Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : PEMENANG AF7 BIKIN KONSERT ROKET
18 January 2010 | 10:39 AM | 0 comments
credit:kosmo online

BELUM setahun bergelar artis, Hafiz, Aril dan Akim boleh dikatakan antara peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) yang paling bertuah. Bukan sahaja bakal beraksi bersama di atas pentas konsert, mereka juga akan dilihat dalam program realiti TV, Roket! Destinasi: Bintang yang akan disiarkan bermula 22 Januari ini.

Konsert itu yang berkongsi judul sama dengan program TV tersebut pula akan berlangsung pada 31 Januari di Borneo Rainforest, Sunway, pukul 8.30 malam. Ada sebabnya mengapa syarikat produksi Ten on Ten Pictures dengan kerjasama Astro Ria mahu menghasilkan tujuh episod program itu.

Selain mahu memaparkan kepada audiens bagaimana sesebuah produksi konsert itu berjalan, Roket! Destinasi: Bintang yang dikenali sebagai program realiti TV pembikinan konsert juga akan menunjukkan kepada peminat kehidupan terbaru idola pujaan masing-masing.

"Enam episod pertama akan menayangkan proses latihan dan persiapan yang dilakukan oleh ketiga-tiga artis untuk konsert sulung mereka. Episod terakhir pula akan menayangkan sedikit sebanyak konsert yang akan berlangsung pada 31 Januari nanti," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi pada sidang media mengumumkan berita itu.

Ditayangkan pada setiap Jumaat, Hafiz, Aril dan Akim dipilih untuk menjayakan konsert itu kerana mereka bertiga kini di bawah pengurusan bersama Astro Entertaiment Sdn. Bhd. (AESB) dan Enfiniti. Pelaksanaan konsert serta program itu juga dilihat sebagai perancangan jangka masa panjang kepada mereka bertiga untuk meneruskan karier sebagai artis.

"Kami (bersama Astro Entertainment Sdn. Bhd.) merasakan konsert dan program ini bagus untuk mereka kerana ia adalah lanjutan selepas AF. Kami mahu terus melatih mereka bagaimana untuk terus hidup dalam industri muzik. Kami menggalakkan mereka untuk menjadi artis yang dapat menyumbang dan membentuk masa depan mereka sendiri," tambah pemilik Enfiniti Productions Sdn. Bhd., Datin Seri Tiara Jacquelina yang turut hadir.

Memulakan latihan sejak November tahun lalu, Hafiz, Akim dan Aril juga diberi peluang untuk mengemukakan idea serta berbincang dengan tenaga pengajar mereka yang terdiri daripada Stephen Rahman-Hughes, Pat Ibrahim, Juliza Adzlizan dan Tiara sendiri.

"Mereka akan diberi latihan dari segi vokal, tarian, motivasi serta komunikasi. Mereka juga boleh memilih penata cahaya serta lagu-lagu yang ingin disampaikan. Disebabkan pentas persembahan mereka dibina di atas air dengan bentuk runway, mereka akan memberi cabaran untuk persembahan mereka itu," tambah Tiara.

Konsert selama 90 minit itu juga akan menggabungkan tiga elemen iaitu muzik, tarian dan fesyen. Buat masa ini, Hafiz, Aril dan Akim belum membuat keputusan terhadap lagu-lagu yang ingin disampaikan. Apa yang penting bagi mereka adalah kualiti persembahan.

"Bagi kami, kehadiran penonton tidak begitu penting kerana kami hanya mahu menghiburkan peminat dengan persembahan berkualiti. Memanglah kami berdebar kerana ini percubaan pertama kami. Namun, kami menerimanya sebagai cabaran kerana bersyukur atas peluang yang diberikan," ujar Akim sambil disokong Hafiz.

Sama seperti ketika berada dalam pertandingan AF7, kali ini kehidupan mereka juga akan dirakamkan. Adakah mereka sudah bersedia untuk dijadikan bahan tontonan sekali lagi? "Pengalaman kali ini adalah berbeza daripada AF. Jika dulu dalam AF, hidup kami lebih tertutup.

"Untuk program ini, keseluruhan program adalah mengenai kami bertiga. Tidak ada lakonan. Kami akan menunjukkan kehidupan kami sekarang sebagai artis. Kami juga lebih terbuka untuk menyuarakan pendapat berbanding AF dulu," jelas Aril.

Kepada mereka yang berminat menyaksikan konsert Roket! Destinasi: Bintang tiket konsert dijual pada harga RM38 termasuk satu minuman. Tiket boleh didapati di pejabat Enfiniti Productions di Phileo Damansara 1, atau hubungi talian 03-7958 7877 dan e-mel kitkatklub@enfiniti.com.my.


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries