DESTINASI : BINTANG
credit:mangga online

Roket! mengupas perjalanan karier seni tiga juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh - Hafiz, Aril dan Akim, dibentuk menjadi penghibur dan lebih bersedia menghadapi dunia artis.
Roket! bukanlah seperti apa yang terlintas di fikiran sewaktu kali pertama mendengarnya, kelihatan seperti simbol parti politik, namun menurut Tiara Jacquelina ianya hanya simbolik untuk melancarkan ketiga-tiga selebriti tadi ke puncak tertinggi dalam industri.
Program tujuh episod ini akan memaparkan sisi lain ketiga-tiga bintang realiti ini yang sudah tentunya jauh berbeza daripada apa yang dilihat semasa di AF. Jika dulu mereka dilatih untuk menang, namun kini ianya akan lebih kepada latihan untuk mempersiapkan diri menghiburkan peminat.
Bukan itu saja, Tiara menjelaskan seorang penghibur bukan hanya akan menyanyi, namun mereka akan dilatih menyusun muzik agar tidak hanya terikat di takuk lama dan boleh mencipta karya sendiri.
Rancangan ini akan menampilkan Tiara Jacquelina, Stephen Rahman-Hughes, Pat Ibrahim dan Juliza Adzlizan sebagai tenaga pengajar yang akan membimbing ketiga-tiga mereka memberikan persembahan terbaik
Episod akhir akan mempersembahkan konsert ekslusif yang diberi nama Roket! pada 31 Januari 2010 bertempat di Borneo Rainforest @ Sunway. Bagi peminat bintang realiti ini, anda boleh menonton konsert mereka dengan harga RM38 termasuk minuman di talian 03-7958 7877 atau kitkatklub@enfiniti.com.my .




