Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : STACY,AKIM MENANG ANUGERAH MAXIS
15 January 2010 | 10:38 AM | 0 comments

kredit:cik normah (berita harian)

CIK Normah masih belum boleh melupakan kerancakan Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang berlangsung Ahad lalu. Tahniah TV3 kerana Cik Normah diberitahu ratingnya mencecah 4.6 juta. Kalau ikutkan jadual Cik Normah hari itu penuh juga, tetapi Cik Normah cuba kosongkan semata-mata kerana AJL.

Iyalah penat-penat tempah gaun merah ketat yang penuh gemerlapan dengan perincian, kenalah Cik Normah pergi juga. Kalau tak rugilah Cik Normah tempah, kalau tak dipakai sekarang bila lagi? Takkan nak pakai baju yang ‘meletup’ macam tu ke pasar pula? Betul tak?

Hai melalut pula Cik Normah. Sebenarnya Cik Normah nak bercerita sedikit fasal AJL, bukan nak mengutuk ya. Cukup-cukuplah kutukan untuk AJL 24. Biasalah rumah siap, pahat berbunyi. Cik Normah sebenarnya nak memberitahu berita gembira kepada peminat Stacy dan Akim. Kenapa?

Hah sebabnya dua bekas peserta program realiti ini memenangi Anugerah Maxis. Malam tu Cik Normah tak dengar pun pengumuman mengenai anugerah berkenaan, tetapi orang kuat Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) bersungguh-sungguh minta Cik Normah beritahu.

Pada malam berkenaan, persembahan Stacy menerusi lagu Pakai Buang menang Anugerah Artis Pilihan Hotlink yang mana persembahannya mendapat muat turun paling banyak pada malam AJL. Sementara lagu Akim pula memenangi Anugerah Muat Turun Nada Dering Tertinggi Hotlink.

Okaylah tu... sekalipun kecundang di AJL, sekurang-kurangnya Stacy dengan Akim memenangi hati peminat. Cik Normah memang tak tahu langsung mengenai anugerah berkenaan sebab ketika majlis itu berlangsung kalau tak silap Cik Normah, pengacaranya langsung tak umumkan. Tak mengapalah Stacy dan Akim, yang penting adalah ingatan peminat betul tak? Kerana mereka inilah yang menentukan jatuh bangun seseorang penyanyi.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries