Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cinta Milik Kita 9
21 January 2010 | 9:57 AM | 0 comments

karya:white lily

Rentetan dari peristiwa semalam membuatkan hubungan dingin antara Akma dan Felix kembali pulih. Akim dan Aishah turut terkena badinya. Sejak itu, mereka selalu berhubungan. Adakalanya keluar bersama dengan Felix dan Akma tapi lebih kerap keluar berdua memandangkan Akma selalu fly. Felix pula taknak memegang peranan sebagai tiang lampu (sebenarnya dia bagi chance kat dorang).

“Wah, aku tengok bukan main lagi kau dengan si Aishah tu? Sarapan together-gether, dah tak lunch dengan aku sekarang. Dinner lagi la. Memang aku takda dalam senarai kan. Qhaud out-station. Entah bila la nak balik pun aku tak tahu. Macam ni la nasib orang sebatang kara.” Nada Felix separuh merajuk.

“Poyo la kau. Feeling plak petang-petang ni.”

Kau dengan Aishah tu ada apa-apa ke?” Teh tarik yang sudah sejuk dihirup Felix.

“Isk, mana pula nasi goreng aku ni. Gila lembab service kat sini! Hampeh tul!”

“Kim, tak perlu la kot pura-pura tak dengar apa yang aku cakap.”

Felix sedikit marah melihatkan reaksi Akim. Akim mengekek ketawa.

“Aleh, itu pun nak marah. Kau gaduh dengan Akma ke?”

“Akma? Tak la. Kitaorang ni jarang gaduh. Cuma dia busy dengan kerja je. Kadang-kadang tu ada la juga aku buat kerja gila. Book flight time dia duty. Dapat la juga lepas rindu.” Felix tersenyum.

“Kadang-kadang? Bukan selalu ke kau buat kerja gile. ”

Akhirnya nasi goreng Akim sampai. Tak pasal-pasal dimarahnya mamat yang menghantar makanan tersebut.

“Kau ni kan asyik nak mengamuk je. Cuba la cool sikit. Haih.”

“Lambat sangat. Maunya aku tak mengamuk. Perut aku ni dah berdondang sayang tau tak! Eh, kau tak makan ke? Diet ek…”

“Aku dah kenyang la.”

“Berbalik pada cerita gila kau tadi. Serious ke weh kau buat cenggitu?”

“Ha la. Untuk dia aku sanggup buat apa je. Asalkan tak melebihi tatasusila.”

“Ayat skema siul. Haha. Dah macam cite awan dania plak.”

“Lebih kurang la. Kim, kau tak jawab lagi soalan aku. Ape cer kau ngan Aishah?”

“Kau nak cerita apa? Meh aku story-mory kat kau.” Akim mengangkat keningnya persis Ziana Zain.

“Serious la. Kau jangan main-mainkan dia. Aishah tu baik orangnya.”

“So, kau nak cakap yang aku ni jahat la, gitu?” Akim menjuih bibirnya.

“Bukan itu maksud aku. Sentap plak mamat ni. Sekeh karang! Kau dah declare lum dengan dia?”

“Declare for what?” Akim tersengih.

“Kau jangan. Karang ada pula yang makan hati ulam jantung. Jangan tunggu lama-lama bang. Karang melepas.”

“Aku tak tahu la nak cakap macamana. Gigil siul aku dengan dia tu.”

Felix terkejut. Hampir tersembur air yang diminumnya. Akim cepat bertindak. Sehelai tisu dijadikan perisai.

“Nasib baik. Kalau tak sah-sah aku bermandi teh tarik. Bro, aku tak buat lawak, okeh.”

“Aku macam tak percaya pula. Biar benar! Hakim Najmi gigil dengan perempuan. Wakaka…Lawak antarabangsa betul.” Felix ketawa besar sambil menekan perutnya. “ Adeh, sakit perut aku. Lawak la kau ni, Kim.” Sekali lagi dia menyambung tawa.

“Wei, bila plak aku buat lawak? Kau ingat aku join raja lawak ke. Custard betul!”

“Kau la. Takkan tu pun tak reti.”

“Aku tengah tunggu masa yang sesuai la ngok. Bukan kemaruk macam kau tuh!”

“Aku pula. Ha, minggu ni aku dengan Akma plan nak pergi PD.”

“PD? Takde tempat lain ke?”

“Akma bukan dapat cuti panjang pun. Just pergi dekat-dekat je. Stay sana lebih kurang 3 hari macam tu. Jom la join kitaorang.”

“Aku? Tak nak arh. Aku taknak jadi tiang lampu. Saksi korang bercengkerama. Tak ingin aku.”

“Agak-agak la. Aku dengan Akma bukan pergi honeymoon pun. Jom lah. Temankan Aishah.”

“Aishah pergi ke?” Mata Akim seakan bercahaya.

“Suka la tu. Dia nak join. Tapi takde member. Amacam?”

“Kalau dia pergi, aku pun kira on la.” Akim tersenyum simpul.

“Haha. Bagus. Nanti boleh la kau declare kat sana. Cantik woo tempat tu. Kau kan ala-ala mamat jiwang.”

“Pigiirah.. Jiwang la sangat.” (Akim, this is time)

*****

Kelam kabut Aishah mengangkat telefon bagi menjawab panggilan dari Akma. Dia yang berada di dapur bergegas lari ke ruang tamu.

“Hi babe.” Jawab Aishah dengan suara termengah-mengah.

“Hi. Apsal ni? You baru lepas jogging ke apa!”

“ No la. I kat dapur tadi. Phone pula kat depan. What’s up?”

“Hujung minggu ni you free kan? Kebetulan hari Jumaat, public holiday.”

“Yup. So?”

“So, kita enjoy! Hehehe… I dapat cuti tiga hari. Jom, holiday?”

“Emm, best juga. Nak pergi mana?”

“Kita pergi dekat-dekat la. PD ke?”

“Ok. Nanti I buat reservation.”

“Orait. You book dua bilik tau.”

“Dua bilik?”

“Yelah. Felix join sekali.”

“Ala, kalau dia join I taknak la kacau both of you. Jadi pak pacak, taknak la.”

“Hey, Akim pun ada sekali. Jom la pergi. Sian Akim sorang-sorang.”

“Akim?”

“Hai, buat-buat tak kenal pula. Bukan ke you sekarang dah makin close dengan dia. Selalu hang out together kan?”

Aishah pelik. “Mana you tahu ni?”

“ I tahu la. Kan ada informer.”

“Informer? Elleh, si Felix la tu kan. Kepochi betul.”

“Haha. Tak kisah la. So, you join ek?”

“Yelah. I join la.”

Akma tersenyum puas. Plan success!

*****

Cuaca cerah. Empat sekawan membuat persiapan untuk pergi ke PD. Memandangkan keempat-empat mereka mempunyai kereta sendiri dan masing-masing berebut menawarkannya maka cabutan dibuat bagi menentukan kereta mana yang hendak dinaiki. Dan pemenangnya adalah, Toyota Wish Aishah.

“Ala, tak best drive kereta perempuan.” Akim mengusik Aishah.

“Apsal pula?” Aishah dah mula bercekak pinggang.

“Ok ape. Boleh letak banyak barang. Skyline you mana boleh sumbat banyak barang. Nanti I nak shopping, macamana?” Akma membela Aishah.

“Shopping apanya! PD je kot. Tulah perempuan, tak abis-abis shopping memanjang.”

“Jealous!” Jawab Akma dan Aishah serentak.

“Jangan gaduh-gaduh. Rasanya elok kita berangkat dulu. Mari…Mari…” Felix meleraikan peperangan yang baru hendak bermula. Man vs. Woman.

“Biar I yang drive ok. Felix kau jadi co-pilot. Ladies, duduk belakang!” Akim kononnya bertindak sebagai ketua rombongan.

Tepat Aishah memandang Akim. (Macam kereta dia pula!)

“Aishah, jangan pandang I macam tu. Actually, I rasa semacam pula kalau perempuan yang drive and I duduk sebelah. Hilang macho! You tak kisah kan?”

“I see. Ok la. Tapi, kalau you penat kita boleh rotate drive. Ada tiga orang driver kat sini. Ingat!”

Akim mengangguk. Mereka berempat mula memasuki perut kereta.

Akim menadah tangan. Membaca doa menaiki kenderaan. Enjin kereta dihidupkan. (Dia ni dah service kereta ke belum ek? Lupa pula nak tanya tadi)

Aishah yang duduk di belakang menjulurkan kepala.

“You, jangan risau. Kereta ni Aril dah service semalam.” Aishah menunjukkan isyarat ibu jari. Felix tersenyum.

“Owh. Ok.” (Siapakah itu Aril?)

Seakan memahami gelora hati Akim, Akma dan Felix serentak menjawab, “ Aril tu abang dia!”

“Aku tak cakap apa-apa pun.” (Macam tau-tau je. Pulak tu serentak menjawab. Kuat betul jodoh budak dua orang ni!)

“Kitaorang tolong jawabkan. Apa lagi, drive la!” Bahu Akim ditepuk Felix.

Toyota Wish Aishah mula bergerak. Memasuki lebuh raya Sungai Besi dan seterusnya menuju ke PD. Akim memandu dengan cermat. Sesekali matanya mengerling pada cermin pada belakang. Curi-curi melihat Aishah.

“Akim, drive pandang depan! Bukan pandang belakang. Mata I nampak tau.” Tegur Akma tiba-tiba setelah hampir setengah jam mereka bertolak.

Akim menjeling. (Minah ni nampak je. Tajam betul mata dia ni. Mata helang ke apa!)

“Akim, are you ok?” Lembut kata-kata Aishah menusuk gegendang telinga Akim.

“Dia tu dah sasau plus angau kat you.” Felix menyampuk. Disambut tawa oleh Akma. Merah muka Akim dan Aishah.

“Hah tengok. Dua-dua muka dah merah. B, kan I dah cakap dengan you. Dorang ni dah ada feeling. Dalam hati ada cinta!” Akma menepuk lembut bahu Felix.

“Tulah, Akim ni yang bengong sangat.”

“Korang diam boleh tak! Karang ada yang kena tinggal kat tepi highway ni.” Akim dah mula berangin. (Asyik nak bahan aku je dari tadi! Bengap mentega betul la)

Aishah tak ambik port. Pura-pura tak dengar.

*****

“Orait, kita dah sampai.” Akim menarik handbreak.

Keempat-empat mereka keluar dari kereta dengan wajah yang ceria.

“Wah, cantiknya tempat ni. B, jom pergi sana.” Akma menarik tangan Felix lalu meninggalkan Akim dan Aishah. Terpinga-pinga mereka berdua melihat rekasi Akma.

“Woit! Kot iya pun excited sangat, check in la dulu. Sengal betul!” Jerit Akim namun tidak dipedulikan mereka.

“Chill la. Bagi dorang chance. Dorang kan jarang spend time berdua.” Aishah cuba untuk menyejukkan suasana.

“Tapi agak-agak la. Bukan kita nak balik petang ni pun. Banyak masa lagi kan.”

“Takpa. Kita sama-sama check in ok. Lagipun I dah buat reservation. Jom.”

Pintu bonet dibuka dan mereka berdua mengeluarkan bagasi.

“Nasib baik you ada. Kalau tak, I tinggal je dorang berdua kat sini. Balik la KL naik bas. Haha.”

Aishah menggelengkan kepalanya. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kaunter pendaftaran.

“Welcome to Indah Saujana Chalet. I’m Adila. Can I help you?” Ramah petugas kaunter menyapa mereka berdua.

“Thanks. Can you check reservation under name of Aishah Najwa?”

“Hold a moment please.”

Adila memeriksa rekod di komputernya. Tidak lama kemudian, dia menyerahkan kunci pada Aishah.

“This is the keys and your room at left side. Have a nice vacation.”

“Thanks again.”

“Erm, cantik juga tempat ni. Pandai pilih.” Akim memuji.

“Of course. See the legs la.”

“Dalam kurungan, perasan!”

“Eh, Akma pun suka guna words tu. Cute la.”

“Haha. Tu kira words rasmi kitaorang. Ha, this is your room. Selamat bercuti. Room I kat sebelah. Nasib baik dekat-dekat. So, anything, boleh la call I kan.” Akim mengenyitkan matanya.

“Tak kisah ke kalau I ni menyusahkan you?” Aishah menguji.

“For you, anything dear.”

“Yolah tu. Ok la. I masuk dulu.”

“Wait, lepas ni you nak buat apa? Teman I makan boleh tak?”

“Makan? Emm, orait gak tu. Tapi Akma dengan Felix macamana?”

“Biarkanlah dorang tu. Pandai-pandai la cari kita nanti kan. Sepuluh minit lagi kita jumpa ok.”

“Ok.”

*****

“Happy nampak.” Felix menegur Akma yang sedang menikmati pemandangan indah.

“Well, mesti la. Dapat spend time dengan you, my best friend Aishah and Akim yang sengal. Hehe.”

“Nakal. Tak baik tau cakap Akim sengal.”

“Ala, dia memang sengal pun. Tapi, macam ada perkembangan je antara dorang berdua tu kan.”

“I pun nampak. Kira ok la kot dorang berdua tu. Maybe Aishah boleh ubat luka di hati Akim.”

“I pun harap Akim boleh hilangkan duka nestapa si Aishah tu.”

“Aik, dia pun frust gak ke?”

“Ha ah. Hafiz tinggalkan dia untuk Mila. Sedih kan. Tapi nak buat macamana. Dah orang taknak buat apa nak merayu-rayu. Buang masa je.”

“Cantik macam tu pun kena tinggal ke? Bongok betul jantan tu. Jap, siapa nama yang you sebut tadi?”

“Mila. You kenal ke? Mila tu ex Hafiz.”

“Lia Karmila ke?” Felix terkejut.

“Ntah. I tak sure pula nama penuh dia. Kenapa?”

“Kalau kita bercakap tentang orang yang sama, nampaknya nasib Akim sama dengan Aishah. Mila tinggalkan Akim sebab nak baik balik dengan balak lama dia. Tapi I tak sure plak nama mamat tu siapa.”

“Laaa, biar betul. Harap-harap bukan orang yang sama.”

“Hopefully. Eh, jom la, Cari Akim dengan Aishah. Sure Akim berangin sekarang ni.”

“Akim tu tak sudah-sudah dengan penyakit angin dia kan.”

“Honey, you pun kenal kan siapa Akim. Kalau tak berangin bukan Akim la namanya.”

*****

“Bang, nak order apa?”

“Emm, apa yang special kat sini?” Akim bertanya sambil melihat menu.

“Kita ada nasi campur dengan ikan bakar.”

“Goreng-goreng ada tak?” Aishah bertanya.

“Ada.”

“Aishah, you nak makan apa?”

“Emm, nasi goreng papdrik satu dengan Milo Ais.”

“Bagi saya Limau ais. Saya makan nasi campur je.”

“Ok. Tu je ke?”

“Yup.” Serentak Akim dan Aishah menjawap.

Pelayan tadi berlalu untuk membuat pesanan. Akim juga bangun untuk memilih makanannya.

Lima minit kemudian, Akim membawa sepinggan nasi berisi lauk dan juga ikan bakar.

“Wah, sedapnya bau. Macam best je ikan bakar ni.” Aromanya menaikkan selera Aishah.

“Tu la. Nampak macam sedap kan.”

Blackberry Akim berdering.

“Hah, aku kat gerai ni. Cari la. Sure nampak kitaorang. Gerai no 8.”

“Felix ke?”

“Ha ah. Nanti dia datang dengan Akma.”

Tak lama kemudian, pesanan mereka sampai. Akim mengetuai membaca doa makan, Aishah pula mengaminkannya.

“Ok. Jom kita makan.”

Serentak itu, Akma dan Felix muncul.

“Amboi, makan tak tunggu kitaorang ek?”

Elleh, korang yang tinggalkan kitaorang kan. Blah camtu je!”

“Hehe.. Akim, you jangan la marah. Kitaorang bagi chance.”

Akma dan Felix tersengih. Mereka mengambil tempat di hadapan Akim dan Aishah yang duduk

bersebelahan.

“Korang order la. Sure lapar kan.” Aishah menghulurkan menu yang masih lagi berada di meja mereka.

“Mestila lapar lepas puas bercengkerama kan Felix.”

Bulat Mata Akma dan Felix mendengar kata-kata Akim.

“Banyak la kau punya cengkerama.”

“Betul apa aku cakap. Order la makanan. Jangan risau. Akma belanja.” Selamba Akim berkata-kata tanpa mempedulikan reaksi Akma yang kaget.

“Bila masa pula I kata nak belanja ni?”

“Isk, awek Felix ni. Jangan kedekut boleh tak!”

“Akim!!” Jerit Akma.

Reaksi Akim? Buat muka seolah-olah tidak bersalah.

Felix dan Aishah sama-sama ketawa melihat telatah Akim yang mengusik Akma.

*****

Suasana petang di pantai sungguh mengasyikkan. Aishah dan Akim jalan beriringan melalui persisiran pantai.

“Tak sangka kita boleh terjebak plan budak dua orang tu kan.”

“Akim, bukan you ke yang nak join dorang?”

“Eh, tak la. Felix cakap you yang nak pergi tapi takda member. Tu yang I follow.”

“Ye ke? Akma cakap kat I you yang nak pergi.”

Langkah kedua-dua mereka terhenti. Seolah-olah dapat meneka apa yang telah terjadi, mereka sama-sama ketawa.

“Ni sure plan dorang nak kenenkan kita. Kuda laut betul la!” Akim mengepal buku limanya.

“Haha, I pun rasa camtu. Tapi, you menyesal ke datang sini?” Aishah bertanya sambil pandangannya dilepaskan ke laut yang membiru.

“Tak la. Kalau dengan you, lautan Atlantik pun I sanggup.”

Aishah ketawa.

“Aishah, I serius ni.”

“Maksud you?” Tawa Aishah terhenti. (Takkan kot!)

“I happy dapat kenal dengan you. Sori pasal reaksi I masa first time kita jumpa.”

“It’s ok. Sure you have your own reason right.”

“Yup. Your remind me to someone.” Keluhan dilepaskan Akim. “Aishah, ada perkara yang I nak cakapkan dengan you.”

“Apa dia?”

Belum sempat Akim bersuara meluahkan isi hatinya. Seorang lelaki menegur mereka.

Aishah terperanjat. (Apa pula dia buat kat sini ni? Semak betul!)

Akim terkedu (Uiks, macam kenal je…)



Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries