Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 17
28 January 2010 | 9:32 AM | 1 comments
karya:white lily

Aishah melepaskan tangis sepuas-puasnya dalam kereta. Aril yang sebak cuba untuk bersikap tenang. Hati lelakinya tersentuh melihatkan keadaan adiknya itu. Hilang tawa dan manja adiknya yang selama ini menceriakan hidup Aril.

“Abang tahu Ecah kuat semangat. Tabahkan hati..” Tisu dihulurkan.

“Thanks abang. Ecah ok. Ecah Cuma terkilan dengan sikap Akim. Tak sangka dia boleh berubah laku sampai macam ni sekali. Hina sangat rasanya Ecah di mata dia.” Sendu Aishah masih lagi bersisa.

“Dik, manusia boleh berubah. Abang percaya cepat atau lambat, Akim akan tahu kebenarannya juga.”

“Entah la. Ecah dah tak kisah dah. Ecah taknak fikir pun. Biarlah, bang.”

“Ok. Kita balik rumah. Ambik barang. Abang pun kena hantar kereta dulu. Takkan nak tinggalkan baby abang ni kat KLIA dua minggu.”

Kata-kata Aril melahirkan tawa Aishah.

“Maknanya abang lebih sayangkan kereta ni daripada Sis Marsha la ek?”

“Haha.. Marsha is Marsha. Mana boleh samakan dengan kereta abang. Apa la Ecah ni. Ha, kan elok adik abang senyum macam ni. Ecah jangan sedih lagi tau. Abang risau tengok Ecah macam tu.”

“Sorry kalau Ecah dah buat semua orang sedih.”

“Ecah, kita kan satu keluarga. Sedih Ecah, sedih kitaorang juga. Kalau ikut hati abang yang panas ni, maunya abang debik-debik dak Akim tu. Suka-suki je buat adik abang ni merana.”

“Abang, please. Jangan mention lagi nama tu.”

“Opps, sorry… Lepas ni abang janji abang tak sebut lagi nama tu.”

*****

Skyline Akim memasuki perkarangan Pusat Perubatan Prince Court . Dengan pantas dia menuju ke wad kecemasan. Segala pertelingkahan lenyap seketika. Felix dan Akma serta keluarga Qhaud menanti di luar. Selesai bersalaman dengan keluarga Qhaud, Akim mendapatkan rakannya itu.

“Felix, apa yang dah jadi?”

Felix yang kelihatan sugul tidak menjawab. Akma yang memahami situasi kekasih hatinya bersuara.

“Kitaorang pun tak tahu. Just got call informed that he had an accident. Kita sama-sama la berdoa.”

“Buat apa kau datang Akim? Qhaud bukan kawan kau. Kau sendiri yang dah putuskan tali persahabatan kita. Balik lah!” Akma menenangkan Felix yang tampak emosi.

“B, I yang call dia tadi. Dia pun perlu tahu keadaan Qhaud juga.” Akma menerangkan keadaan.

Akim cuma membisu. (Ya Allah, Kau selamatkanlah Qhaud. Lindungilah dia Ya Allah)

“Kau terlalu paranoid Akim. Aku tak sangka kau lebih percayakan orang lain daripada sahabat sendiri. Kau nampak perempuan tu?”

Felix menunjuk ke arah seorang gadis yang bersama-sama dengan keluarga Qhaud. Gadis itu yang duduk bersebelahan dengan ibu Qhaud kelihatan tenang walau pun dalam keadaan bersedih. Akim mengangguk.

“Tulah Lufya. Bakal tunang Qhaud. Diaorang akan bertunang bulan depan.”

Akim terkejut. Reaksi itu dapat di agak olehFelix.

“Terkejut? Aku tak faham kenapa kau senang-senang percaya dengan sandiwara Rubisa. Come on la Akim. Kau bukan budak-budak lagi.”

“Aku tak tahu pun yang dia nak bertunang?”

“Macamana kau nak tahu kalau kau sendiri yang taknak ambil tahu! Kau langsung tak terima penjelasan dia hari tu.”

“Dah la b. I rasa ni bukan masa yang sesuai untuk bertekak. Sekarang ni kita perlu risaukan keadaan Qhaud. Kita sama-sama berdoa hopefully he will be ok.” Akma yang dari tadi bertindak sebagai pemerhati campur tangan. Risau kalau kedua-dua lelaki dihadapannya tidak dapat mengawal emosi.

“I tahu honey. I Cuma nak bagi mamat sengal ni sedar diri sikit. Paranoid tak sudah-sudah. Dia ingat semua perempuan sama macam Mila!!”

Akim membisu. Suasana yang dingin bertambah tegang.

*****

“Ecah dah siap ke? Takut terlepas flight pula nanti.”

Aril menegur adiknya yang sedang menuruni tangga. Sesekali dia melihat pada jam tangan guess yang dipakainya.

Sepatutnya flight mereka semalam. Tapi mengenangkan Aishah yang meminta untuk menundanya semata-mata berjumpa dengan Akim, akhirnya dia akur. Mummy dan daddynya serta Marsha sudah pun berlepas semalam. Keputusan adiknya untuk melanjutkan pelajaran disambut baik oleh mereka. Bagi memberikan sokongan mereka sekeluarga akan bercuti ke sanan sebelum Aishah memulakan pengajian.

“Ecah dah siap.”

Beg yang dibawa diserahkannya kepada Aril yang menanti di bawah.

“Sikitnya beg Ecah. Cukup ke ni?”

“Abang ingat Ecah nak duduk sana selama-lamanya ke? Dua tiga tahun je kot. Bukan lama pun.”

“Adeh, beratnya beg. Bawak batu ke apa!” Aril mengusik adiknya.

“Ye ke berat? Tadi Ecah bawa ok je. Abang tu yang tak larat.”

“Hey, abang larat ok. Angkat Ecah pun abang boleh tau. Nak try?” Aril mengacah untuk mengangkat adiknya.

“Tak payah. Isk, ingat Ecah ni budak-budak ke.”

“Haha…Jom.”

Aishah memandang ruang tamu villa itu. Rumah yang akan ditinggalkannya. Pastinya dia akan merindui rumah ini. Suara Aril yang kecoh memanggilnya mematikan lamunan Aishah. Segera dia menghampiri abangnya.

“Ecah rasa berat hati pula nak tinggalkan villa ni.”

Bahu adiknya dipeluk.

“Ecah, villa ni takkan kemana-mana. Nanti Ecah balik sini, peluk la villa ni puas-puas ok.”

“Abang ni, Ecah serius tau.”

Aril membuka pintu kereta lalu mempersilakan adiknya masuk.

“Silakan, my little princess.”

“Terima kasih ya hulubalang.” Aishah mengusik abangnya.

“Hulubalang pun hulubalang la. Abang tak kisah. Ahaks.”

Aishah menyoroti villa itu yang perlahan-lahan hilang di pandangan. Kereta itu menyusuri jalan menuju ke KLIA.

“Abang, singgah kondo Ecah sekejap. Boleh tak?” Ecah memandang abangnya yang sedikit terkejut. Tapi reaksi itu tak lama apabila Aril tersenyum lalu menyuruh pemandu mereka, Ayah Man membawa mereka ke sana.

*****

Hampir satu jam menunggu, akhirnya pintu dibuka. Segera keluarga Qhaud menerpa ke arah doktor yang keluar. Kelihatan doktor itu sedang memperkatakan sesuatu. Felix dan Akma memerhati dari jauh. Begitu juga dengan Akim. Mereka menanti dengan penuh debaran.

Lufya menghampiri mereka sambil mengesat air matanya. Debaran di hati mereka bertiga semakin kencang. Akim menarik nafas bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Guys, Al hamdulliah, Allah mendengar doa kita. Qhaud stabil sekarang. Dia dah pun sedarkan diri. Lepas dia dipindahkan ke wad biasa, kita boleh la jenguk dia.

Ketiga-tiga mereka menarik nafas lega. Felix yang tadinya sugul mulai tersenyum.

(Syukur Ya Tuhan)

“You must be Akim, isn’t it?”

Akim memandang Lufya lalu mengangguk. “Kita pernah jumpa ke?” (Macamana pula dia boleh tahu nama aku ni?)

“Boleh I jumpa dengan you sekejap?” Pertanyaan Akim tidak dijawabnya.

Akim memandang Felix dan Akma. Felix pula tidak memandang Akim. Lelaki itu masih lagi marah dengan tindakan Akim. Seakan mengerti perasaan Akim, Akma bersuara…

“Pergilah Akim. Kitaorang ke kafe dulu. Felix ni dari pagi tadi tak makan lagi.” Akma menarik Felix pergi dari situ bagi memberi ruang.

Baru beberapa langkah, Felix berpatah balik. Menyerahkan handphonenya pada Akim. Termangu Akim melihatnya. “Kau buka folder mission. Dengar guna hati bukan telinga semata.” Mendalam pesanan Felix.

Setelah Felix dan Akma pergi, mereka memilih untuk berbual di taman hospital. Lebih privasi dan sesuai untuk bercakap.

“I Lufya.” Lufya memperkenalkan diri.

“I tahu. Felix dah cerita pada I.”

“Good. That’s meant I can straight to the point, right? Tak perlu la I nak buat intro.”

Akim mengangguk.

“Well, I tak berniat pun nak campur urusan you. Tapi sebagai bakal tunang Qhaud plus kawan Aishah I perlu terangkan keadaan sebenar.”

“You kenal Aishah?”

“Yup, I kenal semua kawan yang rapat dengan Qhaud. You know what, Aishah such a good girl. You bertuah dapat girlfriend macam dia. You salah menilai persahabatan mereka, Akim. Masa I mula-mula mengenali Qhaud, I juga berperasaan sama seperti you. Hubungan antara Qhaud dan Aishah tak lebih dari hubungan abang dan adik. Insiden kat hospital tu bukan seperti apa yang you fikirkan.”

“Maksud you?”

“Sebenarnya masa kat hospital tu…”

Qhaud memandang Akma dan Felix yang baru saja memunculkan diri. Tersenyum dia melihat Akma membawa bekas makanan. Dia berdiri lalu menghulurkan kerusi yang diduduknya kepada Akma.

“It’s ok. You je duduk.” Akma membuka bekas makanan yang dibawanya. Aroma sup ayam memenuhi segenap penjuru.

“Baiknya hati you kan. Masakkan sup ayam untuk Aishah.”

“La, you baru tahu ke yang I ni memang baik hati.” Akma tersengih.

“Ek elleh. Dalam kurungan, perasan!” Qhaud ketawa.

Felix yang berdiri di sisi Akma turut ketawa.

“Babe, you makan la sup ni. Penat I masakkan untuk you.” Akma cuba memujuk Aishah.

“Babe, I ni menyusahkan you je kan. Sorry guys, kalau I menyusahkan.” Aishah tersenyum hambar.

“No la. Tak susah pun.”

“Terlanjur korang ada kat sini, I nak tunjuk something.”

Qhaud mengeluarkan bekas kecil berbentuk hati lalu menghulurkannya pada Aishah. Aishah yang pelik dengan tindakan Qhaud mengambil bekas itu lalu membukanya. Terkesima Aishah apabila melihat isi kandungannya. Sebentuk cincin bertatah berlian.

“Cantik tak?”Qhaud bertanya.

“Cantik sangat.”

“You rasa Lufya suka tak? Tu cincin untuk pertunangan kitaorang.”

Aishah tersengih. (Ingatkan untuk aku tadi. Terkejut mak, nyah)

“Eeeee…cantiknya. So uuuu…”

Akma terus mengambil cincin yang dipegang Aishah lalu disarungkan ke jari runcingnya. Tergelak mereka melihat telatah Akma.

“Tak muat la pulak.” Akma mencuka.

“Tu cincin tunang dia la honey. For sure la tak muat dengan you. Sah-sah ikut saiz Lufya. Lain la kalau you yang jadi tunangan dak Qhaud ni.” Felix bersuara.

“B, you sanggup ke?” Akma mengenyitkan matanya pada Qhaud. Qhaud yang memahami menjalankan peranannya.

“Ha ah la Bro. Kau sanggup ke lepaskan Akma untuk aku?” Qhaud mengusik.

“Huh, suka suki je. Kau nampak ni?” Felik menghalakan buku limanya pada Qhaud.

Keempat-empat mereka ketawa. Akma memulangkan cincin itu kembali kepada Aishah.

“Itulah yang jadi sebenarnya. Cincin tu bukan untuk Aishah. You dah salah sangka, Akim. Menjawab soalan you tadi yang bertanyakan kita pernah berjumpa atau tidak, jawapannya ya! Kita ada bertembung masa kat hospital. Tapi you tak kenal I.”

Terpana Akim dengan penjelasan Lufya. Namun, hatinya masih berbelah bahagi. Sama ada ingin percaya atau tidak.

“I tak percaya. Kenapa mesti nak tunjukkan cincin tu pada Aishah. Kan dia boleh tunjukkan kat you terus. Alasan!”

“You terlalu paranoid Akim. Takkan you tak percaya pada elemen kejutan. Qhaud want to surprise me. That’s it. ”

“Tapi, kenapa I tak tahu pun?”

“Kan you pergi Melbourne. Masa tu Qhaud nak inform you la. Dia pun tak sangka yang you balik awal. Tapi memang dia nak inform depan you guys. You tu yang taknak dengar. Bila I sampai sana keadaan dah jadi lain. I cuma terlambat sikit je.”

Akim membisu.

“Lagi satu, kenapa you senang-senang nak percaya cakap si Rubisa tu. Can’t you see dia tu ada agenda tertentu. Even dengan I pun dia cakap benda yang sama. Cuba untuk melagakan I dengan Qhaud.”

“You pun kenal dia ke?”

“Yup. Jangan tanya I macamana I boleh kenal dengan dorang. Dunia ni kecik je. Macam ni la Akim. Rasanya cukup dengan penjelasan I. Terpulang kalau you nak percaya atau tidak. Kalau I nak tipu pun apa yang I dapat kan. Tapi, you kan dah lama kawan dengan Qhaud dan Felix. Cukup lama untuk you mengenali hati budi mereka. Percaya pada naluri you sendiri. Gunakan akal untuk menilai dan bukan ikut hati semata.”

Lufya menepuk lembut bahu Akim.

“Belum terlambat untuk you betulkan keadaan. Cari dia. Pujuk hatinya. I pergi dulu. Thanks sebab luangkan masa untuk dengar penjelasan I. ”

Akim membatukan diri. Lufya sudah pun menghilang. Dan kini Akim berperang dengan perasaannya sendiri. Menilai semula tindakan bodohnya. Handphone Felix direnungnya.

(Buka folder mission. Dengar guna hati bukan telinga semata) Terngiang-ngiang pesanan itu ditelinganya. Folder dibuka. Akim memasang telinga juga hatinya.

“Ya Allah, apa yang aku dah buat ni!” Akim meraup wajahnya usai rakaman itu didengar. Air matanya gugur melambangkan kekecewaan yang teramat sangat. (Sorry sayang…)

Termenung Akim di situ. Fikirannya buntu. Hampir 20 minit Akim di situ tanpa berbuat apa pun. Jiwanya kosong. Teringat akan pertemuannya dengan Aishah tadi.

Tiba-tiba satu suara mengejutkan Akim dari lamunan. Suara hatinya sendiri. (Kau kena cari dia, Akim. Betulkan keadaan yang kau dah hancurkan. Tagih kemaafan dia. Pergi!)

Akim berkerut. Mindanya berfikir.

(Hah, Cuma dorang yang boleh tolong aku.)

Segera Akim mencari kelibat teman baiknya.

*****

“B, can I ask you something?”

“You nak tanya pasal Akim kan. I know you very well honey.” Felix mengalihkan pinggannya ke tepi. Tisu diambil lalu mulutnya dilap.

“Yup. You still marah dengan Akim ke?”

“Of course I marah. Dia tu kan suka buat tindakan tak fikir panjang. Main redah je. Dia Cuma fikirkan baran dia. Baran orang lain dia tak fikir plak. Kira kategori bodoh sombong la senang citer. Hisk, sakit plak hati I bila kenangkan kes hari tu. Kesian Aishah.” Felix melampiaskan marahnya.

“Bro, aku tahu aku salah. Aku sengal. Aku baran dan yang sewaktu dengannya. Sorry atas kebodohan aku.” Akim yang muncul secara tiba-tiba menghulurkan tangan. Lantas Felix berdiri. Diikuti dengan Akma. Terkejut dengan kehadiran Akim.

“Kau tak buat salah dengan aku. Buat apa minta maaf.”

“Tapi aku tetap rasa bersalah dengan tindakan aku hari tu. Sori bro.”

Huluran tangan dari Akim tidak disambut. Sebaliknya Felix memeluk rakan baiknya itu. Akma menepuk tangan tanda gembira dengan apa yang terjadi.

“Akma, I pun nak minta maaf dengan you juga.”

‘No sweat Akim. Tapi nasihat dari I sebagai seorang perempuan, better you ubah perangai. Tinggalkan baran dan cemburu tak bertempat tu. Ok?”

“Thanks korang. Felix, thanks untuk ni.” Akim memulangkan handphone.

“Owh, no sweat la. Kita kan kawan. Lagipun, kau pernah tolong aku masa kes aku dengan Akma dulu. Kau buat benda yang sama kan. Anggaplah aku balas budi kau.” Felix tersenyum.

“Tapi, macamana kau dapat benda ni?”

“Kim, balak I ni tak lembs macam yang you sangkakan. Dia yang bagi idea ni. So, I jumpa Hafiz, Qhaud jumpa si Rubisa. Kita sama-sama buat plan. Tapi licik juga la dorang tu. Tak pasal-pasal I dengan Felix kena pura-pura gaduh semata-mata nak buktikan plan jahat dorang tu.” Akma menepuk bahu kekasihnya, bangga.

“Tapi, kenapa I tak tahu pun?”

Elleh, masa tu kan you ala-ala berpatah arang berkerat rotan gitu dengan kitaorang. Mana la nak ambik tahu.” Seloroh Akma.

“Apa pun, aku tetap nak say thanks juga. Sekurang-kurangnya dengan ni boleh aku betulkan balik keadaan. Aku sayang sangat kat Aishah tu sebenarnya.”

“Tulah kau. Sayang-sayang tapi tak percaya kat dia. Kalau dia nak si Qhaud tu, dari dulu dah. Bukan sekarang. Gila kau. Hubungan korang family dah tahu tup-tup takkan la dia nak pilih Qhaud pulak. Akai ada ka!” marah Felix.

“Salah aku bro. Aku tahu tu.”

“Aku cuma cakap apa yang patut. Aishah tu dah cukup baik dah untuk kau, Kim.”

Akim mengeluh. “Sebab tu aku nak betulkan balik keadaan. Tapi aku perlukan pertolongan dari korang. Terutamanya you Akma. ”

“Ha, ni mesti pasal Aishah kan.” Felix meneka.

“Tentulah. Cuma awek kau sorang je yang boleh tolong aku.”

Kedua-dua lelaki itu memandang Akma. Menunggu reaksi dari dia. Akma menarik nafasnya. Dia kembali duduk.

“Susah la. You tak cukup kenal dia Akim. Memang hati dia lembut. Tapi sampai satu tahap, hati dia boleh jadi sekeras kerikil tau.”

“Honey, takkan you tak boleh tolong Akim? Sure ada cara kan.” Felix cuba memujuk.

“B, I kenal Aishah dah lama. Dah tahu hati budi dia pun.”

Riak muka Akim memancarkan kekecewaan.

“Tapi, maybe kita boleh try pujuk dia.”

“Betul ni?” Ada sinar di mata Akim.

“Tu la gunanya kawan kan. Tapi I tak sure berjaya ke tak.” Suara Akma antara dengar tak dengar. Barangkali kurang yakin.

“Takpe. Kita try dulu. Jadi tak jadi belakang cerita.” Luah Felix dengan penuh semangat.

“I really appreciate this. Thanks again, guys.” Akim juga mula tersenyum. Sekurang-kurangnya ada sinar bahagia.

“Jom cari dia.”

“Nak cari kat mana?” Suara Akim dan Felix serentak.

“Rumah dia la. Hari ni dia balik villa.”

“Yelah. Tak terfikir plak.”

*****

Ayah Man memandang sayu wajah Aishah. Menjadi pemandu keluarga ni selama 15 tahun cukup membuatkan hubungan mereka rapat. Bahkan dia sudah menganggap Aril dan Aishah seperti anaknya sendiri.

“Ayah Man jangan la sedih. Nanti Ecah lagi sedih tau.” Lelaki tua itu dipeluknya.

“Ecah jaga diri kat sana. Jangan lupa solat. Jangan lupa Ayah Man kat sini.”

Lembut dia mengusap rambut Aishah.

“Ayah Man jangan risau ok. Aril percaya adik boleh jaga diri sendiri.”

“Ecah pergi dulu. Ayah Man jaga diri tau.”

Aishah bersalam dengan Ayah Man sambil mencium tangannya. Aril juga melakukan tindakan yang sama.

“Aril pergi dulu. Lagi dua minggu kita jumpa ok.”

Ayah Man mengangguk. Kepala Aril diusap tatkala pemuda itu bersalam dengannya.

Aril memimpin Aishah yang tampak sedih. Berdua mereka menghala ke balai perlepasan. Ayah Man menunggu sehinggalah kedua-duanya hilang di pandangan.

Di dalam perut pesawat, Aishah yang duduk berdekatan tingkap melepaskan pandangan ke luar. Melihat awan yang memutih hatinya seakan tenang. Bumi Malaysia akan ditinggalkan. Begitu juga dengan kenangan yang ada.

(Selamat tinggal Malaysia...)

(Selamat tinggal kenangan…)

(Selamat tinggal cinta…)

(Selamat tinggal Hakim Najmi…)

Aril yang duduk disisi memandang Aishah. Menari k Aishah dalam pelukannya. Lembut dia menyentuh ubun-ubun Aishah lalu dikucupnya.

“Adik abang ni kena cekal. Kuatkan semangat Ecah. Anak Tan Sri Qamal Ariffn tak boleh menyerah kalah.”

Aishah mengangguk. “Abang, thanks again. I really appreciate that.”

“No sweat. Ecah kan adik abang.” Aril tersenyum. Hatinya turut mendoakan kebahagiaan satu-satunya adik yang dimilikinya.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries