Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 7
18 January 2010 | 10:31 AM | 0 comments


karya:white lily

“Sori dad. Akim lambat.”

“Not really. Kita belum mula pun. Akim, ni daddy kenalkan, Vincent Chong. Vince, this is my son. Hakim Najmi.”

Kedua mereka berjabat tangan. Akim pelik. Aishah tidak kelihatan.

“Bukan ke kita ada meeting dengan Aishah?”

“Abang, sis out station. Tu yang dia hantar Vince.” Ika menjawab persoalan abangnya.

Muka Akim sedikit keruh. Tan Sri Kamil tersenyum. Seolah-olah dapat meneka gelora hati Akim.

“Ok. Boleh la kita start sekarang. Akim?”

Akim mengangguk. Diskusi bermula.

*****

“How come be like this? You company suppose follow our specification, right? Perabot ni semua tak sama!” Aishah mendengus.

“Saya minta maaf bagi pihak syarikat. Ada masalah komunikasi antara kami dengan pihak kontraktor.”

“Come on la Encik Shawal. Tu bukan alasan. So, what the solution?”

“Semuanya kita akan ubah balik ikut specifikasi asal, Cik Aishah.”

“Cost?”

“Syarikat saya yang akan tanggung. Masalah ni berkenaan dengan kontraktor yang kami lantik.”

“Macam nilah Encik Shawal. Saya bukan la kejam sangat. Tapi, kita sama-sama cari makan kan.”

“Saya faham.”

“Saya cuma nak pastikan segala kerja pengubahsuaian ikut masa yang ditentukan. Kalau tidak saya boleh saman syarikat awak. Ni bukan kali pertama terjadi. Remember that!” tegas Aishah.

“Saya tahu. Saya akan pastikan kerja ni siap ikut masa yang ditentukan.”

“Ok. Anything, just inform me A.S.A.P.”

“Thanks, Cik Aishah.” Shawal tersenyum lega.

*****

“Thanks Tan Sri. Saya akan inform Cik Aishah tentang final lay out dan kalau takda apa hal, lusa kita boleh mulakan kerja-kerja pengubahsuaian.” Vince berjabat tangan dengan mereka yang turut serta dalam perbincangan sebentar tadi.

“Bila dia balik sini?” Ika bertanya.

“Maybe lagi 2, 3 hari. Saya pun kurang pasti. So, saya minta diri dulu Tan Sri.”

Akim mengiring Vince keluar.

“Dad, perasan tak muka abang tadi macam cekodok basi bila dapat tahu yang sis tak datang?” Sambil mengemas fail yang sedikit berselerak, Ika menyoal ayahnya.

“Ika panggil Aishah tu sis? Since when?”

“Ala, hari tu masa dia datang sini time daddy out station. Ika rasa selesa plak dengan dia. Daddy tak jawab lagi soalan Ika tau.”

“Owh, yang tu. Daddy pun perasan juga. Takkan la abang kamu tu ada hati dekat Aishah kot?”

“Susah sikit la nak cakap. Daddy pun tahu kan yang abang tu masih lagi dalam tempoh berkabung.”

“Berkabung?” Tan Sri Kamil pelik.

“Yelah, kan kena tinggal dengan Mila. Lebih kurang macam mati bini la kot. Haha..Opps, terlebih sudah.”

Tan Sri Kamil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Ika..Ika. tahu dek abang kamu mahu diluku-lukunya kepala tu.”

“Ala, abang tu memang sengal. Dah kena tinggal cari la lain. Bukannya tak hensome abang tu. Banyak lagi pilihan kat luar tu.”

“Soal hati dia kita tak tahu Ika. Akim yang lebih tahu. Kita doakan je abang kamu tu jumpa pengganti yang sesuai.”

“Tu Ika setuju. Kita sama-sama doa.”

*****

“Farah, Shawal ada bagi report tak?” Aishah sedang melayari internet. Membaca email yang dihantar oleh Claudia.

“Actually, dia dah bagi. Tapi, I sempat check sekejap, ada banyak typo error. Tu yang I suruh dia buat balik.”

“Typo error? Secretary dia tak buat kerja ke?”

“Noni dah resign. Kesian juga I tengok dia bos. Kelam kabut. Semua benda dia buat sendiri.”

“Company tu ada problem ke?”

“Lebih kurang macam tu la. Ada kes penyelewengan duit syarikat. Tapi dia tak cerita in details dengan I. Maybe malu kot. Kes tu pun dah jadi kes BPR.”

“Really? Tak sangka pula sampai macam tu sekali.” Aishah yang tadi sedang berbaring, mula duduk. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Farah. “Eh, you bersiap-siap ni nak pergi kemana?”

“Dulu I study kat sini bos. So, nak jumpa member lama sekejap.” Farah tersengih.

“Eceh, member lama ke kekasih lama.” Aishah mengusik Farah. Bukan dia tak tahu hubungan Farah dengan Adam, peguam keluarganya.

“Tak la. Kawan lama je. Dua-dua tu perempuan, Zarina and Linda. I ni setia la bos.” Ujar Farah yang nampak termalu-malu.

“Amboi, detailsnya info. You takut I bagitau Adam ye. Siap bagi nama dorang lagi. Hey, I bukan kepochi tau.”

“Cik Aishah nak join?”

“No, thanks. I malas nak keluar. Nak stay bilik je ari ni.”

“Kalau camtu, I pergi dulu. Kalau Cik Aishah nak apa-apa, just give me a call.”

“Ok. Have fun ya!”

Kedengaran pintu ditutup. Aishah menyambung kembali kerjanya. Walaupun, out station Claudia tidak pernah lupa untuk menghantar info berkenaan syarikat. Sememangnya PAnya itu boleh diharapkan. Info dihantar sama ada mengunakan email atau pun ym. Teknologi memudahkan urusan Aishah.

Blackbery Aishah berdering. Nombor yang tertera tidak dikenalinya.

“Hello.”

“Hi Aishah. Sehat?”

“Qhaud. I thought siapa tadi. I sehat je. How bout you?”

“Pun sehat juga. Are you busy?”

“Not really. Actually I kat Penang ni. Ada kerja sikit.”

“Laa…ye ke? Baru ingat nak ajak you dinner.Kempunan la I macam ni.”

“Haha..Macam cerita batu belah batu bertangkup pulak. Maybe lain kali. Nanti I balik KL I inform you. Pastu kita dinner together-gether ok.”

“Orait. Ok la. Talk to you later. Take care.”

“You too Qhaud. Bye.”

Aishah tersenyum riang. Setelah terputus hubungan, tak sangka dia berjumpa kembali dengan lelaki itu. Lelaki yang sentiasa melindunginya dalam apa jua keadaan. Sejak dari zaman kolej lagi Qhaud banyak membantunya. Sehinggalah lelaki itu menyambung pengajian di luar Negara, masih lagi mereka berhubungan. Hubungan itu terputus apabila kedua-duanya menukar nombor telefon. Bengong bila masing-masing tidak mengingati nombor masing-masing. Memang sengal tahap gaban.

Aishah ketawa kecil.

*****

Aishah menepuk dahi apabila memasuki biliknya setelah balik dari out station.

(Adoyai..baru tiga hari aku pergi. Kalau sebulan boleh buka kedai bunga ni!)

Mengeluh panjang dia apabila melihat jambangan bunga memenuhi biliknya.

“I tak rasa Hafiz akan mengalah bos.” Claudia menegur Aishah.

“Hey, mana you tahu semua ni dari dia?”

“Same florist. Maybe from same person. I teka je.”

Aishah mengambil kad yang terselit di setiap jambangan bunga.

Kad pertama…

Dear Aishah,

Aku merinduimu…Ding dong.. Buka la pintu hati tu untuk i.

From luv,

Hafiz

(Macam pernah dengar je! Tak ori langsung!!)

Kad kedua…

Cik Aishah, hari yang cerah untuk memulakan sesuatu yang baru. Plz forgive me. ~ ur Hafiz.

Aishah mencebik. (Bila pula kau tu aku yang punya. Cipan betul!)

Kad ketiga…

Masih mengharapkan ada ruangan kosong untuk diisi. Takkan berhenti berharap persis ombak yang memukul pantai…

(Eeiii, makin parah tahap jiwangnya ni. Buat aku muntah darah je!)

Aishah mencampakkan kesemua kad di atas meja. Ketawa Claudia melihat telatah Aishah menunjukkan riak muka geli-geliman.

“Tiga hari you takde, penat I menjawab call dari dia. Puas dia pujuk I, inform you out station kemana. Tapi, sorry to say. It’s P&C.”

“Haha, Kesian you. Lepas ni kalau dia ada call, you jangan layan. Buang masa je! Orang kalau tak faham bahasa ni payah! Kita yang naik bengong kalau melayannya.”

“Tu I setuju.”

“So, how the renovation?”

“So far ok. Vince ada pantau semua kerja-kerja. Tapi…” Claudia memberi butiran.

“Tapi?” Aishah tak senang duduk. Risau dia kalau ada sebarang masalah yang timbul.

“Encik Hakim, asyik tanya pasal you je. Naik rimas Vince dibuatnya.”

Aishah terdiam. (Motif tanya pasal aku)

“I pun hairan juga. Sometimes he ok. Sometimes macam dingin dengan I. Entah. Tak payah la fikir hal ni. Bukan penting pun. Ni ada sourvenir untuk you and for everybody. Nanti you tolong distribute pada dorang.”

“Ok bos. A summary for Wisma Kamil renovations. Further details you can ask Vince. I pergi dulu. Thanks for this.”

Aishah tersenyum lalu mengangguk.

Sementelah Claudia pergi, Aishah mengambil blackberry lalu mendail nombor. Kemudian dihalakan pada telinganya.

“Hafiz, we need to talk.”

“Hi sayang.. You dah balik ek?”

“Hafiz, stop it! I bukan girlfriend you lagi. One more thing, hentikan semua kerja gila ni.” Aishah separuh menjerit.

“Kan I dah inform you. I takkan berhenti berharap. Apa cara sekali pun, I akan dapatkan hati you balik.”

“Kan I juga dah inform you yang takde lagi ruang untuk you di hati I. Tak faham bahasa ke apa!”

“Look, Aishah. I tahu I salah. Susah sangat ke you nak terima I balik?”

“Yup. Memang susah. I harap sangat lepas ni you jangan ganggu hidup I lagi.”

Aishah mematikan talian. Sekali lagi dia mengeluh. Kali ni keluhan yang panjang.

*****

Akma tiba di KLIA setelah melalui penerbangan yang panjang dari UK, London. Cuti yang diperolehi pada hujung minggu ni akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Masih lagi dia berkira-kira destinasi mana yang ingin dituju.

(Erm, kalau pergi opis Aishah pun layan juga ni.)

Sementara dia menunggu ketibaan van yang menjadi kenderaan rasminya, Akma membelek majalah Cosmopolitan.

Felix yang kebetulan berada di situ, menggosokkan matanya. Seakan tidak percaya.

(Takkan kot tu Akma. Bila pula dia kerja stewardess ni?)

Belum sempat Felix menyapa. Akma sudah pun masuk ke van yang baru tiba.

(Isk, tak sempat pula. Tapi takpa. Aku akan dapatkan info pasal dia ni.)

Felix mengeluarkan phone dari saku seluarnya. Seseorang perlu dihubungi bagi membantunya.

“Hello. Aidil, I need your help!!”

*****

Aishah menerima kunjungan dari Qhaud yang kebetulan melalui kawasan pejabatnya. Singgah untuk bertanya khabar.

“Bila you balik dari Penang?”

“Malam tadi. Tu pun I tak balik kondo. Straight balik villa.”

“Anak manja. Kenapa stay luar kalau selalu balik villa?”

“Mana ada manja. I kesiankan Akma. Duduk sorang-sorang kat sini. Better I ajak dia sekali. At least I ada kawan kan.”

“Hah, Akma duduk dengan you sekali ke?”

“Ha ah ler. I tak inform ek?” Aishah tersengih.

“Tak pun.You ingat Felix lagi tak?”

“Felix?” Aishah cuba mengingati nama lelaki itu.

“Takkan tak ingat?”

“I ingat. Bf Akma. Yang bercinta bagai nak rak zaman sekolah dulu. You yang cerita dengan I kan.”

“Ingat pun. I rasa you tahu apa yang jadi dengan dorang kan?”

“Qhaud, tipu la kalau I kata I tak tahu. I’m her best friend. Tapi, bukan Felix ke yang tinggalkan dia?”

“Itu tak betul. Ada ceritera disebalik ceritera. You know what, dah lama Felix cari Akma. Tapi tak jumpa. If you don’t mind …”

“No! I takkan libatkan diri. I kenal sangat dengan perangai si Akma tu and one more thing, I tak sampai hati nak tengok keadaan dia macam dulu.” Tungkas Aishah.

“Tapi, as a friend, kita kena tolong kan.”

“I know. Nanti la I try risik-risik dari dia. Tapi, tak janji tau.”

Interkom berbunyi. “Cik Aishah, Akma is here.”

Aishah menbuntangkan matanya. “Ok. Let’s her in.”

“You jangan buka ceritera pasal Felix ok.” Aishah memberi amaran. Qhaud mengangguk.

“Hi babe.”

Aishah dan Akma berpelukkan.

“Dengan I taknak peluk ke?” Qhaud berdiri sambil tersenyum.

“Uiks, siapa pula ni?” Akma melonggarkan pelukan. Kaget dengan kehadiran lelaki di bilik sahabat baiknya.

“Eh..eh, si ratu atlit ni. I pun you dah lupa ek?”

(Ratu atlit. Cuma sorang je yang panggil aku dengan nama tu. Takkanlah…)

“Don’t you ever telling me that you are Qhaud?”

Qhaud mengangguk. Akma terus menjerit. Terkejut Qhaud dan Aishah.

(Orang perempuan ni memang suka jerit eh..)

“Qhaud, macamana you ada kat sini? Aishah tak inform I pun.”

“Well, tak sangka boleh jumpa kat sini. I see, you stewardess now. Selalu juga I fly tak pernah pun sekali terserempak dengan you on flight.”

“Tu maknanya takde jodoh la nak jumpa kan.” Akma ketawa.

Tanpa sebarang isyarat, pintu dikuak kasar.

Terkejut mereka bertiga. Terutamanya Qhaud.

“Owh, rupanya ni kerja you.” Tegur perempuan itu dengan kasar.

“Cik Aishah, I tak bagi dia masuk tapi dia meluru macam tu je.”

“It’s ok Claudia. You can leave now.”

“Rubisa, you buat apa kat sini?”

“Qhaud, you kenal dia ke?” Soal Akma.

“Memang la dia kenal I. For your info, I ni girlfriend dia.”

“Owh, really. Kesiannya Qhaud ada girlfriend gila macam you ni.” Selamba Akma bersuara.

“Kurang ajar!” Rubisa mulai mara untuk menyerang Akma. Tapi sempat dihalang oleh Qhaud.

“Siapa yang kurang ajar? You atau dia. Datang pejabat orang main redah je, tu sopan sangat ke!” Aishah menyindir. Akma mula menyinsing lengan bajunya. Bersedia menyambut serangan Rubisa.

“Hey, perempuan katik!Listen, Qhaud is mine. You jangan berangan nakkan dia!”

(Katik dia panggil aku. Custard betul!) “Katik-katik I pun, tinggi budi bahasa. Daripada you, totally zero!”

“Stop it, Rubisa. Apsal nak buat kecoh kat sini. Tak malu ke!” Qhaud melepaskan kemarahan. Rubisa meronta minta dilepaskan.

Di luar bilik Aishah, suasana mulai bising. Kesemua staf tertanya-tanya apa yang telah terjadi pada ketua kesayangan mereka. Jeritan membuatkan kosentrasi mereka terganggu.

“Malu apanya? I cuma pertahankan hak I. Salah ke? I taknak perempuan tak tahu malu ni rampas you dari I. You are mine, Qhaud!”

Akma memandang Aishah. Aishah menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu menahu.

“Hak apanya? It’s over between us. You dah lupa ke?”

“Qhaud, better you settlekan hal ni di luar pejabat I. Tak elok pula kalau staf I dengar kan.” Aishah menyampuk.

“Hey, perempuan perampas. Jangan nak masuk campur. Dasar perempuan tak sedar diri!”

“You takde hak cakap dia macam tu, Rubisa.”

“Hai, sejak bila pula you ni bela perempuan jenis macam ni, ha Qhaud. Cantik bilik you. Mewah. Kereta you pun mewah. Company you boleh la kategori company besar and berjaya. Tapi ni semua buatkan I musykil. Ntah-ntah simpan sugar daddy kot! Tak pun, you jenis tangkap jerung untuk sedekahkan projek besar pada company you ni.”

Hinaan Rubisa membuatkan telinga Aishah berdesing.

“Listen! You yang menceroboh opis I tau. Datang sini nak caci maki i. So, low class! I boleh buat report polis atas tuduhan menyerang I dan menganggu gugat ketenteraman. So,” Aishah menuju ke pintu.

“Silakan, datang tak diundang, pergi tak dihalau. Tapi, dengan segala hormatnya I persilakan you berambus dari sini! Or else you nak ke hulubalang I a.k.a security guard iring you keluar.”

Rubisa membentak. “ Kalau I taknak?” Seakan mencabar Aishah.

“ You jangan cabar I. Akma, call polis! Bagitau dorang ada orang gila yang terlepas dari Tanjung rambutan.”

“Yes, bos.” Akma mengangkat gagang telefon.

“Ok! I’ll go. Jangan ingat I pergi sebab I takutkan you. Never! Warning, jangan mengada-ngada dekati Qhaud lagi.” Lurus jari Rubisa menunjuk ke muka Aishah.

“Jauhkan jari you yang tak seberapa nak cantik tu dari muka I.”

“Huh. Ingat!”

“Talk to my hand!” Aishah menunjukkan lima jarinya.

“Qhaud, we need to talk.” Rubisa memandang Qhaud.

Qhaud pula memandang Aishah.

“Better you go. I takut I pula yang hilang sabar nanti.” Pinta Aishah.

“Girls, sorry for this. I really sorry. Aishah, I call you later.” Akma dan Aishah mengangguk.

Rubisa berlalu pergi. Diikuti dengan Qhaud.

Keadaan kembali tenang.

“What a bad day.” Aishah memicit dahinya. Migrain menyerang.

“Babe, are you ok?”

“I think so. Hari ni je macam-macam benda yang menyakitkan jadi. Haih, apalah malang nasib I.”

“Meaning?”

“You nampak bunga yang meriah kat bilik I ni?”

Akma mengangguk. “I nak tanya tadi tapi terus lupa lepas minat senget tu datang. Don’t you telling me that all this from Hafiz, your ex.”

“You right, babe. Tu lagi satu. Tak faham bahasa!”

“Tang Hafiz tu I faham la. Tang minah sawan tadi, I blur sikit. Apa yang dah jadi? Bila plak you jumpa dengan Qhaud balik?” Akma mengerutkan dahinya.

“I terserempak dengan dia hari tu. Bukan selalu keluar pun. Seriously, I tak kenal pun minah sawan tu.”

“Dia tahu semua pasal you. It’s scary.”

“Tu la pasal. I pun cuak juga.”

“Yang peliknya dia tak tahu ke daddy you Tan Sri?”

“Lupa nak siasat kot. Haha …”

“Mungkin juga la. Lupa nak masukkan data. Ntah apa-apa ntah. But, better you careful dear. I smelly something fishy here.”

Aishah terdiam. (Siapa pula minah tadi tu ek? Buat aku penasaran je!)



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries