Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 3
11 January 2010 | 3:49 PM | 0 comments

karya:white lily

Aishah tiba di pejabat lewat dari waktu biasa. Bersarapan dengan keluarganya membuatkan dia kelewatan. Salah dia juga. Disebabkan sibuk bekerja sehinggakan tiada waktu untuk diluangkan bersama mereka. Daddy dan mummynya dah mula ‘bising’. Aishah sekadar senyum memaniskan diri. Demi menjaga hati mereka, Aishah akan pastikan hujung minggu ni jadualnya dikosongkan, Nasib baik jugalah Akma sudah mula bekerja.

Aishah meletakkan briefcasenya di atas meja. Tidak duduk di tempat sebaliknya dia menuju ke sofa. Melepaskan lelah sambil membaca surat khabar yang telah diletakkan oleh Claudia pagi tadi. Membelek-belek helaian surat khabar bagi menambahkan pengetahuan amnya. Setelah puas menelaah bahan ilmiah itu, dia menuju ke mejanya untuk memulakan kerja.

Di waktu yang sama, lokasi berbeza…

Senyuman terukir di wajah Akim. Terasa segala penat lelahnya selama ini berbaloi. Kontrak yang bernilai RM 2 juta itu sudah menjadi hak milik syarikatnya.

“Daddy bangga sangat dengan Akim. Well done son.” Tan Sri Kamil menepuk lembut bahu anaknya.

“Eh, bila daddy masuk? Akim tak perasan pun.”

“Berangan ke sampai daddy masuk pun tak sedar.”

Akim tersengih menampakkan giginya yang memutih.

“Oh ya, sebelum daddy terlupa, Akim free kan esok?”

“Yup. Tapi kenapa ek?”

“Esok Aishah akan datang ke pejabat kita dan daddy nak Akim assist dia. Boleh juga bincangkan apa yang patut. Kot-kot ada idea yang Akim nak tambah.”

(What! Nape pulak aku? Kenapa tak orang lain?)

“Ala daddy. Takkan tu pun Akim nak buat. We are customer right. Biar la dia yang buat.”

“Akim, esok daddy takde. Akim pun tau kan yang daddy kena pergi Beijing. So, please show her our respect. Can you?”

“Erm, yelah.”

“Akim jangan buat hal pulak. Jangan ingat daddy takde esok, daddy tak tau apa yang jadi. Remember, my eyes everywhere.”

“Hahaha…dah tau dah. Adik la tu yang jadi spy daddy kan. Tak takut pun.”

Tan Sri Kamil tersenyum melihat kerenah anak sulungnya itu.

“Walau apa pun, behave yourself ok.”

“Yes boss.” Akim mengusik daddynya dengan memberi tabik hormat persis askar.

Perbualan dua beranak itu terganggu apabila Ika muncul.

“Ok, gentlemen. Can we move now?? Ika lapar la daddy.”

Tan Sri memandang Akim. Akim sekadar mengangkat bahunya.

“La, cepatla. Apa yang dok terkedu-kedu ni?” Ika mula menunjukkan reaksi protes.

“Jom la daddy. Karang Ika bertukar jadi ‘hijau’, kita pula yang payah nanti.”

“Tang tu daddy setuju. Ika ni kalau bab makan memang tak leh kompromi langsung tau.”

Dagu anak bongsunya itu dicuit lalu melahirkan cebikan di wajah Ika.

“Mesti tadi mengumpat Ika kan? Daddy dengan abang ni bukan boleh percaya sangat. Sebagai hukuman, daddy dengan abang kena belanja Ika lunch hari ni.”

Elleh, bukan ke memang daddy atau abang yang selalu belanja Ika.” Sindir Akim.

“Tau takpe.”

Tutur Ika selamba yang mana membuatkan Tan Sri Kamil ketawa besar.

*****

“Maaf En Qhaud. Saya dah cuba halang cik ni masuk. Tapi…”

“It’s ok Azza. Awak boleh keluar.”

Rubisa memandang Azza sambil menjeling. Tanpa disuruh, dia terus duduk mengadap Qhaud yang sedikit berang dengan tindakannya itu.

“Apa masalah you ni? Main serbu je opis I.”

“I nak jumpa dengan you la. Kenapa I call you tak jawab and the worst thing, sms I pun you tak reply. What’s your problem?”

“Nothing. Ke you yang ada masalah?”

Qhaud menjawab acuh tak acuh. Melihatkan reaksi Qhaud, Rubisa bangun dan mendapatkan

Qhaud.

“Sayang, jangan la macam ni. I minta maaf ok.”

Segera tangan Rubisa yang mula menyentuh pipinya ditepis. (Minah ni, agak-agak ah!)

Qhaud bangun dari tempat duduknya dan kini membelakangi Rubisa.

“Ya, right! You tinggalkan I macam tu je just because of him! You ingat I ni apa?”

Qhaud menghamburkan kemarahannya yang telah lama terpendam. Segera Rubisa memujuk.

“I’m really sorry ok. I tak sangka Rizal tu tipu I. Dia tak serius pun dengan I. I tau I salah and now

I nak tebus kesalahan I pada you.”

“Tak semudah tu, Rubisa. Lagipun antara kita dah lama berakhir bila you main kayu tiga belakang I. Cukup la.”

“You tak boleh tipu diri sendiri, Qhaud. I tahu dalam hati you masih lagi ada ruang untuk I. bukan sekejap tempoh kita berkawan. Takkan semudah tu you lupakan I!”

Qhaud ketawa sinis apabila mendengar kata-kata dari Rubisa.

“You yakin sangat ye dalam hati I ni ada ruang untuk you. For your information cik Rubisa, hati I dah tertutup untuk you. Tapi pintu pejabat I ni belum tertutup untuk you pergi melangkah keluar dari sini. I tak sekaya Rizal. Sebab tu you tinggalkan I. You carilah hidup yang you nak selama ni.”

“You jangan nak perli-perli I, Qhaud. Listen. I takkan lepaskan you macam tu je. Kalau I tak dapat, orang lain pun akan berputih mata juga!”

Rubisa melangkah pantas meninggalkan ruang pejabat Qhaud dengan dendam di hati.

(Sawan apa budak ni!)

Qhaud menekan butang interkom di mejanya.

“Azza, you tolong inform security guard jangan benarkan si Rubisa jejakkan kaki kat pejabat I. I taknak dia buat kacau lagi. Okey?”

“Yes, boss.”

*****

“Daddy, Ika order lunch set je la ek. Lagipun, tak la pening-pening nak pilih kan.”

“Eh, siapa kata abang nak makan lunch set. Abang nak makan benda lain hari ni.” Pantas Akim merampas menu yang dipegang oleh Ika.

“Ala, Ika bagi cadangan je. Tu pun nak marah. Ntah apa-apa ntah!”

Melihatkan reaksi dua beradik itu, sang ayah tersenyum.

“Jangan gaduh-gaduh. Order je mana yang berkenan. Akim pun suka sangat nak menyakat adik kan.”

“Emm, menarik gak lunch set ni. Kita order yang ni je lah.” Selamba Akim mengutarakan pendapat.

“Ek elleh, tu la yang Ika cadangkan pun tadi. Abang ni kenapa ek?”

“Saja nak mengusik adik abang yang sorang ni. Haha.” Habis rambut adiknya itu ditarik. Sekadar bergurau.

“Abang ni, jangan la!” Marah Ika sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabut.

Reaksi Akim? Buat muka poyo yang mana lagi membuatkan Ika sakit hati.

“Ehem, your order please.” Pelayan restoran muncul untuk mengambil pesanan.

Tanpa mempedulikan reaksi Ika, Akim membuat pesanan. Sempat lagi dia menjeling ke arah adiknya dan dibalas oleh jeliran lidah.

Sebagai pemerhati, Tan Sri Kamil sekadar mengeleng-gelengkan kepalanya.

(Dah besar panjang pun nak bertekak lagi. Haih, budak-budak ni.)

Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mereka anak beranak berbual-bual. Sesekali terdengar pertengkaran kecil antara Akim dan Ika. Mungkin berbeza pendapat. Sejak kecil mereka rapat dan berkongsi apa saja masalah bersama. Walau pun, kadang-kala pergaduhan tercetus dek sikap Akim yang gemar menyakat adiknya. Namun, Akim juga sering bertindak sebagai penyelamat apabila adiknya itu dibuli oleh budak nakal. Sayang Akim pada adiknya itu melebihi segala-galanya.

Panggilan telefon Akim mematikan lamunan Tan Sri Kamil.

“Hello, bro. Ape cer?”

“Haha..Takde apa. Saja je. Oit, malam ni jom lepak tempat biasa. Aku ngan Felix tunggu kau. Jangan lambat pula.”

“Orait. Nanti malam aku jumpa korang. Roger and out.”

“Ceh, berangan jadi Inspektor Akim la tu. Siapa yang call?” Ika yang kepochi, ingin tahu.

“Jangan sibuk la. Ni urusan orang lelaki.”

Ika mencebik namun cebikannya itu tak lama apabila terpandang seseorang sedang memasuki ruang restoran.

“Abang, tu Sis Mila kan?”

Akim yang sedang membelek telefonnya tersentak. Tapi, tidak memberikan sebarang tindak balas. Cuba untuk berlagak tenang.

“Bukan ke sepatutnya dia kat London. Apa pulak dia buat kat sini? Siapa pula dengan dia tu? Misteri nusantara ni.”

Ika yang memang kepochi bertambah kepochi. Dia menyambung…

“Abang dengar tak Ika cakap ni.”

“Abang belum pekak la Ika.”

“Tahu pun. Apa dia buat kat sini. Agak-agak abang dia perasan tak kita?”

Sekali lagi Akim memberikan reaksi sifar.

(Mane la aku tahu Ika ooiii… Kepoh betul la adik aku ni! Tapi betul gak. Apa dia buat kat sini?? ) Bicara Akim di dalam hati.

Luka lama berdarah kembali.




Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries