Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 20
31 January 2010 | 12:40 PM | 0 comments
karya:white lily

“Amboi, banyaknya shopping?”

“Eh, Sis Marsha. Tak sangka jumpa kat sini. Sorang je? Abang Aril mana?”

“Sis sorang je. Aril? Macam biasa la, kalau weekend kat kelab golf la dengan daddy.”

Akma dan Lufya bersalaman dengan Marsha. Melihatkan barang yang dibeli mereka, Marsha menegur.

“Ni nak pergi travel ke?” Macam jauh je?”

“Ha ah. We all nak pergi UK.”

“UK? Bercuti ke mana?” Marsha terkejut.

“Rasanya Sis boleh tahu kot mana arah tujuan we all nanti kat UK tu.” Akma tersengih.

“Girls, rasanya tak payah kot you all pergi sana.”

“Kenapa pula? Takkan Sis nak halang kitaorang ke sana!”

“Bukan macam tu. Actually, Sis suka tengok Akim dengan Ecah. Serasi sangat budak berdua tu. You all tak payah la pergi ke sana. Batalkan jelah niat tu.”

“Tak! We all tetap akan pergi juga walau apa pun yang jadi! Empat bulan dah we all rancang ni semua. Takkan nak batalkan macam tu je.” Kata-kata Akma dipersetujui Lufya.

Lufya menyampuk. “ Niat we all nak tolong Akim dengan Aishah!”

“Sebab niat you all tu la, Sis rasa better you all batalkan. Listen. Aishah will be back to Malaysia due the semester break. So, Sis rasa nilah satu-satunya peluang Akim untuk betulkan keadaan.”

“Ye ke?” (Boleh percaya ke ni!)

“Akma, buat apa la Sis nak bohong. Sis pun nak tolong you all juga. Dia akan balik minggu ni. Dan ini buktinya..”

Marsha menunjukkan sms dari Aishah. Akma dan Lufya terlopong.

*****

Qhaud kehairanan. Akma. Felix, Akim dan Lufya merenung tajam ke arahnya.

“Yang korang pandang macam nak telan ni, ape kes!”

“Ape kes mende. Kau tu yang ada kes! Apsal tak inform yang next week semester break? Kau tau tak awek aku tu balik next week.”

“Owh. Pasal tu ke? Sapa suruh tak tanya!” Selamba Qhaud bercakap tanpa segan silu. Seolah-olah dapat menekanya.

Panas hati Felix mendengarnya. “Kepala otak kau! Time-time macam ni pula nak buat lawak sengal ubi. Semua benda dah arrange tau tak!”

“Ha, marah! Sebelum korang nak jadi hijau ke apa, meh sini Qhaud yang hensome lagi bergaya ni buat penjelasan.”

“Hensome la sangat!” Perli Akim.

“Sebenarnya aku memang nak bagitau. Entah macamana, dek kesibukan aku tu maka terlupa la pulak. Tapi, aku dah buat tindakan drastik. Aku dah suruh member aku make it as a open ticket. So, bila-bila kita nak pergi pun boleh.”

“Hah?” Terpana mereka berempat mendengar penjelasan Qhaud.

“Tau terkejut. So, sekarang ni siapa yang patut kena marah!” Qhaud membulatkan matanya.

“You la. Sebab tak inform langsung. Hampeh tul!” teriak Lufya.

“Amboi, yang. Garangnya. Derhaka ek. Kalau camtu, I balik la.” Qhaud mula bangun, merajuk.

“Oit, huduh la merajuk macam tu. Tak payah ngada-ngada nak pergi. Kau duduk balik. Kitaorang minta maaf ok. Kau pun, bagitau la sama. Kan tak pasal-pasal dah kena marah.”

“Aku tau kau sayang kat aku, Kim.” Qhaud tersengih. Segera dia duduk semula.

“Kau minta tolong Aidil ke?” Felik meneka.

Qhaud menggeleng. “ Dia cuti. Aku suruh Mawi yang buat.”

“Mawi? Asmawi Ani, pilot tu?” Soal Akma tiba-tiba.

“Ha ah. Kitaorang ada member keje sana. Si Mawi dengan Aidil. Sure you kenal kan.”

“Ape tak kenalnya b. Dah keje satu bumbung. Tak sangka rupanya dorang tu kawan you all.” Akma memandang Akim yang senyap seketika. “ So, sekarang ni kita kena fikirkan macamana cara nak jumpa dengan Aishah. I tak rasa kita akan jumpa dia dengan mudahnya.”

“Yup. I pun agree dengan Akma. Orang perempuan ni payah sikit tau. I bet hati Aishah dah berkecai, silap-silap dengar nama you pun dia taknak. Melainkan kalau you tunjukkan kesungguhan you pada dia. Buat sampai dia percaya yang you tu betul-betul dah berubah.”

“I think I know what to do. Aku betul-betul sayangkan dia. Macamana cara sekalipun, aku kena tebus balik kesilapan yang aku dah buat. Korang tolong aku ek?”

“Pasti! Kitaorang janji.” Keempat rakan berjanji setia akan membantu Akim mendapatkan kembali cinta hatinya.

*****

Aishah menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA. Udara segar bumi Malaysia dihirupnya. Setahun dia tak menjejakkan kaki di Malaysia.

(Rindunya bau Malaysia)

Aishah melangkah laju. Tak sabar dia ingin berjumpa dengan keluarganya. Rindu benar dia dengan Aril.

“Abang..!!!!” jerit Aishah tanpa mempedulikan orang ramai yang memandang.

“Adik abang dah balik. Apsal Ecah kurus sangat ni? Tak makan ke?”

Kedua beradik berpelukan. Kemudian mumy dan daddynya mengambil tempat. Marsha juga melepaskan kerinduannya pada adik iparnya.

Aishah mencari seraut lagi wajah yang dirindunya.

“Ecah cari siapa?”

“Abang, Ayah Man mana?”

“Dia tunggu kat kereta. Jom la kita balik. Nanti kat rumah boleh borak panjang.”

Mereka menuju ke kereta. Aishah yang terlihat kelibat Ayah Man sekali lagi menjerit.

“Ayah Man!!!” Lelaki tua itu dipeluknya.

“Rindu Ecah kat Ayah Man. Ayah Man rindu Ecah tak? Ada abang buli Ayah Man?”

“Mestila Ayah Man rindu. Ecah ni, Aril tu bukan pembuli tau.”

“Ha, dengar tu. Suka-suka je kata abang macam tu ek.” Aril yang sibuk memasukkan bagasi adiknya bersuara. Mereka bersiap untuk bertolak pulang. Belum sempat pintu kereta di tutup, Aishah terlihat empat susuk tubuh yang cukup dikenalinya.

“Macamana dorang boleh ada kat sini?”

Aishah memandang Aril.

“Not me!”

Marsha bersikap selamba. Pura-pura tak tahu menahu. Aishah juga tak rasa yang kakak iparnya terlibat sama. Walhal, Marsha la dalangnya.

“You tak rindu kitaorang ke?”

Tak jadi Aishah menutup pintu. Dia keluar mendapatkan mereka.

“Mestila rindu.”

“Aii, dengan diaorang je peluk? Dengan we all taknak ke…”

“Gatal.” Qhaud dan Felix tersengih. Sempat lagi Akma menjawab meski pun dia dan Aishah masih lagi belum meleraikan pelukan.

“Udah-udah la peluk tu. Kita teruskan agenda yang berikutnya.”

Aishah terdetik dalam hati, agenda apa ni? Jangan-jangan…

Tepat seperti yang dijangka. Aishah meleraikan pelukan tatkala melihat Akim berdiri di hadapannya. Lelaki itu mula melangkah ke arahnya.

“Stop!”

Langkah Akim terhenti.

“Babe, please. Bagi la Akim peluang.” Akma memegang lengan Aishah.

“I taknak jumpa dia. Kalau inilah agenda you all, memang you all dah buang masa. I takkan jumpa dia! Takkan!!!”

Air mata gugur di wajah Aishah. Tanpa sempat Akim bertindak, Aishah berlari masuk ke keretanya. Tangisan Aishah meremukkan hatinya.

Toyota Alphard bergerak laju. Meninggalkan Akim yang masih setia terpaku di situ.

“Chill. Bagi dia masa. Dia pun baru balik. Petang karang kita pergi rumah dia.” Bahu Akim ditepuk Qhaud.

“Korang rasa dia nak ke jumpa aku?”

Sememangnya pertanyaan Akim tak mampu dijawab oleh mereka.

*****

“Aril ada urusan kat sini. Mummy dengan daddy balik dulu ok. Ecah, jom ikut abang.”

“Urusan apanya Aril? Kan adik baru balik ni.”

“Mummy, Aril tu kena jumpa member dia. Kita balik dulu la ye.” Marsha yang mengetahui rancangan Aril. Memujuk ibu mertuanya.

“Takpe la Qis. Kita balik dulu.”

Puan Sri Farisha mengangguk walau pun hatinya pelik.

Aishah turut pelik. (Motif bawa aku pergi hospital ni?)

“Apa agenda abang ni?”

“Nanti Ecah tau. Jom.” Tangan Aishah ditarik.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries