Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 19
30 January 2010 | 10:27 AM | 0 comments
karya:white lily

Empat sekawan berjumpa di lokasi yang menjadi port kegemaran. Tiada lagi hilai tawa. Masing-masing melayan perasaan. Hidangan di depan mata juga tidak dijamah seperti selalu.

“Babe, sampai bila kita nak macam ni? I bosan la!” Akma memecah sunyi.

“Entahla. Bila la semua ni nak berakhir, I pun tak tahu.” Qhaud menjawab.

“Apa pun, kita kena sabar. Kalau kita dah putus asa macam ni, macamana pula dengan Akim? Dia lagi menderita. Sampai sekarang, dia taknak jumpa dengan kita. Even korang bertunang dulu pun dia tak datang. Aishah pula masih lagi M.I.A.” Felix mengeluh.

“Tu I setuju. Kita kena kuat untuk selamatkan hubungan dorang. Akma, cuba you call sekali lagi. Kot-kot kali ni dapat pula.” Lufya memberi cadangan.

“You ni memang positif thinker kan?”

“Of course, tengok la tunang siapa.” Qhaud mengangkat keningnya.

“Ceh, dalam kurungan, perasan!” Lufya membalas.

“Eh eh, dah pandai pakai term tu. Welcome to the club, babe.” Qhaud mengusik hidung Lufya.

Felix dan Akma tersenyum. Sedikit sebanyak suasana hambar bertukar.

“I try call dulu. Mana la tau kot-kot masin pula mulut si Lufya ni.” Terus Akma mendail nombor. Menunggu kalau-kalau panggilannya berjawab.

“Tak angkat la pula.” Akma mengeluh kecil.

“You call siapa?”

“B, I call Aril la. Tak berangkat. Kalau call Aishah, memang takda harapan la kan.”

Keempat-empat mereka hampa. Tapi, kehampaan itu tak lama apabila telefon Akma berdering. Serentak mereka berempat melihat ke skrin telefon yang Akma letakkan di atas meja.

“Aril!” Serentak juga mereka menyebut nama itu.

*****

“Masuklah.”

Aril mempersilakan empat sahabat adiknya masuk selepas pintu pagar di buka.

“Abang Aril, kita borak kat luar jelah. Berangin sikit.” Akma tersenyum.

“Akma, villa ni ada air-cond la. Meh, masuk dalam. Lagipun, macam nak cakap benda yang serius je kan.” Aril mengusik.

“Abang Aril ni, bukan tu la maksud Akma.” Akma ketawa.

“Abang Aril gurau la. Jom masuk.”

Aril membawa mereka masuk ke ruang tamu.

“Abang Aril, ni Akma kenalkan Felix, Qhaud and Lufya.”

Mereka bertukar-tukar salam.

Aril tersenyum. “Oh, ni la Qhaud. Lelaki yang menjadi punca perbalahan Akim dan Ecah katanya.”

“Err…Sebenarnya…”

Belum sempat Qhaud menjawab, Aril sudah pun berkata-kata.” Abang Aril tahu. Ecah dah cerita semuanya. Qhaud tak perlu terangkan. Dudukla. Buat macam rumah sendiri ok. Akma sihat? ”

“Akma sihat. Sunyi je. Mana yang lain?”

“Mummy dengan daddy takda kat sini. Tinggal Abang Aril dengan Sis Marsha je.”

“You guys minum la dulu. Lama Akma tak datang sini kan?” Marsha muncul bersama dulang minuman lalu meletakkan enam gelas berisi jus oren. Kemudian, dia duduk di sebelah Aril.

“Akma busy la sis. Tak sempat nak ke sini.”

Akma cuba untuk berlagak tenang walau pun hatinya meronta ingin mengetahui keberadaan Aishah. Begitu juga dengan Felix, Qhaud dan Lufya. Sebaik sahaja menerima panggilan dari Aril, terus mereka ke villa.

Felix mencuit Akma. Memberi isyarat. Akma mengangguk.

“Tadi Abang Aril kata tinggal berdua je dengan sis Marsha. Aishah mana?”

“Akim ke yang hantar you guys ke sini? Amboi, berkuasanya dia sampai hantar bala tentera.” Perli Aril.

“Bukan. Akim tak tahu pun kitaorang ke sini.” Cepat-cepat Felix membetulkan keadaan.

“Kitaorang sebenarnya dah lama tak jumpa dengan Akim.” Qhaud menyampuk sambil dipersetujui yang lain.

“Peliknya.” Reaksi Aril seolah-olah tidak mempercayainya.

“Tulah yang kitaorang datang ke sini. Nak cari Aishah. Sure Abang Aril tahu kan dia kat mana sekarang ni?” soal Akma.

“Gila Abang Aril tak tahu. Ecah tu kan adik abang.”

Mereka semua ketawa. (Boleh pula mamat ni buat lawak)

“Apa yang jadi dengan Akim? Kenapa you guys dah lama tak jumpa dia?” Soal Marsha yang diselubungi perasaan ingin tahu.

Felix mengeluh. “Lepas Aishah menghilangkan diri, Akim seolah-olah hilang tujuan hidup. Makan entah kemana. Hal-hal pejabat pun tak ambik peduli. Asyik memerap dalam bilik je. Dia taknak jumpa sesiapa pun kecuali Ika. Dah lama kitaorang semua cari Aishah. Akim pula dah macam orang gila. Asyik mengadap lap top kot-kot Aishah online ym atau facebook. Hari-hari dia call, sms dan email. Dengan harapan, Aishah akan membalasnya.”

“So sad.” Tonasi Marsha perlahan. Sedih dengan apa yang didengarnya. (Dua-dua menderita!)

“Lebih kurang sama dengan situasi Ecah dulu. Bezanya cuma dia sibukkan diri dengan kerja. Tu yang kesihatan sampai terabai.” Aril memandang tepat ke mata Felix.

“Boleh tak Abang Aril bagitahu kitaorang Aishah kat mana sekarang ni?” Lufya menyoal. (Dari tadi taknak bagitau ni! Lambat betul!)

Satu persatu wajah direnung oleh Aril. “Kalau Abang Aril taknak bagitahu apa yang you guys nak buat?”

Mereka berempat tersentak. Saling memandang antara satu sama lain.

“Saya akan buat apa je asalkan abang bagitau dia kat mana.”

Satu suara kedengaran membuatkan mereka berpaling. Serentak mereka bangun. Terkejut mereka melihat keadaan Akim yang tampak tidak terurus. Semuanya seakan-akan tidak mempercayai lelaki yang berada di hadapan mereka adalah Hakim Najmi.

Rambutnya dibiarkan panjang dan tidak terbela. Mukanya kusam. Badannya kurus. Persis lelaki yang sesat di padang pasir.

“Apa je? Termasuk tinggalkan Ecah untuk selama-lamanya?” Duga Aril.

“Kalau itu yang dia inginkan, saya akan lakukan. Tapi, saya cuma nak tahu dia kat mana sekarang ni. Saya nak jumpa dia untuk kali yang terakhir.”

“Tak. Abang dah janji takkan bagitahu sesiapa. Termasuk Akma, her best friend!” Tegas Aril.

“Abang, tolonglah. Saya merayu sangat. Izinkan saya tebus kesalahan saya.” Akim sudah pun melutut. Memegang kaki Aril. Tanpa segan silu dia menangis. Kesemua yang berada di situ turut hiba.

“Akim, tak guna merayu macam ni. Segalanya dah terlambat!” Segera Aril menarik kakinya.

Akim masih lagi melutut.

“Akim, kalau Ika berada di tempat Aishah, apa yang Akim buat?”

Pertanyaan Aril tidak dijawabnya.

“See, Akim pun tak mampu nak jawab kan. Tapi Abang Aril yakin, Akim akan buat tindakan yang sama. Akim tentu faham kenapa abang buat macam ni.”

“Abang, tolonglah bagitau saya. Saya nak minta maaf dengan dia.” Akim masih lagu merayu.

“Akim, baliklah. Abang takkan bagitau. Abang taknak Ecah menderita lagi. Dulu Hafiz, and now Akim pula. Cukup-cukup la tu!”

“Sayang,…Cuba you letak tempat you di sisi Akim. Salah faham tu perkara biasa dalam relation. Takkan kita nak biarkan salah faham tu terus berlaku tanpa ada usaha untuk membetulkan keadaan! It’s not fair.” Marsha bersuara setelah memerhatikan keadaan itu.

“Tapi baby, Ecah yang taknak jumpa dengan dia. That’s nothing I can do.” Aril berpeluk tubuh.

“Sayang, I ni perempuan. Kadang-kadang orang perempuan ni cakap mulut dengan bicara hati tak sama. Am I right ladies?” Marsha memandang Akma dan Lufya.

Felix dan Qhaud pula memandang buah hati masing-masing.

“Alamak, err…betul la tu.” Akma tersengih. Lufya memberi jawapan dengan anggukan.

“Kami orang perempuan ni suka pakai bahasa tersirat. Bukan macam orang lelaki, very straight forward. I tahu, jauh di sudut hati Ecah, dia nak sangat jumpa Akim. Kalau betul-betul dia taknak jumpa Akim, better dia pergi macam tu je hari tu. I think he deserve to know. Lagipun, sebagai abang, sure you nak tengok dia bahagia kan.” Marsha menghampiri suaminya.

Aril melepaskan keluhan panjang. Memandang Akim yang masih lagi melutut. Memang dia simpati pada Akim. Tapi apabila mengingatkan janjinya pada Aishah, dia menjadi serba salah. (Kalau la aku kat tempat Akim, isk…Frustnya tak dapat jumpa Ecah)

“Abang Aril, please. Inform la kitaorang mana dia. At least Akma tahu yang dia ok.” Akma cuba memujuk.

“Dia ok. Sihat dan bahagia.” Pendek jawapan Aril.

“Tapi, dia kat mana?”

“Abang Aril takkan beritahu. Cukuplah Ecah menderita. Abang Aril tak berniat pun nak balas dendam tapi entah la. Apa yang Abang Aril boleh bagitau, dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang ni.”

Bahu Akim ditepuknya, seraya menyuruh lelaki itu bangun.

“Akim, macam ni lah. Abang tak sanggup nak khianat janji abang pada Ecah. Rasanya dia pernah bagitau pada Akim sendiri ke mana dia akan pergi. Cuba Akim ingat balik. Sure Akim dapat jawapannya.” Kematangan Aril terserlah. Seboleh-bolehnya dia ingin membaiki keadaan. Tapi, Akim juga wajar di beri pengajaran. Ibarat menarik sehelai rambut dalam tepung. Rambut tak putus dan tepung tidak berselerak.

*****

Di bumi Loughborough, Aishah mencari ketenangan diri. Menikmati pemandangan di Bradgate Park adalah rutinnya. Kehijauan saujana dan ketenangan air mengalir bersatu melahirkan kedamaian untuk dirinya. Stress yang melanda sedikit sebanyak berkurangan.

(Apalah khabar dorang? Rindunya kat Akma…)

Aishah melepaskan keluhan. Rumput dicabutnya kasar. Sesekali hatinya teringat pada lelaki itu. Sungguh, bukan mudah untuk dia melupakan Akim. Tapi, keeogan lelaki itu membuatkan Aishah terkilan. Besar sangat ke kesalahannya sampaikan Akim tidak mahu langsung menerima penjelasan.

“Tasik tenang tapi sekadar di permukaan. Dasarnya kita tak tahu…”

Aishah mendongak. Seorang lelaki asing menegurnya. Tanpa dipelawa, dia duduk di sebelahnya.

“Saya Anding Indrawan. Selalu nampak awak datang sini. Ada masalah ke?”

“Saya tak kenal awak, so, rasanya tak patut kot share anything with you.” Aishah menjawab. (Sibuk!)

“Come on, kita saudara sesama Islam. Itu dah menunjukkan kita ada ikatan persaudaraan tau.”

Aishah ketawa. “Itu saya tahu. Are you student here? Tak pernah nampak pun.” (Loyar buruk pulek!)

“Tak la. Saya musafir di bumi Allah.”

Aishah pelik. (Pergh, ayat mamat ni…)

“Awak taknak bagitau nama awak ke?”

“Owh, saya Aishah.”

“Nice name. By the way, walau apa pun masalah awak, awak kena hadapinya. Jangan lari dari masalah. Selesaikan.”

“Setiap orang ada masalah masing-masing. Terpulang untuk memilih jalan penyelesaian. Betul tak?”

“Itu betul tapi lari dari masalah bukan jalan penyelesaian tau. I bet that you’re here because runway from that. Am I right?”

“Awak ni macam nujum pak belalang pula kan.” Aishah ketawa kecil.

“Lebih kurang macam tu la. Awak tak rasa ke tindakan awak lari ke sini mengeruhkan lagi keadaan? Kenapa tak cuba selesaikan?”

Aishah mendengus kasar. “Apa yang awak merepek ni?”

“Saya rasa orang kat luar sana risau dan sure tertanya-tanya keadaan awak. Cuba awak letakkan diri awak dalam keadaaan mereka. Apa agaknya awak rasa ye?”

“Wait, awak tak tahu apa yang berlaku, so jangan sesuka hati buat judgement!”

“Sabar. Apa pun, yang salah tetap salah. Tapi rasanya tak salah kalau peluang di beri. Aishah, kita ni menumpang di bumi Allah. Siapalah kita untuk menghukum orang lain.”

“Bukan salah saya pun.”

“Tindakan awak ni dah buatkan ada hati yang terluka. Awak pernah terluka. Sure awak faham sakitnya bila terluka kan. Takkan awak nak buat benda yang sama? Mungkin dia terlewat untuk mengucap maaf tapi kesempatan masih ada. Melainkan…” Kata-kata lelaki itu terhenti.

“Melainkan apa?”

“Melainkan awak kehilangan dia selama-lamanya. Hargailah dia sementara ada. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.”

Aishah terfikir akan kebenaran kata-kata Anding. (Mana pula dia tahu semua ni? Peliknya…)

“Aishah…Aishah…” Suara Anding mengejutkan Aishah yang mengelamun.

“Err..yup?”

“Phone awak bunyi. Taknak jawab ke?”

“Hehe… Tak perasan pula. Sekejap, saya jawab call.” Aishah mencari telefon bimbitnya. Satu beg diselongkar. (Mana pula phone aku ni…)

Tak sempat untuk Aishah menjawabnya apabila bunyi deringan berhenti.

“Awak, saya tak jumpa…” Aishah terkejut. Dia memandang sekelilingnya.

Lelaki tadi yang bersamanya telah lesap. Aishah bingkas bangun. Cuba mencari kelibat Anding. Dia terlihat sepasang suami isteri yang berada tidak jauh darinya. Pantas dia menghampiri mereka bagi bertanyakan Anding. Tapi apa yang mengejutkan Aishah, mereka tak melihat lelaki yang dimaksudkan itu. Sebaliknya hanya melihat Aishah duduk keseorangan.

(Abis tu, tadi yang dengan aku tu siapa?)

Misteri mula menyelubungi Aishah.

*****

Akim bermain dengan hujung straw. Empat pasang mata tepat memandangnya. Menunggu Akim memulakan bicara tapi lelaki itu terus mendiamkan diri sejak setengah jam yang lalu. Sejurus mereka keluar dari villa, Akim di tarik bagi menyertai mereka. Memaksa Akim untuk bersantai di kedai mamak.

“Akim, please say something.”

Akim memandang Akma. “ What do you want me to say? Jangan kusutkan lagi fikiran I boleh tak!”

“You fikir stress you, You tak fikir ke stress kitaorang ni. You ingat kitaorang suka tengok keadaan you sekarang? Look at yourself, Akim. Wake up. Find her!” Marah Akma.

“Nak cari kat mana? Kalau you tau sangat, you inform la I mana nak cari dia!”

Akim dan Akma mula bertekak. Menambahkan lagi kerimasan Felix, Qhaud dan Lufya.

(Budak dua ekor ni, sempat pula nak gaduh! Haih…)

“Dah la weh. Takkan nak bertekak pula. Ni bukan mengurangkan masalah. Menambahkan masalah lagi ada la.” Felix meleraikan perang mulut antara Akim dan Akma.

“Kalau macam tu, aku blah dulu. Aku taknak celarukan keadaan yang kusut lagi berserabut ni.”

“Relaks la, Kim. Duduk dulu. Kita sama-sama fikirkan.” Qhaud menepuk kerusi Akim. Akur dengan Qhaud, Akim tak jadi untuk beredar.

“So, memandangkan ada lima otak kat sini, I percaya tentu kita boleh fikirkan something. Abang Aril dah pun bagi hint kan. Meaning, both of you kena selesaikan puzzle ni.” Tunjuk Qhaud pada Akma dan Akim.

“Motif?” soal Lufya.

“Sebagai best friend dan boyfriend, sure Aishah ada bagi hint sama ada secara langsung atau tak.”

“Oh, aku faham. Contohnya, apa tempat yang Aishah suka pergi bila stress melanda?” Felix memberi idea.

Qhaud tersenyum. “Kau memang cepat pick up la bro.”

“La, tu senang je. Aishah yang I kenal bila dia stress dia akan pergi kawasan laut…”

“Tengok bulan, atau tengok bintang. Menikmati keindahan malam. Satu lagi tempat favourite dia, Taman Aman.” Akim menyampuk. Teringat dia akan pertemuan terakhir mereka di lokasi itu.

“Kim, korang ada tak plan something? Macam soal kahwin ke, tunang ke…”

“Kau ni Qhaud. Kenapa pula sampai ke situ?” Akim mencebik.

“Jawab je lah.” Marah Akma.

“Mestilah ada. Dah tu kenapa?”

“Mesti dia ada bagitau kan nak honeymoon ke mana…”

“Tak pula dia bagitau. Sebab dia tak tahu nak pergi mana. Banyak sangat tempat yang cantik. So, nanti-nanti baru kitaorang decide.”

“Ha, ada tak dia bagitau apa impian dia? Cita-cita ke?” Lufya bertanya.

“Ada, Dia nak sambung study. Kalau boleh nak ambik master dengan Phd sekali.” Terang Akma.

“Ha ah. Yang tu pun dia selalu juga mention kat I. Katanya tu cita-cita dia and I takkan halang cita-cita dia tu.” Akim tersenyum. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.” Korang, rasanya aku tahu dia ada kat mana…”

Akim dan Akma saling berpandangan. Serentak mereka menjerit. “UK!!!”

“Dia ada bagitau I yang dia nak sambung study ke sana.” Akma girang.

“Betul la tu. Dia dah apply pun. Tinggal lagi tunggu jawapan je.” Akim mula ceria.

“Tapi, UK tu besar. Area mana?” Soal Qhaud.

“Dia ada sebut kat aku…Ha, uni tempat kau study dulu bro.” Akim memeluk bahu Qhaud yang sedang minum.

“Uni of Loughborough? Biar betul! Confirm ke dia kat situ? Kang penat je turun ke sana.”

Akim mengangguk. “Kata hati aku dia ada kat sana.”

Felix bersuara. “ Kau kan pernah study kat sana dulu. Sure ada ‘kaki’. Cuba kau risik-risikkan.”

“Jap, aku call member aku.”

Hampir sepuluh minit Qhaud bercakap dengan kawannya di talian. Mereka yang lain mula gelisah. Satu soalan bermain di minda mereka. (Udah-udah le borak tu!)

Qhaud mempamerkan reaksi serius.

“Mengikut kata kawan aku si Obri yang kerja kat Kedutaan Malaysia itu, dia mengesahkan yang…yang…”

Qhaud teragak-agak untuk berkata-kata…

“Yang….yang…cakap la apa dia. Sejak bila pula you ni gagap.”

“Ntah dia ni. Sawan ke apa!” Akim turut setuju dengan kata-kata Lufya.

“Dia mengesahkan yang Aishah memang study kat situ. 100% positif.” Jerit Qhaud.

Akim gembira bukan kepalang. Spontan dia memeluk Qhaud dan menghadiahkan ciuman di kepalanya.

“Oit, agak-agak la. Eiiyyy, geli aku dowh.” Qhaud menyapu kepalanya.

“Sori, aku teruja pula. So, bila kita nak bertolak?”

“Kita?” Akma, Felix, Qhaud dan Lufya serentak memandang Akim yang tersengih-sengih.

“Ha la. Korang la. Siapa lagi. Jangan ada yang berani kata taknak pergi ek? Aku cepuk karang!”

Akma dan Lufya mencebik. (Suka hati je!)

“Kau ni kan, kot iye pun plan la dulu. Mana sempat nak pergi dalam masa terdekat ni. Nak kena apply cuti lagi.”

“Ala, korang kan kerja dengan company sendiri. Apa ada hal.”

“Memang la. Yang kerja company sendiri tu aku, Qhaud dengan si Lufya. Awek aku ni kena apply cuti dulu, ngek!”

“So, Akma. You macamana? Please. You je harapan jiwa bangsa I. Tanpa you, mungkin hubungan I dengan Aishah tinggal kenangan.” Akim berbahasa.

Qhaud dan Felix tersenyum. (Akim is back!)

“Kim, demi relation you dengan Aishah I sanggup apply cuti tanpa gaji. Ok?”

“Thanks babe. I really appreciate that.”

“Don’t mention that. Soal flight ticket, I akan uruskan. Tapi satu je masalah.”

“Masalah apa?”

“Kim, better you do something. I takut Aishah tak cam you pula dengan keadaan you macam ni. Adoyai, semak betul I tengok!”

“Hehe…Teruk sangat ke keadaan I ni? Tak macam Jason Mraz ek?”

“Jason Mraz mende. Bluwek!”

Reaksi mereka berempat membuatkan Akim menjuihkan bibirnya. (Jealous la tuh!)

*****

“Hi Aishah. A very good morning.” Stanly, jiran Aishah menegurnya.

“Hi. Morning. Seorang je? Mana yang lain?”

“Biasa la. Masing-masing tidur lagi. Semalam stay up, so tidur lambat. You ada class ke?”

Aishah mengangguk. “I pergi dulu. Bye.”

Aishah meninggalkan kawasan kejiranan Burleigh. Jarak yang dekat dari universitinya membuatkan Aishah memilih untuk menyewa di sini. Bertuah dia mendapat jiran yang prihatin. Apatah lagi, di kiri dan kanan rumahnya, tinggal sekumpulan pelajar yang juga dari Malaysia. Aishah tidak terasing di sini. Telatah mereka mengingatkan Aishah pada kawan-kawannya di Malaysia. Jiran di sebelah kanan, kumpulan pelajar lelaki. Enam orang kesemuanya, Stanly, Diddy, Lotter, Sahri, Ebi dan Sidi. Kerinduan pada abangnya dilepaskan pada mereka. Mereka pelajar senior tentunya banyak membantu Aishah. Manakala, jiran di kanannya semua gadis-gadis yang sengal. Gemar menyakat sesama sendiri. Nurul, Atie, Nija, Nora, Heliza dan Candy. Berbeza latar belakang namun mempunyai satu misi yang sama. Menuntut ilmu. Cuma Aishah yang tinggal keseorangan. Memandangkan ibu bapanya sudah pun berlepas pulang ke Malaysia.

(Rindunya kat abang. Call dia lah)

Malangnya, si abang tidak menjawab panggilan.

(Mana pula abang ni. Busy kot. Takpe. Nanti call balik la.)

“Apsal monyok je ni? Buah hati tak jawab call ke?”

Aishah berpaling lantas tersenyum melihat kelibat teman sekuliahnya, Fatin Eliza.

“Mana ada buah hati la. Abang I tak angkat call. Sibuk kot.”

“I ingatkan call buah hati pengarang jantung.” Fatin tersenyum nakal.

“Banyak la buah hati. Buah tangan ada la. Nak?”

Aishah menunjukkan buku limanya. Tertawa Fatin melihatnya.

(Macam la besar sangat penumbuk dia tu)




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries