikan sepenuhnya, panggilan telefon menjerit-jerit minta dijawab.

(Akma)

“Hallo… Apa???!!”

Sepantas kilat Akim menghidupkan enjin kereta Skylinenya. Kotak tadi dicampakkan ke tempat duduk penumpang bersebelahannya. Stereng dipulas dan Akim memecut.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries