Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 18
29 January 2010 | 9:44 AM | 0 comments
karya:white lily

Villa Tan Sri Qamal Arrifin sunyi sepi. Tiada penghuni kelihatan. Pagar juga dimangga. Di luar pagar, tiga rakan setia menanti.

“Mana pula semua orang ni? Ayah Man pun tak nampak.” Akma membebel sendirian. Felix dan Akim juga tidak keruan.

“Honey, you try call Aishah. Tanya dia ada kat mana.” Felix memberi cadangan.

“I dah call dah b. Tapi masuk voice mail. Dia tak pernah buat perangai macam ni. I risau la.”

Felix menggamit Akma untuk duduk disebelahnya. Mereka bertiga duduk di tepi tembok. Akim meraup wajahnya. Tiada perasaan.

“Bro, sabar la. Kita tentu dapat cari Aishah. Tak kemananya dia.”

Telefon bimbit Akma berbunyi.

“SMS from Lufya. Dia inform yang Qhaud nak jumpa kita.”

“Emm, macam ni lah. Kita pergi jumpa Qhaud dulu. Nanti malam kita datang sini balik. Ok?”

“Felix, aku ikut je. Otak aku skang ni dah tak boleh berfikir. Dah beku.”

“Akim, you sabar ye.”

*****

Lufya menghulurkan sesuap bubur kepada Qhaud. Namun, ditolak olehnya.

“I takda selera la yang.”

“Susah la macam ni. Jangan degil boleh tak? Makan sikit ye.” Lufya cuba memujuk.

Qhaud akhirnya mengangguk. Terharu dengan bakal tunangnya itu.

“Ha, macam nilah. I faham you takda selera. Tapi tu bukan alasan untuk tak makan. Sakit-sakit pun you kena makan jugak.”

“Yang, you ni suka membebel kan. Kalah mak I.”

Tertawa Lufya mendengar usikan Qhaud.

“You tengah sakit pun still lagi nak sakat I kan.”

“Abis, I nak sakat siapa lagi kalau bukan you.”

Perlahan-lahan pintu dibuka. Qhaud dan Lufya tidak perasan akan kehadiran Felix dan Akma. Akim masih diluar. Berkira-kira sama ada hendak masuk atau tidak.

“Amboi, pasangan romantis ni. Bukan main lagi.”

“Eh, bila korang sampai? Tak perasan la pula. Sori.” Qhaud bingkas bangun sambil dibantu oleh Lufya.

Elleh, kau mana nak perasan. Tengah masyuk bercinta. Haha.”

Lufya dan Akma berpelukan. Begitu juga dengan Qhaud dan Felix.

“Seronok juga jadi orang sakit ek. Siap makan bersuap lagi.” Felix mengambil sepotong epal yang ada di atas meja.

“Kau ingat seronok dapat sakit ni.”

“Aku gurau jelah.”

“Eh, Akim tak datang ke? Aishah pun tak nampak.” Qhaud mencari kelibat mereka berdua.

“Kitaorang datang dengan Akim la sekali. Tadi dia ada. Mana pula dia hilang ni. Kejap, aku tengok.”

Felix menuju ke luar. Mencari kelibat Akim. Dilihatnya Akim sedang duduk di bangku yang disediakan di luar wad. Bahunya rakannya ditepuk. Agak kuat, menyebabkan Akim terkejut.

“Woi, yang kau duduk kat luar ni apahal?”

“Aku..”

“Dah. Jom masuk. Apa motif datang sini kalau bukan nak tengok dak Qhaud kan.”

Dengan terpaksa, Akim menyusun langkah. Dalam debaran bilik itu dimasuki.

“Bro, Akim malu la dengan kau. Macam takda hidung.”

Felix duduk di sebelah Akma. Kesemua mereka memandang Akim yang masih lagi tegak berdiri. Langkahnya terhenti.

“Kim, kau kenapa?”

“Aku nak minta maaf pasal hal hari tu.”

“Laa..takde benda la. Tapi, boleh tahan jugak ek penumbuk kau. Nasib baik tak berterabur gigi aku.”

Akim tak dapat menahan diri. Terbahak-bahak dia ketawa. Begitu juga dengan yang lain.

“Apsal kau tak melawan ek?” soal Felix sambil mengambil lagi sepotong epal.

“Aku malas la nak panjangkan cerita. Orang tengah angin, layankan je.” Jawab Qhaud.

“Kalau aku dah serang balas dah. Suka-suki je tumbuk orang tak tentu pasal kan.” Felix menjeling.

“Kau tu memang. Sikit-sikit nak serang balas. Tengok la abang you ni, Akma. Ganas tak sudah-sudah..” Jawab Qhaud.

“Alah, macam la korang tak kenal dia ni. Dulu time sekolah pun macam tu gak kan. Orang lain punya hal, dia yang sibuk.”

“Haha. Tapi part yang paling best bila dia belasah si Kefli tu. Tak pasal-pasal kena gantung sekolah seminggu. Motif?” Akim menyampuk.

Serentak Qhaud dan Akim menjawab, “Ganggu makwe dia yang kononnya atlit terhebat tu!”

“Amboi, dalam diam-diam I pun terkena juga ye.” Akma pura-pura bengang.

“Oit, kutuk aku nampak! Maunya tak kena. Saja la kan nak cari pasal. Bukan dia tak tau Akma dengan aku. Memang patut la dapat penangan aku free-free kan.”

“Yelah. Korang kan cinta agung zaman sekolah dulu.” Akim mengusik.

Serentak mereka ketawa. Suasana ceria mengambil tempat. Ketiga sahabat bersatu kembali. Lufya dan Akma yang memerhati, menarik nafas lega.

“Aku betul-betul minta maaf. Aku janji lepas ni aku takkan ulang lagi perangai bodoh aku tu. Buat malu je. Aku tak dapat nak kawal diri.”

“Nampak sangat Aishah tu penting dalam hidup kau kan. Cop, cakap pasal Aishah ni, mana dia? Aku tak nampak pun. Ke dia pun nak menyorok gak macam kau, Kim.”

Pertanyaan Qhaud membuatkan suasana yang ceria tadi bertukar suram.

“Apsal ni? Ada apa-apa yang aku tertinggal ke?”

“Actually, kitaorang pun tengah cari dia. Tak tau la dia pergi mana.” Jawab Akma perlahan.

“Dah call dia?”

Ketiga mereka menganggukkan kepala.

“Peliknya.”

“Tulah. I pun pelik. Dia tak pernah buat perangai macam ni.”

“Akma, you tak try call Aril?”

Akma menepuk dahinya.

“I lupa la pulak.” Akma mengeluarkan telefon Nokia N95 dan mendail nombor.

“Ek elleh, tu pun boleh lupa. Awek siapa la ni?”

“Qhaud, jangan kutuk awek aku.” Felix menjawap dalam ketawa yang berderai.

Qhaud menyusun 10 jari tanda maaf.

“Guys, bad news. Aril pun tak dapat dihubungi. Call rumah pun tak berjawab. Haih, mana la dia ni pergi?”

Akma kegelisahan. Felix yang memahami gelodak hati Akma, cuba menenangkannya.

“Takpe. Malam nanti kita pergi rumah dia balik.”

“Aku nak ikut juga. Doktor kata aku dah boleh keluar petang ni.”

“Aik, takkan kot. Kau ni wolverine ke apa! Cepatnya membaik.” Akim seakan tidak percaya.

“Dia desak doktor tu bagi dia balik. Macam-macam alasan dia bagi.” Lufya membocorkan rahsia.

“Yang, jangan la bocor rahsia.” Qhaud berpura-pura marah.

“Kalau kau still tak ok lagi, kau duduk je kat wad ni. Karang melarat, sapa yang susah. Kau dengan family kau jugak. Hal Aishah biar aku yang selesaikan. Aku yang cari masalah. Korang doakan untuk aku je, ok?”

“Chill, bro. Aku akan tolong kau. Jangan risau.” Felix memberikan sokongan.

“Aku nak ikut juga. Lagipun, penyakit aku ni bukan kritikal mana pun. Bosan la duduk kat wad ni! Kalau tak percaya, pergi la tanya doktor sendiri. Hah, tu pun dia dah datang. Macam tahu-tahu je.” Betul seperti yang diperkatakan Qhaud, seorang doktor memasuki ruang wad.

“Doc, macamana dengan keadaan kawan saya yang sewel ni? Betul ke dia boleh keluar wad hari ni?” Tanpa lengah Akim bertanya.

“Sewel? Haha…” Geli hati dengan kenyataan Akim membuatkan doctor itu ketawa. Mereka yang lain juga turut ketawa kecuali Qhaud. Mukanya masam mencuka.

“Agak-agak la weh kata aku sewel.” (Kurang asam punya Akim!)

“Well, keadaan Encik Qhaud dah stabil. Barangkali berkat doa awak semua. So, petang ni dia dah boleh discharge. Tapi dia masih kena buat rawatan susulan” Doktor yang memakai tag nama Adi Fashla tersenyum.

“Ha, kan aku dah kata. Korang tak percaya kan.”

“Ok, Saya minta diri dulu. Make sure awak jaga kesihatan. Jangan abaikan masa makan dan juga ubat.”

Qhaud mengangguk. “Thanks doc.”

“Kalau macam tu, kitaorang balik dulu la. Nanti kita jumpa kat rumah Aishah jelah.”

“Felix, aku nak stay sini. Kau dengan Akma balik la dulu.” Qhaud memandang Akim yang duduk disebelahnya. Lelaki itu nampak sedikit lesu. Perlahan dia menepuk bahu Akim. Akim tersenyum hambar.

“Relaks, Akim. Banyak-banyakkan doa. Kitaorang balik dulu.” Akma memberi semangat.

*****

Dua buah kereta memenuhi perkarangan Villa Qamal Arrifin. Akim, Qhaud dan Lufya menghampiri pintu pagar. Masih lagi terkunci rapat. Bayangan penghuni juga tidak kelihatan. Hanya cahaya lampu yang menerangi.

“Takda orang la bro. Kereta ada la.” Tunjuk Qhaud.

“Haih, mana pula semua orang ni.” Akim mengeluarkan Blackberrynya. Cuba sekali lagi untuk menghubungi Aishah. Namun, hampa.

“Dapat?” soal Lufya.

Akim menggelengkan kepalanya. Berkali-kali dia menghubungi Aishah dan Aril. Tapi masih tiada jawapan. 10 minit kemudian, Mitsubishi Lancer kepunyaan Felix tiba. Akma keluar dengan wajah yang muram. Matanya merah. Felix disebelah cuba menenangkannya. Qhaud dan Akim berpandangan. Pelik mereka dengan reaksi Akma.

“Korang gaduh ke? Apsal ni?”

“Dia dah pergi.” Suara Akma perlahan.

“Siapa yang pergi?” Akim mulai gementar. Hatinya tidak keruan. Seolah-olah ada perkara buruk yang terjadi.

“Akim, kau banyak-banyakkan sabar.”

“Apa ni Felix! Bagitau aku apa yang aku tak tau.” Akim mulai hilang sabar. Bahu Felix digoncang.

“Dia tinggalkan ni untuk I. Dia dah pergi, Kim.” Berderai air mata Akma. Felix memujuk. Surat tersebut diambil oleh Akim. Qhaud dan Lufya tertanya-tanya.

Terketar-ketar tangan Akim tatkala membuka surat itu. Dengan tenang dia membacanya…

Dear Akma,

Sori kalau I pergi tak inform you. Tapi I rasa ni satu-satunya jalan terbaik untuk I. I cuma nakkan ketenangan lepas apa yang dah jadi. Thanks to you and Felix sebab tolong I pasal Akim. At least I dapat jumpa dia untuk terakhir kalinya. Lepas ni I takkan minta apa-apa pun.Thanks again babe.

Sure you tertanya-tanya kemana I pergi. Sorry, dear. I takkan inform you. I taknak sesiapa pun cari I. Lagipun I taknak you dalam keadaan serba salah disebabkan tahu dimana keberadaan I. Biarlah I cari ketenangan.You kenal siapa I kan. I percaya, you tentu faham dengan keadaan I.

I pergi tak lama. Insya Allah, lepas segalanya ok, I akan balik cari you. Babe, if you don’t mind, please stay at my condo. I harap sangat-sangat you boleh tolong jagakan kondo ni untuk i. Sampaikan salam I pada Felix, Qhaud and Lufya.Panjang umur kita akan jumpa lagi. Sorry and thanks for everything…

With luv,

Aishah

Akim terkedu. Longlai kakinya untuk berdiri sebaik sahaja selesai surat itu dibaca. Hampir saja dia jatuh tapi segera diampu oleh Felix dan Qhaud. Akim kelu untuk berkata-kata.

“Akma, dia tak inform ke mana dia pergi? Mana lah tau sebelum ni dia ada bagi hint ke?”

“I tak sure la Lufya. Rasanya takde. Semuanya macam biasa je. Kita jarang jumpa sebab masing-masing busy. Dia pun banyak habiskan masa kat pejabat.”

“Dia dah tinggalkan aku. Semua ni jadi atas kebodohan aku. Padan dengan muka aku kan.” Akim yang mulai tenang bersuara.

“Akim kau relaks la. Kita sama-sama cari dia.” Mereka cuba menenangkan Akim yang nampak bingung.

“Nak cari dia kat mana lagi? Telefon tak berjawab. Ni ha, mana ada orang kat rumah ni. Kereta je yang ada!” Bentak Akim.

“Cuba kau bawak bertenang. Kita sama-sama fikirkan caranya.”

“Korang dah banyak tolong aku. Ni masalah aku. Biar aku yang selesaikan.”

“Kau nak pergi mana pula tu?” soal Felix sebaik sahaja melihat Akim mula beredar.

“I just need my own space. Korang jangan risau. Aku takkan buat kerja bodoh.”

*****

Sesampainya di rumah, Akim terus menguncikan dirinya di dalam bilik. Ika yang ingin membantu, ditegah oleh daddynya. Mungkin memberi ruang untuk Akim bersendirian.

Perlahan-lahan Akim meleraikan ikatan yang mengikat kotak yang diberi oleh Aishah siang tadi.

Sebaik sahaja di buka, air mata Akim tidak dapat dibendung lagi. Isi kandungannya mengingatkan Akim pada episod percintaan mereka. Bait-bait SMS antara mereka di cetak oleh Aishah lalu diframekan. Pick gitar yang diberi juga dikembalikan. Bait-bait lagu ‘Sempurna’ terngiang-ngiang di telinga Akim. Menambahkan lagi kepiluannya. Gambar-gambar kenangan mereka berdua turut memenuhi kotak itu. Benar seperti yang dikatakan oleh Aishah. Kotak ini mempunyai segala ceritera cinta mereka.

Semakin kuat Akim menyesali dirinya sendiri. Dek kekhilafan dan keegoannya dia kehilangan jejak Aishah.

(Sayang, where are you now?) Akim merintih dalam hati. Sayu.

*****

Enam bulan berlalu, Akim masih lagi menghukum dirinya sendiri. Masanya banyak dihabiskan dengan memerap di dalam bilik. Soal kerja dan makan bukan lagi keutamaan. Meratapi kehilangan Aishah yang masih lagi misteri. Felix, Akma, Qhaud dan Lufya terus mencari Aishah. Sedaya upaya mereka ingin membantu Akim yang tampak seperti orang kehilangan arah tuju. Kehilangan Aishah benar-benar merubah kehidupannya.

“Abang, buka la pintu ni. Ika bawa nasi. Abang makan la sikit.” Laung Ika dari luar.

Akim sekadar melihat pintunya diketuk. Pandangannya kosong. Selama ni hanya Ika yang dibenarkan memasuki biliknya. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan mereka yang lain.Dia malu dengan apa yang dah terjadi.

Ika masih lagi mengetuk pintu. Adiknya itu tak jemu-jemu memujuk. Terbit rasa kasihan dalam dirinya. Lantas pintu di buka.

Ika masuk dengan senyuman.

“Abang, jangan la siksa hidup abang macam ni. Kesian daddy dengan mummy. Kawan-kawan abang yang lain pun risau juga.” Ika meletakkan dulang yang berisi makanan dan minuman.

“Abang tak lapar.” Jawab Akim, ringkas.

“Tapi, abang kena makan. Ika risau la tengok keadaan abang yang tak terurus macam ni.”

Wajah Ika di renungnya. Adiknya itu menangis. “Ika, abang ok. Ika jangan risau. Nanti kalau lapar abang makan.”

“Janji?”

“Janji. Aishah ada contact Ika?”

Ika menggelengkan kepalanya. “ Email, facebook, ym…semuanya takda jawapan. Sampai hati dia buat abang macam ni. Kot iya pun marah, jangan la sampai menghilangkan diri macam tu je.” Ika mulai emo.

“Salah abang juga. Taknak dengar penjelasan dia. Cemburu tak tentu pasal. Nilah, yang abang dapat.”

“Tapi, sampai bila abang nak berterusan macam ni. Kehidupan kena di teruskan juga. Kalau betul sis Aishah tu jodoh abang, cepat atau lambat dia tentu kembali.”

“Mungkin.” Akim seolah-olah hilang pengharapan.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries