Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : TIARA TERBIT KONSERT UTK TOP 3 AF7
27 January 2010 | 9:40 AM | 0 comments
credit:www.murai.com

Hubungan bekas Pengetua Akademi Fantasia 7 (AF7), Datin Seri Tiara J dengan top 3 AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim sememangnya akrab. Ia terbukti apabila Tiara memilih 3 remaja popular ini bagi program realiti TV baru berjudul Roket! Destinasi: Bintang.

Program 7 episod yang dibuat ala-ala AF ini bakal ditayangkan bermula 22 Januari 2010 setiap Jumaat di Astro Ria. Mengakhiri program ini, Ten On Ten Pictures yang bekerjasama dengan Astro Ria bakal mengadakan konsert yang menggabungkan 3 elemen iaitu muzik, tarian dan fesyen pada 31 Januari di Borneo Rainforest, Sunway, PJ, jam 8.30 malam.

Murai.com.my
diberitahu, program sebegini diterbitkan khusus untuk berkongsi cerita mengenai kehidupan 3 bintang ini selepas bergelar pemenang AF7. Lebih menarik, program ini dilihat sebagai perancangan jangka masa panjang untuk Ketiga-tiga artis dibawah pengurusan bersama Astro Entertainment Sdn. Bhd dan Enfiniti Productions ini untuk lebih berjaya dalam industri muzik tanah air.

Sementara itu, selain berpeluang menghiburkan penonton, ketiga-tiga anak muda ini juga berpeluang untuk mengemukan idea masing-masing. Mereka juga bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penggiat seni berbakat seperti Stephen Rahman Hughes, Pat Ibrahim, Juliza Adzlizan dan Tiara sendiri.

Bagi peminat-peminat bintang ini, anda boleh dapatkan tiket pada harga RM38 termasuk satu minuman di pejabat Enfiniti Productions di Phileo Damansara 1. Anda juga boleh hubungi talian 03-79587877 dan e-mel ke kitkatklub@enfiniti.com.my untuk info lanjut tentang konsert Roket! Destinasi: Bintang.

Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries