Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : PROGRAM REALITI KONSERT AKIM,HAFIZ DAN ARIL
15 January 2010 | 10:49 AM | 0 comments

kredit:utusan malaysia

JIKA program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia (AF) dianjurkan bagi melahirkan penyanyi pelapis, Roket! Destinasi: Bintang pula

bertujuan menpersiapkan golongan terbabit sebelum tampil menjayakan sesebuah konsert.

Menyedari pentingnya persediaan sebelum muncul di atas pentas persembahan, Ten On Ten Pictures (TOTP) telah menganjurkan program realiti TV Roket! Destinasi: Bintang buat tiga bekas finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim.

Menurut Penerbit TOTP, Datin Seri Tiara Jacquelina, menerusi program yang akan disiarkan di Astro Ria pada 22 Januari ini, tiga bintang AF7 itu akan diberi pendedahan sebelum tampil pada konsert tersebut.

"Program realiti TV ini bagus untuk mereka (Hafiz, Aril dan Akim) menambah pengetahuan atau persediaan sebelum mengadakan konsert yang akan diadakan pada 31 Januari ini. Ia seperti lanjutan daripada pengajian mereka di AF.

"Kalau dulu di AF mereka dilatih untuk muncul juara dalam pertandingan nyanyian itu. Sekarang mereka dilatih pula membuat persiapan tetapi untuk mengadakan Konsert Roket! Destinasi: Bintang dalam bentuk program realiti TV.

"Apabila mereka masuk dalam industri ini, cabarannya tentulah lain. Jadi, kami akan ajar mereka untuk menghadapinya," katanya pada sidang akhbar di Borneo Rainforest, Sunway, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelas Tiara, melalui Roket! Destinasi: Bintang itu, para penonton akan menyaksikan latihan dan cabaran yang terpaksa diharungi oleh Hafiz, Aril serta Akim sebelum mereka beraksi pada konsert tersebut.

Melalui program itu mereka akan diajar dari segi vokal, tarian dan persembahan dengan tenaga pengajarnya seperti Stephen Rahman-Hughes, Juliza Adzlizan, Pat dan Tiara sendiri.

Tambah Tiara, tujuan Roket! Destinasi: Bintang dianjurkan bagi memberi ruang lebih luas kepada bekas anak-anak didiknya di AF7 mengetengahkan lagi pengalaman yang telah mereka pelajari sewaktu berada di akademi itu tahun lalu.

"Kami akan serapkan gaya 'thinking performance' kepada mereka. Peluang akan diberi kepada mereka untuk duduk berbincang dengan semua tenaga pengajar tentang apa yang mereka inginkan di konsert itu.

"Kami mahu membentuk mereka ke arah mencari imej atau bakat yang tersendiri sebagai persiapan karier mereka untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," ujarnya yang juga merupakan bekas Pengetua AF7.

Hafiz yang merupakan juara AF7 bersama dua lagi finalis program realiti TV itu tidak sabar untuk menjayakankan konsert secara eksklusif yang julung kali dianjurkan buat mereka sejak bergelar penyanyi.

Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak ini, Kelab Borneo Rainforest yang mampu menampung sehingga 300 pengunjung itu juga merupakan platform buatnya untuk membuktikan bakat dan pengalaman selama ini.

"Program realiti TV ini tentang kisah bagaimana kami mahu menjadi seorang bintang. Ia akan menunjukkan kehidupan kami yang sebenar dan juga pembelajaran kami untuk menjayakan konsert ini," jelasnya.

Akim yang turut teruja kerana terpilih menjayakan program realiti TV dan konsert itu, menganggap peluang keemasan tersebut sukar ditolak kerana ia merupakan impian buat penyanyi sepertinya yang ingin beraksi dalam sebuah konsert eksklusif.

"Dalam program ini kami bukan sahaja dapat menimba ilmu tetapi juga merealisasikan impian untuk mengadakan konsert. Dari situlah kami akan ketengahkan bentuk konsert bagaimana yang kami inginkan.

"Kami akan berbincang dengan Pat Ibrahim tentang bentuk koreografi yang kami inginkan sewaktu konsert itu nanti. Pada masa sama konsert ini nampak pelbagai kerana adanya segmen peragaan fesyen," tuturnya.

Sementara itu, Aril pula menyifatkan Konsert Roket! Destinasi: Bintang peluang keemasan kepadanya bersama Hafiz dan Akim menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian.

Ini kerana ujarnya, konsert yang diiringi kumpulan pemuzik diketuai Lee Sze Wan itu boleh dijadikan medan buat mereka mempromosikan lagu-lagu popular masing-masing yang selama ini lebih banyak disiarkan menerusi radio.

Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang akan diadakan di Kelab Boreo Rainforest, Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Januari ini pukul 8.30 malam selama 90 minit dengan mengenakan tiket berharga RM38.

Difahamkan Astro Ria yang menayangkan cerita-cerita di sebalik tabir persiapan Konsert Roket! Destinasi: Bintang juga akan menyiarkan rakaman konsert itu di saluran TV tersebut sekitar bulan Mac ini.

Hadir sama pada majlis pelancaran Roket! Destinasi: Bintang itu ialah Naib Presiden Pemasaran Kandungan AESB, Aditya Thakur dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi serta koreografer, Pat Ibrahim.

Sebarang pertanyaan atau tempatan tiket menyaksikan Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang konsepnya disediakan oleh Chedd Yusoff itu sila hubungi talian telefon 03-79587877 atau emel kepada kitkatklub@enfiniti.com.my


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries