Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 8
19 January 2010 | 5:11 PM | 0 comments


karya:white lily

“Morning, Uncle.” Akim menegur Dato’ Benard Chua yang sedang menyiram pokok bunganya.

“Hey, morning young man. Lama tak jumpa. Kamu sihat? How your family? Daddy sihat?”

Tangan lelaki itu disalamnya. Lelaki tua itu turut memeluknya. Mengenali keluarga ini sejak dari sekolah menengah membuatkan Akim serasa berada bersama keluarganya sendiri.

“Semua sihat. Felix ada?”

“Felix tidur lagi. Eh, kamu nak pergi jogging dengan dia ke?” Melihatkan Akim lengkap berbaju polo, berseluar pendek paras lutut dan berkasut sukan, dia sedikit pelik. Apatah lagi mengenangkan anaknya yang masih lagi tidur.

“Dia tidur lagi? Semalam dia yang beriya ajak saya. Nak kena ni!”

“Haha..Akim pergilah naik sendiri. Dia tak cakap pun dengan Uncle nak pergi jogging dengan kamu.”

“Takpe Uncle. Saya kejutkan dia.”

Akim terus meluru ke bilik Felix. Sedikit meradang dia melihat Felix enak dibuai mimpi.

(Syoknya kau tidur ye. Siap peluk bantal kucing mata bulat lagi. Amboiii…)

“Woi, bangun la! Kata nak pergi jogging. Boleh plak terbongkang atas katil ni. Bangun! Bangun!”

Ditepuknya paha Felix.

“Ala, jangan la kacau aku. Aku tahu la kita best friend. Tapi, takkan la dalam mimpi aku pun kau nak muncul juga, Kim.” Felix beralih posisi.

(Sah, mamai laut mamat ni)

“Mimpi apanya. Aku di alam realiti la ngek! Bangun cepat. Kalau tak aku aku siram kau dengan air. Cepat!”

Amaran Akim tidak dipeduli Felix. Sebaliknya dia menarik selimut menutup seluruh badan.

(Main kasar nampak! Nanti kau.)

Akim menuju ke kamar mandi yang berada di bilik tersebut. Beberapa saat kemudian, dia keluar membawa segayung air. Ditariknya selimut yang menyelimuti Felix lalu dipercikkan ke muka Felix. Felix terkejut. Sepantas kilat dia bangun.

“Huh, hujan! Takkan atap rumah aku bocor kot.” Spontan dia memandang ke atas.

Felix menyapu-yapu mukanya. Pelik dengan air yang muncul. Akim ketawa besar dengan gayung masih di tangan.

“Banyak la kau punya hujan.”

“La, kau ke? Kacau betul la. Aku baru nak mimpikan Akma.” Felix menguap.

“Tak abis-abis dengan Akma. Bangun Cepat. Kalau tak aku siram kau. Bukan takat hujan, lepas ni banjir terus.”

“Oit, jangan. Lencun nanti tilam aku. Yelah. Aku bangun. Ditaktor betul!”

“Argh…Aku tak kira. Dah la Qhaud tak jadi pergi. Kau pun nak buat perangai juga. Aku dah siap ni. Mana adil. Kau kena pergi juga. Cepat!” Jerit Akim.

“Ye..Aku nak siap la ni. Bagi aku mandi dulu boleh tak, batak betul!” Felix mencapai tuala dan menuju ke kamar mandinya.

“Aku bagi masa 10 minit kau bersiap. Time is counting!”

“Kot iya pun, bagi la gayung tu.”

“Eh, lupa plak. Kau mandi pakai gayung ke? Bukan pakai shower?” Gayung bertukar tangan.

“Diamlah! Ditaktor!!”

Reaksi Akim, buat muka toya yang mana menyakitkan hati Felix.

“Aku tunggu kat bawah. Cepat sikit!”

Bagai menurut arahan, 10 minit kemudian Felix sudah pun lengkap dengan pakaian sukannya. Felix bergegas turun ke bawah. Kelihatan Akim sedang berbual dengan mummy dan daddynya.

“Aku dah siap. Jom la gerak! Daddy, mummy, Felix pergi dulu. Bye.”

“Uncle, aunty Akim pergi dulu.”

“Ok. Take care ya!” Mummy Felix memberi nasihat.

Mereka sekadar mengangguk. Sesaat kemudian kedua-dua anak bujang itu telah pun hilang. Meninggalkan bunyi deruman Skyline Akim.

*****

Cuaca sedang elok untuk aktiviti beriadah. Suasana di Tasik Titiwangsa sedikit riuh. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga pasangan bercinta yang turut mengambil peluang. Tak ketinggalan juga yang datang bersama teman. Seperti yang dilakukan oleh Akim dan Felix.

“Kau tahu semalam aku jumpa siapa?” Felix meneguk air mineral setelah berjogging satu pusingan.

“Mana la aku tahu. Siapa? Scha Al-Yahya ke?” Akim tersengih.

“Ek elleh. Bukan la. Aku rasa macam nampak Akma.”

“Akma? Kau jumpa dia kat mana? Ada tegur dia?”

“Aku pergi KLIA semalam. Aku tak sure sama ada itu dia atau bukan sebab tak sempat aku nak tegur. Yang peliknya dia siap beruniform stewardess lagi.”

Akim yang sedang meneguk air, tersembur.

“Oit, apa ni! Minum macam budak-budak. Hisk..”

Felix menyapu mukanya. (Asyik kena sembur air je aku hari ni)

“Sori la. Aku terkejut seh. Akma stewardess???”

“Ha la. Aku straight call Aidil. Memang confirm dia kerja tu.”

“Takkan kot. Dia tu dulu kan ganas tahap dewa. Ratu sport lagi. Layak ke jadi stewardess a.k.a jenis perempuan yang ayu-ayu ni? Tak terbayang dek akal aku eh.”

Felix membaling tuala yang tersangkut di lehernya. Akim tak sempat mengelak.

“Blah la kau. Agak-agak ah, kutuk awek aku pulak. Kau ingat dia tu ganas sangat ke?”

“Awek kau ke? Bukan dah ada title x?”

“Aku tak pernah letak title tu okeh. Sampai bila-bila pun dia still awek aku tau.”

“Ek elleh. Dalam kurungan, perasan! Ntah-ntah dia dah kahwin. Mana la tahu kan.”

“Mungkin juga. Tapi kata hati aku, tak kot. Haha.” Felix menyambung. “Jom la. Sambung jogging. Setakat nak duduk kat sini cuci mata, baik tak payah datang.”

Felix bingkas bangun. Terus dia berlari meninggalkan Akim yang mengejarnya.

“Ooii, tunggu la. Kau ingat ni larian sukan olimpik ke. Saing la.”

“Haha, takkan kau tak boleh kejar aku kot.” Felix berpaling tanpa memandang ke belakangnya. Maka, terjadilah perlanggaran yang maha dashyat. Kedua-dua mereka jatuh seperti nangka busuk. Segera Akim mendapatkan Felix.

“Adoii.. Buta ke bro?”

“Sori. Tak perasan pula. Are you ok?” Felix membantu gadis itu bangun walau pun dia juga sedikit pening dengan perlanggaran tadi.

“Bro, kau ok ke? Macamana boleh terlanggar ni?” Akim tercegat.

“Don’t ask me. Ask him!” Lurus dia menunjuk ke arah Felix yang tersengih macam kerang busuk. Namun, sengihan Felix tidak lama.

“Akma Batrisya.” Felix terpana melihat gadis yang berdiri di hadapannya.

Akma yang baru melihat wajah lelaki yang melanggarnya turut terkesima.

“Babe, you ok ke?” Seorang gadis menghampiri mereka. “Cop, macam kenal je. Felix kan?”

Felix mengangguk.

(Aishah)

“Eh, Encik Hakim pun ada kat sini.”

Akma yang tergamam segera menarik tangan Aishah.

“Tunggu. I nak cakap something dengan you. Please…” Felix menahan Akma dari pergi.

“You nak cakap apa lagi. Semuanya dah jelas kan.” Keras tonasi suara Akma.

“No, ada lagi perkara yang perlu you tahu.”

Aishah dan Akim saling berpandangan. Seakan menggunakan bicara hati mereka berdua menggangguk.

“Babe, I rasa better you dengar dulu apa yang Felix nak cakap.” Lembut suara Aishah memujuk

“Yelah Akma. I taknak sebelahkan siapa-siapa. Better you dengar dulu. Then baru you all buat decision.” Akim menyokong hujah Aishah.

“Ok. Cakap la apa yang you nak cakap.” Akma berpeluk tubuh.

Felix memandang Akim dan Aishah. Mereka berdua yang mengerti memberi laluan.

*****

“Akma tu kawan you ke?” Akim bertanya sebaik sahaja mereka duduk di bangku yang telah disediakan.

“Ha ah. Kawan dari kolej lagi. Macamana Encik Hakim kenal dengan Felix tu?”

Akim memandang tajam pada Aishah.

“What?” (Gila apa mamat ni? Pandang aku macam nak telan)

“Kan kita dah buat agreement. No encik or cik anymore. Remember?”

“Owh. I lupa. Sorry la Encik Hakim. Opps, Hakim.” Aishah tersenyum.

“No. Buang huruf H tu. Akim more nicer. ”

“Up to you.”

“I kenal Felix dari sekolah. Bermakna I juga kenal dengan Akma. Kiranya I ni saksi besar percintaan diaorang la.”

“Cop, meaning you pun kenal Qhaud la?”

“Mestilah kenal. Kitaorang selalu bertiga. You pun kenal Qhaud juga?”

“Yup. I kenal dia melalui Akma. Kitaorang satu kolej.”

“Owh. What a small world kan. Pusing-pusing jumpa muka tu juga. Macam tak logik plak.”

“Takde yang tak logik kat dunia ni Akim.”

“Hehe… Tak sangka jumpa Akma kat sini. Dah lama Felix cari Akma tapi dia macam M.I.A. Susah nak kesan jejaknya.”

“Akma bawa diri.” Ringkas jawapan Aishah.

“Orang perempuan memang macam tu ek. Suka bawa diri.”

“Not really. Kadang-kadang tu cara paling berkesan untuk menggelakkan keadaan menjadi lebih rumit. Bila dah chill sikit baru boleh confront. Macam dorang tu jugak.” Tunjuk Aishah ke arah Akma dan Felix.

“Maybe. So, lepas ni boleh la kita selalu jogging? Tu pun kalau takde yang marah.”

“Bisa deh. Isk, takde siapa nak marah.”

Akim ketawa. Dalam hatinya berkata, ada chance ni!

*****

“Mana you menghilang selama ni? Merata I cari you.” Felix memulakan bicara.

“It’s none of your business. Suka hati I la nak pergi mana pun kan.” Sinis Akma menjawab. “Mana perginya buah hati you tu?” Nada Akma berbaur cemburu. Felix tergelak.

“Buah hati I ada kat depan mata I la.”

“Kelakar la! Bukan I kot.”

“Sumpah! Cuma you je dalam hati I.”

“Ya. Right! Sure you dah kahwin kan dengan Amylea tu. Dah berapa orang anak?”

“Laa. Amylea ke? I ingatkan Scha Al-Yahya tadi.”

Akma mencebik. “Dalam kurungan, perasan!”

“Haha, you pun macam Akim juga. Suka pakai ayat dalam kurungan tu kan. Tak berubah.”

“Yup, memang I tak pernah berubah. You yang berubah kan!”

“I tak pernah berubah. Masih Felix Damian yang you kenal dulu. Trust me.” Tangan Akma diraih. “You dah salah anggap hubungan I dengan dia.”

“Am I? So, you nak kata yang semua ni my mistake, isn’t it?” Tangannya ditarik.

“No honey. It’s not what I mean. Maybe nie boleh jelaskan.”Felix menyerahkan handphonenya.

“Apa ni?” (Motif bagi aku handphone)

“Dalam tu ada rakaman suara antara I dengan Amylea. Akim yang rakam. I tak pernah terfikir pun. Dia curi-curi rakam masa kitaorang slow talk dengan Amylea. Dengar la dulu. Lepas tu terpulang pada you. Apa je keputusan you I terima.”

Felix membuka folder yang mengandungi rakaman tersebut. Mereka sama-sama mendengarnya.

Lima minit kemudian…

“OMG! I tak sangka Amylea macam tu sekali. I ni bodoh sangat. Buta-buta percaya kat dia.” Luah Akma.

“Bukan bodoh la. Kurang bijak je.” Felix mengusik. “Dia jealous dengan you. Jadikan I kambing hitam. Kesian I kan.”

“Motif jealous kat I?”

“Akma, tu kan perkara biasa. Nama pun manusia. Dengki khianat tak sudah-sudah. Apa yang I tahu, balak dia yang tergila-gilakan you dulu. Mamat tu tinggalkan dia sebab you. Amylea tak puas hati la kot. Dia nak you rasa apa yang dia rasa.”

“Balak dia? Si Kefli tu! Please la!”

“Takpela. Dah lepas pun. I cuma nak you tau the real story. That’s all. I sayangkan you sangat-sangat. Tak mungkin kot I dengan dia. Tapi, I tau. Cinta tak semestinya memiliki kan.”

Felix berundur dan berlalu pergi. Sempat tangannya di tarik Akma.

“Felix, I’m so sorry. Kalau tak sebab I, relation kita tak jadi sampai macam ni kan. I percaya sangat si Amylea tu. Damn!”

“It’s ok honey. So, boleh I jadi baby you balik?” Tepat matanya memandang Akma.

Tanpa jawapan, Akma mengangguk. Tanpa diduga juga Felix menjerit kegembiraan.

“Thanks honey. Tak sia-sia I tunggu you selama ni.”

“Felix…” Riak Akma berubah tiba-tiba.

“Yup.” Felix berdebar.

“I lapar. Jom breakfast.” Akma tersengih.

“Haih, I ingatkan apa la tadi. Perangai tak ubah-ubah. Suka takutkan I dengan muka macam tu kan.”

“Hikhik… Saja je.”

“Jom. Kita ajak sekali Akim dengan your friend tu. Siapa nama dia?”

“Owh, Aishah.”

“Pelik kan. Dorang tu macam dah kenal je?”

“I pun pelik juga.”

“Takpa. Nanti kita soal siasat budak berdua tu. Okeh?” Pipi Akma dicuit.

Kedua mereka berjalan menuju ke Akim dan Aishah yang nampaknya sedang rancak berbual.

*****

Terkejut Aishah dan Akim mendengar jeritan Felix.

“Akim, kawan you tu betul ke tak? Motif jerit kat tengah-tengah tasik ni.”

“Ntah la. Kadang-kadang Felix tu sawan sikit.”

“Sawan? Ngerinya.” Aishah tergelak. Dia membongkok untuk mengikat tali kasutnya.

Akim mencuit Aishah. “Tengok budak berdua tu. Macam dah berdamai je?”

Pantas Aishah melihatnya. Spontan dia menepuk tangan. “Bagus la kalau dorang dah berdamai. Kuat jodoh dorang kan.”

Felix dan Akma menghampiri mereka dengan senyuman terukir.

“Wah, aku macam terbau nasi minyak je.”

“Takde maknanye. Banyak la kau punya nasi minyak, Kim.”

“Akim, thanks.”

“Aik, apa yang I dah buat?” Akim mengarukan kepalanya.

“Pasal rakaman tu. Thanks a lots.”

“Owh, pasal tu. Takde hal la. Kalau nak tunggu balak you ni yang buat alamatnya melepas la. Lembs!”

“Suka kata balak I lembs ek? Sekeh karang.”

“Mana aci macam ni. Teruk la kau Felix. Dah ada back up plak sekarang.”

“Tau takpe. Weh, jom pergi breakfast. Lapar siut.”

“La, aku ingatkan couple yang dah rujuk ni tak ingat nak makan.”

“Wah..wah, tak cerai mana nak datang rujuknya. Apa daa..” Kepala Akim ditolak Felix.

“Beta titahkan Akma pilih tempat. Nak breakfast apa?” Akim berlagak seperti Sultan Melaka.

“Ek elleh, poyo.” Aishah ketawa.

“Sebelum tu, I nak tanya both of you. Macamane korang boleh kenal ni?”

“Akma, nanti la I cerita. Kita pergi makan dulu.”

Keempat-empat mereka jalan bersama-sama menuju ke kereta.

“Alamak, ada satu lagi masalah. Kereta ada dua. Macamana ni?” Akim menggarukan kepalanya.

“Ala, apa susah. You dengan Felix naik la kereta I. Akim, kereta you tinggal sini.” Perintah Akma.

“No..No..No..No.. Baby I mana boleh tinggal sini.” Akim menepuk Skylinenya.

“Sengal tul. Kalau camtu, you drive sorang-sorang. Jom Aishah.”

“Woi, mana adil I drive sorang-sorang. Aishah, you naik dengan I la. Takkan you nak jadi tiang letrik. Dorang tu kan baru je rujuk. Bagi chance la.” Akim menyindir.

Felix dan Akma memandang Aishah.

“Babe, you nak naik dengan dia ke? Jaga-jaga sikit, Akim tu buaya.” Akma separuh berbisik.

“Ha, bisik-bisik tu mesti kata I buaya kan. Akma, I know your trick ok.”

Akma dan Felix sama-sama ketawa.

“Tapi kan babe. Akim’s right. I taknak kacau daun.” Aishah menyampuk.

“Emm, ok. Kalau dia tetiba sawan, you inform kitaorang tau.”

“Haha..Kelakar la you all ni. Akim kata you sawan, you pun kata dia sawan juga. Agaknya dua-dua sawan kot.”

“Dia kata I sawan! Sungguh tidak bersivik.” Felix mengepal buku limanya.

“I rasa sama je kot you dengan dia. I naik kereta Akim. Jangan risau. Kalau Akim over, tau la I mengajarnya.Hikhik.”

“Akim, I bagi chance kat you!” Akma tiba-tiba jerit sambil mengenyitkan matanya pada Akim.

Akim membalas kenyitan itu. (Kau memang memahami aku Akma)

“Chance apa?” Aishah yang blur bertanya.

“Ntah! Mana I tahu. Kan Akma tu kawan you.” Jawab Akim selamba.



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries