Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 5
14 January 2010 | 12:33 PM | 0 comments


karya:white lily

“Morning, mum.”

Aishah menegur mummynya yang sibuk menyediakan sarapan pagi.

“Morning, sayang. Ecah, tolong bawa nasi goreng ni kat depan.”

“Ok. Sedapnya bau.” Aroma nasi goreng mencuit selera Aishah.

Penuh berhati-hati Aishah membawa mangkuk yang berisi nasi goreng itu ke meja makan.

“Morning daddy. Abang mana? Tak bangun lagi ke? Isk, pemalasnya. Selalu ke abang bangun lambat, daddy?”

Aishah mula membebel apabila kelibat abangnya tidak kelihatan. Hanya daddynya yang ada, sedang kusyuk membaca The Star. Satu suara menyampuk…

“Amboi, sedapnya mengata abang. Mana ada abang bangun lambat. Sesekali je kan daddy.”

Aril mengambil tempat sebelah Aishah. Aishah pula menghulurkan nasi goreng yang siap disenduk ke dalam pinggan kepada daddy dan abangnya. Aril tersengih.

“Apa sengih-sengih ni? Lain macam je.”

“Sengih pun dah tak boleh ke? Ecah meh la duduk sebelah abang. Mummy mana?”

“Mummy ada ni ha. Aril, nanti hantar adik pergi pejabat. Mummy risau la.”

Terkejut Aishah dengan tindakan mummynya. Sempat dia memandang ke arah abangnya. Mohon penjelasan.

Reaksi Aril? Buat muka seposen.

“Ala, mummy. Ecah boleh drive sendiri. Lagipun apa yang nak mummy risaukan? Ecah bukan budak kecil lagi. Pagi ni Ecah ada appointment dengan Tan Sri Kamil. Taknak la menyusahkan abang. Nak kena hantar, ambil Ecah pula.”

“Mummy cuma risaukan kalau-kalau si Hafiz tu …”

“Qis, I don’t think so Hafiz will do something bad to our daughter. You pun jangan la risau sangat. Besides, we know his parent, isn’t it?”

“Mal, salah ke sebagai ibu I risaukan anak?” Puan Sri Farisya Qistina menyoal.

“Don’t get me wrong. That’s not what I mean. Macam ni la. If anything happen, Ecah inform daddy, mummy atau abang A.S.A.P ok?” Tan Sri Qamal Ariffin mencari jalan tengah bagi meredakan kerisauan isterinya.

“Ok daddy. Ecah promise.”

“Mummy jangan risau la. Aril akan pastikan Ecah selamat. Kalau susah-susah sangat Aril upah bodyguard la. Boleh jaga Ecah 24 jam. Haha.”

“Abang ingat Ecah ni Whitney Houstan ke apa! Tak payah la bodyguard bagai.” Aishah membulatkan matanya apabila mendengar cadangan abangnya itu.

“Itu cuma idea. Abang tak suruh pun terima.” Aril mengusik adiknya.

“Idea yang sengal macam tuannya jugak. Haha.” Giliran Aishah pula ketawa.

“Sengal-sengal pun abang Ecah jugak kan.”

“Tau takpa. Ok Ecah dah lambat dah ni. Ecah pergi kerja dulu deh. Minggu ni kalau takda apa-apa hal Ecah balik sini.”

Segera Aishah menyalami daddy dan mummynya. Tak lupa abangnya, Aril.

“Ecah jaga diri tau.” Aril menyentuh kepala adiknya dengan penuh kasih sayang.

“I will. Assalammualaikum.”

Aishah mengambil briefcasenya dan menuju ke car poach. Daddy, mummy dan abangnya turut mengikuti.

“Qis, I pun dah nak pergi pejabat juga ni. Aril, come.”

“Mummy, Aril pergi dulu.”

“Ok. Take care.”

Puan Sri Farisya Qistina berdiri di muka pintu melihat suami dan anak-anaknya berlalu pergi menuju ke destinasi masing-masing. Jauh di sudut hatinya, doa dipanjatkan agar mereka selamat terutamanya Aishah yang mana membuatkan nalurinya sebagai ibu sedikit berkocak dengan peristiwa malam tadi.

*****

Suara Faizal Ismail dan Fara Fauzana menceriakan suasana pagi Aishah yang memilih Hot FM sebagai pilihan halwa telinganya.

Setengah jam kemudian, Toyota Wish kepunyaan Aishah memasuki ruang parkir Wisma Kamil. Kelibat Aishah menarik perhatian para pekerja di situ. Masing-masing terpegun dengan Aishah. Situasi itu membuatkan Aishah kurang selesa.

(Aku ni alien ke? Dari tadi dok pandang-pandang. Ke aku pakai baju terbalik?)

Sepantas kilat Aishah meneliti buasana yang dipakainya.

(Tak terbalik pun. Agaknya dorang ni tak pernah tengok orang kot.)

Aishah menuju ke kaunter pertanyaan lalu memperkenalkan diri.

“Selamat Pagi. Saya Aishah Najwa from ID Enterprise. Ada appointment dengan Tan Sri Kamil pukul 10.00 pagi.”

“Cik Aishah tunggu sebentar. Saya inform PAnya dulu.”

“Thanks.”

Selang beberapa minit, seorang wanita muncul lalu menyapa Aishah.

“Cik Aishah. Saya Nana. Mari ikut saya.”

Nana membawa Aishah ke sebuah bilik yang tertera nama Hakim Najmi.

(Bila masa pula aku cakap aku nak jumpa mamat poyo tu.)

“Wait, did I mention you that I want to see Tan Sri?”

“Tan Sri di Beijing so segala urusan En Hakim yang ambil alih.”

“Oh, ok.” (Tan Sri ni pun satu. Time nilah pulak nak pergi Beijing. Adoyai…)

Pintu diketuk. Satu suara lelaki menggamit mereka untuk masuk.

“En Hakim, Cik Aishah is here.”

“Morning Cik Aishah. Have a seat please.” Akim berbasi-basa.

“Morning.”

Mereka bersalaman. Akin terpegun dengan Aishah yang tampak sungguh anggun dengan busana korporatnya.

“Encik Hakim, my hand please.” (Awat plak ni?)

“Err…sorry. You prefer coffea or tea?” Akim tersengih. Mukanya merah padam dengan kelakuannya tadi.

“No thanks. I dah breakfast.”

Nana, I pun dah breakfast kat rumah tadi. So, tak perlu la.”

“Ok, boss. I pergi dulu. Anything just call me.” Nana tersenyum lalau meninggalkan mereka berdua.

“Sorry to tell you that Tan Sri was not around. Dia ada urusan kerja di Beijing.”

“I already knew. Nana told me just now.”

“So, kita pergi my dad’s room dulu.”

Aishah menggangguk lalu mengikut langkah Akim menuju ke sebuah bilik.

“Ni bilik daddy I. Based on your lay out, tak banyak pun yang berubah kan?”

Akim meneliti lay out yang dipegang Aishah.

“Yup. Tan Sri ada bagitahu yang dia masih nak kekalkan momentum bilik ni. Cuma ada pertukaran kecil dan kedudukan tempat. Major changing just for your meeting room and staf area. Also for your pantry.”

“Ok. Now we move to my sister’s room. You dah jumpa dia kan?”

Aishah mengangguk.

“Adik I ni nakal sikit. Manja pun iya. Maklum la yang bongsu kan.” Akim tersengih.

Pintu bilik adiknya di ketuk namun tiada jawapan. Tombol pintu dipulas dan Ika tiada di situ.

(Mana pula dia ni?)

Akim menekan butang interkom.

“Yana, Ika mana?”

“Tak sure la Encik Hakim. Tadi dia ada.”

“Emm, tolong carikan dia untuk I.”

“Baik Encik Hakim.”

Aishah menyerahkan lay out kepada Akim.

“Citarasa kitaorang berbeza. Tapi tengok dari lay out ni, no wonder la si Ika tu happy. Adik I tu cerewet. Ikut perangai daddy. Dah banyak designer yang kena bambu dengan dia. Tengok je adik I lembut tapi boleh tahan gak garangnya.” Akim bercerita.

“Biasa la tu Encik Hakim. Fitrah manusia. Jangan sangka yang lembut tu senang ditindas.”

Tegas Aishah bersuara. Mendengarkan penyataan Aishah, Akim menunjukkan riak terkejut. Aishah yang tersedar akan ketelanjuran katanya mula gelabah namun cuba untuk berlagak tenang.

“As general, selalunya macam tu la kan.” Aishah tersenyum.

“Ha, abang cari Ika ke?”

Ika yang muncul tiba-tiba mengejutkan suasana.

“Eh, Cik Aishah pun ada kat sini. Hai sis.”

Mereka berdua berpelukkan. Pipi berlaga. Aishah agak kaget dengan reaksi Ika yang agak santai.

“So, when the renovations start?”

Ika mengambil lay out yang dipegang Akim.

“As soon as possible.” Terang Aishah.

“Good. Ika puas hati dengan deko bilik ni. Rasanya takda apa yang Ika nak ubah lagi. Sekarang kita pergi bilik abang pula. Jom.”

Tangan Aishah di tarik. Akim yang seperti patung cendana itu hilang punca melihat adiknya mesra dengan Aishah. (Biar betul! Ada sesuatu tentang dia…)

“Abang, apa lagi yang tercegat macam tugu negara tu!”

Jeritan Ika mengejutkan Akim. Pantas dia mengikut kedua-dua gadis itu menuju ke biliknya.

“Hem, bilik abang ni memang patut kena ubah. Membosankan.” Komen Ika.

“Ewah-ewah, sedapnya mulut. Decoration bilik I ni membosankan ke?” Akim menyoal Aishah.

Aishah melihat keadaan sekeliling bilik itu.

“Not really. Citarasa manusia berbeza. Maybe pada Cik Ika bilik ni membosankan tapi Encik Hakim selesa. Semua tu subjektif.”

“Agree with you. Tapi your lay out pun ok. Sesekali berubah angin, apa salahnya kan.”

Interkom bilik Akim berbunyi.

“Yes, Nana?”

“Encik Hakim, Cik Ika still there?”

Ika menyampuk.

“Yup. Why?”

“You have appointment with Stacy and Nadia. They are here now.”

“Owh, lupa pula. Just show them my room. I be there soon. Thanks Nana.”

Ika berdiri dan memeluk Aishah.

“ Apa mimpi si Nadia dengan Stacy ke mari? Soal Akim.

“Adalah. Abang ni sibuk je nak tahu. Ni hal perempuan la.” Ika tersengih.

Elleh, hal perempuan konon. Tu nak bergossip la tu.”

“Abang ingat Ika ni takda kerja lain ke? Kitaorang nak bincang pasal projek amal untuk Yayasan

Aswad la. Kan Ika ada mentioned kat abang. Ha, lupa la tu.

“Ye ke? Sorry, abang lupa pula.” Giliran Akim pula tersengih.

“Ok, guys, I need to go. Erm, nanti kita jumpa lagi. Anyway, thanks for coming sis.”

Ika berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Perginya Ika membawa kepada ketidakselesaan Akim mahupun Aishah.

“Adik I tu aktif dengan projek amal.” Akim memecahkan suasana janggal.

“Bagus juga aktiviti tu. Jarang rasanya orang muda macam Ika tu join projek amal. You should proud with her.”

“Of course I am. Actually, I impress dengan lay out ni. You such a creative person, lady.”

Pujian Akim membuatkan Aishah pelik.

Akim seakan dapat membaca hati Aishah. “Sorry pasal reaksi I tempoh hari. Can we start over again?”

Aishah blur.

“I Hakim Najmi. Your name?”

“Owh, Aishah Najwa.”

“Selamat berkenalan.”

Kedua mereka berjabat tangan. Lucu dengan telatah Akim, Aishah tidak dapat menahan tawa. Akim yang cuba berlagak formal juga ketawa.

“Apa yang kelakarnya ni?

“Encik Hakim ni pelik la. Hari tu bukan main lagi kekwatnya.”

“You panggil I kekwat! Haha, tu la pasal. Teruk kan. Satu lagi, boleh tak jangan berencik dengan I. Macam skema pula. Just call me Akim.”

“Err…” ( Mamat ni biar benar?)

“Boleh ke Cik Aishah?” Akim bertanya tatkala melihat Aishah mengerutkan dahinya.

“Sure but with one condition.”

“What is it?” giliran Akim pula mengerutkan dahinya.

“You pun tak payahla bercik-cik. Panggil Aishah je.”

“Ok, Aishah je.”

Serentak mereka berdua ketawa.

*****

Peristiwa malam tadi memberikan kesan kepada Hafiz. Termenung dia di atas katil mengenangkan kelakuan buruknya. Rambut yang kerinting dibiarkan tanpa dirapi. Lengkap berpakaian namun tuala masih lagi tersangkut dilehernya.

(Aku tak patut buat dia macam tu semalam. Hai..la Hafiz. Apa yang kau dah buat ni!)

Hafiz bingkas bangun. Tuala dicampakkan di atas katil. Meraup wajahnya dengan seribu kekesalan. Foto Aishah yang terletak di atas meja sisi katilnya dicapai. Merenung wajah polos yang dulunya menjadi igauan dalam mimpinya.

“Aishah, aku cintakan kau!!!”

Jeritan Hafiz mengejutkan rakan serumahnya.

Ketukan pintu bertalu-talu. Dengan malas Hafiz membuka pintu biliknya.

“Hoi, kau ni kenapa? Terjerit-jerit macam orang hilang akal. Terganggu kosentrasi aku.”

Yazid, rakan baiknya yang bergiat aktif dalam break dance bertanya.

“Aku ok. Jangan sibuk la.” Ditolaknya Yazid yang berdiri di hadapan.

Hafiz menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Tangannya mencapai remote control dan siaran ditukar. Dari MTV Channel ke Disney Channel. Yazid yang masih lagi tercegat di muka pintu bilik Hafiz mulai blur dan mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal itu. Pantas dia duduk di sisi Hafiz.

“Relaks la bro. Kau juga yang tinggalkan dia dulu. Puas aku nasihatkan kau tapi haram kau nak dengar kan.”

“Aku tahu salah aku. Tak payah nak ulang balik.”

“Kau tinggalkan dia semata-mata sebab Mila. Padahal aku rasa Aishah tu dah habis baik dah. Kau ni dah macam orang gila talak tahu tak. Hantar bunga la. Kau ingat dia boleh terima kau balik ke?? Kalau aku jadi Aishah la, belum tentu aku terima kau balik.” Panjang lebar Yazid berceramah. Hati muda Hafiz mengelegak. Panas dengan ceramah berbaur sindiran dari Yazid. Barannya tak dapat dibendung.

Hafiz mencekak leher Yazid yang duduk disebelahnya. “Kau jangan sibuk boleh tak! Hal aku biar aku yang settlekan. Kau tak perlu masuk campur. Kau jaga je lah hubungan kau dengan Zizi tu.”

Yazid yang terkejut, meronta minta dilepaskan. Sebaik Hafiz melepaskan tangannya, Yazid meraba-raba lehernya yang terasa perit.

“Kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap tadi, aku minta maaf ok. Aku Cuma cakap apa yag betul. Dah la. Aku gerak dulu.”

Yazid merapikan bajunya yang sedikit keronyok dek tindakan Hafiz tadi. Tak lupa merapikan rambutnya. Cermin yang diletakkan sebagai deko di ruang tamu dimanfaatkan sepenuhnya. Maklum la nak berjumpa dengan Zizi si buah hati. Belum sempat Yazid keluar Hafiz menyapa.

“Yazid! Sorry.”

“Tak kisah pun. Tapi satu je aku nak cakap. Kau nak marah pun marah la. Babe, ni karma. Kau tinggalkan Aishah untuk Mila and now Mila pun buat benda yang sama gak. So, sekarang kau tentu dapat rasa apa yang Aishah rasa. Kau fikirlah sendiri. Ok. Chow.”

Hafiz sekadar memandang Yazid berlalu pergi.

(Karma ke..Kurma ke…Aku tak kira. Aku akan curi balik hati Aishah!)

Bagai tersentak dari lamunan Hafiz menuju semula ke biliknya. Mengambil kunci kereta, wallet dan handphone. Satu destinasi ingin dituju.

*****

Hafiz bersiul-siul kecil. Sejambak bunga yang diletakkan di kerusi penumpang bersebelahan dipandangnya. Hampir sampai di satu simpang, dia memberikan isyarat untuk membelok ke kanan. Matanya meliar untuk mencari ruang kosong bagi meletakkan Honda jazznya. Namun hampa. Hampir setengah jam melilau, akhirnya ada petak kosong setelah sebuah Myvi SE keluar.

(Cantiklah. Ha, keluar cepat!)

Selesai parkir, Hafiz memasuki ruang pejabat.

“Hi Encik Hafiz. Boleh saya bantu?”

Hafiz menanggalkan kaca mata ray ban yang dipakainya.

“Hi Rini. Emm, Aishah ada?”

“Cik Aishah belum masuk pejabat lagi.”

Hafiz mengerling jam yang dipakainya.

(Hampir pukul 12. Takkan tak masuk lagi?)

“Dia cuti ke hari ni?”

“Saya kurang pasti pula. Encik Hafiz duduk dulu, saya check dengan Claudia sekejap.”

Hafiz melabuhkan punggungnya ke sofa empuk yang terdapat di ruang lobi. Dari jauh, dia ternampak kelibat Claudia yang sedang menuju ke kaunter pertanyaan. Dengan pantas dia menyapa Claudia yang tidak perasan akan kehadirannya.

“Hi Claudia. Long time no see. You sehat?”

“Eh, Hafiz. I sihat je. You yang dah jarang datang sini. By the way, Cik Aishah tak masuk pejabat hari ni. Takkan you tak tahu?”

“Oh, ye ke? Erm, takpa la. Nanti I call dia. Thanks.” Hafiz berlalu pergi dengan kecewa.

(Pelik betul. Takkan dia tak tahu yang Aishah tak masuk)

Claudia memandang Hafiz dengan kehairanan.

“Rini, you letak semua suratkhabar ni di ruang menunggu ye. Boss tak masuk hari ni. Any calls for her, just pass it to me.”

“Ok. Lama dia tak datang sini kan?”

“Tula. I pun terkejut. Tiba-tiba muncul. Biarlah dia.”

“Haha. Bukan hal kita kan. You lunch mana ek hari ni?”

“Macam teringin je nak makan nasi ayam. Jom serang kedai Linda Onn?” Claudia tersengih dan dibalas anggukkan oleh Rini.

*****

Aishah masih lagi di Wisma Kamil. Sedikit perbincangan dilakukan bersama dengan Ika. Hampir kesemua ruangan di pejabat itu dijelajahi bersama. Memandangkan Aishah perlu mengubahsuai rekaan pantry dan bilik mesyuarat, Ika sedia untuk membantunya kerana Akim terpaksa menghadiri mesyuarat mengejut oleh kliennya. Kedua gadis itu tidak menyedari waktu sudah pun menginjak ke pukul 3 petang. Berkongsi idea dengan Ika membuatkan lay out bertukar. Setelah berpuas hati, barulah sesi perbincangan berakhir.

“Sebelum ni sis study mana?”

Suasana formal mula bertukar santai.

“Kolej Sri Cendana. Sis ambil diploma dan sambung sekali degree. Plan nak sambung master pula tapi tengah tunggu masa yang sesuai.”

“Stay dengan famili?”

“Tak. Tinggal luar. Saja nak merasa hidup berdikari.”

“Bestnya. Ika teringin juga nak tinggal sendiri. Tapi famili tak kasi. Terutama abang. Sengal betul.”

“Biasala, Seorang abang tentu risaukan adiknya. Protective. Sama la jugak dengan Aril.”

“Aril?”

“Yup, sis ada seorang abang yang juga protective macam abang Ika.”

“Ada adik beradik yang lain?

“No. Just me and Aril.”

“Wah, sama la kita kan. Ika pun cuma ada abang je.”

“Emm, Insya allah kerja pengubahsuaian bolehlah dimulakan sabtu ni. Lagipun, hari tu bukan waktu bekerja kan. So, sis rasa tak la mengganggu sangat. But, I need your permission to do that.” Aishah menukar topik.

“Sure. Nanti Ika inform abang. Kalau macam tu, lusa kita buat final discussion dengan daddy. Boleh?”

“Ok. I got to go. Thanks for your time.”

“Orait. Nanti kita jumpa lagi. Boleh kan kalau kita hang out sama-sama?”

“Sure dear. Kalau sis free time tu, boleh je.”

Mereka berdua berjabat tangan dan berpelukan. Ika menghantar Aishah ke pintu lif. Ketika lif terbuka, kelibat Akim kelihatan.

“Eh, are you still here? Ingatkan dah balik tadi.”

“Ada few changing with the lay out. All the details with Ika. Anything, you can refer to her. I balik dulu. Bye guys.”

“Drive carefully, ya.” Akim menitipkan pesan. Pintu lif tertutup dan kedua beradik itu jalan beriringan.

“Amboi, macam pesan kat awek je. Haha.” Ika mengusik abangnya.

“Dah. Jangan nak gossip. Ika, update kat abang pasal renovation tu. I want to know the details in my office now.”

“Eeeeiiii…ditaktor!”

“I don’t care. Wait, tadi Ika lunch tak?”

“Lunch la. Kitaorang makan Mc’ D.”

“Ek elleh, makan Mc’ D je. Kenapa tak lunch kat luar?”

“Malas la. Lagipun, sis Aishah tu tak kisah sangat pasal makan bila time fokus pada kerja.”

“Huh, elok sangat la tu. Sama macam Ika kan. Sesuaaaiii..”

*****

Dek kerana menghabiskan hampir separuh hari di Wisma Kamil, Aishah membuat keputusan untuk tidak balik ke pejabat. Sebaliknya, Toyota Wishnya menghala ke Kondo Sri Indah.

Hafiz yang telah menunggu sejak pukul 12.00 tengah hari tadi ceria apabila melihat kereta Aishah memasuki simpang. Spontan dia menghalangi kereta itu. Terkejut Aishah tatkala melihat Hafiz berada di situ. Hafiz memberi isyarat kepada Aishah untuk berjumpa dengannya. Aishah memperlahankan kenderaan dan memberi isyarat kecemasan lalu memberhentikan keretanya di belakang kereta Hafiz yang diletakkan di bahu jalan. Kawalan ketat di kondo tersebut menyebabkan Hafiz tidak dapat memasuki kawasan itu.

(Apa lagi mamat kerinting ni nak? Haih!)

“Hi Aishah.” Hafiz menghulurkan sejambak bunga apabila Aishah keluar dari keretanya.

“Tak perlu la susah-susah Hafiz.” Jambangan bunga itu tidak diterimanya. Aishah membuka kaca mata LV yang dipakainya langsung diletakkan kepala. Seakan fungsi cekak rambut.

“Hafiz ikhlas bagi bunga ni pada Aishah. Terimalah. I just want to say sorry about last night.”

“Aishah dah lupakan hal semalam dan hal yang lepas-lepas. Hafiz tak perlu la nak minta maaf pada Aishah. Macam yang Aishah cakap semalam, Aishah dah maafkan pun. Balik la Hafiz. Jangan cari Aishah lagi. It’s over between us!”

“Tapi Aishah. Berilah Hafiz peluang kedua.”

“Hafiz, sudah la. Jangan la dok merayu-rayu macam ni. Antara kita dah takda apa-apa lagi. Kalau Aishah boleh untuk tidak mengganggu hidup Hafiz, Aishah harap Hafiz pun boleh buat perkara yang sama juga.”

“Aishah nak Hafiz buat apa lagi supaya hubungan kita kembali macam dulu? Just name it.”

“Tak payah buat apa-apa pun! Jangan ganggu Aishah. Stay away from my life! I really meant it this time.”

Tanpa mempedulikan Hafiz yang masih lagi tercegat, Aishah menghidupkan enjin keretanya lantas memandu masuk ke kawasan kondonya. Melalui cermin pandang belakang, Aishah melihat Hafiz beredar dengan wajah yang keruh. Aishah juga dapat melihat jambangan bunga dilontarkan ke longkang. Barangkali kecewa.

*****

“Hi mummy.”

Puan Sri Farisya Balqis berpaling apabila mendengar suara itu. Dia yang sedang ralit membelek-belek taman mininya tidak menyedari kehadiran Marsha.

“Hey, anak mummy dah balik. Bila sampai?”

Kedua mereka berpelukkan. Walau pun status Marsha sebagai selebriti namun dia tidak berubah sikap. Masih sama seperti dulu. Sikap itulah yang disenangi oleh keluarga Aril.

Perkenalan Aril dan Marsha bermula sejak sekolah menengah. Kini, hubungan itu menaiki satu lagi fasa iaitu perkahwinan. Mereka melangsungkan perkahwinan 6 bulan yang lalu. Masih lagi di dalam honeymoon mood, orang kata.

“Adalah dalam lima minit.”

“Kenapa tak tegur mummy dari tadi? Hish, budak bertuah ni. Eh, setahu mummy Aril cakap Marsha balik esok?”

“Sepatutnya esok. Tapi shooting habis awal. Dia tak tahu pun Marsha balik hari ni. Ingat nak buat surprise untuk dia.” Marsha membelek bunga orkid yang sedang mekar.

“Ha, elok la tu. Aril tu suka buat surprise untuk orang. Kali ni biar kita pula yang kenakan dia.”

“Mummy, daddy mana? Tak nampak pun dari tadi.” Marsha mencari kelibat ayah mertuanya yang tidak kelihatan dari tadi.

“Dia ke Vietnam. Jom la masuk dalam. Kejap lagi Aril balik la tu. Mummy nak masak special hari ni untuk menantu kesayangan mummy ni.”

“Tak payah susah-susah la mummy.”

“Tak susah mana pun. Bukannya untuk orang lain.”

Muka Marsha yang tadinya girang bertukar mendung. Puan Sri Farisya Balqis yang perasan akan perubahan anak menantunya itu dapat meneka puncanya. Bahu Marsha di peluk.

“Marsha jangan la sedih. Yang pergi tetap pergi. You still have Aril and this family.”

Air mata yang hampir menitis diseka.

“Thanks mummy. Marsha bertuah sangat dapat mak mertua macam mummy. Sejak papa dan mama meninggal dalam kemalangan, keluarga nilah tempat Marsha menumpang kasih.”

“Dah la. Jangan sedih. Jom ikut mummy pergi dapur.”

Marsha mengikut mak mertuanya ke dapur. Mereka berdua bertukar-tukar cerita. Sesekali diselangi oleh tawa manja Marsha.

Perbualan mereka menarik minat Aril yang baru balik dari pejabat. Pelik dia apabila seakan-akan mendengar suara Marsha. Tali lehernya dilonggarkan.

(Aku salah dengar ke ni? Bunyi macam suara Marsha. Ke aku yang mamai. Tak mungkin kot. Kan dia kat Indonesia)

“Mummy, Aril dah balik.” Laung Aril dari jauh.

Marsha yang terdengar suara Aril, segera menyorok di balik pintu.

Aril membuka peti ais lalu mengeluarkan jug yang berisi jus oren. Mummynya pula menghulurkan gelas.

“Arghh..leganya. Panas betul hari ni.”

Puan Sri Farisya Balqis mengeleng-gelengkan kepala.

“Cuba la minum tu sambil duduk. Berdiri macam tu, kurang sopan tahu. Dah jadi suami orang pun perangai tak berubah.”

“Sorry. Aril dahaga sangat.” Kerusi di meja makan di tarik lalu Aril duduk.

“Ha, tadi Aril dengar macam suara Marsha. Dia dah balik ke? Kalau tak salah Aril, esok baru dia balik. Mummy borak dengan siapa tadi. Jeng..Jeng…Jeng…?”

“Marsha? Mana ada. Hai, anak mummy ni rindukan Marsha ke?”

“Mummy ni kan lagi mau tanya. Tu la satu-satunya buah hati Aril. Tiada yang kedua. Lama tau Aril bercinta dengan dia. Cinta kitaorang ibarat cinta Adam dan Hawa. Aril taknak orang lain. Only her!”

“Yelah tu.”

“Yelah mummy. Kan anak teruna mummy ni setia orangnya.”

Marsha yang mendengar di balik pintu tersenyum lebar.

Elleh, cinta sangat ke Aril pada Marsha tu?”

“Of course.” Aril tersengih.

Senyap-senyap Marsha keluar di balik pintu. Dia yang membelakangi Aril memberi isyarat kepada Puan Sri Farisya Balqis. Mummynya yang mengerti berlagak seperti biasa.

Memang benar ku amat menyintaimu…Dan harapkan di sana pun begitu…

Marsha menyanyikan bait-bait lagunya yang kini meletup di pasaran. Aril segera berpaling apabila mendengar suara Marsha berkumandang.

“Hai sayang.” Marsha memberikan senyuman semanis madu. Mereka berdua berpelukkan.

“Baby, bila you balik? Tak cakap dengan I pun. Bukan ke you balik esok?”

Marsha bersalam dengan suaminya manakala Aril mengucup dahi Marsha. Melepaskan kerinduan. Tangan Marsha di raih.

“Baru je sampai. Saja nak suprisekan you.”

“I rindu sangat-sangat kat you. You rindukan I tak?” Rambut Marsha dibelai Aril.

“Ehem..ehem..” Puan Sri Farisya Balqis berdehem apabila melihat drama sebabak yang dilakonkan oleh Aril dan Marsha. Aril menarik Marsha untuk duduk di kerusi bersebelahan.

“Ha, mummy pun berpakat juga ek dengan Marsha. Saja je tau. Tadi Aril tanya mummy kata takda kan.”

“I yang suruh mummy buat macam tu.”

“Naughty.” Hidung Marsha ditarik oleh Aril. Kemesraan terpancar.

“Aril pergilah mandi dulu. Mummy siapkan makanan dulu. Jangan lupa call adik. Ajak dia dinner sekali kat sini. Rasanya Akma fly. Dia seorang diri je kat kondo tu.”

“Yelah babe. Dah ada bau kat sini.” Marsha menutup hidungnya.

Elleh, I berbau pun you still suka kat I kan. Haha..” Aril berlalu sampai menjinjit briefcasenya.

Reaksi mereka?

Kedua-duanya ketawa melihat perangai selamba Aril.





Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries