Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 4
12 January 2010 | 2:01 PM | 0 comments


karya:white lily

“Hi Akim. Lunch dengan klien ke?”

Mila menegur Akim sebaik sahaja dia melihat lelaki itu keluar dari restoran keseorangan.

“Tak la. Dengan daddy and adik I. Takkan you tak perasan kitaorang kot.”

“Opps, I tak perasan la. Sorry. So, mana your daddy dengan Ika?”

“Dorang kat dalam. I nak pergi ambik kereta. You buat apa kat sini? Bukan ke sepatutnya you kat London?” Soal Akim.

“I balik sini sebab prepare my wedding.”

“Wedding? Owh, congrats.” (Kahwin juga kau akhirnya. Bertuah Hafiz)

“Thanks. Hah, tu pun tunang I. Kenalkan , ni Alif Dafi. Darling, ni kawan I Akim.”

(Dafi pulak! Minah ni yang mana satu ke)

Akim dan Dafi bersalaman.

“By the way, jemput la datang wedding we all. Sayang, you bawa kad tak?”

“Tak la. Ada dalam kereta.”

“Kalau camtu, I pergi ambik. Akim, if you don’t mind boleh tunggu sekejap?”

Akim mengangguk.

Dafi bergegas ke kereta. Meninggalkan Akim dan Mila berdua.

“I tahu you nak tanya pasal I dengan Hafiz kan.”

“Tu kan hak personal you. You boleh pilih sesiapa sahaja yang you nak.” (Ada aku kisah!)

“I dengan Hafiz dah break. Lagipun, Dafi much better than him. Dia anak somebody. Hafiz, nobody!” Selamba Mila berkata-kata.

(Materialistik betul minah ni. Nasib baik tak jadi bini aku. Huh!)

Dafi muncul bersama kad. Dihulurkannya pada Akim.

“Jangan lupa datang tau.”

“Insya Allah. Kalau I free I datang.”

“Ok la. We all pergi dulu.” Sekali lagi Dafi dan Akim bersalaman.

“Bye Akim. See you again.”

Mila melambaikan tangannya pada Akim. Sempat lagi dia mengedikkan dirinya. Sengaja ketawanya di buat-buat.

Akim yang memandang terasa meluat. (Gila gedik!)

*****

Gelak tawa tiga sekawan menceriakan suasana di Flamingo Steamboat Restaurant. Persahabatan yang terjalin sejak sekolah menengah masih utuh. Felix, pemuda tinggi lampai berasal dari Sabah, namun mengikut keluarganya berpindah ke Ampang. Di sinilah dia mengenali Akim dan juga Qhaud. Tiga serangkai yang pernah membuatkan guru Sekolah Menengah Nila Utama pening kepala namun prestasi dalam pelajaran, merekalah yang mendominasinya. Selesai SPM mereka berpisah kerana menyambung pelajaran ke luar negara. Akim ke Australia, Felik bertapa di bumi Jepun manakala Qhaud pula, London menjadi destinasi. Tapi, itu bukan alasan untuk mereka terputus hubungan. Teknologi menjadi perantaraan. Sesekali ada juga mereka melawat antara satu sama lain. Mengambil peluang untuk bercuti sekali.

“Lama kan kita tak lepak macam ni. Teringat pula aku zaman sekolah dulu.” Felix tersenyum.

“Alee, teringat zaman sekolah ke teringat awek lama?” Akim mengusik.

“Ha ah. Apa cerita kau dengan ratu atlit tu? Last aku jumpa dia masa aku study kt kolej dulu. Tapi masa tu kau still dengan dia lagi kan?” Qhaud menyoal. Teringat akan kehebatan cinta rakannya itu sewaktu zaman persekolahan.

“Entah. Dah tinggal sejarah kot. Aku pun tak tahu mana dia berada sekarang ni.”

“Relaks la bro. Kalau ada jodoh kau dengan dia, mesti jumpa punya la. No worry ok.” Akim cuba menenangkan Felix yang tampak sedih.

Qhaud menyambung…

“Betul apa Akim cakap. Kalau ada jodoh kau dengan dia, satu hari nanti jumpa jugak.”

“Aku pun harap macam tu. Aku ramai kawan perempuan tapi entahlah… Dia berbeza. Kalau boleh aku nak jumpa dia sangat-sangat. Ada something yang perlu aku jelaskan.”

“Ye, kitaorang tahu. Kan kita satu sekolah.” Qhaud menepuk lembut bahu rakannya itu.

“Dah la weh. Buat apa nak sedih-sedih ni. Kita kan datang sini nak have fun. Lepak sambil makan.”

“Yelah, tetiba emo plak. Nanti la aku try tanya member aku. Itu pun kalau dorang still contact lagi la.”

“Anyway, thanks bro. Really appreciates that.” Felix mula tersenyum.

“Ha, macam tu la kawan. Dah-dah. Jom sambung makan.” Akim mula memegang chopstick.

“Yang kau pulak Kim, apa cer?” Qhaud memandang Akim yang sedari tadi seronok menjamu selera.

“Cerita apanya?” Akim mengambil fishball lalu disuakan pada mulutnya.

“Apa kes kau dengan Mila?” soal Felix pula.

“Aku? Kes mende! Dia yang nak break dengan aku, apa yang aku boleh buat. Lagi pun, ex dia kot lebih kacak dari aku. Entahlah…” Akim mengeluh.

“Mungkin la kot. Kau tu bukan kacak mana pun. Huduh adalah.” Qhaud mengusik.

“Ek elleh, ambik kesempatan kutuk aku nampak. Tadi siang aku jumpa dia. Katanya nak kahwin. Tapi bukan dengan si Hafiz. Sekali orang lain daa. Dafi, si anak menteri tu.”

“Ye ke? Aku tak tahu nak kesian ke atau kata padan muka kat Hafiz tu?” Felix tersenyum sinis.

Serentak mereka bertiga ketawa.

“Kau tu sibuk je tanya orang. Apa kes dengan Rubisa?”

“Lebih kurang sama la nasib kita ni. Semuanya putus di tengah jalan.Kadang-kadang aku rasa love is so complicated.”

“Aku rasa kita kena mandi bunga kot. Asyik dirundung malang je kan.”

“Kau ni kan Felix suka bagi cadangan yang merepek-repek.”

“Dia ni memang. Sejak putus cinta suka merepek. Banyak sangat makan kerepek kot. Haha…”

Masam muka Felix bila diketawakan oleh Qhaud dan Akim.

“Dah la! Malas aku nak layan korang. Baik aku makan. Hati tak sakit.”

“Cit, tersentap pula mamat ni.” Qhaud menolak bahu Felix.

“Korang makan je boleh tak? Boleh pula buka cerita pasal cintan-cintun. Sekeh kang. Makan cepat!” Perintah Akim.

*****

Aishah menatang sepiring buah epal yang telah siap dipotong untuk hidangan pencuci mulut. Belum sempat diletakkkan ke meja, abangnya sudah tercegat sambil membetulkan rambutnya yang ala-ala Korean look itu.

“Rajinnya adik abang ni.”

Aril memanjangkan tangan untuk mengambil buah epal itu namun tangannya ditepis oleh Aishah.

“Abang ni kan. Cuba la sabar sikit. Eeiii, anak siapa la ni?”

“Tentulah anak daddy.” Tan Sri Qamal Ariffin menyampuk. Aril tersenyum sambil mengangkat keningnya.

“Benci la tau. Isk, abang ni kan mengada-ngada.”

Sempat Aishah mencubit lengan abangnya. Aril mengaduh sakit.

“Nah, ni tehnya. Aril jangan la sakat Ecah tu.” Muncul Puan Sri Farisya Balqis membawa bersama dulang.

Ala, mummy. Aril bukan apa. Saja je nak usik Ecah. Kan Ecah?” Rambut adiknya diusik.

“Takde kerja lain ke?” Aishah yang bangun untuk membantu mummynya mencekak pinggang.

“Sebab takde kerja lain la abang kacau Ecah. Apa daa..”

“Enough kids. Karang ada pula yang tertumpah ni.” Daddy mereka mula bersuara.

Aishah ketawa sambil tangannya menuangkan teh ke dalam cawan. Kemudian dihulurkan pada daddynya yang sedang membaca majalah perniagaan. Satu lagi dihulurkan pula pada mummynya yang duduk disisi abangnya.

“Abang punya?”

“Ambik la sendiri. Bukan jauh pun kan.” Jawab Aishah selamba.

“Yelah. Ada adik pun tak boleh diharap.” Aril mempamerkan riak muka simpati. Baru sahaja tangannya hendak mencapai teko buatan Itali itu, Aishah terlebih dahulu bertindak.

“Takkan la Ecah nak buat camtu kat abang kan. Abang la satu-satunya abang yang Ecah ada.” Aishah tersenyum menampakkan giginya yang memutih. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Aril.

“Ooo..nak buli abang la ni. Nakal ek.”

Reaksi itu mengundang tawa pada ibu bapa mereka.

Kegembiraan keluarga itu terganggu apabila loceng pintu kedengaran.

“Takpe..Takpe… Biar Aril yang tengok siapa kat pagar tu.”

Aril menuju ke pagar rumahnya sambil menekan butang kawalan.

“Awok, lama tak jumpa. Sihat?”

Aril menyapa teman lamanya itu seraya menjemputnya masuk.

“Eh, tak payah masuk la. Aku datang ni nak jumpa dengan Aishah. Dia ada tak?”

“Kot iye pun masuk la dulu. Takkan kau nak jumpa adik aku kat pintu pagar ni. Jom masuk.”

Mereka berjalan beriringan masuk ke villa mewah itu. Sesampainya di muka pintu, terpacul Aishah dengan reaksi kaget.

“Abang, siapa yang da..” (Isk, apa pula dia buat kat sini?)

“Aishah, boleh Hafiz jumpa sekejap?”

Aishah menggelengkan kepalanya dan pantas berpaling untuk masuk ke rumahnya semula namun tangannya di tarik Aril.

“Ecah dengar dulu apa yang Hafiz nak cakap. Lepas tu baru buat keputusan ok. Jangan bertindak ikut perasaan.” Aril berbisik pada telinga adiknya itu.

“Ecah taknak!”

“Ecah, please.” Aril memujuk. Aishah mengangguk lemah. Akhirnya mengalah demi kemahuan abangnya.

“Korang borak-borak la dulu. Bincangkan apa yang perlu dibincangkan.” Aril meninggalkan mereka berdua.

“Siapa kat luar tu Aril?”

“Hafiz, mummy.”

Aril mengambil sepotong epal dan memasukkan ke mulutnya.

“What? Apa lagi si Hafiz tu nak? Tak sudah-sudah ke nak sakitkan hati Ecah.” Mummynya mula bangun untuk menuju ke luar.

Ala, mummy. Biar la dorang bincang. Tak selesainya masalah kalau pendam je! Lagipun, tak beraninya Hafiz tu nak usik adik. Kalau tak, merasalah dia nanti tendangan padu maut Aril ni.”

“Aril is right. You tak perlu la risau Qis. Dorang bukan budak-budak lagi. Biar la masalah diselesaikan secara dewasa. Kita terima je apa keputusan yang Ecah buat. Asalkan dia bahagia. Cuba you tenang sikit.” Tangan isterinya ditarik.

“Isk, ayah dengan anak sama je!”

*****

Suasana sunyi. Hafiz memandang gadis yang berada di hadapannya dengan seribu penyesalan. Sukar untuknya memulakan bicara. Aishah tidak memandang ke arahnya. Sebaliknya gadis itu lebih berminat dengan himpunan bunga orkid yang ditanam oleh mummynya.

Sepuluh minit berlalu, namun tiada tanda-tanda perbualan akan dimulakan.

“Cantik deko taman ni. Tentu hasil kerja Aishah kan.”

“Come on Hafiz. Straight to the point!”

Hafiz mengumpul kekuatan.

“Aishah, Hafiz nak minta maaf.”

Aishah berpaling. Renungan Aishah membuatkan Hafiz serba tak kena.

“Hafiz ada buat salah kat Aishah ke? Kenapa yer perlu minta maaf..”

Aishah duduk di kerusi kayu. Hafiz juga mengikut jejaknya.

“Hafiz tahu Hafiz salah. Hafiz tak patut buat Aishah macam tu. Entahlah. Hafiz pun bingung.”

“Maksud Hafiz?”

“Kitaorang dah break. Dia tinggalkan Hafiz macam tu je. Hafiz rasa hubungan Hafiz dengan dia satu kesilapan.”

“Senangnya cakap!”

“Hafiz tahu bunyinya macam tak logik. Tapi Hafiz baru sedar yang dalam hati Hafiz bukan ada dia tapi…”

“Cukup Hafiz! Tak perlu la nak ungkit apa yang dah jadi. Hubungan Hafiz dengan dia takda kena mengena dengan Aishah. Satu kesilapan atau tidak, bukan juga urusan Aishah. Susah payah Aishah membina semangat Aishah yang hilang and now Hafiz muncul dalam hidup Aishah. Untuk apa!” terhambur segala kemarahan Aishah.

“Hafiz tahu Hafiz salah. Hafiz minta maaf sangat-sangat. Aishah terimalah Hafiz balik.”

“Tak semudah tu Hafiz. Pintu hati Aishah dah tertutup untuk Hafiz. Fullstop!”

“Dia dah tinggalkan Hafiz. Hafiz dah dapat balasannya. Aishah berilah Hafiz peluang kedua untuk tebus kesalahan Hafiz. Hafiz janji lepas ni hubungan kita akan kembali normal.”

“Tak Hafiz. Takkan ada peluang kedua. Huh, she left you and now you come back again to me. What do you think I am!! Suka ditatang tak suka dicampak! Macam tu?”

Tangan Aishah di raih.

“Please Aishah. Takkan takda kemaafan di hati Aishah untuk Hafiz…”

“Aishah dah lama maafkan Hafiz. Untuk kembali macam dulu, tak mungkin! Cukup la dengan apa yang dah jadi. Thanks sebab hadiahkan derita untuk Aishah sebab dengan derita itulah membuatkan Aishah semakin matang. My hand please.”

Tangan Aishah masih lagi tidak dilepaskan oleh Hafiz. Aishah pula meronta-ronta. Semakin dia meronta semakin kuat genggaman Hafiz mencengkam tangannya. Reaksi itu mengundang kegelisahan Aril yang sedari tadi memerhatikan mereka di balik langsir.

“Hafiz!” Laungan Aril mengejutkan mereka berdua.

Segera Hafiz meleraikan pegangan tangannya. Aril menarik Aishah ke sisinya. Bimbang dia kalau-kalau Hafiz hilang kawalan.

“Aku tak berniat nak masuk campur. Tapi kau kena hormati keputusan yang Aishah buat sama seperti dia menerima keputusan kau dulu.” Lembut Aril berbicara.

“Aku tahu. Tapi …”

“Sebagai lelaki kita kena terima baik buruknya keputusan yang kita dah buat. Aku percaya, dulu pun kau tentu dah fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan untuk tinggalkan adik aku. Give her space, Hafiz.”

“Aku akan dapatkan hati dia balik dengan apa cara sekali pun!” Lurus jari telunjuknya menuding ke Aishah.

“Terpulang. Tapi ingat! Kalau ada apa-apa yang jadi pada dia, aku tak teragak-agak gunakan kuasa aku sebagai abang untuk bertindak. Aku lebih rela korbankan persahabatan kita dari melihat Aishah menangis lagi semata-mata kerana kau. Not again!”

“Awok, aku minta maaf.”

Melihatkan reaksi Hafiz yang mulai tenang, bahu temannya itu diraih.

“Dah la Hafiz. Aku rasa better kau balik dulu. Tenangkan fikiran. Kalau ada jodoh, tak kemana.”

Hafiz melangkah longlai menuju ke keretanya. (Aku akan pastikan hati kau milik aku Aishah!).

Sekilas dipandang dua beradik itu sebelum memecut keretanya laju.

“Ecah ok?”

“Yup, I think so.”

“Dah la. Jom masuk. Pasal Hafiz tu tak usah la difikirkan. Ecah buat la keputusan. Abang sokong apa aja keputusan yang Ecah buat.”

“Abang..”

“Emm.”

“Thanks ek pasal tadi. Tak sangka dalam sengal-sengal abang ni, boleh tahan gak bila marah. Terharu Ecah tau.”

“Ecah panggil abang sengal. Kurang asam jawa punya adik.”

Kedua-duanya ketawa.

“Ecah, abang cuma jalankan tanggungjawab abang. Kan peranan seorang abang bertindak sebagai perlindung pada adiknya. Ecah la satu-satunya adik abang. Takkan abang nak biarkan je mamat poyo usik adik abang ni.”

Aril mencubit pipi adiknya dan pantas berlari masuk ke rumah. Enggan mengalah, Aishah mengejar abangnya itu.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries