Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : JAWABLAH! : 'BUKAN NAK TUNJUK LAGAK'
20 January 2010 | 10:01 AM | 0 comments
credit:BERITA HARIAN


Memberikan pendapat bukan bermakna Akim sudah lupa diri

ANTARA tiga pemenang Akademi Fantasia 7, tidak dinafikan Akim paling menyerlah. Bukan saja menyerlah dari segi bakat dan personaliti tetapi juga dari segi cerita kurang enak untuk didengar. Entah mengapa, pemilik nama penuh Afiq Hakim Ahmad ini sering dikaitkan dengan masalah sikap yang boleh dianggap memualkan terutama apabila membabitkan penyanyi yang masih baru dalam bidang seni.

Besar kepala dan yakin diri yang melampau membuatkan ramai pihak tak senang hati dengan sikapnya itu. Iyalah, ketika rakan-rakan lain lebih senang merendah diri apabila ditemubual media, tiba-tiba dia seorang saja yang bersikap yakin diri tak kena tempat. Lebih memburukkan keadaan, cara dia menjawab soalan yang sedikit kasar membuatkan ramai pihak terasa hati dengan tindakannya itu.


Akibatnya, perbuatan Akim itu terpampang di ruangan gosip sekali gus mencalarkan reputasinya yang baru saja membina nama dalam bidang nyanyian ini. Pun begitu, tidak adil rasanya jika kita tak dengar sendiri kenyataan dari si empunya tubuh, terutama apabila mendapat tahu yang Akim sedikit risau dengan gosip yang tersebar itu dan sedang mencari peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Mengulas salah lakunya itu, Akim berkata dia menyifatkan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Sambil memberi jaminan yang kesilapan sama takkan berulang, Akim juga memohon supaya terus diberi ruang untuk mempersembahkan bakatnya. Katanya lagi, apa yang berlaku akan dijadikan pengalaman berharga untuk dia terus berjaya dalam industri yang dicintainya ini.

Hip: Ada pihak mengatakan Akim sudah besar kepala. Banyak tindakan Akim seperti gaya percakapan, nada suara sudah membuatkan banyak pihak terasa hati.

Akim: Akim tahu perkara ini ada kaitan dengan artikel yang dikeluarkan dalam kolum gosip baru-baru ini. Sebenarnya semua cuma salah faham. Sebagai orang baru, Akim tahu di mana kedudukan Akim. Mustahil Akim nak bersikap besar kepala mana-mana pihak. Mungkin apa yang berlaku ialah mereka (media) salah tafsir apa yang Akim cuba katakan.

Hip: Maksud Akim, media silap membuat tafsiran?

Akim:
Akim memang mengatakan yang Akim tak mahu dikaitkan dengan Akademi Fantasia tapi itu bukan bermakna Akim melupakan AF. Mengapa perlu bandingkan antara AF dan Anugerah Juara Lagu yang Akim serta baru-baru ini. AF pertandingan mencari bakat baru tetapi Juara Lagu mencari lagu terbaik. Suasana pertandingan itu sendiri sudah menampakkan perbezaannya. Kalau betul Akim tidak mahu dikaitkan dengan AF, kenapa untuk siri promosi AF8 baru-baru ini, Akim ikut serta? Dalam gosip itu juga menyatakan yang Akim kononnya bersikap terlalu yakin diri sehingga menunjukkan seolah-olah Akim berlagak tak kena tempat. Apabila Akim mengatakan yang Akim tetap menghiburkan penonton walaupun hanya seorang saja yang datang, maknanya Akim benar-benar bermaksud sedemikian. Untuk menjayakan konsert itu, Akim dibayar oleh penganjur. Sudah semestinya Akim menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan penganjur iaitu menghiburkan penonton walaupun yang datang itu cuma seorang. Itulah maksud Akim sebenarnya.

Hip: Melihat kepada apa yang berlaku, nampaknya Akim ada masalah komunikasi. Tak cukup dengan apa yang dipelajari sebelum ini?

Akim: Memang Akim akui, pada masa itu nada suara Akim agak tinggi ketika menerangkan perkara itu pada media. Namun bukanlah bermaksud Akim berlagak, cuma kalau Akim teruja, Akim akan bercakap dengan nada yang penuh bersemangat. Mungkin nada suara Akim itu kedengaran seperti bangga dan yakin diri yang melampau walhal Akim tidak bermaksud sedemikian. Akim akan belajar lebih lagi bagaimana mahu berkomunikasi dengan baik pada sesiapa saja.

Hip: Apakah dengan muncul cerita seperti, Akim berasakan diri Akim sengaja dijadikan sasaran kritikan ataupun cuba disabotaj?

Akim:
Dalam hal ini, Akim tak mahu ada prasangka buruk. Kalau ada pun, Akim akan cuba menepisnya. Bagi Akim, kalau kritikan itu adalah sesuatu yang membina, Akim terima demi memajukan karier nyanyian Akim. Akim tak kisah kena tegur sebab kalau tak ada orang tegur, kita tak tahu kesalahan kita.

Hip: Sejak Akim muncul dalam industri ini, ramai yang mengatakan Akim cuba menjadi klon Faizal Tahir.Komen sikit?

Akim:
Akim tahu memang ramai yang mengatakan Akim cuba menjadi seperti Faizal Tahir. Tapi Akim rasa tidak kerana antara Akim dan Faizal banyak perbezaannya. Pertama dari segi usia saja sudah berbeza. Akim masih muda dan Faizal sudah tua (ketawa). Corak nyanyian dan persembahan juga tidak sama. Dia juga bukanlah idola Akim kerana pada Akim, muzik dan corak persembahan Akim lebih dipengaruhi penyanyi pujaan Akim iaitu David Cook. Apabila kita mahu berjaya dalam bidang ini, kita haruslah mempunyai visi yang lebih tinggi.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries