Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 6
15 January 2010 | 8:28 PM | 0 comments



karya:white lily


Aishah tiba di pejabatnya tepat pukul 8.00 pagi. Ada beberapa lay out yang perlu dikemas kini. Juga menetapkan penghantaran perabot untuk pengubahsuaian Wisma Kamil. Teringat dia akan peristiwa semalam. Pelik dengan perubahan sikap Akim daripada dingin ke mesra alam. Memang manusia pelik. Aishah menghidupkan suis lap topnya.

(Emm, ym pun best juga ni. Kita tengok siapa yang online. Hehe…)

Sementara yahoo messengernya berfungsi, Aishah menuju ke pantry untuk membancuh minuman. Balik dari pantry, seperti biasa sudah ada yang menegurnya.

“Uiks, pagi-pagi dah online! Tak kerja ke apa mamat ni. Eh, aku cakap orang aku pun lebih kurang sama je. Aishah..Aishah…” Aishah mengomel sendirian.

Mr. Pick : morning…

Cik bulan : morning. Awalnye?

Mr. Pick : eh, you pn sm juga kn. Awl hr ni?

Cik Bulan : haha..ada keje skt.

Mr. Pick : same here. I ada meeting kul 9.00. So, kena la prepare. J

Cik Bulan : pkeje cnth…

Mr. Pick : x la cnth sgt kot. Sikit2 je…

Cik Bulan : prsn…

Mr. Pick : Org di sana, I ada bnda la nk tnya…

Cik Bulan : go ahead. Apa yg org disana nk tnya dgn org di sini??

Mr. Pick : kita dh jd member siber lbih kurang 6 bln kn…

Cik Bulan : ha ah. So?

Mr. Pick : tapi kite blum pun bsua muka. Apa kata kita jmpa. Deal?

Aishah terpana. (Adoyai, dia nak jumpa la pulek…)

Dalam Aishah berkira-kira untuk menerima atau tidak pelawaan itu, Claudia mengetuk pintu.

“Awalnya Cik Aishah masuk hari ni?” Claudia duduk mengadap Aishah.

“Tulah, Semalaman berborak dengan sis Marsha sampai lupa pula hari dah pagi. Kalau I sambung tidur, alamatnya tak bangun la. Tu yang I straight bersiap ke pejabat.”

“Ooo, kakak ipar tersayang dah balik.” Claudia tersenyum.

“Anything?” soal Aishah kepada pembantu peribadinya itu.

“Semalam ada call dari Titian Megah. Pasal renovation di Penang tu, diaorang minta Cik Aishah ke sana. Ada masalah dengan lay out sebab pemaju tak ikut spesifikasi kita.”

“What! Isk, selalu sangat pemaju tu buat hal kan. Esok jadual saya pack ke?”

“Not really. You just have final discussion with Tan Sri Kamil sebab kalau tak silap I esok dia balik Malaysia.”

Aishah berfikir sejenak.

“Takpe. Nanti I inform Tan Sri yang Vince akan pergi esok. Kalau dia dah masuk pejabat, suruh dia jumpa I. I nak briefing pasang pertukaran lay out. Semalam dia tak dapat join sebab ada appointment dengan Dato’ Bernad Chua.”

“Are you driving or by flight?”

“Erm..driving. I akan pergi dengan Farah. Just book a room for us.”

“Ok boss.” Claudia mencatitkan butiran di buku notanya.

“Itu sahaja. Thanks.”

Aishah kembali menyambung sesi chattingnya…

Mr. Pick : bole ker?

Hallo….

Buzz!!

Cik Bulan : I rasa blum masanye. Mcm nilah, smpai masa t sure kita akn jmpa. J

Mr. Pick : Ok. I xnak pksa. When u r ready. Just inform me. I got to go. Chat with you later k. Take care

Cik Bulan : tq for understanding…

Mr. Pick : no sweat.

Cik Bulan : daa~

Mr. Pick : daa~ J

Perbualan ditamatkan. Aishah menekan interkom yang terletak di atas mejanya.

“Farah, masuk bilik I sekejap. Bawa sekali fail Projek Titian Megah.”

“Ok, Cik Aishah.”

Aishah mengangkat pula gagang telefon yang diletakkan bersebelahan interkom lalu mendail nombor telefon pejabat Tan Sri Kamil.

“Selamat Pagi. Boleh sambungkan talian pada Cik Syafiqa Qirana?”

“Siapa di sana?” lembut suara operator bertutur.

“Aishah Najwa from ID Enterprise.”

“Cik Aishah, sila tunggu sebentar.”

“Thanks.”

Tidak lama kemudian, panggilan di sambung…

“Hi sis. What’s up?” suara Ika di hujung talian.

“Nothing. Just want to inform that I will send my staff to represent me for the final discussion tomorrow. His name is Vincent Chong.”

“Kenapa sis tak datang?”

“Sorry dear. Sis out station. Sampaikan salam dan mohon maaf sis pada Tan Sri ya.”

“I will. Have a safe journey.”

“Thanks, Ika. Really appreciate that.”

“Takpe. Hal kecil je.”

“Ok Ika. Got to go. Take care. Bye.”

“U too sis. Bye.”

Farah muncul dengan fail di tangan serentak Aishah meletakkan gagang telefonnya.

“Come, Farah. I have something to discuss with you.” Aishah mengamit Farah.

*****

“Boss, this your coffea.” Setiausaha Felix menghulurkan dua cawan kopi.

“Thanks Diya.”

Kedua-dua lelaki itu memandang Diya yang berjalan dengan teratur. Masing-masing tersenyum.

“Weh, berapa juta kali kau tukar secretary ni hah?” Qhaud bertanya selepas bayang Diya hilang.

“Tulah pasal. Agaknya aku ni kena mandi bunga kot. Memanjang je secretary aku resign. Haih.”

“Oh yeah? Ke ko yang cerewet sangat kot.” Qhaud menghirup kopinya perlahan.

“Cerewet apanye? Bukan aku nak cari calon isteri pun. Secretary je bro. Dah dorang yang taknak kerja sini. Aku nak paksa buat apa kan?” Felix tersengih.

“Tapi kan, ada satu benda yang aku musykil. Apsal secretary kau semua melayu?”

“Ntah. Hamba kurang pasti pulak.”

“Banyak la kau punya kurang pasti. Bro, takkan kau still ingat ratu atlit tu lagi?”

Kali ni pertanyaan Qhaud membuatkan Felix bungkam.

“Susah bro aku nak lupakan dia.” Felix membisu seketika lalu menyambung… “Tak payah la cakap pasal hal ni.”

“Ok. Sorry my friend. Kata Akim join da club. Mana dia? Tak nampak pun.”

“Kau ni pun Qhaud. Macam la tak faham dengan Akim tu. Dia busy dowh. Nak, nak pula opis dia tengah buat renovation. Lagi la busy tahap cipan.”

“Dia pun nak buat renovation jugak macam bilik kau ni?”

“Agaknya la kot. Apsal? Bilik aku ni cantik sangat ke?”

Felix memandang keliling. Sedikit pelik. Bukan sedikit yang memuji hasil dekorasi biliknya.

“Cantik la bro. Telling me, who’s the designer? Aku pun rasa cam nak tukar angin jugak.”

Felix tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Dah kau ni kenapa? Jangan cakap dengan aku yang kau tak tahu menahu?”

Felix mengangguk sambil ketawa.

“Ya, betul. 100 markah untuk kau. Mana la aku nak tahu. Aku balik dari oversea dulu, tau-tau je bilik ni dah berubah wajah. Bapak aku ada inform, syarikat apa ntah. Aku lupa plak.”

“Kau pernah jumpa dia?”

“Jumpa siapa?”

“Jumpa orang yang deko bilik kau ni la. Isk, mamai ke apa!”

“Belum lagi. Selalunya staff dia je yang datang. Boss deal dengan boss la. Semalam baru aku jumpa dengan staff dia. Decorate bilik boss.”

“Aik, kau bukan boss ke?”

“Boss la sangat. Sah-sah la bapak aku yang boss. Aku kulikutif je. Apa daa…”

“Kulikutif kunun. Jom la pergi lunch. Dah pukul berapa dah tu.” Tunjuk Qhaud pada jam dinding yang tergantung.

“Ok. Kau belanja kan. Thanks bro. Kau la sahabat sejati aku.”

“Eh, aku belum cakap apa-apa lagi tau. Ini tak adil. Tapi takpa. Belanja lunch je pun, apa ada hal. Kau pilih tempat.”

“Orait. Apa kata kita gegar opis si Akim? Takkan la time lunch pun dia nak kerja kan.” Felix mengangkat keningnya.

“Tapi, sahabat kau nan satu tu kan workaholic orangnya.” Qhaud menyangkal.

“Alah, kalau kita dah datang, takkan dia taknak pergi kot. Jom. Kita redah je!”

“Chalo betti.” Qhaud berlagak persis hero tamil Rajanikanth.

“Mana kau parking CRV kau?”

“Huh?” Qhaud mengaru-garu kepalanya yang botak.

“Yelah, karang lepas lunch kau boleh la drop by aku kat depan ni je. Kau pun nak balik opis juga kan? Takkan kot lepak bilik aku tu sampai ke petang? Agak-agak la wei, makan gaji buta ke?” Tutur Felix, selamba.

“Yelah..Yelah. Cakap jelah yang kau tu malas nak drive. Membebel pula.”

“Lebih kurang la tu. Bila lagi aku nak manja-manja dengan kau kan.”

“Geli aku dowh. Dah. Jom masuk. Takkan nak kena buka pintu untuk kau pula.”

Qhaud menghidupkan enjin keretanya seterusnya menuju ke Wisma Kamil.

*****

Aishah menghampiri meja PAnya sambil bercakap dengan Aril di telefon. Claudia bingkas berdiri tapi Aishah memberi isyarat untuk duduk.

“Claudia, you lunch mana hari ni?” tegur Aishah selesai berbual dengan abangnya di telefon.

“Tak terfikir lagi la boss.”

“Kalau camtu, ikut I ek. Kita lunch dengan Aril and his wife. Ok?”

Claudia mengangguk.

“Discussion tadi buat I lapar pula. Kita nak ‘ketuk’ Aril ape ye?” Aishah mengusap dagunya sambil berfikir.

“Bukan ke you teringin nak makan Kenny’ Rodgers dari semalam?” Claudia memberi idea.

“Yes. You are right my dear. Thanks for the idea.” Aishah tersenyum.

“I’m your PA boss.” Claudia tersengih.

“Hahaha…Tau takpe. Eh, rasanya Aril dah sampai kot. Dia baru miscalled I. Jom turun.”

Claudia menuruti Aishah menuruni tangga. Benar, kereta Aril kelihatan di luar. Seperti yang dikehendaki, mereka menuju ke Kenny Rodgers di Plaza Alam Sentral.

“Ok, sementara tunggu makanan sampai, jom kita sembang dulu. Ok?” Marsha bersuara.

“Aik, semalam tak puas lagi ke sembang dengan Ecah?” Soal Aril.

“Nop. Baby, I bukan selalu dapat jumpa Ecah ni. She’s busy woman.”

“Not just me ok. You too sis.” Balas Aishah.

“Sama je korang ni. Ecah, malam ni mummy suruh dinner kat rumah. Daddy balik.”

“Tak boleh la bang. Esok, Ecah out station. Balik dari Penang, kita dinner sama-sama ok.”

“Berapa hari Ecah kat sana?”

“Maybe dalam dua, tiga hari macam tu. Tengok keadaan la.”

“Ada apa kat Penang tu?” Marsha bertanya kepada adik iparnya itu.

“Ada problem sikit dengan pemaju.”

“So, adik abang ni pergi dengan Claudia ke?”

“Eh, tak. Cik Aishah pergi dengan Farah. Kalau I pergi, siapa nak stay opis?” Claudia menjawab bagi pihak Aishah.

Aril mengangguk. “Betul juga. Sian you kena jaga opis masa bos takda.” Aril mengusik.

10 minit kemudian, makanan yang dipesan mereka sampai. Kesemua mereka menikmatinya sambil berbual-bual seperti yang dicadangkan oleh Marsha.

“Pagi tadi Hafiz ada datang rumah. Kesian pula sis tengok dia. Tapi pada masa yang sama geram pun ada.” Marsha membuka cerita.

Aishah tersentak. “Buat apa dia datang?”

“Dia jumpa mummy. Sesi luahan perasaan.” Marsha tersenyum sinis sambil memandang Aril.

“What!!” (jadahnya sesi luahan perasaan!) So, mummy cakap apa?”

“Actually, kitaorang taknak campur pun. Ada juga dia minta tolong sis. Tapi, like I said before, pandai buat pandai la tanggung.”

“That’s my girl.” Aril mencelah. Marsha tersenyum manja.

“Entahlah! Ecah pun tak tau nak cakap apa lagi. Dia ni macam tak faham bahasa. Naik rimas pula Ecah. Rupanya selama ni bunga yang Ecah dok dapat tu semua dari dia. You right, abang.”

“Kan abang dah cakap. Abang ni lelaki, Ecah. Abang faham perasaan dia. Macam Marsha cakap tadi, kesian punada. Tapi, tak bermakna abang setuju dengan apa yang dia dah buat. Terutamanya pada adik abang ni. Totally I’m not agree!”

“No wonder la semalam dia cari you kat opis, I pun terkejut juga sebab dia macam tak tahu pula yang you tak masuk.” Giliran Claudia menyampuk setelah menjadi pendengar.

“I see. Dah tak dapat cari kat pejabat, dia jejak pula Ecah kat rumah.” Aishah mengeluh.

“Sis rasa dia ni dah parah. You have to do something dear.” Marsha memandang suaminya.

“Yup, I also think the same thing. Macam nilah, kalau Ecah rasa dia dah melampau sangat inform abang secepat mungkin. Nanti abang cakap dengan dia. Man’s talk.”

“I will. Thanks guys.”

Aishah yang perasan riak muka PA nya sedikit kabur dengan perbualan mereka menegurnya.

“Claudia, you jangan la buat muka blur macam tu. Actually, I dengan Hafiz dah break off. Nantilah I cerita in details.” Aishah tersenyum

“Now, I understand.” Claudia ketawa cuba untuk menutup kesengalannya.

“Ok ladies. Ada apa-apa lagu yang you all nak pesan?” Aril bertanya usai mereka selesai makan. Tapi pertanyaan Aril dibalas dengan gelengan kepala.

“Abang ni ingat kitaorang buruk lantak ke? Perut Ecah dah penuh dah. Tak larat nak sumbat lagi.”

“Mana la tau kot-kot adik abang ni lapar lagi. Ok. Kalau camtu, kita gerak la ye. Waiter!” Aril mengeluarkan walletnya untuk menjelaskan bil.

*****

“Hi, beautiful. Your boss ada?” Felix menegur Nana yang tidak perasan kehadiran mereka.

“Hey, bila you guys sampai? Zila tak inform I pun.”

“Saja kitaorang tak inform your receptionist. Akim ada?” giliran Qhaud bersuara.

“Ada. Jap ek I inform dia.”

“Eh, takpe...takpe. Kitaorang terus jumpa dia je.” Sempat Qhaud menghalang bila melihat Nana ingin menekan butang interkom.

“Ok.”

“Thanks Nana. You nampak cantik hari ni.” Qhaud tersengih.

Felix mengeleng-gelengkan kepalanya. Segera kawannya ditarik menuju ke bilik Akim. “Bila kau nak bertaubat?”

“Taubat apanya?” pintu bilik Akim diketuk.

“Perangai buaya kau la! Haha… Hi bro.” Felix mengangkat tangannya.

Terpinga-pinga Akim melihat Qhaud dan Felix berada di hadapannya.

“Korang buat apa kat sini? Apsal tak inform nak datang?” Akim memandang Qhaud. Felix sudah pun duduk tanpa disuruh.

“Uiks, bukan salah aku. Ni semua idea dia ni.” Qhaud menolak kepala Felix.

“Hehe…tak boleh ke?”

“Korang ni kan. Aku tak kisah pun korang nak datang. Tapi, inform la dulu. Buatnya aku takde, kan sia-sia je datang.”

“Kitaorang pakai instict. Jom la pergi lunch. Takkan time ni pun kau nak keje.”

“Aku sokong Felix. Jom la. Lepas lunch nanti kau sambung la balik keje tu.”

Akim berdiri sambil mencekak pinggangnya. Memandang tajam ke arah dua rakannya.

“Kim, tak payah la kau nak buat muka camtu. Ingat kitaorang takut ker? Tarak! Sekarang kau pilih. Kau nak kitaorang heret kau atau kau dengan suka dan rela hatinya ikut kitaorang pergi lunch.” Felix yang tadinya duduk sudah berdiri. Meniru lagak Akim yang bercekak pinggang.

“Uiks, main paksa-paksa pulak mamat ni. Yelah, aku ikut korang. Sengal betul.”

“Haha, macam tu la. Kan senang.”

Akim mengemas ringkas mejanya dan menutup suis penghawa dingin.

“Jom.”

*****

“Bye, abang.”

“Ok. Take care tau.”

Aishah melambai-lambaikan tangannya sehinggalah pajero Aril hilang di pandangan. Claudia tersenyum.

“Eyy, kenapa senyum-senyum ni?” Aishah pelik.

“Nothing boss. Suka tengok kemesraan you and Aril.”

“Tu je pun abang yang I ada. Aril tu nampak macam garang tapi sebenarnya dia abang yang terbaik untuk I.” Aishah membanggakan abangnya.

Ketika melalui ruang lobi pejabatnya, Rini menegur mereka.

“Cik Aishah, ada bunga untuk you.”

Sejambak bunga dihulurkan. Aishah mengambilnya. Terselit sekeping kad di antara bunga ros merah dan putih itu. Kad ditarik lalu dibaca.

Masih mengharapkan ada sekelumit ruang di hati Aishah Najwa untuk diisi oleh Amirul Hafiz..

“Gila jiwang mamat ni.” Aishah mencebik.

Kad itu dihulurkan pada Claudia.

“Biasala tu bos. Orang lelaki memang macam tu.” Claudia ketawa.

“Tapi, I ni yang rimas. Isk! Claudia, Vince dah masuk belum?”

Aishah bertanya. Sepatutnya perbincangan dilakukan untuk pengubahsuaian Wisma Kamil. Namun, kelibat Vince tidak kelihatan meskipun diskusinya dengan Farah sudah selesai.

“I’ll check for you.”

“Thanks. Kalau dia dah masuk, suruh jumpa I. ASAP!”

“Ok boss.”

Jambangan bunga diletakkan di atas meja. Handphone black berynya dicapai. Belum sempat mendail nombor, telefon direct linenya berdering.

“Hi sweety.”

(mamat ni lagi!)

“Erm…” Aishah menjawab acuh tak acuh.

“You dah dapat bunga tu? Suka tak?”

“Hafiz, please. Jangan buang masa dan juga duit you. Takkan ada lagi ruang dihati I untuk you.”

“I takkan mengalah. I akan curi balik hati you.”

“Ikut suka you la. Malas I nak layan.” Terus gagang telefonnya dihempas.

Pintu biliknya diketuk. Jambangan bunga tadi dibuang ke dalam tong sampah.

“Masuk!”

“Cik Aishah cari I ke?”

Akhirnya Vince muncul. Aishah menarik nafas lega.

“Yup. I nak briefing you pasal renovation Wisma Kamil. Esok kita ada final discussion dengan dorang. So, you go on behalf of me. Ok?”

Vince mengangguk. Aishah mengambil fail yang berada di kabinet yang terletak di belakangnya.

“Ni lay out yang kita dah buat. Tapi I rasa maybe esok akan ada pertukaran. I harap esok yang terakhir then kita boleh buat renovation tu A.S.A.P. You get the confirmation lay out from them tomorrow. Pastikan esok, dah ada final decision.”

“Ok boss.” Vince menunjukkan ibu jarinya.

“Good. All the details ada dalam fail ni. Anything, you boleh refer pada Cik Ika, Tan Sri’s daughter. That’s it. Any question?”

Aishah bertanya seraya menyerahkan fail tersebut kepada Vince. Vince hanya menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu, I keluar dulu la. Nak review fail ni. Scary juga kalau-kalau Encik Hakim Najmi tu tanya banyak-banyak soalan. I kena jaga reputasi company ni.”

“Thanks Vince. Really appreciate that.” Aishah terharu dengan semangat anak buahnya itu.

(Harap-harap semuanya ok esok)


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries