Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : AKIM BERANI
31 January 2010 | 5:59 PM | 0 comments
credit:metro

BIARLAH tahun ini hidupnya meriah dengan kasih sayang dan cinta. Jika sebelum ini dia ragu-ragu meluahkan isi hati lantaran bimbang berlaku penolakan, kini dia mahu lebih berani.

Barangkali apa yang tersirat di sanubari Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dapat difahami selepas mendengar single terbarunya Inilah Cinta yang diilhamkan daripada kepercayaan bahawa semua insan berhak disayangi namun perlu keberanian.


“Saya sudah dilamun cinta dan kehadirannya mewarnai hari-hari indah saya. Bila adanya cinta, manusia akan jadi lebih berinspirasi dalam mengemudi karier dan hidup.


“Biarpun belum pasti penerimaannya, setidak-tidaknya saya berpuas hati kerana sudah meluahkan perasaan sebenar saya terhadapnya.


“Saya mahu 2010 lebih baik dan mahukan transformasi diri, cinta serta lakukan sesuatu untuk industri. Doa saya moga semua azam ini dapat direalisasikan,” katanya tanpa berselindung.

Menerusi single itu juga, Akim terpilih untuk terbabit dengan satu projek besar yang bakal diumumkan Khamis ini. Enggan mengulas lanjut perkara itu berikutan menghormati perjanjian yang dibuat, Akim menjelaskan, lagu itu diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya yang disiapkan Disember lalu.


Lagu bernafas rancak itu mengisahkan keinginan meluahkan perasaan terhadap gadis yang berjaya membuka pintu hatinya dan usaha mendapatkan cinta itu.


“Taruhan terbaru ini menyaksikan percubaan pertama saya sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Alhamdulillah, selepas menjayakan lagu iklan Modenas ketika di pentas Akademi Fantasia musim ketujuh, hati saya membuak-buak untuk menghasilkan lebih banyak lagu.


“Setakat ini saya berjaya menyiapkan tiga lagu termasuk single ketiga, Sumpah yang akan menyusul selepas Inilah Cinta. Ketika menyertai AF7, saya letak matlamat untuk pergi jauh dalam industri dan tidak mahu mengehadkan bakat terhadap bidang nyanyian semata-mata.


“Saya mahu serius dalam penghasilan lagu dan lirik bukan untuk diri sendiri saja, tetapi juga untuk penyanyi lain,” kata penyanyi lagu Bengang ini.


Meskipun sekadar meraih tempat ketiga di pentas AF7, laluan duta Brands ini lebih mudah berbanding rakan seangkatan. Bukan saja lagu dendangannya menjadi siulan ramai, Akim turut berpeluang mengembangkan bakat lakonan menerusi siri Kau Dan Aku di samping Mila dan Aril.


Rahsianya? Selain restu dan doa ibu bapa, anak muda ini percaya perlu jujur dalam setiap kerja yang dilakukan dan jangan sesekali bersikap hipokrit.

“Restu ibu bapa sangat penting dan hati kena ikhlas. Insya-Allah jika menggunakan jalan betul, semua akan berjalan lancar.


“Selain itu sokongan peminat penyumbang terbesar saya dapat memanjangkan langkah dalam industri. Tanpa mereka, siapalah saya. Justeru, saya berazam untuk sentiasa memberikan kerja terbaik sebagai tanda terima kasih saya terhadap mereka,” katanya optimis.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries