Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 2
06 January 2010 | 10:58 AM | 0 comments

karya:white lily

“Morning babe.” Akma menyapa teman serumahnya yang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
“Morning dear. Awal bangun? Semalam masa I balik, you takda.” Soal Aishah.
“Semalam I lepak dengan member-member kita masa study dulu. Ha, dorang kirim salam kat you.”
“Waalaikummussalam. Siapa yang ada?”
Aishah mengambil sekeping roti dan menyapunya dengan mentega kacang Lady’s Choice. Akma
menuangkan air teh ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Aishah. Terbau semerbak aroma teh.
“Macam biasa la. Geng kita dulu semua ada. Edlin, Dekna, Liza dengan Idayu. You je yang takda. Kalau tak , cukup korum geng enam jahanam.” Akma ketawa. Nama itu wujud dek kenakalan mereka semasa sesi orientasi. Apatah lagi mereka berenam ditempatkan di bilik bernombor enam. Sesuai sangat la tu.
“Haha…You tak inform I pun. Kalau tak, boleh juga I join da club…” Aishah muncung.
“Kitaorang taknak kacau family gathering you. Next time leh arrange lagi.”
Elleh, yelah tu.”
“Serius babe. Kita akan arrange lagi gathering.”
“This time, I want to join ok.” Aishah memberi amaran.
“Yes, mem.” Akma tersengih.
Aishah menghirup teh panas perlahan. Ketawa kecil dia melihat kerenah Akma yang menikmati mee goreng dengan penuh selera. Akma yang perasan Aishah memandangnya, menunjukkan pinggan sebagai isyarat namun Aishah cuma menggelengkan kepalanya tanda tak mahu.
“Ok la. I got to go. Ada presentation pagi ni. Daa~”
“Babe!” Akma memanggil Aishah.
“Yup.” Aishah berpaling.
“Best of luck for your presentation.”
Akma tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda sokongan. Aishah membalas dengan reaksi yang sama.
(Aishah dah pegi kerja. Alahai, bosannya. Call Amy la. Kot-kot dia free ke)
Akma mendail nombor Amy, rakan pramugarinya. Tapi, talian berada di luar kawasan.
(Mana pula dia pergi ni. Haih. Apa nak buat ni?)
Akma memandang kelilingnya. Otaknya ligat berfikir.
(Hem, sambung tidor la!)
Akma mengemas ala kadar meja makan dan berlalu ke dapur membawa sekali pinggan yang telah
digunakan. Selesai mencuci pinggan, dia terus ke biliknya untuk menyambung tidurnya kembali.
*****
“Morning Claudia.” Aishah menegur setiausahanya.
“Eh, morning Cik Aishah.”
Claudia menuruti ketuanya memasuki bilik mesyuarat. Aishah meletakkan briefcase dan menghidupkan komputer riba.
“Our room is ready and just waiting for the presentation.”
“Thanks Claudia.”
Segera dia memeriksa slaid yang akan dibentangkan. Menelitinya sekali lagi sebelum
pembentanganberlaku. Claudia yang memahami akan keadaan bosnya itu berlalu pergi. Memberi ruang kepada Aishah.
Selang 30 minit, Claudia muncul bersama tetamu yang ditunggu-tunggu. Tan Sri Kamil tiba bersama tiga orang kakitangannya. Aishah tersenyum lalu menyapa mereka.
“Assalammualaikum, Tan Sri”
“Waalaikummussalam. Saya kenalkan. Ni pembantu saya, Azizi Naim. Dan yang ni pulak anak-anak saya. Hakim Najmi dan Syafika Qirana. Sengaja saya bawa sekali untuk turut serta dalam pembentangan ni.”
Aishah mengangguk dan melemparkan senyuman namun dibalas dingin oleh Hakim Najmi.
(Ek elleh, minah ni. Senyum-senyum pulak. Ingat aku heran!!!)
Claudia menjemput kesemua tetamu mengambil tempat bagi memulakan pembentangan. Dia pula mengambil tempat di sebelah Aishah. Memandang ketuanya sambil menghulurkan senyuman. Aishah menarik nafas dan cuba bertenang. Pembentangan pun bermula.
*****
“ID Enterprise. Selamat Pagi.”
Suara operator kedengaran di hujung talian.
“Hem, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Cik Aishah Najwa?”
“Maafkan saya encik. Cik Aishah sedang bermesyuarat. Boleh saya bantu?”
“Pukul berapa ye mesyuarat tu selesai?”
“Saya kurang pasti. Encik boleh tinggalkan pesanan nanti saya sampaikan pada Cik
Aishah.”
“Takpe. Saya call balik nanti. Thanks.”
Qhaud meletakkan gagang telefon. Mengeluh dia dek kerana tak dapat bercakap dengan Aishah.
Dia mencari tetikus dan menghalakannya ke dokumen bertajuk memori. Meneliti foto yang tersimpan di dalam komputer ribanya sejak kesekian kali. Wajah manis itu diamati. Ingatan terimbas ke zaman silam.
5 tahun lalu…
Bunyi buku yang bertaburan mengganggu konsentrasi mereka yang berada di perpustakaan. Masing-masing mencebik dek terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan. Aishah segera mengemaskan buku yang bertaburan. Disisinya, Akma membebel-bebel. Marah dengan kelakuan pelajar senior yang telah melanggar mereka dan berlalu tanpa memohon maaf. Dalam kelam kabut seorang pemuda menawarkan bantuan.
“Thanks.”
Senyuman diberikan. Mereka segera berlalu pergi tanpa sempat lelaki itu menyapa untuk
bertanyakan nama.
“Aku geram betul la! Bukan nak minta maaf. Blah camtu jer. Ingat dia senior boleh sesuka hati
ke.” Getus Akma sambil dipersetujui Aishah yang sedari tadi mendiamkan diri. Barangkali terkejut dengan insiden yang telah berlaku.
“Agree with you babe. Tapi nak buat macamane kan. Biaq pi lah! Jom la pergi kafe. Tadi kata lapar sangat.”
Akma menyeringai dan menarik Aishah segera ke kafe. Aishah sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah Akma yang berubah mendadak.
Suasana di kafe meriah dengan hingar bingar suara siswa siswi. Rata-ratanya mempunya agenda yang sama dengan Akma.Kedua gadis itu memilih tempat di hujung sudut kafe. Aishah yang masih kekenyangan hanya memesan air minuman. Sementara Akma pergi mendapatkan pesanan, Aishah mengambil kesempatan membelek-belek buka yang telah dipinjamnya tadi. Selang 10 minit, Akma tiba membawa bersama dulang yang berisi makanan dan minuman.
“You taknak makan ke? Lepas ni class pack tau.”
“I still kenyang lagi la. Pagi tadi kan dah ambik heavy breakfast.”
Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba satu suara menegur…
“Hi Akma.Boleh join? Meja lain dah penuh la.”
Kedua mereka saling berpandangan dan melihat sekilas. Benar seperti yang diperkatakan,
semua meja sudah dipenuhi. Serentak mereka mengangguk dan memberikan ruang.
“Korang kenal ke?” Aishah bertanya apabila pelik mendengar lelaki itu menyebut nama Akma.
“Babe, ni Qhaud. My x- schoolmate. Qhaud, ni Aishah.”
Aishah dan Qhaud bertukar salam..
Qhaud tersenyum. Sejak insiden itulah dia berkawan rapat dengan Aishah. Berkawan tanpa
melibatkan perasaan cinta. Meski pun jauh di sudut hatinya, dia amat menyenangi perwatakan gadis itu yang ringkas dan merendah diri. Namun, mereka terputus hubungan sehinggalah takdir menentukan mereka berjumpa kembali tempoh hari.
******
Hampir dua jam pembentangan dijalankan. Kini, Aishah tiba di slaid yang terakhir. Memberi penerangan sepadat mungkin bagi meyakinkan Tan Sri Kamil dan juga anak-anaknya.
“Baiklah, ada apa-apa soalan yang hendak diutarakan?”
Soal Aishah sopan namun pertanyaan itu dijawab dengan gelengan kepala.
“Aishah, Uncle setuju sangat dengan plan cadangan ni dan rasanya pihak Aishah boleh la mulakan
kerja-kerja pengubahsuaian. Tak sia-sia Uncle pilih syarikat ni.”
“Ala, daddy kan kenal dengan daddy dia. Of course la ambik syarikat ni sebab nak jaga hati.”
Penuh sinis Hakim Najmi bersuara. Aishah yang mendengarnya mulai panas hati. Belum sempat
dia menjawab…
“Shut up Akim! Daddy pilih syarikat ni bukan sebab Aishah ni anak kawan daddy. In fact, bukan daddy dia pun yang rekomen. Do you know Bernard Chua?”
Akim mengangguk.
“Daddy rasa Akim dah pergi kan pejabar dia? Dan dah selalu sangat lepak kat bilik anaknya. Akim
juga yang bagitau daddy yang Akim suka dengan deko bilik tu. Am I right young man?”
Sekali lagi Akim mengangguk , lemah.
“Akim tahu siapa yang design tu semua?
Tanpa suara, Akim menggelengkan kepalanya.
“Maybe Aishah boleh bagitau Uncle siapa orangya?
Semua mata terarah ke Aishah. Menanti jawapan darinya.
“Sa..sa..Saya, Tan Sri.”
Akim tercengang. Ika tergamam manakala Claudia melemparkan senyuman yang menyakitkan
hati Akim.
“Now, you know why I choose her isn’t it!”
Tan Sri Kamil menyambung…
“Aishah, Uncle minta maaf bagi pihak anak Uncle. Biasala orang muda kan. Cakap tak guna otak.”
Jelas kedengaran nada kecewa dari lelaki tua itu.
“It’s ok, Tan Sri. Saya tak salahkan En Hakim Najmi pun. Kalau ada design saya yang Tan Sri tak
berkenan, saya boleh buat pertukaran.”
“I like the way you decorate my room. How about both of you? Ika? Akim?”
“Ika suka sangat, daddy. Same with my taste. Tak tau la pula dengan abang.”
Kali ni semua mata tertumpu pada pemuda itu.
“Up to you dad. Akim ikut je.”
“Ok, nampaknya semua dah setuju. Lepas ni Aishah boleh la mulakan kerja. So, nice doing business with you young lady.”
Tan Sri Kamil berjabat tangan dengan Aishah sebagai tanda persetujuan. Selesai pembentangan, mereka menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.
“Terima kasih Tan Sri sebab memilih syarikat ni. Insya Allah, Aishah akan cuba siapkan semuanya mengikut masa yang telah diperuntukkan.” Lembut Aishah menuturkan kata.
Sekali lagi mereka berjabat tangan sebelum meninggalkan pejabat Aishah. Tatkala bersalam dengan Akim, terpancar ketidakpuasan hatinya terhadap Aishah. Aishah pula hanya berlagak tenang.
*****
(Al-hamdulillah)
Aishah menarik nafas lega. Berakhirnya pembentangan tadi maka bermulanya kerja-kerja Aishah.
Sebaik mungkin dia akan cuba memenuhi kehendak Tan Sri. Sebagai klien terbesar dan rakan baik daddynya, dia akan memastikan hasilnya terbaik. Dia terpandang foto keluarga yang menjadi screen saver pada komputer ribanya. Pantas, tangannya mencapai gagang telefon dan mula mendail.
“Assalammualaikum, daddy.”
“Waalaikummussalam my pricess. Suara macam happy je?”
“Kenapa daddy tak inform yang Tan Sri Kamil tu kawan baik daddy?”
Terdengar tawa dihujung talian.
“Sengaja daddy tak inform. So, how the presentation?”
“Sukses. Ecah kan anak daddy.”
“Ada jumpa anak terunanya?”
(Motif tanya mamat sengal tu!)
“Ntah, ada kot!”
“Eh…eh, lain macam je. Kenapa ni?”
“Takde apa la daddy. Ecah ok jer.”
Terdengar bunyi pintu di kuak. Muncul Claudia di muka pintu. Aishah mengamitnya untuk masuk.
“Daddy, nanti kita borak lagi. Bye daddy. I love you.”
Aishah meletakkan gagang telefon.
“Anything, Claudia?”
“Yup, bos. Ni dokumen yang perlu tanda tangan you. Dan ada juga cek untuk pembayaran pada kontraktor. That’s it.”
“Ok. You just put here. I’ll check first. Once ready, I call you.”
Claudia meletakkan kesemua dokumen itu dan terus berlalu pergi. Aishah mengambilnya dan mula memeriksa dengan teliti. Sesekali matanya mengerling ke komputer ribanya.
(Online tapi nape tak reply?)
Aishah terus menyambung kerjanya.
*****
Suara Syafika Qirana memecahkan suasana sunyi di dalam Toyota Harrier kepunyaan Tan Sri
Kamil. Gadis itu yang manja dengan ayahnya sibuk bertanya itu dan ini.
“Daddy, sis Aishah tu cantik kan. Comel je. Agaknya tu yang abang dok sakat kot. ”
“Ntah-ntah abang Ika dah suka kat Aishah kot. Love in the first sight.”
Pernyataan Tan Sri Kamil disambut tawa oleh Ika.
Akim mendiamkan diri. Malas untuk turut serta dalam perbualan dua beranak itu. Apatah lagi dirinya pula yang menjadi bahan cerita.
“Ika on je kalau sis Aishah tu jadi kakak ipar Ika.”
“Kau jangan nak memandai Ika. Jangan nak berangan.” Akim mencelah.
“Ok la tu.” Ika membalas sambil mengajuk ayat rasmi yang sering di gunapakai oleh eksekutif akaun di pejabat mereka yang mana mengundang tawa besar daddynya.
(Gaya si Saida tu juga yang nak ditirunya) Tan Sri Kamil tersenyum. Tercuit dengan telatah anaknya.
Toyota Harrrier terus meluncur laju membawa mereka ke Wisma Kamil. Pak Arshad selaku pemandu mereka Cuma tersenyum. Lucu dengan telatah anak majikannya. Sempat dia mengerling kepada Akim yang duduk di sebelahnya. Pemuda itu sekadar melepaskan pandangan ke luar.
Setibanya di Wisma Kamil, Akim terus menuju ke ruang pejabatnya. Memegang jawatan sebagai pengarah urusan, Akim agak tegas di pejabat. Berbeza perwatakan dengan daddynya yang lebih tenang. Sungguhpun begitu, dia masih mengekalkan hubungan baik dengan para pekerja syarikat daddynya itu.
Timbunan fail yang berselerak di atas mejanya menyemakkan pandangan Akim. Timbunan fail itu masih belum disentuhnya kerana menghadiri pembentangan di syarikat Aishah.
(Aishah Najwa)
Nama itu kembali meniti di bibirnya. Akim mulai bengang bercampur geram. Gadis itu mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang pernah bertakhta dihatinya dan insan itu jugalah yang telah merobekkannya. Perwatakan mereka hampir serupa. Kecil molek dan tulus.
(Elleh, nampak je macam baik. Entah-entah…) Akim mencebik.
(Tapi mana boleh aku judge dia disebabkan karektor yang mirip dengan… Arghh!!! Yang aku fikir pasal dia buat apa! Bukan dapat dividen pun. Akim, it’s time to work.)
Akim mengeliat ke kanan dan kiri. Membetulkan urat sarafnya dan pantas mencapai sebuah fail dari timbunan fail-fail yang berselerak di hadapan. Otaknya mula bekerja.
*****
Jam menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Aishah tekun mengadap layout untuk hiasan ruangan pejabat Tan Sri Kamil. Meneliti reka letak kedudukan dan warna sebelum memvisualkannya. Kemudian, senarai harga dari pembekal turut ditelitinya. Membuat perbandingan harga sebelum pembelian di lakukan. Apabila melihat rekaan hiasan untuk bilik Akim, hatinya tercuit dek peristiwa pagi tadi. Melihatkan bahasa tubuh lelaki itu, jelas dirinya kurang disenangi. Aishah tersenyum. Reaksi itu acapkali diperolehi olehnya. Mungkin meragui kredibiliti syarikatnya.
(Ala, aku bukan kerja dengan dia pun. Tan Sri Kamil yang hired aku.)
Fikir Aishah, positif. Lamunan Aishah terhenti apabila telefonnya berdering.
“Hello…”
“Cik Aishah, ada panggilan dari Encik Qhaud. Boleh I sambungkan?”
“Ok Claudia. Thanks.” Talian disambung.
“Ya, Encik Qhaud, ada apa yang boleh I tolong?”
“Amboi, susahnya nak bercakap dengan you. Busy ke?”
“Not really. Pagi tadi je yang sibuk sikit. Anything?”
“Actually, I nak ajak you pergi lunch. Tapi kalau you busy, maybe next time.”
“Ya Allah. Dah pukul 1 ke…Tak perasan pula. Emm, why not. Nak makan dekat mana ye? Tapi sempat ke you nak ke sini??”
“Tu kita tentukan kemudian ok. Actually, I dah ada kat bawah pejabat you. You turun la.”
“What! Eh, macamana you confirm yang I akan lunch dengan you? Buatnya I ada meeting ke…busy
ke..”
“Ntah. Instict kot. Haha”
“Give me five minutes.”
“Okeh”
Aishah meletakkan kembali gagang telefon dan bersiap ala kadar. Membetulkan solekan di muka.
Berhias seringkas mungkin. Tas LV di ambil dan pantas dia menuju ke bawah.
Mereka tiba di SACC 10 minit kemudian. Memilih Secret Recipe untuk menjamu selera. Pelbagai ceritera dikongsikan oleh mereka. Apatah lagi dah lama tak bersua muka.
“Tak sangka kita dapat jumpa balik kan. I ingatkan dah tak jumpa dah.” Qhaud bersuara usai mereka selesai menjamu selera.
“Ha ah. I pun tak sangka boleh jumpa you lagi. Apa you buat kat situ?”
“Jumpa kawan. Dia baru balik oversea.”
“Kawan ke girlfriend?” Aishah mengusik.
“Kawan la. You ingat tak dengan Yazer?”
“Yazer yang ambik course muzik tu kan. Apa ye cerita dia?”
“Dia baru balik oversea. Lepas kahwin terus sambung study. Further course yang sama.” Terang Qhaud.
“Dia dah kahwin ke? Dengan siapa?” Aishah teruja ingin tahu. Teringat dia dengan si Yazer, mamat rock yang berjiwang karat. Kelakar sungguh.
“Yup. Cuba you teka dengan siapa?”
“Emm, must be Ekin kot?”
Qhaud mengangguk.
Aishah terkejut. “Ke jinjang pelamin juga percintaan dorang tu. Kelakar betul kalau di ingat-ingat.”
Mereka sama-sama ketawa.
“Itulah namanya jodoh.”
“Yup, I agree with you. Pisah macamana pun kalau dah jodoh sure jumpa balik kan. So, you bila pula nak kahwin?”
“Orang macam I ni mana la ada yang suka. Lain la macam you. Cantik plus comel.”
Giliran Qhaud pula mengusik. Aishah tersenyum kecil.
“Perangai still tak berubah lagi kan. Suka sakat I.”
“Aishah..Aishah.. I memang suka sakat you. Lagi-lagi bila pipi you mula merah. Cute sangat.”
Sengih Qhaud.
“Yolah tu.”
Serentak mereka ketawa. Gelora hati Qhaud, hanya Allah yang tahu.
*****
Aishah tiba di rumah tepat jam 6.00 petang. Sengaja dia balik awal demi memenuhi janjinya pada Akma. Mengenangkan rakannya itu susah mendapatkan cuti, apa salahnya jika Aishah berkorban sedikit. Kelihatan Akma bermalas-malasan di depan televisyen. Asyik melayan Disney Channel. Sesekali bersikap kebudak-budakan.
“Awalnya you balik? Kerja tak banyak ek? So, how the presentation?”
Akma terus bangun dan mula mengadap rakannya itu yang sudah pun menepek di sofa. Melepaskan lelah.
“Amboi, banyaknya soalan. Bagi la I rehat sat.”
Akma tersengih sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu. Aishah menunjukkan isyarat ibu jari pada Akma. Sama seperti yang ditunjukkan oleh Akma padanya pagi tadi sewaktu mengucapkan selamat.
“What?” Akma mengerutkan dahi. Kurang memahami.
“Presentation.” Sekali lagi Aishah menujukkan isyarat itu.
“Wah, babe. Congrats.” Akma menepuk tangan.
“Thanks. So, I balik awal ni sebab dah janji nak hang out dengan you. You nak pergi shopping kan? Dah lupa ke.”
“So, nice. I tak lupa cuma takut you penat je. Takpa ke temankan I ni?”
“Actually, I pun dah lama tak keluar. Tetiba teringin pula Ice Blended Cappuccino.”
“Haha.. San Fransisco kan?”
Aishah tersenyum manja. Pantas dia menyuruh Akma bersiap. Begitu juga dengan dirinya. Melangkah masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap.
Satu jam kemudian, kedua mereka keluar dari bilik masing-masing. Biasa la, perempuan. Ambil masa untuk bersiap. Setelah memastikan pintu rumah telah dikunci, mereka melangkah keluar dengan hati yang lapang. Kia Septhra kepunyaan Akma meluncur laju di jalanan. Destinasi dituju, Mid Valley Megamall. Syurga membeli belah bagi mereka berdua.
Sungguhpun bukan hujung minggu, Mid Valley sesak dengan orang ramai. Mereka bernasib baik apabila tidak mengambil masa yang lama untuk mencari parking. Mempunyai hobi yang serupa satu bonus buat Aishah dan Akma. Tapi, dek kesibukan masa jarang mereka melakukannya bersama-sama. Dari satu kedai ke satu kedai mereka singgah. Tak semua pun di beli. Sekadar menjamu mata. Hampir dua jam mereka membeli belah. Setelah berpuas hati dengan barangan yang di beli, mereka membuat keputusan untuk melepaskan lelah di Starbucks. Sebelum sampai ke Starbucks, mereka melintasi sebuah kedai aksesori.
“Eh, I nak singgah sini kejap. Nak beli aksesori baru. Jom.”
“La, bukan ke aksesori you dah banyak. Tak payah la ek.”
Tanpa mempedulikan reaksi Aishah, Akma pantas menarik tangan rakan baiknya itu untuk memasuki kedai tersebut. Dengan malas, Aishah melangkah. Menuruti kerenah rakannya. Akma menuju ke bahagian rantai. Aishah pula menjadi pemerhati. Tiba-tiba, matanya terpandang pada gelang tangan yang menarik perhatiannya. Pantas dia menuju ke situ. Membelek-belek rantai tersebut. Tanpa berfikir panjang, Aishah terus ke kaunter untuk melunaskan bayaran. Selesai membuat pembayaran, dia tercari-cari Akma yang masih lagi berada di bahagian rantai.
“Babe, kenapa ni?” Tanya Aishah apabila melihat muka Akma masam mencuka.
“Takde yang menarik pun. Semuanya menolak je. Jom lah. Tak berkenan pula. Eh, you beli ape?”
Reaksi Akma terkejut apabila melihat beg plastic kecil yang dijinjit Aishah. Aishah mengeluarkan
isi kandungannya dan menayangkannya pada Akma.
“Taadaa…Cantik tak?”
Aishah memusingkan gelang tangan itu seraya mengenakan pada tangan kanannya.
“Cantik. Cantik sangat. Amboi, tadi kata taknak singgah. Alih-alih, dia yang beli. I pula tak jumpa yang berkenan” Akma memuncungkan mulutnya.
Melihatkan reaksi Akma, terhambur ketawa besar oleh Aishah.
“Dah-dah. Jom lepak Starbuck. Nanti balik kita singgah San Fransisco ok. I nak tapau Ice Blended.”
“Tak sudah-sudah dengan ice blended dia. Beli la starbuck punye. Sama je kan.”
Kali ni, Aishah pula yang menarik tangan Akma untuk mempercepatkan langkahnya.
Dari kejauhan, ada seseorang yang memerhatikan gelagat mereka tanpa disedari.
*****
Kira-kira jam 11 malam mereka tiba di rumah. Masing-masing terdampar di sofa, kepenatan.
“Babe, thanks ek teman pergi shopping. Dah la you busy. Nak kena temankan I pula.”
“Don’t mention it. Kita kan kawan. I tak kisah la. Ok. I masuk bilik dulu la. ”
Aishah mengambil barang-barang yang dibeli dan terus beredar ke bilik meninggalkan Akma yang masih lagi terbaring di sofa. Sebaik sampai di biliknya, Aishah terus menghempaskan badannya ke katil. Berbaring lebih kurang lima minit sebelum dia melangkah ke bilik air. Mandi untuk kedua kalinya sekaligus membersihkan solekan yang bertapak di mukanya. Setelah selesai, dia mengemaskan barang yang telah dibeli. Beberapa helai baju dan juga seluar. Tak lupa busana untuk ke pejabat.
(Haih, dah lama tak shopping. Sekali shopping, ambik kau!)
Matanya masih belum mengantuk kesan dari cappuccino yang diminumnya.
(Apa nak buat ni??? Mata tak mengantuk pula.)
Aishah mengeluarkan lap top vaionya dan menghidupkannya. Ikon yahoo messenger di tekan. Memerhatikan senarai rakannya yang online. Tak lupa mengemaskini laman social facebook.
(Hem…lama dah aku tak update facebook. Sapa pula yang add aku ni??)
Aishah ralit memerhatikan skrin. Sesekali dia tergelak apabila membaca status dari rakan mayanya. Inilah salah satu cara Aishah untuk bersosial. Selain dari menambahkan kenalan, boleh juga Aishah memperluaskan networking untuk perniagaannya. Sedang asyik melayarinya, keluar satu mesej dari yahoo messenger yang telah diaktifkan sejak tadi.
Mr. Pick : hi cik bulan. Sehat kamu?
Aishah tersenyum. Sememangnya inilah yang dinantikan sejak pagi tadi. Pantas jarinya mengetuk papan kekunci.
Cik Bulan : hi there. I sehat2 je.. How bout u?
Mr Pick : same here. Tak tido lagi ker?
Cik Bulan: lum lagi la. Mata taknak lena pula. Orang di sana kenapa pula tak tido2 lagi?
Mr Pick : ada keje sikit nak buat. Sambil2 tu online ler sekali. Heheh..
Mereka terus bersembang. Dari satu topik ke satu topik mereka bualkan walau pun cuma secara maya. Kosentrasi Aishah terganggu apabila pintu biliknya diketuk.
“I ingatkan you dah tido. Tapi bila lalu bilik you, baru perasan yang lampu bilik ni menyala lagi. Tu yang I ketuk. Tak tidur lagi?”
“Belum lagi. Mata I ni tak boleh tidur pula.”
“Ha, tu la. Layan lagi Ice blended cappuccino. Kan dah tak boleh tidur.”
Aishah tersengih.
“Takpe la. I nak masuk tidur dah ni. Pintu semua I dah kunci. Don’t worry ok. Night babe.”
“Night.” Aishah membalas, ringkas.
Pintu bilik Aishah ditutup kembali. Akma masuk ke biliknya manakala Aishah masih lagi mengadap skrin komputer ribanya. Menyambung perbualan yang terganggu sebentar tadi.
Hampir dua jam mereka bersembang. Aishah mulai mengantuk. Matanya layu seakan memberi petanda masa untuk tidur.
Cik Bulan: lama kita berborak kan. I dah ngantuk ni. Lain kali kita sambung lagi.
Mr Pick : hehe.. I pun sama gak. Take care.
Cik Bulan: u too. Daa~
Mr. Pick : Daa~
Pantas jemari Aishah menekan butang off pada komputer ribanya. Tak lupa menutup suis lampu. Dia mengemas serba sedikit katilnya sebelum membaringkan diri di tilam empuk.
(Agak-agaknya siapa la gerangan Mr. Pick tu ya??)
Nun disana, lelaki itu juga turut mempunyai perasaaan yang sama seperti Aishah. Tertanya-tanya akan status Cik Bulan. Namun, kedua-duanya lena diulit mimpi membawa sekali persoalan yang bersarang di hati.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries