Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : KONSERT ROKET!DESTINASI BINTANG
15 January 2010 | 10:41 AM | 0 comments

kredit:berita harian

HASRAT Datin Seri Tiara Jacquelina mahu membentuk tiga bakat yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz, Aril dan Akim menerusi syarikatnya Enfiniti Productions Sdn Bhd bukanlah sekadar omong kosong.

Sebagai permulaan, sebuah konsert akan diadakan hujung bulan ini yang dipanggil Roket! Destinasi: Bintang. Konsert selama 90 minit itu akan diadakan di Borneo Rainforest milik Tiara yang terletak berhampiran Sunway Pyramid.

Merancakkan kehadiran konsert itu, beliau menerusi sebuah lagi syarikatnya Ten On Ten Pictures turut menerbitkan sebuah program realiti yang disiarkan menerusi Astro Ria. Program tujuh episod yang bakal disiarkan 22 Januari ini memaparkan persiapan ketiga-tiga penyanyi ini sebelum konsert menjelang.

Penonton dapat menyaksikan kelas yang dihadiri ketiga-tiga mereka meliputi kelas tarian, vokal dan lakonan yang mendapat bimbingan guru terkemuka iaitu Tiara sendiri, Stephen Rahman-Hughes, Juliza Adlizan dan Pat Ibrahim.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran, Tiara berkata, tujuan program realiti itu diterbitkan adalah untuk memberi gambaran jelas kepada peminat persiapan sebelum sebuah konsert diadakan.

“Konsert ini merangkumi apa yang mereka pelajari dalam siri realiti yang akan dipaparkan. Tujuan kami mahu melatih semula ketiga-tiga mereka, sebelum ini mereka sudah dilatih dalam AF. Tetapi kali ini mereka berlatih untuk sebuah konsert bukan lagi pertandingan nyanyian.

“Dalam konsert ini, Hafiz, Aril dan Akim diberi peluang melontarkan idea untuk konsert. Mereka bukan sekadar menyanyi. Sekiranya mereka mahukan yang terbaik untuk konsert, mereka bebas menyuarakan pendapat seperti untuk susunan muzik,” katanya.

Usaha mengadakan konsert itu jelas bekas pengetua AF7 adalah untuk membawa bekas pelajarnya ke satu tahap yang lain, sebagaimana dicita-citakan sewaktu mengemudi program realiti berkenaan tahun lalu yang mahu menjadikan pelajar yang dihasilkan melalui AF7 mampu mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut ketiga-tiga penyanyi ini, mereka kini sedang dalam proses pemilihan lagu untuk dibawakan pada konsert itu nanti. Setakat ini lagu yang sudah dikenal pasti adalah single milik mereka. Ketiga-tiganya juga melahirkan rasa bertuah apabila diberi peluang menjayakan konsert walaupun usia pembabitan mereka dalam bidang nyanyian masih baru.

Selain itu, mereka juga berasa beruntung kerana berpeluang mempelajari kerja di sebalik tabir penganjuran konsert. Malah lebih besar ertinya lagi apabila Tiara tidak mengenepikan idea mereka untuk memastikan konsert ini berjaya.

“Debaran semestinya ada, apatah lagi pada konsert itu nanti kami perlu menyanyikan lagu yang tidak pernah dinyanyikan sebelum ini. Sebagai penyanyi yang masih baru tentunya saya risau mampukah menarik penonton. Bagaimanapun, saya cuba membuat persembahan yang terbaik pada malam itu.

“Bagi saya juga, projek ini adalah satu pendedahan yang baik untuk saya menimba pengalaman yang lebih dalam bidang nyanyian. Selain itu, ini juga satu pembelajaran untuk kami terutama mengenai vokal dan juga fizikal,” kata Hafiz.

Sementara itu penyanyi lagu Menatap Matamu, Aril pula berkata, peluang menjayakan konsert Roket!Destinasi: Bintang adalah satu penghargaan buatnya kerana ini adalah konsert pertama yang dijayakan selepas tamat pengajian di AF.

“Tentunya saya bersyukur, ini rezeki yang kami dapat. Kami beruntung Datin Seri Tiara nampak semangat yang ada pada kami dan seterusnya memberi peluang kepada kami mengadakan sebuah konsert khusus untuk kami bertiga,” katanya.

Bagi Akim pula, laku atau tidak konsert yang bakal dijayakan, dia bertekad mahu melakukan persembahan terbaik. Katanya dia akan duduk bersama dengan tenaga pengajar untuk memantapkan lagi persembahannya.

“Tidak kira ramai atau sedikit orang yang datang menyaksikan konsert kami nanti, saya tetap akan cuba buat yang terbaik. Bagi saya, seorang pun tetap penonton, semestinya mereka harus saya hiburkan sebaik mungkin,” katanya.

Tiket menyaksikan konsert Roket!Destinasi: Bintang dijual pada harga RM38. Pembelian boleh dibuat menerusi laman web kitkatklub@enfiniti.com.my atau panggilan telefon 03-79587877.Hafiz, Aril, Akim dalam Konsert Roket! Destinasi

--------------------------------------------

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Gambar Oleh Halimaton Saadiah Sulaiman

Tiket menyaksikan konsert Roket!Destinasi: Bintang dijual pada harga RM38. Pembelian boleh dibuat menerusi laman web kitkatklub@enfiniti.com.my atau panggilan telefon 03-79587877.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim

Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries